mama busy

maka, anak2 kena pandai bawak diri...




picasa la pulak

selama ni kebanyakan kita edit gambar pakai photoscape kan? jom tukar style pulak. start tgk kat blog anis. style jugak. kalau perasan, aku ni suka letak gambar bebanyak dalam 1 entry. cemuih pulak bila tgk nya. sendiri tgk rasa nak muntah. apa lagi korang. bia banyak membebel dari gambar bertimbun pada aku. sebab aku suka baca apa org bebel kan. :p

so, tanya dia pakai software apa. dia cakap picasa. laju je lah install. sama je mcm photoscape tapi aku suka style macam ni. biasa la, manusia cepat bosan. suka sesuatu yg baru :p mcm tu gak dgn aku. so bole la kot, mengurangkan kelembapan nak loading kat blog aku ni dgn edit gambar pakai picasa.

fyi, kalau wan snap gambar, 1 event tu bole makan ratus2 keping. kalah official photoG! so nak pilih mmg pening. jenuh gak nak edit 1-1. so this might help aku nak tunjuk gambar yg ditembak. lagi pun aku takde medium lain nak tunjuk gambar2 yg diamik. kat fb malas nak upload photo. so tunjuk kat sini. jom, picasa pulak kita! credit goes to makcik anis.

style gak buat mcm ni. ni lah contoh 1 minit papa niadel bole snap barang 10 keping gambar!

another 1. bole buat border mcm ni atau kat atas tu. macam2 lagi kalau rajin godek. so far, aku kenan mcm ni.

note : nak tiru boleh, nak copy paste boleh, but bagi credit dari sape kita meniru / cilok / copy paste idea tu yeh!

semalam untuk niadel

ala hari2 pun untuk niadel. semalam bermula nya aftermath sale bigbadwolf kat south city plaza. so mmg target nak pegi lagi lepas dah pegi 1st sale diorg kat maeps haritu. lagi sebab nak pegi sebab all books are RM5 or less. so mana bole tak pegi. sejak bila la aku interest kat buku ni? sejak ada anak la jawapan nye. :D beli buku pun utk diorg. nak serapkan book is toy for them. wah, statement! hahahah...

so semalam pegi la ke south city. mmg dekat sgt lah dari rumah. was expecting this time nye sale pun mcm haritu. walaupun ramai org, tp semua pun clear. but this time it was totally different. nak masuk kena beratur panjannnnnnnnngggggg gila. ok la tuh, sebab kawasan sempit tuh. bila dah masuk, masyaAllah, bersempit2 la pulak. mmg memasing meroyan la nak pilih buku. gigih aku meredah org. cari la apa yg bole utk niadel. target aku kali ni nak cari activity books especially utk nia. and story books utk adel sbb dia suka suruh mama baca buku. tiap2 kali pun bagi buku bila dah baca mesti dia 'nak lagi, nak lagi' mama yg ngantuk bacakan buku utk dia.

so dah memilih dalam sejam, time nak beratur pulak. hat ni yg aku pitam ni. kaunter mmg banyak, tp yg nak beratur bayar lagi banyak! sorg tu bukan sikit2 buku yg dibeli. berkotak2. siap staff diorg tolong bawak sampai ke kereta dgn troli. mmg meriah and happening la. it took me 2 and half hour to pay. tu cash lane. kalau pakai credit card, lagi hazab nye. 

so korang yg plan nak pegi, masih ada banyak lagi buku. sale sampai ahad. parking senang, cuma nak pesan, tolong bawak kotak/bag/luggage bag sendiri as they are running out of boxes. dan tolong jgn bawak anak kecik. kesian kot. nak kena beratur berejam semata nak bayar. nak bergerak lagi la payah. kalau nak bawak gak, letak dalam carrier which akan nyusahkan korang balik yg nak pikul buku2.

total damage utk semalam ialah RM57. check it out apa aku beli utk niadel...

activity books utk nia. coloring and writing. semua hard cover. kali ni aku banyak beli hard cover and buku tu siap ada marker pen. lepas tulis bole padam balik. maka bole pakai utk 7 generasi.

nia peminat dora. so cari sebanyak mungkin buku dora. and i got these. 2 buku kat atas tuh siap ada toys lagi. 1 story books, 1 lagi color pencil+magic color+pencil.

ni utk adel. ala nia ke adel ke semua bole guna la. mmg most of the books / items banyak yg dah rosak sikit. tp tak penting, yg penting isi dia elok. worth la dgn harga RM5, RM3 or RM2..

pop up story books utk adel. siap ada bunyi lagi bila turn page. mmg syok la adel..

last but not least, ini yg menjadi rebutan ramai. aku tak sure ada lagi ke tak. tp aku dpt yg dora. ada mickey mouse jugak. bawak benda alah ni yg makan ruang. kemain seksa nak memikul. rasa mcm angkut meja. nak masuk kotak pun tak boleh. this huge activity book mmg aku aim. saiz lagi besar dari meja nia. semua pun pakai marker pen. so ala- ala white board bole padam balik. ada magnetic sticker utk buat activity. mmg menarik. samada mak pak nak ajar atau tak je. hehehe.. malam tadi, nia busy menonggeng buat ABC, dalam buku ni.

tetiba aku nmpk buku ni. aku nak bagi hadiah kat boss aku. ok tak? :D

so, rasa berbaloi jugak dpt beli buku2 ni. balik dari south city aku nak pitam sebab beratur panjang yg amat masa nak bayar. telan actifast. malam pulak, bawak niadel tgk puss in boots. budak be2 ni mmg suka kucing. so mmg semata2 bawak diorg nak tgk cite ni. ikut hati, x nak tgk. as we expected. cite dia sgt2 ringan2. totally for our kids. tak beri kesan pun mcm masa puss ni dalam shrek. dalam shrek lagi best kot. ni totally puss ni. so ok la, sesuai utk niadel. diorg pun enjoy during the entire show.

antonio banderas voice over watak puss in boots ni..

masa buat muka macam ni 1 dewan mcm cair. aku cam biasa je. takde perasaan kat kucing :p

note : thanks korang tolong pilih kat gambar nia. so ikut majoriti aku pilih B. thanks again guys...

help me to choose.. A or B ?

konsert dah pun berakhir. cuti sekolah pun is around the corner. malam tadi, dpt message book informed that concert DVD dah ready utk dijual. ok la kan, dah la video aku amik tu gegar2. at least ada memori utk nia bila dah besar esok. RM25 per copy. gambar pulak diorg akan bagi single photo bersaiz 8R = A4 paper size dan class photo. so, mari la tolong aku memilih gambar mana yg patut aku pilih. A or B? 

tekujat aku tgk gambar nia ni. heavy makeup betul. lain benau dgn rupanya. so, ni je lah pose yg termampu nia bagi. kalau dpn org, belum tentu dia akan senyum. kalau mama papa yg amik gambar insyaAllah chances nak senyum tu ada. almaklum anak aku bukan poser. so A ke B eh? size A4 tuh! thanks in advance for your opinion...

penangan bola = remote tv rosak

mmg rasa nak gugur jantung tgk bola haritu. aku ni takleh. kalau menang, perasaan tu mcm ong kim swee pulak. kekdahnye mcm aku trained diorg. kalau kalah, aku la yg paling meroyan. sesak napas dibuatnya. wah over! tp itulah aku. bole jadi emosi bab2 sukan ni. apapun, kita menang! alhamdulillah.. team kita sekarang mmg yg terbaik lah.

masa last sekali bila baddrol nak tendang bola tuh, kitorg (aku dgn wan) dah siap berdiri dah. bila goal je. mmg terlompat2 mcm budak sekolah je rasa masa tu. lupa daratan kejap niadel tgh tido. lompat bagai nak rak lah. then dah settle bersorak sorai, nak tukar remote. apekehey remote ni? bateri habis kot. terus wan tukat bateri. bila tukar bateri, tak jugak bole pakai. sah dah jahanam! samada aku atau wan yg terpijak. dalam remote tu dah berbunyi2 apa tah mcm skru tercabut ke hape. penangan bola betul!

niadel dah tido masa ni. maka nak jerit tak boleh, tu yg telompat2 tuh..

medium pelepasan perasaan. semua pakat2 jadi pengulas sukan tak bertauliah :p

 aku crush dgn  baddrol ni. ye bang, org kedah ye. motif tanya negeri?

jahanam remote. tah aku ke wan yg pijak.

ingat semalam nak beli kat kedai2 tv je. diorg kata ada banyak jual. infact kat pasar malam pun ada. tapi wan suruh call astro tanya sebab ye lah, better beli yg ori. kat rumah mertua aku kat kedah, bertukar ganti remote sebab beli yg tak ori. mengikut kajian, setahun kena pakai 3 remote control tak ori. satu remote RM15. kalau setahun kena spend RM45. so, harga jatuh nya rugi. better beli yg ori. lagi pun laki i kan gagah perkasa. kalau geram kat satu benda, main hempas2 je. kalau pakai tak ori kang, kot seminggu sekali kena beli remote. :p korang yang nak beli remote control astro bole walk in kat sini :

Cynnyx Sdn Bhd
5, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1
Hicom glenmarie Industrial Park, Shah alam
Tel : 03 - 7504 8989
Fax : 03 - 7804 6699
Remote Control Price (Biasa, beyond or PVR) : RM30
Kalau nak suruh pos, bank in siap2 kat acc diorg MBB Acc : 51222116144 (CYNNYX SDN BHD)
email : hlchaw@cynnyx.com.my

memula aku call astro tanya ada jual tak, diorg bagi alamat kat atas utk aku order. kalau nak diorg hantar pun bole tapi add on postage charges RM10. sebab shah alam bukan territory kitorg, kitorg mintak diorg pos je lah. so total charge is RM40. petang semalam bank in, pagi tadi dia call dah arrange for delivery. insyaAllah esok sampai.

semalam baca NST, baca statement coach diorg Ong kim swee dalam ni. mmg best betul statement dia. membuatkan player lagi bersemangat! video bawah ni pun best. wartawan bengap tanya soalan bengap kat coach. maka dapat sedas dari coach. enjoy! malam ni kita support harimau muda lagi ye!


updated : soalan dari wartawan - "coach, adakah orang cakap lepas menang game ni kan, menentang Syria tidak dianggap penting?" dan OKS bagi sedas jawapan kat wartawan tuh. :D

SR TPP annual concert 2011

ni yang korang tunggu ye, nak tgk lagu mana nia menari. sebelum tu, mmg banyak kali dah peras ugut nia, nia kena dance tau dgn kiesha auni, dgn adriana, dgn amanda. nanti mama bawak tgk (penguin) happy feet, cat (puss in boots) bla bla lagi lah. sbb mengenangkan insiden sukan sekolah dia dulu, dia menangis tak nak join.

inikan konsert dpn audience. so, i'm expecting same thing will happen. tapi tu lah, bak kata pepatah, expect the unexpected kan. siapa sangka nia akan naik stage utk terima award. siapa sangka nia join menari dgn kawan2 dia. nampak mama papa dan tak nangis. udah rasa aku yg nak buat konsert punya nervous. sebab kot kena standby angkat dia turun pentas sebab menangis kan. hahaha.. gitu sekali ko!

but alhamdulillah, it turn out to be a very smooth performance. takde drama sebabak. tidak lah dia menari bagai nak rak. i know her. dia gen mama. kejung bila menari. tapi as long ada gerakan dari dia, ingat step, follow instruction dan yg penting tak nangis, mama dah happy. so, cayalah nia!! mari tgk gambar sambil bercerita...

dari balik kelantan, mmg tak rest terus siapkan nia sebab kena make up buat pony tail bagai. and tak nak bagi dia tido. tu yg penting. kalau dia tido, mmg rosak la segala mood dia.. so kitorg sampai agak awal. nia kitorg handover kat teacher. masa nak handover nangis jugak! dah agak dah.

amik tempat yg tak depan sangat. kang nia nampak mama papa, banjir pulak kan..

sementara nak tunggu kul 8 malam, yg solat, ada tempat solat disediakan, yg ada dalam didewan, disajikan dgn slide show student SR TPP. bila terselit gambar nia, wajiblah snap. masamnye nia!

amik gambar sorg, lagi masamnya!

tepat 8 malam, majlis pun start. emcee dia ceria. bukan dikalangan teacher. hire dia dari luar..

opening speech by the students. yg umur 6 tahun. yg melayu bagi ucapan dalam english, tamil and mandarin. then 1 chinese student berucap dalam bahasa melayu. tepukan gemuruh utk diorg!

tgk parents lemau je, emcee suruh kitorg menari chicken dance la pulak. aku mmg la super lemau nye..

majlis graduasi utk pelajar umur 6 tahun pun bermula. ada sorang student umur 5 tahun terus up ke standard 1 utk 2012 sebab dia terlebih pandai.

sessi penyampaian sijil disampaikan oleh principal pn khasidah utk semua student yg bakal melangkah ke darjah 1 tahun depan...

aku dah lemau dah time ni. lampu lak malap2 je. beperang lak dgn adel. aku nak amik camera kat dia sbb nak record video nia kang. yg dia lak pegi amik camera buat mcm telepon dok hello2!! tu yg video ada mcm gempa bumi. adel dok kacau.

bila tiba bahagian penyampaian anugerah utk pelajar cemerlang. bermula dgn umur 3 tahun, masa ni aku tak capture lagi. sekali sebut nama rania ayesha. terus aku cuit wan, eh nia lah, gi amik gambar! dah tu pulak, nia amik masa nak kua kat stage. tgk la dia tuh, sambil gigit jari, tak tau apa yg berlaku. 1 dewan gelak kot tgk gelagat dia. hahahah...

ni lah best student untuk umur 3, 4 dan 5. alahai, kecik nye lah nia! time ni nia mcm syok la jugak sbb nampak mama siap lambai2..aku nye risau apa jadi masa menari nanti tak habis lagi..

1st performance dari student umut 3, 4 dan 5. diorg campur kan sebab last2 year punya experince buat utk budak 3 tahun je, end up, semua sorok belakang langsir tak nak keluar. hahahaha.. nia dah ready. teacher tgh susun2 lg. debor aku time nih!

masa ni dah nampak papa, dia sengih2 lagi. eh sengih la pulak? nervous lagi ni!

ok, permulaan yg baik. dia ikut jugak.

ok la, dia ikut jugak. but most of the time, dia dok geli dgn pompom dia tuh. so kejap2, usik mulut, betulkan pompom. mmg dia ni jenis tak leh kena kulit. contoh tag kat belakang baju pun kadang dia tak selesa, terus tak nak pakai baju tuh. nak pulak pakai gown mcm tuh, lg la terdedah dgn sentuhan kulit. overall kitorg happy dia join jugak. nanti tgk video kat bawah..

second performance main instruments.

then student umur 3, 4 dgn 5 perform sorry2 pulak. ingatkan nia perform lagu ni dah kat umah dia nari lagu ni. rupanya gimme2. sebab step sorry2 ni susah sikit. gimme2 tu simple je..

next, student umur 5 dgn 6. sailor dance.

then performance student umur 6 tahun. conga dance. layan kot performance ni. hehehe..

then terompah dance. lagu apa lupa sudaa... student umur 4 dgn 5..

second last performance. each performance amik masa 5 minit je. so tak la lama sgt nak tunggu..

last performance lagu rasa sayang. dgn semua student & teachers. lebih kurang 9.15 dah settle. so kitorg amik kesempatan bergambar kat stage dgn teacher2.

amik gambar dgn classmate dia. wah, rambut blond gitu. nia biasalah, tepinga2 tgk ramai org..

with teacher zuri a.k.a senior aku masa kat convent. mengajar nia. anak dia la yg umur 5 tahun lompat terus ke darjah 1. mmg bijak. nia dah mula ngantuk time ni.

with teacher mala. credit to all the teachers yg ajar nia selama setahun. thank you so much!

terserempak dgn emcee masa kat lift. habis majlis, ada buffet. tp sebab ramai org, kitorg tak tunggu la terus balik. 

so begitu lah, cerita konsert nia. alhamdulillah, semua berjalan lancar. happy dgn progress nia. hope nia bole maintain the momentum. actually kitorg takde method nak mengajar anak ni. konsep mana dan je. apply pembelajaran dalam aktiviti harian. tu je yg kitorg buat. takde sessi belajar pun. so, bila nia sekolah mmg banyak sgt membantu. bila dia terdedah dgn buku, mmg automatically interest diorg kat buku je. tak yah suruh. tak yah hadap. kadang kita letih, diorg nak soh bacakan story books, teman buat homework, nak coloring, nak suruh tulis ABC an so on. kita ikut je. yg elok kita support, yg tak elok, kita tegah. kitorg jenis tak put pressure on kids. let the kids do whatever they want as diorg kecik lagi but of course with our guidance. kitorg tak perfectionist. asal anak2 happy kitorg pun happy. so nia ke adel ke, moga rajin belajar sampai berjaya. mama papa ok je niadel nak jadi apa pun, jgn besar jadi bimbo sudah. last but not least, terima la performance nia..  bole la kan dari takde :)

East Cost Trip

for the record, last sekali kitorg ke pantai timur, masa family day office aku which was held at cherating. mmg best la masa tu, rasa nak bercuti kat sana je lagi. tp sampai sekarang tak kesampaian. so, bila dapat undangan dari officemate aku menjemput ke majlis perkahwinan dia, susah nak kata tak, sebab officemate kan. kitorg lak rapat.

kalau ikut badan ni, mmg tak daya nak pegi. ye lah, malam kamis tu baru je balik dari bintulu, esok (jumaat) pagi2 diorg dah plan nak ke Kelantan. sapa yg pegi ke kelantan, x yah masuk office. wan tanya 'larat ke nak pegi ni?' kalau tanya mmg tak larat. tp malam tu, tgh layan bola malaysia vs indon, pengantin (masa tu dia baru lepas nikah) bbm aku, tanya gerak esok pukul bape. dia dah book kan chalet. alahai, berat nak kata tak. ckp kat wan, pegi je lah. lagi pun dia yg drive. aku tido je lah :p. so, terus unpack barang aku, and pack barang kitorg.

tapi, pagi tu aku kena masuk office dulu nak settlekan kerja. so pagi tu, hantar nia ke sekolah sebab 2 hari (kamis & jumaat) diorg ada full rehearsal utk konsert dia. adel hantar ke nursery jap. dah alang aku kerja, wan masuk office dulu. settle dah kerja aku, kul 11 tuh singgah jusco jap beli pantyhose putih nia. dah kena pakai pantyhose lak nak konsert. then beli hadiah utk pengantin. then amik nia. wan lak aku mintak tolong singgah jumpa adik aku asyran kat UTM, amik DSLR aku. ye la, nia nak konsert kan.

amik niadel, terus siap2 kan diorg, tunggu wan balik kerja hen kitorg gerak. janji dgn officemate aku kat BHP lps toll gombak. and kitorg mulakan perjalanan. kitorg ikut teregganu. the journey took about 8hrs kot. 8 kali tido tak gak sampai2. mujur lah niadel tido je dalam kereta. aku pun tido je lah. wan yg drive all the way.

dipendekkan cerita yg makin panjang ni, ada isu on chalet yg officemate aku book, kitorg bermalam di primula beach hotel, besut. tempat tu ok, not bad. luas gila bilik dia for standard room. sampai je, mandikan niadel terus keluar balik gi makan. makan kat restoran ni sedap sgt. nia makan banyak.

sampai bilik terus pengsan! esok pagi, breakfast kat hotel. lps breakfast, lepak2 kat lobi sementara nak tunggu tengah hari nak gi wedding. dalam pada tuh, wan suggest nak stay 1 malam lg sebab nak tgk bola! semata mata ye! tp bila  fikir balik kang balik lewat petang, bawak ke malam bahaya pulak. tambah jalan kat pantai timur tak macam PLUS highway. so kitorg decided to stay for 1 more night.

tgh hari sabtu, off to pasir putih. memula sesat. dpt coordinate gps yg salah ke aku silap type? ini menimbulkan keberbuluan encik driver. rupanya terlajak sikit je. dan sampai la kami ke majlis perkahwinan amri dgn wife dia. officemate aku ni mmg sempoi gila. masa kitorg sampai dia tak tukar baju lagi. bila tgk dia bersanding, mak oi, aku dtg jauh2 ko pakai gini je? belasah je la am! tapi lauk pauk dia best. tumbang 2 ekor lembu gak. masak gulai kawah. then ada kerabu apa ke nama nya. kerabu sare kot. aku rasa sikit, tp tak leh pegi. siap ada donut utk budak2 makan. lepas sejam 2, sebab dah terik and takut lambat nak tgk bola, kitorg pun mintak diri.

puing2 kat pantai ayer tawar tu kejap then masuk bilik tgk bola. aku tertido masa tgk game tuh. tp masa goal aku dah terjaga la. nasib menang, kalau tak rugi 1 malam lagi kat sini. hehehe.. esok pagi2, lps breakfast terus balik. kali ni ikut gua musang. aku start drive dari raub sampai ke rumah. sampai rumah kul 4 petang and kitorg nak kena bersiap ke Summit USJ pulak malam nya. phewww!!!!

mileage yg cantik masa nak gerak :)

bangun, tido, bangun, tido je lah keje diorg ni..

mmg luas la bilik dia. katil king size, cukup 4 org nak tido. :D

keluar balik, dinner kat restoran berhampiran hotel. sedap lauk pauk. habis licin kitorg makan. tgk je lah muka aku yg lemau itu...

breakfast pagi kat cafe hotel. dpn cafe ada stage. ada carpet, anakanda hamba buat macam rumah sendiri pegi landing kat atas karpet tuh!

pusing2 kat lobi. apekehey nia menonggek mcm ifa raziah tuh?

kat wedding amri. papa dah settle makan, mama pun makan. sekali bos aku tuang selambak gulai kawah kat pinggan aku, sabojelah. semput nak abis kan.. tapi mmg sedap..

donut menjadi rebutan niadel. habis bergula muka, baju dan kawasan yg sewaktu dengannya....

kul 3, pengantin sampai. kat sini kenduri sampai ke malam. kul 3, still penuh lagi org. tgk la pengantinnya, songkok ke tengkolok ke takde. sabajelah..

cantik wife dia, raja nuru namanya...

amik gambar sama2 sebelum balik..

tumpang amik gambar sebelum balik. congrats am and wife!

then kitorg singgah jalan2 kat tepi pantai jap. almaklum, kat KL tak jumpa beach, sekali niadel mintak mandi beach la pulak. nia siap kata nak pakai baju kat biru ada zip (swimwear dia)

seronok budak be2 ni bila dapat berjalan..

malam makan kat restoran seafood berhampiran then lepak bilik je. baju tido niadel baju yg sama masa malam yg pertama sampai kat sini ye, sbb last minit stay lagi 1 malam.

pagi sebelum checkout. hiasan pun dah bertukar ke merry christmas punya theme.

note : mmg respect kat korang2 yg dok pantai timur bole drive balik kampung sejauh ni. dan utk officemate aku yg ulang alik every week KL - kerteh demi kerja. uish, kitorg ni nak pegi lagi, via invitation je la kot.. :)
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in