raya haji dimana?

sejak kahwin ni, perasaan nak beraya haji tu so so je. since bujang pun mcm tu. excited nak makan daging korban je lebih. bila dah kahwin, masa 1st year kahwin, parents went to perform hajj, so sugul je aku di pagi raya di rumah mertua. rindukan mak ayah. 

masuk 2nd year raya, beraya kat perak. tak ingat jugak lagu mana kemeriahan nya. normally meriah makan je lah. pesta soup tulang. 3rd year raya tak balik langsung. sebab cuti sehari je. bila tgk kawan2 pantai timur, masing2 agak sakan jugak persiapan nak raya ni, siap mintak extra cuti, lucky for us, tak beria on raya haji ni. so tak yah susah2 nak mintak cuti bagai and nak prepare apa. mujur la se-pantai barat. tahun ni 4th year, kitorg balik kedah pulak. sebab raya puasa haritu balik perak. so, gilir2.

apa motif entry ni? tatau la, serious kekeringan idea nak membebel. banyak benda dalam kepala. nanti sambung cerita lagi ye. later ang good night all!

next entry. nia jelous mama kapok (read : peluk) baby lain. dia pegi menyelit kat mama. ok2, no adik at the moment :p

Di sebalik header mrs simplcity

tukang request. harus la kan..


Tukang complaint!

aku cakap kat adik aku ina, dah nak masuk raya haji ni, header aku edisi aidilfitri lagi ni. so aku request la apa yg aku nak. order je ye. mmg aku tak tau nak buat header sendiri. mungkin bole tau kalau ada inisiatif nak belajar. tp aku takde dan tak nak ada inisiatif nak belajar. tak sempat sebenarnya. update blog pun alakadar je skang. so tgh adik aku cuti sem ni, baru dia kesempatan nak buat. mmg aku nak gmbr kat atas tu. tak nak la letak gmbr sendiri. bebulu lak tgk gmbr sendiri kat header. cukup2 la gmbr kat entry2 yg sedia ada. letak gmbr niadel je. tukang complaint cam biasa, mengalahkan tuan punya blog. ada je. and aku tau, tak mintak pendapat pun, 3 perenggan dia punya complaint. suruh buat tak reti.



original photo. kelas tak background dinding tuh? sakit jiwa tgk dinding beconteng tu. camne nak kasi hilang eh? harus kena cut deposit bila nak keluar rumah ni nanti. tukang complaint kata, header tu nampak adel lagi besar dari nia. supposed nia la kena lagi besar dari adel. dari tepi mmg nampak adel lg lebar ye tak? dah dia tembam. tu pun nak amik kira tukang complaint ni. MOJ!

apela outpatient doctor ni punya diagnose

al-kisah, during last weekend, adel dah menunjukkan tanda2 nak mendapat virus mama nya. so hari sabtu ke ahad we decided to bring adel ke klinik. klinik panel, az-zahrah, bangi. haa, yg sekali aku pegi masa amik ubat sinus aku tuh.  mmg lama jumpa dgn doktor tu. lepas cek aku, cek pulak adel. masa tu flu adel tak heavy la. then doktor tgk tekak adel. tetiba doktor kata adel ada tonsil. dia tanya, adel ada demam tak? aku ckp takde pun. mmg selsema, batuk, kahak je. kalau dah tonsil aku tau la camne gayanya. even budak kecik pun akan dpt high fever. ni adel takde demam langsung.

garu kepala masa keluar dari bilik doktor tuh. doktor kata like mother like daughter ni. 2-2 ada tonsil. takpelah, dah nama pun doktor. adel dapat 1 antibiotik sama jenis dgn aku cuma dia punya dlm bentuk liquid and dpt ubat demam utk diberi 4 kali sehari. lagi aku garu kepala. punya panjang lebar bercerita dgn doktor, tak dpt sebotol pun ubat selsema/batuk/kahak. 

takpelah, aku bagi ubat batuk/selsema/kahak yg sedia ada dlm fridge je lah. dengan ubat antibiotik yg doktor prescript tu. sabtu malam tu didapati, flu adel makin teruk. dengan wheezing sound kat dada dia. malam aku tak tido lah sebab dia tak boleh tido. nak tido tp hidung tersumbat. isnin masa hantar adel kat nursery masih dlm keadaan yg sama. then pengasuh ckp adel tak bole tido sebab hidung dia tersumbat. tak leh jadi ni. masa balik keje, diorg ckp, teruk kak adel ni. 

terus pegi kids clinic, klinik pakar kanak- kanak yg ada kat area umah tuh. takde makna dah pegi panel2 ni, tak larat aku nak ulang alik ke klinik. sembang- sembang dengan yg jaga kaunter tu rupanya diorg semua including the doctor, bekerja kat pantai hospital, cheras. doktor tu mmg pediatrician. 

memula timbang berat dulu. nia pun aku register sekali coz she also having a light flu. berat nia 13.4kg. berat adel 10.7kg. ish, campur dua, mmg bole angkat 2 tong gas serentak aku ni. sebab selalu je dukung diorg be2 serentak. kesitu la pulak. so bila sampai turn, doktor dah tau dah. then aku tanya doktor adel ada tonsil ke sebab previous visit kat klinik doktor tu kata ada tonsil.

bila doktor cek tekak adel, tekak dia merah je. takde la tonsil as she's not having any fever. bengong betul doktor tu. doktor muda, lelaki. sapa namanya lupa. kacak2 la. tp hampes! so doktor bagi sebeban ubat yg sepatutnya kat adel. nia pun dpt 2 ubat. sekali masa nak bayar, harga dia tu mmg maklumlah, diorg bagi aku bag ubat yg cantik. tak main plastik2. sebab jumlah ubat dgn harga kot. kelasss ko!

mugkin banyak samples dgn free gift yg klinik ni dpt tu dia bagi kat kita.

koleksi ubat- ubatan. adel ada 5; running nose, phlegm, wheezing, antibiotik, dgn 1 vitamin utk adel. nia 2. running nose dgn antibiotik. ha hamik, kalau nia 5-6 ubat ok lagi, dia bagi apa pun makan. kalau adel ni, bab ubat mmg gagal la. kalau mama pregnant, kena kepung dia bagi ubat, mau pecah air ketuban. 

kids clinic yg mesra kanak- kanak. kalau yg nak pegi its opposite dgn giant equine, 1 row dgn domino's pizza. papa, stack kat tepi nia tu la yg nia sebut all the shapes tuh..

opening hours :
monday, tuesday, thursday & friday : 9am - 1pm, 6.30pm - 9pm
wednesday : 9am - 1pm, 2pm - 5pm
Saturday : 9am - 3pm
Sunday : 10 am - 1pm
Public holidays : Closed
** unless stated otherwise

pediatrician dia DR. TAN LAY ZYE. very friendly. pandai approach budak- budak. yg penting, dia pakar. lagi satu penting klinik ni tak se-pack klinik pakar an-nur. sebab tu je aku penah pegi kalau pakar. lagi satu, dekat dengan umah, lagi satu malam bukak. bape banyak lagi satu daaa.. does the meds works? ok, malam isnin tu aku bagi kan, alhamdulillah dengan izin-Nya, adel tido during the night. sedar- sedar je dah pagi. begitu lah jugak malam tadi. bukan kata dah heal sepenuhnya. tp tak heavy mcm weekend nya. berkesan la ubat tu. worth with the price la kan. lega mama.. cepat2 sembuh ye anak2 mama...

cuti harini korang kemana? aku japgi nak bersiap ke kuala selangor. akikah sepupu aku yg baru dpt baby. serentak dgn sorang lagi sepupu aku baru dpt baby gak. semua baby girl. mmg junior2 kitorg la. tak dapat la makngah nak cium baby2 tu, dah makngah ni soh seh soh seh lagi. adel lagi la tak leh dekat. selamat bercuti ye!

sabah - final, overall budget & review

my last entry on sabah. hari terakhir di sabah, mmg tak boleh nak kemana sebab flight pukul 10.55 pagi. kitorg bangun awal, menikmati breakfast kat cafe promenade hotel. finally a proper breakfast for us. poyo lah kan, kalau kat umah bukan breakfast byk2 mcm tu. lepas tu naik bilik, papa bawak barang ke kereta, while aku pergi check out. 

during breakfast..

baik je budak bedua ni time breakfast.

dulu masa nia baya adel, dok risau kalau dia makan sendiri mesti tumpah kena baju. tapi time adel, takde pulak. kemahiran pegang sudu dia cpt sikit.

pinggan aku. 4 hari kat sini, apa yg aku perasan, instead of nasi goreng, diorg ada nasi kuning. ala2 nasi putih then berlauk. kureng sikit pada aku. tapi tgk adel makan atas tu mcm nasi biasa je perasaan dia.

peace! kitorg nak balik dah..

dapat the borneo post. bawak balik buat kenangan. hehehe..

nia ikut papa amik kereta, adel dgn monyet- monyet2 nya teman mama check out

hotel lobi. nak book, pegi kat website dia kat sini..

sementara tunggu papa sampai, amik gambar kat lobi. peluk tak nak lepas. sampai sekarang dok monkey- monkey..

kalau ikut kan, nak bergambar kat tepi laut kat pasar filipino tuh, tapi, KK town sgt jem masa tu, nak pulang kereta lagi. sure amik masa sebab nak settle hal accident tuh. kitorg decide terus ke terminal 1 nak return kereta. disebabkan semuanya kitorg follow the procedure, tak amik banyak masa, nak return kereta. bawak keluar barang and pegi amik taxi ke terminal 2.
pegi dgn balik lebih kurang sama je luggage nye. penambahan kat 1 recycle bag je letak souvenir. tak lah sakan memborong kat sini. sabah je pun. lagi pun dah selalu dapat cendera hati dari sabah. tshirt pun dah melamabak dpt. so nothing much yg kitorg beli. dan yg paling best, bila semua nya within budget. actually below our budget. budak bedua ni, sorg mesti pegang kokokrunch dia, sorg lagi dgn monyet nye..

at terminal 2 KK airport. baru lepas self check in dgn check in luggage. kat sini ramai yg kena excess baggage. so kena bayar extra. so korang kalau book tiket tu, and kalau rasa nak shopping banyak, time nak return tiket tu, amik extra KG on baggage. so tak lah kena charge.

flight kitorg. depan mata je. sape yg nak last minute shopping masih boleh lagi. ada beberapa kedai dalam ni. wan ckp gi la beli sabah tea tu. seronok bila dapat beli. kalau korang nak beli, beli kat kedai kat dalam masa menunggu nak boarding. sebab beli 4 kotak dapat free sekotak. lain2 mahal.

sepanjang dalam flight, nia tido half way. adel tak tido kot. tah lupa. AJK susu setia menjalankan tugas.

sampai KL as per itinerary. alhamdulillah beakhir percutian kitorg ke sabah. ni tgh menunggu paksu niadel dtg menjemput.

overall, percutian pertama kali ke sabah ni boleh dikatakan percutian yg separa menyeronokkan. tapi bila tgk balik all the beautiful photos, rasa seronok pulak. banyak tempat yg cantik2 kat sabah ni. at first aku mmg teruja bila tgk kawan2 cerita pasal sabah ni. tapi bile dah pergi and experience sendiri, rasa boleh lah. this is only me and wan's personal point of view. mungkin tak pergi ke pulau so rasa tak complete nak rasa the excitement tuh. tempat yang paling seronok kat sabah ni pada aku, ialah kundasang dan ranau. dapat tgk gunug kinabalu dgn pegi desa cattle. KK town itself biasa2 je. takde yg menarik. kalau rasa nak pegi lagi sekali tak kot. mungkin bole, tapi tunggu anak2 besar sikit so bole ke pulau dan banyak kan aktiviti mandi manda. tu bukan kita je seronok, anak2 pun seronok. this trip may be bukan utk niadel as takde apa yg diorg faham and boleh nikmati. tapi dapat bawak diorg sama2 berjalan adalah seronok. walaupun penat, sangat penat ye tapi semua nya berjalan lancar.

last but not least, overall costs yg kitorg spent as per followings. mungkin bole bantu korang yg bajet2 bila nak bercuti kat sini. sape yg belum penah pegi, boleh la nak try pergi sekali mcm kitorg. nikmati semua pemandangan yg indah kat sini. ok je sebenarnye. tp kalau dapat pegi disneyland ke, USS ke sure lagi beronok ronok. hahahaha...
  • air (promo) fare - RM 234.00 for 2 adults, 1 children & 1 infant
  • accommodation for 3 nights - RM 455.00
  • car rental with hertz, sime darby - RM264 for 3 days
  • fuel - RM50 cukup utk 4 hari 3 malam berjalan sana sini.
  • airport taxi to and from terminal 1 and 2 to pick up car rental - RM60
  • sabah seafood - RM 51 
  • admission fee to all the attractions - errr RM6 je uols and that's for poring hot spring
  • souvenirs - +/- RM300 that includes tshirt, key chain, fridge magnet, sabah tea, few barang antik bercirikan sabah, and pearl brooch. (pearl bracelet, rantai mmg takde beli)
  • miscellaneous - say about RM 150.00
 GRAND TOTAL : RM 1,570.00 /-

kepada yang nak ke KK, selamat melancong and enjoy all the beautiful view in KK and kundasang. and jangan lupa ber-island hopping ye!

note : every time aku pegi bercuti aku akan up entry on budget eh. bukan lah selalu bercuti pun, boleh la sikit- sikit...

Sabah - mount kinabalu, KK : day3

hari ke-3 di sabah rasa teruja nak keluar dari bilik sebab nak tgk mount kinabalu. kat sini ada sedia kan tempat nak lepak / amik gambar berlatar belakang kan gunung kinabalu. kita sarapan dulu. sarapan kat sini, buffet style. very limited choice tp boleh lah. aku pagi tu, tah rasa tak sedap badan. rasa macam masuk angin je. so jamah bubur sahaja dgn 2 cawan sabah tea. lepas tu baru rasa segar sikit. risau gak kalau tak sihat, camne nak teruskan jalan- jalan..

ada beranda kat setiap bilik. kalau hadap gunung, boleh nampak dah ni. niadel tgh tunggu mama bersiap. sebab mama time rasa tak sedap badan. so slowmo la besiap nya

lagi view dari luar bilik..

sebab mama tak lalu nak makan, nia lah tolong makan kan sarapan tu..

yeay, finally dapat amik gambar belakang gunung kinabalu..oh, ada komen tanya bila amik family photo, pakai tripod ke? tak bawak tripod pun. ber tripod kan tiang- tiang yg ada. kalau takde tiang, mintak tolong orang amikkan gambar. kalau tak, wan suruh tinggal je DSLR ni soh pakai compact camera sebab nanti leceh nak bawak. mana boleh, sabah kot! kalau bawak tripod mau kena ceramah 3 hari 3 malam!

lawa, lawa, dan sangat lawa scenery dia.

lagi! time ni dah panas tp tak rasa panas pun.

ada rabbit house. gemuk2 rabbit dia..

ada fish pond jugak

bilik kitorg terletak disebelah playground. mmg terbaik lah. dari semalam mintak nak main, tp sebab dah malam and nak hujan tak boleh la. ni bagi main kejap sebelum nak check out.

then masuk bilik, kemas2 barang, tukakan baju niadel. sebab nak gi KK kalau pakai long sleeve mmg mencari nahas lah sebab cuaca kat KK sangat2 panas. kalau ikut kan itinerary nye nak ke pulau. lepas tu tak jadi ke pulau sebab tak nak aktiviti melibatkan air ni. then ingat nak ke kundasang war memorial. kat situ pun banyak scenery yg cantik2. tapi, sebab dah lewat terus je lah pegi KK. korang kalau ada kesempatan, sehari slot in jalan ke pulau. sebab pulau2 kat sini dikabarkan cantik2. air nye crystal clear gitu. and kalau masih lagi kat kundasang area, pegi kundasang war memorial eh. aku tak lah rasa regret sangat tak pegi sebab tah, penat kot.

sepanjang jalan nak balik ke KK, asal nampak gunung kinabalu je mesti berenti amik gambar. entah kenapa tp mmg jakun la dapat tgk gunung kinabalu secara dekat.

sampai ke KK, terus pegi pasar kraftangan a.k.a pasar filipino terletak dihadapan LeMeredian Hotel. membeli serba sedikit souvenir. ada banyak kedai dalam ni. bersedia rambang mata dan sediakan ongkosnya.  oh sebelum ke pasar kraftangan, kitorg lunch kat burger king. then baru shopping. banyak jual pearl kat sini. tapi aku tak minat pearl2 thing ni. bukan pakai pun. so beli benda lain.

the entrance. nak cari parking mmg jenuh. KK town mmg pack. pusing beberapa kali, at last dapat parking betul2 dpn entrance dia. 

nia membelek hasil tangkapan. tak beli banyak pun kat sini. sebab malam ada bukak pasar kat belakang LeMeridian hotel. so bole beli lagi souvenir kat situ. lepas ke pasar kraftangan ni, kitorg terus check in hotel. malam terakhir ni kitorg stay kat promenade hotel. 1 row dgn LeMeridian. hujung sekali kat Jalan Tun Fuad Stephen. 

kitorg decide terus check in sebab cuaca makin terik. sian kat niadel. plus nak rest kejap sebelum berjalan- jalan lagi. rate kat sini RM190 per nite.

tapi niadel langsung tak tido sebab dah tido sepanjang jalan dari kundasang ke KK. layan diorg berendam dalam bath tub lepas tu siap2 nak keluar balik.

kalau nak pegi pulau pegi sini ye. Jesselton point. tak jauh dari hotel2 yg ada kat KK area ni.

ini penting kalau travel sendiri takde tourist guide ye. 

kitorg ke tanjung aru. satu lagi tarikan kat sini. dalam 10 minit perjalanan. jadi tambah jem bila kat sini ada pulak event. dengar kat hitz.fm. so mmg pack la. tapi kitorg pegi area pantai yg hujung sekali. dpt tgk sunset. cantik!

another beautiful view kat sabah ni. nia time ni dah terlentok lentok mengantuk. adel masih maintain.

kat sini, 6.30 dah gelap. time ni baru pukul 6 kot

lepas tu, kitorg terus menuju ke pasar filipino balik. membeli souvenir lagi. then kitorg dinner kat situ. org cakap kalau nak makan seafood best pegi kat 1 borneo mall area, situ ada tempat makan seafood yg best. tapi memandangkan papa ada berjanji dgn ex-band mate dia (aku tak tau pun agenda diorg ni) so tak dapat la nak pegi situ. makan kat pasar filipino je. banyak choice gerai makan. macam2 seafood ada. sedap semua seafood bakar dia.

tgh memilih2 seafood

seafood yg nia suka ialah sotong! aku try jugak rumpai laut yg korang kata sedap tuh. not bad tp tak mampu nak habiskan. 

kitorg tak amik banyak. ater makan ber2. perut pun tak besar mana. makan kat kedai ni sebab saiz ikan dia ada yg kecik2...

pekerja part time gerai seafood makcik nih..

ni yg paling menarik. lobster size XXXXXL. semua pakat amik gambar kat lobster ni. bape hengget la agaknya ye..

bape hari la agaknya ko dah duduk situ ye wahai lobster.

sekian hari ketiga kami disabah. niadel masa pegi pasar filipino, sibuk nak monkey ni. so beli la kan untuk diorg. siap ada bunyi mengilai lagi. entry terkahir di sabah menyusul..
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in