amnah wedding

amnah, adik anis. izz anak anis. basically last week mmg back to back jumpa anis. last saturday dapat invitation dari anis, adik bongsu dia punya wedding. kahwin muda gak. umur 22tahun. sebaya dgn adik aku. diorg ber2 dulu pernah satu sekolah. so kenal lah. mmg adik beradik diorg ni kahwin muda kot. si anis dulu pun kahwin lepas habis belaja. jodoh sampai awal ye tak?

kitorg sampai almost 2. cuaca panas terik yang amat. patut berjanji dgn gang2 lain. tapi tak dan jumpa nenek, sebab atuk malas nak tunggu lama kot. heheh.. so sempat jumpa eirna dgn pa'e kejap.

pengantin tengah potong kek. amnah ni ada kembar jugak. sebab dia yg bongsu, melangkah beberapa bendul lah jugak. 

pelbagai lauk pauk lah. aku slumber je tambah 2 kali. nak pulak lepak dlm rumah. then ada teh tarik kuih muih semua. skang wedding kena ada macam2 menu ye tak.

panas terik time ni. siap bapak pengantin kata sampai sun burn lah haritu.

kitorg mmg lepak dalam rumah je. niadel sedap la berlari sana sini buat macam rumah sendiri. menjeling je mama menengok pe'el diorg ni. pelamin yg sentiasa menjadi tumpuan.

makcik ni tgh mood baik, org ajak begambar, menonong je ikut.

the hantaran dari pihak perempuan. 

menjejak kasih dgn makcik paling busy dalam malaysia ni. makcik eirna. last jumpa masa tu nia belum pun setahun, adel dok dalam perut lagi. ni baru dpt jumpa. eirna dgn anak dia yg comel sebaya adel (of course le, dah mak nye comel gila) dgn izz.

nak jadi cerita time ni, aku lepak dgn anis dgn izz sementara makan. rasa badan izz dedar gitu. confirm la nak demam tambah cuaca yg tengah panas. so dia pegi mandikan izz dulu nak bagi sejuk badan. still tak jalan. izz dah mcm lemah je. mama dia harus lah panic. ubat demam tak bawak. sian pulak tgk diorg. tgh2 majlis anak pulak sakit. kalau aku, panic jugak dibuatnya.

anak dah sakit, aku paksa amik gmbr gak. heheh.. sebab nak amik gmbr dgn makcik eirna ni bole jadi tah bila tahun lagi. ye tak? amboi anak eirna dgn izz tgh main mata. adel dah boring sebab dah agak lama kitorg kat situ.

time anis nak balik rumah dia jap kat putrajaya nak amik ubat, pa'e dahlia dgn anep baru sampai. walaupun dok dekat, lama tak jumpa ko pa'e. tunggu damak keluar aku visit ko ye. :D

last but not least, with the bride. congrats amnah, jadi isteri yg solehah. bagi izz sepupu cepat2 eh :D ina, kahwin dah member ko ni weh! payah nya lah mama niadel nak berbaju kurung pegi wedding eh?

ni lah doorgift utk tetamu. moist chocolate cake yo! baru malam tadi dapat makan. panas kan dlm microwave jap bagi coklat meleleh2, then ngap! mmg marveles! 

8 comments:

Salina@IbuAqil said...

Cantiknya pengantin..
Sama padan..
Moga kekal hingga akhir hayat..
Amin!!!
;)

@e_da said...

cantik pengantin.. terbaekk tu doorgift dia.. sedapnyaaa

nome said...

aku paling soker tgk part hantaran pihak perempuan...cantek sgt...combination two colors red and white mmg sesuai...

lagi satu yg unik, ada buku Tun dr mahathir la :)

amal_fc1303 said...

sumpah kurus giler si amnah nie. lagi kurus dri ko kot. pape pon congrate la ye. dh kawen dh kawan aku nie. adik nye bile plak nk naik pelamin?

Iela Fazielah said...

baguskla idea dia bg moise cake coklat ni... leh buat idea jugak utk kenduri aqiqah baby br nnt...

alyyani said...

salina : berseri2 kan? amin...

ieda : mmg best. malam ni nak ngap lagi 1! :D

nome : kan? very the unique and cretive.

ina : nak kawen, harus la slim! :D iqah bila? bagi la azry dgn aimie lepas dulu. heheh..

k.iela : nanti sy bg contact no kat kek tu eh. mmg sedap kak. :)

alongaishah said...

wehh...jeles kot..haha...nasib la weh ngaja petang....

Iryani Noor said...

woahh cokelat cake tu..
terliur nih
*ehh tetibe.. kekke

cpngratss buat pengantin..
moga berkekalan hingga anak cucu =p

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in