2012 : i'm 30 yo!

Assalamualaikum. lamanya tak cerita cerita kat sini ye. since sakit last week, nak catch up kerja yg banyak pending kat ofis. so mmg tak sempatlah nak blogging. kat rumah pun mmg tak larat nak online. so here i am, writing again. niat nya nak recap peristiwa 2011 tapi tak sempat pulak. we only have few minutes left to enter 2012.

selamat datang 3series. harap diri ni makin matang dalam menghadapi semua situasi. anak2 pun dah makin besar. these few days rasa stress gak la. 1st, mcm tak leh terima hakikat umur dah masuk 30. hahaha.. boleh? secondly stress bila nia dah besar. belajar nya dah kena monitor betul2. kang result tak best, mak nye stress lebih. so everything must be structure. tak leh asal boleh je lah.

tu je lah kot. insyaAllah 2012 ni gak kitorg bakal mendiami rumah sendiri. finally. so looking forward on that. menambah anak? belum ada plan lg. tp bila tgk member2 dari 2 dah jadi 3, teringin jugak. tp tgk kan diri sendiri pun tak terurus dgn 2 anak, kita carry forward 2013 lah. kalau rezeki awal, syukur saja. lain2, time to time kita cerita lagi. till then, moga tahun 2012 ni akan jadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya. insyaAllah...

last day of 2011, had our favorite donut and freeze.

choco forest my favorite, mocha lak wan. panas2 mmg sedap pekena ice blended. aku pun tak tau apa motif aku ltk gmbr2 ni kat entry ni. hahaha..

2012, adel baal menginjak ke angka 2, nia pulak nak masuk 4 tahun. cepat sungguh masa berlalu kan? have another great year ahead ya!

wordless wednesday

balik perak last weekend korek balik novel2 mak aku. mencari novel ombak rindu dan sequel2 nya... nak recall la konon..

demam berjemaah = restless

start dengan ahad lepas, wan yg demam. teruk gak tengok rupanya. so, mmg dia melepek je lah 2,3, 4,5 hari ni. ahad tu gi az-zahrah nak amik ubat. alang tu, niadel pun jumpa doktor sekali sebab batuk diorg tak settle2 lg. tapi doktor kata ventolin takde stok pulak. yg ada ubat batuk biasa, yg kalau diorg makan, mmg batuk akan jadi lagi teruk. mmg aku kenal lah ubat2 yg diorg serasi dgn tak ni. sebab free, belasah je lah.

ondway ke klinik. sbb kat rumah dok main je, masuk kereta tidur terus sampai lah jumpa doktor.

balik rumah diorg ok2 je lagi.

isnin aku pegi kerja cam biasa, aku hantar niadel. wan on MC lagi. balik keje malam tu, aku lah entertain budak2 since papanya demam. sudahnya kitorg 3 beranak tido kat depan tv. then aku terjaga pukul 5 pagi, aku dah rasa mcm aku lak nak demam. so bangun, cepat2 makan actifast. then tak boleh nak tido dah. rasa badan menggigil sejuk. then saja lah pegang niadel. aku rasa diorg nye badan pun panas. aduhai, serentak kitorg ber3 demam. so pagi tu, sebelum masuk ofis, bawak niadel ke kids clinic.

surprisingly, diorg nye suhu agak tinggi. adel nye suhu 38.7, nia lak 39.1. maka 2-2 kena masuk ubat insert time tuh gak. for the record, nia mmg dah lama gila tak demam. last sekali demam masa raya tahun 2010. so mmg nak kena lah kan. serentak pulak dgn adel. ni mmg 1st experince aku lah, handle anak sakit serentak. 1st experience jugak, dengan aku2 sekali sakit. so, tak jadi hantar diorg ke nursery. balik rumah dulu. bagi diorg makan ubat dulu. ingat aku nak masuk ofis lps lunch. dalam kul 11.30 tuh hantar diorg ke nursery sebab aku lak nak gi klinik. nak gi klinik bawak diorg yg mmg tgh lembik, mmg tak daya lah. sebab aku pun mmg tak daya masa tuh. 

bila aku jumpa doktor, terus dapat MC. mmg dah gigil2 masa tuh. tak tahan dah rasanya. tp pegi jugak ofis sebab ada keje kena buat. tapi masuk ofis dah mcm hape je aku. ofis sejuk kan. so nak menaip pun mmg tak larat. aku pass keje kat assistant aku, mintak tolong dia settlekan. aku terus balik rehat. nak amik niadel mmg tak daya. then dlm kul 5 tuh, aku call nursery tanya niadel camne? ain kata adel ok kak, nia lah demam. adeh.

terus bangun amik niadel. diorg kena makan ubat every 4hrs. kalau tak makan, alamatnya badan panaslah balik. so malam tu, aku tak tido lah. dok monitor suhu diorg be2. ikut badan mmg tak daya sgt. tp anak demam lagi aku risau. 

semalam, aku MC lagi sehari. aku tak hantar niadel kat nursery. duduk dengan aku. demam diorg pun on off lg. nia lah paling teruk. tak jumpa suhu 37 pun. dok kat 38 je. aku pun sama gak. every 4hrs kena makan ubat.

bila dah makan ubat, suhu diorg turun lah sikit. adel ok lagi dari nia. adel aku bagi ubat setiap 6jam dah. lepas tu apa lagi, sesi buli mama lah. mintak macam2. aku melepek je lah tgk diorg nye pe'el janji tak gaduh tak nangis.

malam tadi, baru lah suhu badan aku turun ke 37.8. kalau tak, 38 saja. tekak ni dah payau nak makan ubat. rasa nak termuntah je.

nia malam tadi, badan panas balik. tgk mata pun dah merah. tapi aku tak masuk ubat bontot pun. bagi ubat makan cam biasa.  sebab dia senang nak bagi ubat. malam tadi pun tido2 ayam kat ruang tamu monitor suhu diorg. sempat jugak aku bangun makan ubat sbb esok (harini) nak masuk ofis. then bangun pukul 2 bagi nia makan ubat demam. adel aku tak bg sebab suhu badan dia 36.8. means ok lah. 

pagi tadi, bangun tido, nia nye suhu 36.4, adel lak panas 38.1. tak terhandle pulak rasanya bila kena betul2 monitor 2-2 anak yg tak sihat ni. so bagi adel ubat sebelum hantar gi nursery tadi. masa hantar nia aku pesan kat nursery tolong bg ubat kat niadel kul 12.30 dgn 4.30. sat gi nak remind diorg. kalau lewat bg ubat takut badan panas.

sakit tuh menghapus dosa. hope aku bole kuatkan badan untuk jaga anak2 aku so that diorg cepat sembuh. mmg aku restless la sekarang ni. badan sakit2. tido pun tak menentu. badan pun lemah lagi. esok, follow up balik kat kids clinic tuh. oh, btw, even badan rasa lemah lagi, tp hati tak sabar sangat nak balik kampung esok. kali ni turn balik perak. bila balik kampung, ada extra hands yg bole tolong aku jaga niadel. ada proper foods yg mak masak. tak sabar! korang doakanlah aku, nia and adel cepat sembuh ye. thanks..

true story : kenapa mesti suami orang?

sebelum korang baca, nak bagitau, ini kisah benar and it is a long one. i was approached by 1 lady via email last week. she's one of my silent reader. mmg out of nowhere lah this lady tetiba email aku. ye lah, kenal pun tidak. tapi lepas sembang2 dgn dia, mmg dia pembaca setia lah. she thought that both of us has a lot of common. dari segi character especially. ehm, korang baca blog aku bole agak tak aku mcm mana org nye? bole kot eh? ha begitulah intro.

ada apa dgn tajuk entry? kisahnya bila this lady email aku bagitau yg dia baru dapat tau yg husband dia ada affair dgn sorang janda. masa mula aku dapat tau pasal hal ni, why me? amik masa gak lah nak digest. 1st, aku rasa mmg tak patut kita bukak pekung suami kita walau apa pun yg berlaku antara suami isteri. secondly, aku mmg agak janggal bila org luar ajak bersembang hal personal ni unless somebody yg mmg aku kenal.

tapi, bila dah process dalam otak ni what is actually going on, aku letak diri aku kat tempat dia. what should i do? mana aku nak pegi? dengan siapa aku nak mengadu? believe me, walau macam mana sekali pun kita kena simpan apa2 masalah rumahtangga kita, tapi bila sampai satu tahap, as a woman, we need somebody's shoulder to cry on. dan ada sesetengah, 'bahu' tu bukan dikalangan family sebab kalau sorg family member tau, maka bole sampai berita ke 3 generasi tak gitu? CNN pun kalah.

so aku assume, this lady mmg purposely nak cerita kat aku bukan untuk mengaibkan sesiapa, bukan jugak nak bukak pekung didada tapi untuk aku kongsi dengan korang apa patut dia buat. dan of course it could be a lesson for all of us especially the wife.

the story begin... kejadian baru sangat beralaku bila 1 day the husband kantoi dgn his wife bila wife dia nampak something yg mencurigakan kat hp the husband. of course lovey dovey SMS from someone that she prefer to call bitch. tapi kasar pulak bunyinya kan? mungkin tak jadi pada diri kita kan? tp aku tau mmg ramai species 'bitch' ni kat luar sana. so, bila dah kantoi tu, takde lain lah dalam kepala cuma perkataan cerai je lah dalam kepala.

so, bila kantoi tuh, si suami explained what was going on. cerita bermula bila the b**** mula mengadu domba kat her husband masalah dia dgn ex-husband dia. so bila dah ada pengadu dan ada jugak pendegar yg setia, different gender pulak, maka membawak lah kepada timbul rasa sayang kot. the worst part bila the b**** yg dia tgh ada affair ni adalah among their friend jugak. the husband know the ex-husband. so do this lady mmg kenal dgn the b**** dan jugak anak2 diorg mmg saling kenal mengenali. sedih tak?

lelaki mmg nature nye suka melayan pompuan. bagaimana cara layanan tu yg berbeza. kalau wan, wallahua'lam lah sebab aku tau kawan pompuan dia officemate dia je. dia bukan jenis suka berkawan dgn pompuan. takde lah aku nampak dia menggedik dgn pompuan. setakat sembang2 kosong je lah. tapi ramai jugak lelaki ni bangsa melayan. sampai lupa diri tu dah kawin dan dah beranak. aku dah berhadapan dgn this situation. kita tak layan, dia dok bersayang2 bagai. tinggal nak kena lempang je dengan aku lagi.

kalau macam aku ni, mmg bangsa tak melayan lah, tp bangsa b**** ni, dia jadi syok plak. sampai dia pun lupa diri dia dah beranak. so bila dah kantoi dgn isteri dia, mula lah si suami merayu bagai mintak maaf.  then  i was thinking, nasib lah baru sebulan the relationship dan baru dating dalam sekali 2.. ce kalau tak kantoi awal? apa jadi? nauzubillah. syukur Allah tunjuk kat u cepat dear. so mmg this lady nak mintak cerai je lah tp bila mengenangkan anak diorg yg sorang ni baru berumur 4 tahun, for the sake of their son, she try to be rational instead of being emotional.

so sekarang dia mmg tak boleh nak tgk muka suami sendiri pun even though suami dia dah menyatakan betapa menyesal nya dia, sanggup dan dah buat macam2 untuk dia. ye lah, alang kita merajuk dgn laki kita pun makan 2-3 hari, ni kan pulak bila libatkan orang ketiga, mesti amik masa nak telan dan maafkan kan? how could he do this to his wife and son. aku tgk anak diorg, sangatlah comel. mmg comel gila lah.

but i guess, the b**** yg banyak main peranan. ni sebab tak mendapat la kot ater kena cerai. so, aku rasa dia ni mmg problematic. this lady nak miserable kan life the b****. but i'm against that. kalau kita layan species2 gini, kita pun jadi sama bodoh macam diorg. so better don't.

but the main reason dia nak aku publish her true story ni, adalah dia nak kita, isteri2 ni pandang2 lah suami kita, dgn siapa diorg berkawan. tak salah nak kelebek hp husband kita tuh. mintak password fb ke. trust is a key to marriage. but there's no harm to be a little bit doubt to our partner. yg penting honesty.

syukur the husband dah berubah dan hopefully pisang tak berbuah 2 kali. aku bukan apa, ada gak few of my friends having the same prob, jadi lagi. kita doa yg baik2 je lah utk pasangan ni ye. and last but not least, to the owner of  012-7947814 / 012-7700153, please, please... stay your ass away from a married man. banyak bujang trang tang tang or duda yg ko bole kacau ok! and if u happen to read this, letak diri u dalam tmpt isteri yg u dok kacau suami dia, apa u rasa? ke u mmg takde rasa? korang kalau rasa nak contact no tuh, feel free to do so. bagi nasihat ke, nak sound jangan kacau laki orang ke, or yg berminat nak bekenalan pun boleh! :D

kalau korang tak larat baca, meh tgk gambar anak dara den ni ye. :D

note : entry dipublish dengan izin...

echo test, echo stress test result

tak boleh tido. niadel dok belawan batuk. esok ke klinik la nampaknya. syukur weekend. suppose ada wedding sepupu kat kuala kangsar, tapi wan ada kursus, so mmg tak dapat nak pegi. congrats to afad and wife. nanti kitorg datang kat kuala selangor ye.

so, hari yang ditunggu pun tiba. 2-3 hari sebelum doctor's appointment tu mmg tak keruan. wan dia rilek je. tak tumpang nervous pun aku tgk. siap buat lawak antarabangsat lagi cakap, nanti doktor tu cakap, awak kena pakai jantung robocop. apekah? i know he was trying to make some humor on me. mmg aku stress lah. sampai rasa shortness of breath yg aku dok cakap tuh.

pagi aku masuk ofis dulu sebab appointment kul 2. dalam 12.50 aku gerak. risau gak takut jem ke, takut sampai lambat. tgk2, 15minit dah sampai. mrr2 clear. so tepat kul 2, aku dah tepacak kat klinik dr azhani tuh. memula nurse amik berat dgn tinggi. then dia suruh tuka pakai gown sebab nak buat heart scan dulu.

doktor datang nak scan terus aku ckp, sy nervous gila ni doktor. bila nak start scan, dgr aku nye heartbeat laju gila. doktor soh rileks kejap. payah lak dia nak scan. amik masa nak cool down. then baru rasa tenang sikit, doktor mulakan scan. memula scan kat leher sebab nak tgk saluran arteri kat leher then scan jantung. sakit kot masa scan sebab dok kena tulang rusuk. kalau org kurus payah sikit nak scan kata doktor. gitu pulak eh.

lama gak dia scan. diam je doktor sepanjang scan tuh. risau aku. nak mencelah tanya tak berani. then dah settle doktor cakap OK, JANTUNG YOU CLEAR. TAKDE APA2 PROBLEM. fuh! kelegaan disitu. then proceed dgn echo stress test. bezanya dgn normal stress test, before test, akan ada scan jantung untuk dpt kan kedudukan jantung dan bacaan dan habis stress test akan amik reading gak dalam keadaan lepas bersenam.

 echo stress test. lari atas treadmill. makin lama makin tinggi and makin laju treadmill tuh.

heart beat, pulse akan dimonitor kat screen ni.

during stress test aku ok. lepas sampai stage 4. means aku bole lari sampai stage 4 lah. takde lah terkandas di tengah2 stress test. no dizziness at all too. rasa penat lah ater dah lama tak berlari. lepas lari, cpt2 baring and scan jantung. then lps dah siap report tu, aku kena bawak report tu ke doktor semula. datang kul 2, dekat pukul 5 baru settle. lama nya dekat menunggu nak stress test la. mesin echo tu ada satu je. kena tunggu turn. sebelum aku ada baby kat NICU guna. siannya la hai. 


report yg di sealed untuk aku pass kat doktor. bila jumpa doktor, soalan first doktor tanya U PLAN NAK BERAPA ORANG ANAK? ah sudah, tak lama ke aku ni tak leh anak ramai2? aku jawab lah plan  3 je. skang dah ada 2. aku tanya kenapa doktor? tak boleh anak ramai ke? doktor cakap, eh apa pulak, u nak 10 anak pun boleh.

heh? rupanya doktor tak nak bg aku any prescription. dan hasil dari test tu, aku nye kolestrol level too high. tinggi gila doktor cakap. so nak bagi ubat kolestrol tak digalakkan especially kat perempuan. in case kalau pregnant boleh effect kat baby. aku tanya doktor tuh, yg aku selalu rasa tarik nafa tak sampai tu kenapa. doktor kata tu sebab aku gemuruh. takde kaitan pun.

so starts from that day, aku kena ubah diet aku. kena amalkan diet yg kolestrol rendah. panjang gak lah list yg doktor bagi food yg kena avoid these 2 months. kena rajin bersenam. so, itu lah keputusannya. ye lah, belagak kan. konon kurus, belasah makan apa je tak kan gemuk, sekali amik, kes lain pulak datang. bahaya pulak tuh. sekarang nak makan apa pun takut. dah 2 hari ni, makan soup je. next appointment 14/2/2012. doktor nak tgk turun tak kolestrol level aku base on the diet yg aku amik.

tadi pun baru cerita semua kat mak aku dari check up 1/12 tuh sampai lah result nya. berdas- das lah kena tembakan dari cikgu rokiah. huhu... ok gak control makan ni, mau slim aku ni.

till then!

note : korang yg tak sempat2 tunggu entry ni keluar, laju je call, sms, email, dan2 tu bukak twitter ye. hehehe.. thanks all for your kind concern. terharu gak aa :)

cerita medical check up

dah lama aku nak cerita pasal medical checkup aku ni. from the day 1 itself. sbb nak share experience buat full medical checkup. tp it turn out to be a scary episode of my life. aku tak sangka, during the checkup tu, aku ni ada mcm2 masalah. ok, jom mula.

aku penah cite yg wan ada ajak aku buat full medical check up. reason being? saja je lah. ada health screening center approach kitorg and kitorg setuju nak buat full medical checkup yearly. atleast setahun sekali. so, kitorg dah buat check up tu on 1st Disember haritu. memula nak buat 8/12. masa anniversary kitorg. konon bole lah berdating lps tuh. tp 8hb penuh pulak. kalau drag tgh bulan tak boleh sebab tu time aku period. kalau period dgn pregnant mmg tak leh check up sbb ada xray semua. so amik 1/12.

sementara menunggu wan kat ofis cyberjaya. kasut sukan aku yg putih lagi suci lagi bersih sebab tak penah bersukan / bersenam. kena pakai sport shoes sebab ada stress test, lari atas treadmill.

kitorg nye appointment kul 10.30 tp sampai lewat sikit sebab wan ada report kena hantar. so these are the procedures

amik berat, tinggi, cek mata, amik darah. sebelum tu kena puasa 10 jam sebelum amik darah dgn urine ye. banyak gak darah dia amik. 
 
lepas tu dok dalam bilik menunggu. tunggu turn untuk x-ray, abdomen scan dgn pap smear untuk perempuan. masa ni hanya bole minum air kosong je sebab urine tak amik lg.

tah macam mana, haritu mmg ramai sgt org buat checkup. sebab ada group of foreign students buat checkup. lama gak nak tunggu turn tu. sementara nak tunggu xray dgn scan abdomen, kitorg jumpa doktor dulu untuk tanya serba sedikit pasal medical history. doktor akan cek pulse kita, blood pressure. untuk pompuan lak kena buat pap smear lah. pap smear tak sakit eh, cuma ada rasa discomfort je lah bila mulut itik tuh dah masuk dalam vjj kita.

lepas tu, chest x-ray pulak. sebelum tu utk pompuan kena sign consent yg mengatakan kita tak pregnant masa xray sdg dilakukan. ye lah, kalau pregnant mana bole xray. radioaktif tuh. ramai gak pompuan tak proceed with xray tp aku buat sbb mmg (hopefully la kan) tak pregnant. settle chest xray baru lah scan abdomen pulak. kalau lelaki nak scan sekejap je. kta banyak part sgt.

kita (pompuan) yg macam2. nak kena scan uterus lagi, breast lagi. lain yg diorg scan, lung, liver, perut. amik masa setengah jam. scan kitorg semua lepas. takde abnormality. lepas dah sudah scan baru lah bole letak urine dalam botol yang disediakan. settle tu, baru lah boleh jamah biskut jacob 2 keping dgn air milo sebelum proceed dgn stress test.

alas perut sebelum nak lari2 atas treadmill

sebelum buat stress test kena buat hearing test dulu. yang ni kitorg pun semua ok. aku belah kiri mcm tak sensitif bunyi sangat. taik telinga tebal kot. lepas tuh, proceed untuk buat ECG test, untuk cek jantung kita. baring dalam keadaan rileks dan diorg akan print graf bacaan jantung kita.

lepas tu, buat test untuk tgk lung kita ok ke tak. yang ni pun kitorg ok. last part is lari atas treadmill lah. aku dah ready time ni dah duduk atas treadmill, wayar dah pasang kat area jantung. sekali diorg tak bagi proceed. mcm ada tak kena kat ECG reading aku tadi. 
aku dah, ah sudah! apa pulak. wan dah selamat berlari atas treadmill masa tuh. dia semua test lepas. aku lak kena tahan. so, diorg pun panggilkan doktor. doktor tgk graf aku dia kata ada abnormality kat ECG reading aku mcm ada something wrong or blockage kat JANTUNG! diorg mmg tak bagi aku proceed untuk treadmill sebab takut aku collapse. 

aku betul2 nak collapse dah time tuh. apa tak kena dgn jantung aku ni? then doktor suggest aku refer tu cardio. aku terus lah agree. diorg check kan cardio mana yg available untuk aku jumpa. dalam pada tu, aku dgn wan tak becakap to each other. aku mmg totally freak out. wan tatau lah dia risau kan aku ke apa.

so, bila jumpa pakar jantung, doktor tanya aku nye life camne. aku nye kerja camne, anak berapa, selalu bersenam ke tak, family ada heart problem tak dan yg paling tak boleh lupa bila doktor tanya ADA DALAM FAMILY YANG PERNAH MATI MENGEJUT? aku masa tu rasa betul2 nak kena heart attack. doktor takleh nak detect what is actually wrong with my heart. so, he schedule me to run an echo test, echo stress test. echo test ni maksudnya scan jantung la. bole nampak apa yg tak kena dgn jantung aku. if any. masa tu, yaAllah, macam2 lah dalam kepala. sempat ke tgk anak2 aku besar ni.

so balik rumah dgn penuh debaran nak menunggu echo test. korang nak tau echo test tu bila? siang tadi. (14hb) apa result echo test tuh? next entry.....

appointment with cardiologist which was held at 2pm this afternoon

note : siapa sangka, aku yg kurus, sihat walafiat ni pada luaran nya, dalaman nya ada macam2 masalah. so korang, kalau dpt peluang at least setahun sekali buat medical checkup. we never know kan? prevention is definitely better than cure.
note2 : sorry  to my followers at twitter, entry ni macam repetition lak untuk korang. hehehe...

wordless wednesday (tak sangatlah)

was trying to get her out from the bathroom. sekali dia cakap sambil tunjuk tangan "wait, mama wait..."

 bila dukung paksa dia keluar, retak dinding rumah dek suara dia. inilah adel yg suka main air...

Bila musim perayaan tiba..

bila2 time festive season ni, macam2 lah yg shopping mall akan buat. especially time krismas. ada je show2 yg menarik untuk attract kid's attention. sebab kitorg ni kan suka bawak niadel mengukur shopping mall every weekend, so ada je lah mcm2 benda menarik bole niadel tgk (selain pokok krismas la kan)

Bangsar Village
ada lego land. diorg built pakcik santa setinggi 8 kaki.

ada mcm2 replika lagi yg dibina menggunakan lego

ada 1 tempat diorg tunjuk star wars nye binaan. aku tak familiar sgt dgn star wars ni tp kagum lah dgn diorg nye binaan.

dan ada R2D2 in the making. nak bina setinggi 8kaki gak by using more than 90k pieces of lego. tapi kalau korang gi sekarang dah siap la kot. kitorg pegi minggu lepas ni. organizer yg suruh kitorg amik gambar 1 family then suruh upload kat fb, bole?

view from the top. lego pun dijual dgn discount sampai 70%. aku takde la nak membeli. kang aku sendiri menyesal beli sebab jenuh aku kutip.

E curve
kebetulan tadi gi ecurve ada chipmunks nye show pulak. nia yg perasaan dulu. dia dgr suara dari Tony Roma's tmpt kitorg lunch tadi. dia dok tarik2 tangan aku kata nak tgk baby.

macam2 lagu diorg menari. teruja dan TAKUT niadel. bila time nak amik gambar, tanya nia nak ke amik gmbr? dia kata tak nak.

dan macam2 lagi landskap2 yg menarik kat sini... HK tuh adel nak bagi kat likha lah! :)

eh, eh, esok cuti lagi lah! nak mengukur mall mana pulak eh?? selamat bekerja kepada yg berada di luar Selangor :D

rania ke nursery baru next year

harini (jumaat), hari yg sangat penat. berkejar kesana sini. harini hari terakhir nia sekolah, so ada parents-teacher meeting. sambil tu amik report card nia, gambar konsert, dvd concert dan cerita perihal progress nia lah. kalau mid term haritu nia tak seat exam, but for final she's ready to take exam. aku ingat dia tak amik exam gak. but she did. cuma sebab dia tak tau membaca lagi, exam adalah style 1 to 1. teacher gave instruction then dia buat. alhamdulillah, semua result nia ok sangat. untuk budak 3 tahun ada 3 org je yg amik exam, dan ada gak budak umur 4 tahun yg tak boleh nak seat exam lg. tu dah cukup bagus pada aku. tetiba terfikir, camni la rasa bila mak pak kita tau result periksa kita. patut la mak ayah aku selalu sedih, sebab aku ni middle range je bila time periksa :p

settle meeting tuh, parents diberitahu masa kat konsert diorg haritu, efektif next year, SR TPP akan provide transit / day care. sangatlah menarik perhatian aku since sekarang nia berulang alik dari taska. diorg sewa tingkat atas utk dijadikan day care nye tempat.

bukan takat tu je, dengan fee RM250 sebulan, aku bole jimat on transport and kat situ bukan duduk2 saja mcm kat taska. akan ada homework coaching dan iqra' class. takde extra charges. semua dah include dalam fee tu. dan yg paling best no extra charges for overtime. terus aku agree nak hantar nia kat situ terus.

maka terpaksalah berpisah nursery dengan adel. sedih pulak. but for her on good, dan banyak advantage disitu aku tak fikir panjang. pagi hantar cam biasa, then iqra' class. then siapkan dia gi sekolah utk afternoon session. let say kalau ada extra class ke tak pening nak arrange transport. balik sekolah ada homework coaching.

tapi kalau cuti sekolah camne? tah! lupa nak tanya. rasa open gak kot. nanti aku tanya lagi. kalau tak bukak, taska diorg kan ada...

her class photo. tamat sudah sessi 2011, jumpa di tahun 2012.

nak gak review ombak rindu weh!

sebelum korang baca further, kepada yang minat aaron aziz, sila jangan teruskan pembacaan. hehehee... gurau je. jemput2 lah baca. this is just my review.

ok, finally after went through all the obstacle (obstacle ni laki den je), i managed to watch ombak rindu. actually mmg aku dok ajak few of my friends, and family tgk. but takde kepastian dan tak confirm lg. so kelmarin, aku dgn officemate aku buat kerja gila, pegi tgk ombak rindu. mmg kerja gila lah. apa yg gila tuh, tak yah tau lah. cukup la aku kata mmg gila punya kerja.

sanggup eh punya nak tgk sangat? sanggup! sebab apa?
  1. aku baca novel dia. but that was 9 - 10 years back. masa tu time matrix sampai ukm, mmg gila novel. tp beli nan ado. pinjam je. and ombak rindu is 1 of the novel yg aku baca repeatedly. lebih 3 kali? so mmg synopsis dia lekat sampai sekarang. ada la scene2 kecil yg aku tak ingat but overall cerita dia mmg aku ingat. jalan cerita dia mmg awesome.
  2. aura dari movie ni before release lagi dah terasa. so mmg target nak pergi. aku ok je nak tgk malay movie ni as long ada pelakon yg aku suka. so dalam cite ni sape?
  3. sebab bront palarae. current malay actor yg aku minat remy ishak dgn dia. so tak boleh la kalau tak tgk. though he's not the hero tp korang tak rasa ke he's the real hero in this movie? kenapa beliau tidak diberi credit? maap ye peminat aaron. no offense.
did the movie meet my expectation?
jawapannya tidak. tgk sekali kat wayang dah cukup. tp mmg aku akan subscribe kat astro first. nak tgk lagi. jalan cerita dia anti klimaks. bila part dah mcm nak syok, mcm potong sebab dah masuk next scene. it shouldnt be like that i think. semua mcm tersekat sekat. takde 1 scene yg melekat kat kepala kecuali masa mail bawak hariz naik moto pegi jumpa izzah and dia pesan jaga izzah elok2. huhuh.. sedih ok!

did the script strong enough?
jawapannya pun tidak. honestly takde 1 ayat pun yg aku ingat except for "redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" yg mana the only skrip yg diamik dari novel. difahamkan penulis novel tidak terlibat dalam menulis skrip filem ni eh? i thought so. so mcm sampai tak sampai la. kita depens on character yg diorg bawak je untuk dapatkan mood tuh.

the sweetest scene?
  • semua scene MAIL. seriously. ok, bias eh? sorry! :p
  • masa izzah bawak minum petang kat hariz then hariz dah tertido kat bench tu. then izzah pun tumpang lie down kat situ gak. tu je la yg paling sweet. lain2 biasa2 je. mcm aku ckp lah anti klimaks.
the OST?
masa OST dia keluar, mmg tak sempat nak hayati sebab kalau keluar lagu ni, awatlah tak dgr sgt suara diorg ni. tapi bila tgk movie dia, mmg all the way lagu ni dimainkan. sangat suit dgn scene. tu aku lagi nangis bagai nak rak. mmg best gila la lagu dia. sesuai sgt dgn cerita ni.

did i cry?
walaupun plot cerita dia mcm sangkut2, tapi aku nangis starts second half of the story ye. so misi nak menangis bila tgk cerita ni mmg suksess la. aku nangis masa bila?
  • aku start nangis masa mail atas sampan dgn izzah part dia cakap, 'kalau ko dah kahwin, aku bolehla berenti berharap' start sebak dah aku time tuh. bila dia terjun amik kan jam izzah tu ha dah meleleh dah aku. told u that i like bront palarae's acting
  • then ofcourse masa hariz cari izzah masa kat rumah pak dollah. sebab dah meleret nangis dari scene mail dgn izzah tu, tu membawak sampai nangis lagi tuh
  • then part hariz accident kejar izzah, part dia baca yasin tu yg aku nangis. sgt sedih, maya karin mmg betul2 in character. time ni dah parah dah aku nye nangis. over officemate aku cakap.
  • dan semestinya part izzah kejar hariz sampai bleeding tuh. mail very protective i tell u. 
  • part mila dinner dgn izzah malam tu then diorg duduk kat gazebo tuh. sedih sgt bila mila bagitau dia betul2 syg2 kan hariz. kira imagine if aku kat tmpt dia lah. 
  • dan part mail bawak hariz naik moto cari izzah kat pondok ngaji. time ni meroyan dah aku kot. hahaha..
 tapi ending part dia tak sedih la kan. dah happy2 tp patut l.tunjuk sikit apa jadi kat mail. he should get some credits too. lepas tgk cerita ni, aku masih tak minat kat aaron aziz. bukan tak suka, cuma tak minat. sebab aku tak penah tgk cite2 dia belakon sampai lah ombak rindu ni.

ramai tak nangis eh bila tgk cite ni? apasal aku yg over ni? dah tu dok ckp cite nye tak best. hahaha... tp mmg aku nangis bagai nak rak sampai malam tu tak leh ngadap laptop. mata pedih gila. sampai wan tanya, apa masalah cite tu sampai over sgt nangis nye? hahaha... 

ok, sekian....

    4 awesome years!

    tajuk entry tiru airasia.com sempena 10 tahun ulangtahun AA, diorg tgh buat promo fare. silalah sila kalau ada plan nak bercuti between July 2012 - October 2012. Sape cepat dpt tambang seposen itu. kena banyak sabarlah nak tunggu kat 'bilik menunggu' tu ye.

    balik kepada tajuk asal, harini genaplah 4 tahun aku dan wan hidup sebagai suami isteri. walau dah 4 tahun, aku rasa aku masih dlm proses mengenali dia. he's very unpredictable. kadang macam ni, kadang macam tu. sampai sekarang kena pandai adjust. tapi macam tu lah Allah nye plan. dia temukan kita dgn someone yg 'opposite attract' dgn kita. perumpaan ying and yang sesuai la utk kitorg. kitorg berbeza dari segala hal. but i  guess that's where we feel complete when we are together.

    sempena ulangtahun perkahwinan yg ke-4 ni, kitorg dpt hadiah baik punya bila ada pihak / individu yg jadikan gambar kahwin kitorg utk diletakkan dibanner. aku tak tau hal ni sampai adik kembar aku yg bgtau. kot diorg AJK yg buat kursus kahwin ni ok lah ada reason, ni masih tak tau sape pihak yang bertanggungjawab. banyak kot gambar kahwin lain yg lebih glam and cantik zaman sekarang. nak2 kitorg nye wedding tuh tahun 2007. semua pun basic. bunga tangan pun pelesu. anyway, thanks la yg pada pihak yg meng glamourkan kitorg. to be honest ada rasa uncomfortable as kitorg bukan  gila glamour. ramai lg yg gila glamor nak kan gambar2 diorg to be publish publicly. ok, enough ranting.

    happy anniversary soulmate!

    wordless wednesday

    bermacam- macam usaha nak ajak kesayangan pergi tgk OMBAK RENDU. usaha masih gagal!

    sedih hati bila nia merajuk dgn mama

    cerita nye begini. semalam masa nak pegi kerja, cam biasa aku yg hantar nia. kalau pagi2 tu mmg struggle sikit lah nak suruh dia mandi. since tak pakai diaper ni mmg susah la nak suh dia masuk bilik air bila bangun tido. kalau dulu berdiaper, atleast dia bangun tido ckp 'mama, pampers basah. tuka pampers lain...' gitu lah. sekarang ni, bangun tido, terus duduk dpn tv nak tgk dora katanya.

    ok lah sementara dia tgk tv, dan aku bersiap. nak tunggu dia mandi, kena tunggu habis dora katanya. bole sabar lagi lah. sempat aku breakfast sikit. lepas tu, baru lah kena paksa dia mandi. kalau nasib ok, mmg dia nak pee, ok la mandi terus. kalau mmg takde rasa nak membuang, mmg becinta la nak ajak dia mandi. 

    semalam, dah settle mandikan dia, dah wangi2, aku akan bagi scotts dulu. tambah lak sekarang ni dia tgh batuk. kena la bg ubat batuk dulu. nia mmg senang makan ubat. tapi kalau ubat tu tak sedap, mmg kena tolak2 la jugak. so semalam masa bagi ubat dia ck, 'nia nak baring lah mama...'  dah baring aku bagi la pakai syringe. dah elok masuk semua ubat dalam mulut, then dia puposely luahkan balik. habis kena baju dgn bantal.

    masa tu dah pukul 8.30 ye kawan2.. masuk ofis kul 9pg. aku apa lagi. mmg asap keluar kat kepala la. mmg mulut ni bising lah. apa aku ckp eh? aku ckp gini 'kenapa nia? nia kan dah big girl? kenapa buat perangai bukan2 macam ni. kan dah habis baju bantal ni..' panjang la lagi aku bebel sambil amik kain basah lap pipi dia dgn tukar baju, letak sarung bantal kat baldi. tangan tak naik pun. tak guna pukul anak, bukan dpt apa. dapat membebel dah cukup. dia punya meraung toksah ckp la. aku tak pandang dia pun. sampai lah masuk kereta. sampai lah hantar kat taska. salam, cium dia terus blah. aku ckp kat cikgu ain dia, 'nia baru lepas kena marah ni.'

    cikgu ain tanya 'mama marah ke?' dan2 tuh dia meraung. hati aku x lah bengkak lagi. tp mmg dah lambat sgt time tu. nak isi minyak lagi. balik kerja aku mmg x igt lah pasal insiden pagi tu. tapi masa aku amik nia smlm, biasanya, bila pintu bukak, meluru dia peluk aku dengan tak berkasut. tapi semalam, dia nyorok belakang pintu je ko. aku tarik la tgn dia ajak balik, dia main tarik2. aku cam, alamak, apekes?

    cikgu ain cakap, dia ingat la kak, pg tadi akak marah dia. aku cam, eh? aku ckp la, 'sorry nia, lain kali mama x buat lagi...' dah berjurai air mata dia menangis. tak sangka aku dia merajuk lagi kat aku. dalam kereta, dia cakap 'sorry mama'. ai touching la kejap. huhu.. sian dia. so pagi tadi masa nak bg ubat kat dia dia sendiri cakap 'nia makan ubat tak tumpahkan mama...' dia ingat lagi la tuh...

    nasib baik nia cover dagu mama yg dah belipat dua tuh. btw, bila nia dah pandai baca blog mama ni, mama mintak maaf eh. be a good girl ok!

    Adel's version of jangan nakal

    aku tak tau lagu ni tajuknya jangan nakal, sampailah bila aku tgk kat youtube. thought the tittle is please2.. here we go.. :) tapi sebutnya 'pee, pee, pee....' mcm nak pee je kata uncle ainal dia. hahaha...


    bole cam tak lagu apa?

    bukan tak nak update...

    tapi laptop aku dah jahanam. adel suka menari atas tu. so banyak huruf kat keypad dia dah rosak. tekan2 tp tak keluar.

    kalau molek duduk mcm kakak dia tgk youtube takpe gak, ni sakan menari atas tuh. awak tu berat dah 11kilo. netbook mama tu mmg dah nazak, so mmg takde la peluang nak update.

    update sikit2 macam ni je lah kat ofis. curi masa sikit. nak bebel2 panjang2 takde dah. ipad2 dah order. tp belum sampai. dah sampai esok baru senang nak update. *mode berangan*

    banyak nak cite, banyak gila. tapi tu lah, byk masalah.

    sape nak tgk ombak rindu dgn aku? aku ajak wan dia jawab gini

    "nak tgk ombak2, pegi tepi pantai!!"

    dah bertanda seruan tu, pegi la cari kawan2 ye...

    ada lagi sikit. harini genap setahun arwah mak mertua mengadap ilahi. how time really flies. Al-Fatihah..

     jumpa dilain masa...
     

    Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in