Skip to main content

on house, on vacation, on giveaway...

hi blog! kesian ko kan terabai je lately. aku sibuk lah. takde lah sibuk, cuma takde kesempataan nak update. kadang nak sangat update tapi masa takde. kadang tu pulak, dah duduk mengadap laptop berejam, apa pun tak keluar. tu lah cerita nya.

kitorg 4 beranak sihat2 aje. life has been busy lately. work and personal. actually, nak kongsi, bulan February ni big thing will happen. oh besok lah february kan? yup, sebulan dua sebelum ni i have been busy reading, googling and studying. study apa kah? baca apa kah? google apakah?

yang ditunggu dah dapat. akhirnya kunci rumah berada ditangan. baru dapat tadi dari lawyer. so sekarang tgh process tukar nama bill dgn cukai dari owner rumah ke nama kitorg. the ultimate wishlist dah tercapai. so bila dah dapat kunci, banyak benda lah kena buat. especially rumah kitorg yg old fashion tu, banyak benda kena adjust. bila banyak benda kena adjust, banyak duit jugak kena adjust. takpe, slow2 la eh. wah, kunci maid room ye. a.k.a bilik tetamu la tuh.

been busy meeting with few contractors jugak. ni salah satu visit lah. ni tgh design kitchen cabinet. aku nak L shape. wan soh buat lurus je. almaklum bini dia kan 'rajin' masak. buat grand2 kang jadi project gajah putih pulak. apa kaler best utk KC eh? takde idea weh.

ukur jangan tak ukur. master bedroom akan dishrink kan utk buat family area. kat tingkat atas takde family hall. so nak buat family hall. bole la nak tgk tv kat atas kan. adik aku cadangkan letak peti ais. tak yah turun2 nak buat susu ke apa. haa, molek la tuh. aku soh buat satu KC kat atas sekali lah. 

ni lah antara benda2 yg nampak simple tapi sebenarnye renyah. nak memilih design apa, tema apa,  color apa, downlight bape bijik, plaster ceiling pesen apa. so far belum boleh fikir lagi konsep rumah kitorg ni. sederhana tapi meriah ke, simple tapi elegant ke. tema morocco ke, tema english style ke. eh tema rumah ke tema orang kahwin ni? belum ada idea lagi..

aku sukakan konsep2 macam ni. nampak lapang dada, tenang jiwa tak gitu? simple tapi sedap mata memandang. bekenan lah. ni rumah kawan baik aku. design rumah dia mmg dah cantik, bila pandai hiaskan lagi nampak cantik. nape lah aku takde idea bernas macam ni.. idea, please come to mama!

ok,  tu major story no 1. major story no. 2, esok kitorg sekeluarga akan bercuti panjang. rancangan dah dibuat hampir setahun. biasalah sempena AA promo, jeling2,  tekan2 lah kot kena harga RM0. plan asal masa tu nak ke negara seberang. tapi mata terpandang kat 1 tempat ni which is more cheaper dari negara sebarang. tanya wan, dia pun book lah. that was last year. around february jugak. so it is a 1 year plan. tabung nak ke sana pun mmg put aside. sebab mmg tau hotel kat situ mahal. kat situ sorga utk membeli belah. dah semestinya nak menuju ke Disneyland.

nampak ke nih? haaa tgk date kat desktop bawah tuh. bulan 2 tahun lepas dah siap book. insyaAllah, kalau takde aral, esok malam kitorg bersiaran dari Hongkong la ye. memula agak stress la jugak, ko time ni lah nak gatal nak pegi hongkong kan. dah tu pulak ko time ni lah nak masuk rumah. ha ape kes?

tapi bila memikirkan peluang nak dapat tiket ke Hong Kong pergi balik hanya RM95 seorang!! pergi la jugak. so sebulan dua ni menggoogle la all about hong kong. menurut ramalan kaji cuaca, sekarang tgh winter. but winter dia tak lah sejuk mencecah negative. dalam 9degree gitu. pada kita sejuk lah kot. dah nak membeli warm jacket pulak kan. takde lah sampai turun salji bagai.

pegi kat kedai winter or travel for all tu, tanya pasal cuaca kat sana, apa baju yang sesuai. so diorg suggest beli yg kat atas tu. biasa utk budak kena tebal lagi. aku nak pandai2 beli sendiri takut tak kena gaya. beli bagai, tapi takut tak berpakai. kat sini, bila masa nak pakai kan? nak pegi london pun bila tahun nak pegi. so hopefully, gears2 diatas akan digunakan lah. bukan sikit2 harga nya. tak berpakai kang boleh jadi bahan nak bertekak. tu pasal study betul2 pasal negara orang ni.

semua disumbat dalam 1 luggage. bawak 2 luggage. 1 lagi luggage mmg kosong. kena standby extra sebab dikabarkan, sape pegi hong kong ni, bila balik malaysia, bag tu akan beranak pinak. boleh jadi lebih dari 2 bag. tgk lah kepada nafsu serakah bila kat sana nanti. aku mmg tak boleh nak imagine betapa murah nya barang2 kat sana bagai dikata. so hopefully mmg betul2 murah la. boleh beli baju raya siap2. eh! kot bole beli sofa, wall cover ke pos balik malaysia, ok jugak! eh, apekehey?

nak travel jauh dgn askar2 kecik ni mmg mentally dan physically ready. fizikal lah especially. kat sana nanti akan banyak berjalan. sebab sistem perantara diorg pakai train a.k.a MRT station. so was thinking to get a twin stroller. ye lah, kalau 2-2 penat, tido serentak kan senang. sebab apa yg aku baca budak bawak 6 tahun will definitely need a stroller. niadel ni mmg kaki berebut stroller. so aku pun try lah call brad pitt dgn angelina jolie nak pinjam twin stroller anak diorg. tapi tak berjawab pulak. then try contact. j.lo tanya bole pinjam tak twin stroller diorg. nak pinjam kat sazzy mcm anak diorg selalu pakai je aku tgk. nasib baik lah j.lo kasi pinjam. hahahaa.... thanks imah kasik pinjam!

unfortunately tadi try kat basement, fold dgn unfold mmg cam single mclaren stroller. sorong pun cam biasa. tp bila lifting part, ya ampun, terkeluar urat jantan wan. 11kilo yo. so aku mcm merasakan pakai twin stroller akan jd extra burden pulak. so we decided no to use it. nanti kitorg try test pakai kat sini eh imah. ko bukan pakai pun dah kan. kot ada yg nak beli second hand ke nanti. aku tolong jual kat sini sekali :)

so on itinerary pulak, 6 hari kat sana seems not enough for us. banyak tempat2 menarik yg bole dilawat. tu belum kira shopping2 mall kat sana yg murah2 nak diukur. so aku telah menyusun jadual base on apa yg aku baca. nanti dah balik aku share detail. termasuk bajet sekali as usual.

begitulah kira2nya life kitorg sekarang ni. busy dari segala segi. apa pun, moga urusan kami dipermudahkan Allah. semoga kitorg selamat pergi dan balik. amin....

so i was thinking, apa kata aku share ole- ole dari hong kong dengan korang dengan menggunakan nuffnang account aku. lama dah tak bukak. bukak2 tgk, wah menarik gak ni utk dikongsikan bersama. as a token of appreciation untuk korang yg rajin klik nuffnang aku. so nantikan simple giveaway bila aku balik nanti eh. giveaway sempena apa eh?

haaa giveaway sempena my adel turns 2 this month. konon nak pegi hongkong masa birthday dia. tapi tiket mahal pulak. so drag awal seminggu. early birthday celebration la konon. wah kelas celebrate bday kat oversea. takde maknanya lah. kebetulan time cuti, so on je lah.

hati ni bahagi dua. study pasal hongkong, sebelah tingat ke rumah. bila google pasal design rumah kena search pasal hongkong. so tak sabar nak settlekan vacation ni so bole concerntrate kat satu benda. mmg tak expect benda nak dtg serentak, but kita tackle it nicely la kan. so that's for now. korang take care, stay tuned for my first ever giveaway okeh! assalamualaikum...

Comments

Iryani Noor said…
wahhhh p hong kong...
best best best....
enjoy ur holiday.... =p
OneSimpleMother said…
congrat alya n family dah ada rumah sendiri. selamat mendeko2 ye. waaah.. gi hong kong uuu. have a pleasant journey.. :)
eiman's mummy said…
seronoknya!!!!
have fun okay............
izzahazfar said…
hong kong mmg best,

tp zah ke sana tak shopping bykpun..ke sebab bila zah kira tambah darab,zahpun leh dpt rege tu kat malaysia :)

kak, g disneyland, pastu p ocean park..tu dua tempat yg bila bawa anak-anak comfirm mak pak pun exited :)
Anonymous said…
kitchen cabinet go for blacj table top and white doors... mesti elegent..
bestnye niadel dpt pi hong kong... enjoy ur holiday dear...
Anis said…
wah wah... memang hectic gile ko skarang kan! xpe, semua hectic best2. esp part rumah. elok la ada proper contractor utk buat semua renov. ko penat pilih design je xpe. aku penah try cat rumah sendiri pun nyesal lps tu. baik upah org. letih gile! hahaha
Iela Fazielah said…
seronoknyer...diam2 nak gi hongkong... kami jugak xjd jejak... tiket laku 3 bln je..last2 let go harga RM4k...nasib baik ada org nak bl...tp nak tau jugak nnt citer kamu gi HK... manalah tau...ada tiket murah mcm tu...leh pegi yedak....hehe...

pasal rmh.... xyah pening2... letak konsep dulu...kalau nak english style... dah tau nak cornish jenis ape... dah sure kitchen kaler pe... kalau nak modern..lg senang... xmain pakai cornish.. terus buat je plaster ceiling ala2 lampu dlm ceiling tu...petak2 semua... kaler yg lawa... akak suggest biru teqoish...lawa beb... matching dgn putih... nyaman rasa... percayalah,....
ryugiena said…
besnya ko dh nk pindah umah sdri..klu aku jd ko pun mmg pening pk psl konsep umah ni..

wow nk g hongkong plak. mak aih..syoknya..smpi sana nnt trs update kat blog eh..live dari sana..moga selamat pegi n balik..

weh, nnt ko share camne cara2 ko packing brg2 ko 1 family utk ke sana..aku tgk dgn makanan, bj ko blh sumbat 1 beg je??cmne ko buat? susu pamper ank ko, ko letak mane ek?nk jgk tau..:)bajet pun of course nk tau jgk..
nad said…
bestnye, bestnye, bestnye, bestnye..!!!!


rumah baru dpt, nak pi vacation plak..
ada GA lagi!!best, best, best!
murah rezki kak alya 1 famili :)
MOMMY AYUN said…
syoknye weh pg Disneyland HK!bawa ole2 yer nnt.. have a safe journey Alyyani..
wah2... awl tahun dah holiday best.. paper pun happy holidah and have fun!

nanti bawa citer yang best2 dan gambar yang best2 yea..
Gieyana said…
bestnyer Alyya..moga semuanya dpermudahkan k..nnt share2 kt sini k..

psl umah tue kalau ko nk taruk downlight..ko jgn taruk yg da cover taw..bulb cepat jer terbakar psl panas..ko taruk yg open br bulb tahan lama..

neway, selamat jalan2 k..:)
ida adalah aku said…
wah kak alya. best tu.. perkara baik dtg 2serentak.tahniah.. semoga selamat pergi n selamat jg balik... hepi holiday. :)
afnieponie said…
wow best nye... selamat bercuti!
Elyn Sani said…
berseri ko skang ek!

ehem puji ade makna tu.....
Affieza said…
Wow...untungnya dpt tiket semurah tu.xsabar nk baca entry akak jln2 kt HK
Shasha Mohamed said…
Pi hong kong? Wah! Seronoknya, nanti cerita pengalaman dan tunjuk gambar ya. Mesti best giler ni.
Enjoy you holiday ;)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber