cuti, movie, with besties...

harini aku cuti. amik cuti cara halal ye. bukan MC, EL dan kawasan yg sewaktu dgn nya. bos tanya nape nak cuti, balik kampung ke? tak terjawab aku. mujur lah approve. lagipun nak amik cuti tak perlu sebab kan? cuti dah ada, kena la guna bila perlu.

cuti sempena lepak dgn my besties. kalau nak jumpa, its either lunch time atau semua org amik cuti. kalau jumpa time lunch quite rushing sebab 5 - 5 kerja diluar kawasan berbeza. so better amik cuti. unfortunately, nome tak dapat join sebab kerja dan ada hal personal. takpe me, next time ok. banyak lagi masa, insyaAllah.

kitorg kalau jumpa, meet point nya Sunway pyramid la sebab tengah2. keluar rumah macam biasa macam nak pegi kerja, then jumpa kat luar sunway then masuk parking sama2. so parking kat same area. nak balik pun senang. semua org sampai ontime. just nice la. 

aku ingat aku lewat tadi. sebab aku tertido (adel berjaga pukul 2 pagi lagi tadi). sedar2, wan dah nak pegi kerja. dia kata suruh aku tido lama sikit sebab aku cuti. soleh tak suami aku?  tapi niadel aku yg hantar. apakah? agak2 bole tido lama ke bila niadel ada dan dah bangun? urut dada aku. siap kan niadel then hantar pegi taska dulu. aku balik rumah baru bersiap laju2 then terus gerak.

dah sampai, breakfast kat j.co, then kitorg tgk movie cerita Johnny English. kelakar gila nak mampus cerita tuh. release la segala urat2 yg tegang. lepas tu kitorg lunch kat bubba gump. lepak situ lama gila. dekat pukul 4 kitorg keluar dari bubba, jalan2 jap, tapau dinner utk family, then gerak balik. enjoy sangat.

3 iced chocolate, 1 cappuccino blended. sedap lah iced chocolate dia..

kitorg amik combo, jclub + air. bed punya jclub cheese

aku nya j.club salami

sebelum masuk wayang

lepas bergelak ketawa tgk aksi2 rowan atkinson, kitorg lunch kat bubba..

tgh amik order

onion ring for appetizer

ape ke namanye. shrimp yg dimasak 4 cara

aieza's pasta

bed order kambing.. belek gambar, lupa amik ryn nye fish dish. adus! tp sedap. semua food dia best.

and "that chocolate thing" for dessert. marvelous! this was my second attempt. 1st time masa bukak puasa dgn gang sekolah. tu repeat lagi.

makanan dah habis, borak tak habis2..

sebelum balik.

last but not least.. nampak macam tak ready but i somehow love this photo. macam poser gitu. hehehe..

Thoughtful Thursday

nampak kat facebook my ex-school mate raiyan. nak share kat sini

what say you? agree? yes? no? 

pukul 3 pagi...

what time is it? adel buat lagi, kul 2 pagi tadi panjat atas katil, pujuk dia tido sebelah aku, dia tak mau. dok jom, jom... bawak dia keluar, bukak channel 613, baru dia diam. dgn aku sekali tak bole tido ni. maka on lappy. bole sahur gamaknye ni. ni kang kul bape nak tido ni. esok mesti weng kat office. 

saja kacau wan tadi "uit, dah kul 6 la!" tekujat dia. tgk hp, terus tarik selimut balik. muahahaha.. dia kena keluar awal harini. nak kena pegi kuala lipis. kul 6.30 dah nak keluar rumah. aku la kena hantar niadel harini. ok je nak hantar diorg, janji tak hujan. kalau hujan, semua nak bedukung, mau patah pinggang nak dukung 2-2 and nak turun tangga. ok lah, short entry je ni. ni budak ni tgh main keluar masuk barang dalam diaper bag. ajak masuk bilik dia geleng kepala..

baring sebelah mama, tgh mama blog walking

it's 3.20 AM!!

ajak salin pampers, dia terus amik pampers dgn bedak

nak letak bedak kat pampers sendiri..

parah kalau hari- hari begini. kalau tak keluar bilik, dia akan menangis non stop! penah try, ada la dgn 15minit kot. lagi pujuk, lagi kuat meraung, lagi marah, lagi kuat meraung. bila dukung, keluar bilik, terus senyap! apakah??

menunjukkan dia tau apa yg dia nak. kalau dia tak ngantuk tu, buat la apa pun, mmg dia tak mau tido. susah nak negotiate dgn dia ni. kalau dgn nia, bole tolerate lagi. paksa2 pun ikut. ni tak leh dipaksa. sakan mengamuk. hope makin besar, makin ok la pe'el adel ni..

note : mata ni pulak, apahal tak ngantuk2 lak ni?

penutup Syawal yg awesome!

sabtu lepas dah puas berjalan sana sini. hari ahad, turn kitorg lak terima tetamu. gang matriks aku nak dtg beraya. dalam masa yg sama babysitter niadel pun nak dtg beraya. ok la tu diorg dtg sekali. so bole prepare food lebih sikit. hari sabtu dah clear kan rumah. tp kalau dah ada budak kecik, kemasnya adalah barang 10minit, lepas tu punggah balik.

apa kitorg buat, sorok siap2 bakul mainan so diorg tak la memunggah. sabtu beli bahan nak masak. almaklum aku ni kan minah gantung kuali. so malam tu buat puding roti karamel dulu. ater itu je teman tau buat. :p pagi ahad tu, lepas subuh, dah prepare bahan- bahan lain. then masa kari dulu. oh menu haritu aku masak mee kari and for western aku masa fettuccine carbonara. apa lagi eh? itu je lah. patut nak goreng chicken ball dgn keropok lekor, tp tetamu2 aku ni mmg dtg ontime.

sebab diorg nak dtg hari yg sama, aku soh babysitter niadel dtg kul 12. kul 12 +/- dah terpacak dpn pintu umah. so tak dan nak goreng kudap2. lepas tu anis lak dtg. tak sangka gila dia bawak cupcakes. so penyelamat disitu. then along lak dtg. lepas tu jiran aku lak dtg, lepas tu leen dtg, lepas tu pa'e dtg and last sekali nenek lak dtg.

happy dpt jumpa diorg. tgh ramai2 tu, sempat jugak wan lari kejap beli mee lagi sebungkus. almaklum lagi, tuan rumah tak pandai bajet masak utk makan ramai2. call mak sebelum tu tanya sebungkus mee bole makan bape org. mak kata 10 org. bia betik mak ni? haritu je habis 3 setengah bungkus mee. tp tak pe, lega jugak la semua cukup and semua habis. cuma pasta ada lebih sebab kuah dah habis dulu. takpe, pasta bole buat goreng.

wan la yg banyak tolong. sape lagi kan? aku nak sembang lagi. kang dok  dapur apa lak org ckp. dia mmg buat air, buat air lagi dan lagi. niadel ok haritu cuma biasalah org ramai, buat perangai, tunjuk mcm2 pe'el tp ok je. manageable. korang doa2 la next year aku bole buat open house yg lebih proper siap pasang kemah mcm rumah along haritu. hahahahah... ni gambar yg sempat snap.

 first batch yg sampai. cikgu as yg jaga nia. so nia rapat dgn dia. suka dia cikgu dia dtg. aku takde bekas yg bole letak banyak2 aksesori tuh. takda belaka umah aku ni. hahaha..

ni pulak cikgu wati yg jaga adel. lain umur, lain pengasuh. ala bed, tak close up la carbonara tuh, tp tepi tu kuah dia. aku letak sosej dgn beef bacon dgn mushroom. tuang 2 tin prego carbonara, campak cheese sikit. dah siap

yg pakai shawl tu cikgu ain, yg pakai tudung hitam tu cikgu fatimah. can't imagine kalau cikgu2 diorg ni berenti. sebab niadel mmg dah serasi dgn cikgu2 diorg ni. hope boss diorg jaga la welfare staff2 diorg ni.

yg merah lagi vogue ni cikgu sally. cikgu sally jaga baby- baby. semua pengasuh diorg dtg. almaklum selalu amik budak2 ni, asyik nampak mama diorg menapau je. so nak merasa air tangan mama niadel katanya. sabajelah. bole je nak masak. cuma nak dgn tak nak je kan anis? hehehe

then anis, salleh dgn izz dtg. mama papa diorg khusyuk gila makan, anak dah jebik2 nangis. niadel try pujuk pun tak jalan! :p

cupcake anis penyelamat. gila tak proper pinggan mangkuk kan? ahahaha... meja aku yg 'besar' ni mmg cukup2 je la ltk makanan ni. air kat coffee table

tapi along tak bole tak duduk kat atas meja. heheh.. time ni along, iman & naim dah sampai.

anis nak kena balik, amik gmbr dulu. nia haritu cam biasalah, ber-jeans, ber-cardigan, ber-stokin. runsing aku tgk nye. yg best nye she could remember all the babies name. dahlia, izz, iman. yg lain2 tu jarang jumpa.

then pa'e yang duduk paling 'jauh' lak dtg dgn dahlia. so amik gmbr lagi sekali. kitorg dgn anak2 kitorg..

then neighbor kitorg pulak dtg beraya, menuntut duit raya budak2 ni..

sebab terlupa nak bagi duit raya kat rayyan dgn riyadh semalam siap kena bebel dgn wan, aku invite diorg dtg rumah pulak. and luckily diorg mmg nak keluar rumah haritu. so thanks leen sudi singgah and dpt jugak jumpa dgn rayyan

nia dah buat perangai. pegi duduk landing atas rak tv. dah mengantuk tu. dari pagi tak tido2..

babies! dahlia, iman and riyadh. behave2 belaka anak2 depa ni. tak leh nak bayang kalau kipas tu tak berganti. mau bepeluh budak2 ni.

last sekali nenek pulak dtg. lama tak jumpa nenek. tau2 tgh buat phD. dasyat lah nenek! lps ni kita panggil Dr. nenek pulak :D

nia dah tido, adel la layan kawan2 nye. ewah.. mak oi, sakit mata tgk dinding rumah tu!

cam biasa, ini wajib! tgk leen, aku pandang camera ko, ko pandang camera aku. hehehe

then sambung melepak lg. wan yg baru dpt duduk.

syok betul tgk baby2 ni... adel pun layan je..

dahlia isi minyak sebelum balik

last sebelum balik. serabai gila dah aku time ni..

sebab siang dia busy melayan tetamu, lepas mandi terus tido...

thanks korang yg sudi beraya di teratak hamba. we should do this again next year, ok? :)

kawan blogger?

kalau nak pegi beraya ni, nak- nak pegi open house, kalau kita dtg rumah org tu, mesti tetamu akan sembang sesama sendiri. lepas tu tanya, kawan kat mana ni? aku pun jd mcm errrr nak ckp ke kawan blogger eh? ada sedikit malu kat situ sebenarnya. hahahah... poyo tak? org- org tua paham ke tak term kawan blogger tu? kalau mcm parents aku diorg mmg tau la kawan blogger tu. sebab aku nye best friend pun ada yg mulanya dari kawan blogger.

skrg ni org dah biasa kot eh dgn term 'kawan blogger' tuh. sebab aku rasa ramai je yg dah ada blog. cuma nak convincekan org tua tu susah kot. tp aku tak penah la lagi hadap org tua yg tanya kawan blog tu apa. makin hari makin ramai blogger2 yg aku jumpa. amboi, glamor benar gamaknya ye. tak lah, ada la a few bloggers yg kita keep in touch selain dari drop comment kat blog je kan.

so, Syawal tahun ni pun masih mendapat undangan dari teman- teman blogger. ada yg tak dpt pergi sebab clash dgn benda lain. tahun ni dapat pergi 2 rumah blogger. nak kata kawan blog pun tak boleh jugak, sebab ada yg blog diorg pun suam2 kuku je sebab busy dgn tugas hakiki. ewah. apapun, seronok je dpt jumpa blogger2 ni. kekdahnya mcm dah lama kenal sebab semua dah tau pasal semua benda. ada la benda yg bole sembang kan ye dak? 

lepas tu, kalau pegi rumah blogger ni tak malu sgt la keluarkan kamera. tak kira la apa jenis kamera dari yg kecik sampai la yg besar nye kamera. amik la apa gmbr nak amik pun. nak zoom makanan pun tak rasa janggal. ce kalau pegi rumah boss? ada bran? last weekend la lepas repair kipas tu terus gi umah boss aku, tetamu dah tak ramai, rasa mcm awkward gila je nak keluar kan EOS. maka, snap pakai hp je lah. ehehehe..

dan yg paling penting, husband kena lah sporting. kalau mcm wan ni ikut mood gak. kadang mau dia melayan aku nye permintaan nak ke rumah2 blogger ni. kadang tu ada gak mood dia tak mau. tp most of the time dia ok la sebab dia pun suka baca dan mengomen blog aku. ye tak bang? :D kadang tu dia perli ke tanya aku ha, minggu ni rumah blogger mana pulak? erk! ye lah, kawan- kawan aku dah sekian banyak, family pulak dah banyak ni, sepupu sepapat lagi, sedara mara lagi. asyik mengira kan hal bini je ye. :p

Syawal tahun ni sempat berjumpa sekali lagi dgn mama rayyan & riyadh dan first time berjumpa dgn mama najla & iris. thanks for having us at your open house ye! next year jemput lagi. :p maka, list dah jumpa at my side bar pun bertambah :)

ni kat rumah bukan blogger sebab gmbr pun kelabu je kan. heheh.. ni kat rumah boss aku. lepas settle pasang kipas tuh, terus ke ampang. tak dan jumpa office mate yg lain sebab kitorg pun lmbt sampai. nasib nasi beriyani kambing ada lagi. nia tgh baca doa makan. port depan akuarium

sudahnya kitorg semua dok bawah meja depan akuarium.

lepas tu ke puchong umah leen. open house dgn bday rayyan yg ke3. tp tak dan jumpa bday boy nye.

dgn leen

lepas ke rumah leen, gi rumah jiran pulak.

oleh sebab jiran, sampai ke dapo laki aku buat liputan. kahhhhhhhhh.... ni la tuan rumah nya tgh top up bihun yg dah habis. yg gelak sakan tu anak diorg

nia pun bermesra- mesraan berlebih-lebihan dgn jiran dia..

adel dgn makcik nisa

ni malam tadi kat rumah kawan blogger jugak. sebelah nia tu iris, sebelah iris kakak dia najla a.k.a lala

anak2 kitorg sebaya. iris dgn adel beza sebulan je

dia kalau jumpa blogger tu wajib amik gmbr sesama. bukti la kan dah jumpa. hehe. ni dgn wanie mama lala and iris. penutup open house utk Syawal 2011 bagi kitorg. nanti bole jumpa lagi ye :) *molek nye adel duduk!*
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in