Maaf Zahir Batin...

....Ikhlas daripada kami sekeluarga; Mr. nayville, Mrs. nayville, niadel :)

shopping ubat

org lain harini amik kesempatan shopping raya sementelah tak puasa lg. kitorg pun mmg gitu la plan nye. tp end up, keluar masuk klinik je harini. malam tadi, mata adel berair then kua taik mata yg banyak. non stop. putih mata tak merah. so tadi, kitorg bawak dia gi klinik pakar mata kat serdang nak tau apa masalahnya. 

sampai ke pakar mata, teruk sgt ke? apa jadi. actually base on experience jugak la. last year masa bulan puasa nia ada kena infection kat mata dia. kitorg pegi klinik biasa, doktor kata sakit mata yg mata merah tu, letak ubat, tak elok pun. lepas tu pegi pulak az-zahrah, doktor kata kena refer pakar mata. pakar mata takde pulak weekend. so kitorg terus google eye specialist yg berhampiran. kat serdang mmg ada, tp hari tu tak bukak, so kitorg ke kajang sentral, ACS  eye specialist. 

so, utk mengelakkan kejadian last year berulang, kitorg terus walk in ke pakar mata. masa sampai je, turn kitorg sejam setengah lagi. dgn tak lunch nye lagi, kitorg register, keluar balik gi jusco lunch kat kenny rogers then pegi ke klinik balik.

ni nia masa kena sakit mata last year. dah nak raya time ni. mcm2 dugaan. bole baca kat sini. tu yg nak letak gmbr ni kat last year entry. dia bukan sakit mata yg merah tu, tp bengkak. ada infection kat kelopak mata dia. ni masa nak tunggu turn jumpa doktor. bejanggut jugak nak tunggu turn time ni. mujur la puasa, melepek je la tunggu.

kitorg ke sini. dekat area pekan cina seri kembangan. ingat takde org, bila masuk, bederet nak menunggu turn. kalau nak dtg weekdays kena upon appointment, sabtu pulak utk walk in patient. ahad pulak tutup.

mata adel yg ada infection tu. kalau sakit mata biasa, dia merah kat putih mata. ni takde. air mata tu sebab nangis, tp sebab sakit mata tuh.

kitorg ada sejam je nak patah balik ke klinik. tp malangnya kat kenny rogers pack pulak. penuh. mujur gak dpt tmpt. food pun dpt lambat. sabajelah

mujur jugak la niadel berada dlm keadaan terkawal time ni

baby chair pun dah habis. makan la sambil beriba

nia dgn mac & cheese nye..

2.30 gak kitorg sampai. org tak ramai sgt. adel pun dah tido time ni. nia cam biasa, keje2 menyusun sedang dilakukan. hasil dari perjumpaan dgn doktor, doktor tu cakap mata adel ada kena infection. dari mana bole dapat? mungkin dari taska. ni bukan yg kalau tgk, bole berjangkit, tapi kalau sentuh mata dia dgn tangan, then tangan kita lak sentuh mata, insyaAllah bole berjangkit. so tangan kena dalam keadaan betul2 bersih bila handle mata adel. so dapat ubat sapu dgn ubat titik. selasa depan dtg jumpa doktor balik. doktor nak tgk ok ke tak. sebab budak tak reti komplen katanya... 

berikutan dari jangkitan kat mata tu, bole menyebabkan adel demam. dah demam pulak dia. bole tahan gak panas badan nye. sebab klinik mata hanya ada ubat mata je kot, pegi pulak klinik panel kat fazliyana nak amik ubat demam

bukan saja adel, nia pun jumpa doktor jugak. dia batuk dgn selsema. tp tak teruk mana. masih lebih aktif dari biasa. nak kena monitor adel je la. 

kalau org keluar masuk shopping mall shopping raya, kitorg lak keluar masuk klinik, shopping ubat! syukur lah kena time weekend..

to be part of 100k crowd was awesome!

kita jangan cerita pasal malaysia yg tak layak ke pusingan ketiga. kita cerita pasal semangat rakyat malaysia yg menunjukkan sokongan tak berbelah bahagi kepada pasukan harimau malaya. wah, aku mula la nak berpatriotik ni. yesterday will be 1 of the greatest memory in my life . antaranya...

  • naik moto dengan wan dari rumah ke stadium adalah 1 pengalaman baru. selalu pegi dekat- dekat je. ni jauh la gak. menggigil jugak kepala lutut ni. seram naik moto even laki sendiri yg bawak. tah dia bawak laju ke mmg org bawak moto kelajuan nya begitu? mmg tutup mata la. yg penting, wan suruh aku tutup mulut. lagi aku bunyi, dia pun tak leh balance moto agaknya.
  • sepanjang jalan bila nampak org yg pakai baju biru atau kuning, masing- masing akan bersorak. semangat sungguh!
  • traffic was horrible. syukur lah naik moto. byk yg sangkut dalam jem. bila masuk stadium dah menggagau nak cari tempat
  • bila dah sampai, dgr satu bunyi yg sgt kuat. ingat kan stadium pasang lagu apa2 sementara nak start game. rupanya bunyi crowd yg dah setia menunggu sejak pukul bape pun aku tak tau
  • semua org meroyan everytime ada aksi- aksi yg menarik dan tak menarik. the crowd was too loud!
  • perasaan tersentuh bila lagu negaraku bergema di stadium. i was and will always be proud to be a malaysian!
  • menyaksikan goal masuk didepan mata sendiri adalah sgt hebat!! terkinja- kinja semua org.
  • menyaksikan goal pihak lawan masuk didepan mata sendiri lebih sakit hati banding dgn tgk kat tv
  • khairul fahmi was awesome!! apalah krisis kau dgn tunang kau ye. 
  • sorakan "looser" pada setiap drama yg singapore buat adalah semata- mata utk men saiko team singapore. nothing more.
we have to leave the stadium 15minutes early to avoid the massive traffic. enjoy2 gak, kepala ni ingat kat niadel. amik je diorg, bukan sorg 2 yg jaga niadel tp 4org! masing2 mau cari OT lebih. hehehe... kids were fine, game was great, crowd was awesome, we were very proud to be in the stadium yesterday!

dah sampai kat entrance blue gate. kitorg mmg purposely pilih jersey berbeza. yg beli kat downtown tu. 2 helai dapat la 55hengget. aspal ye!

yeah, about to enter. mmg teruja lah. 1st time kan, bagi la aku chance..

kawalan ketat oleh pihak polis.

masuk je, crowd dah hampir memenuhi setiap seat. banner pun macam2 tulisnya.

when datuk rajagobal makes his appearance, crowds went crazy!!

sabar menanti game nak mula. memula aku masuk, apa yg grand stand nye? ingat kot dpt tempat mcm menteri tu ke kan. kahhhhhhh... rupanya, dpt duduk kat center.

bila player dah keluar, tak ketahuan la masing- masing. oh ni je la camera ni mampu capture ye. lens sedia ada ye.

pengulas sukan astro menjalankan tugas.

nyanyi lagu kebangsaan masing2 sebelum game bermula

masa lagu kebangsaan singapore dimainkan, semua jerit Looser. aku siap buat sign L lagi. hehehe..

semasa lagu negaraku dilaungkan, bergema satu stadium. keluar la berndera dgn jersey ni. sgt cool!

org paling sibuk malam tu adalah first aider team singapore. hebat tul, berlakon. tgk live ni kitorg tau la teruk mana kena langgar. over je lebih diorg ni. saja drag masa.

bila la agaknya aku akan merasa suasana macam ni lagi. who knows kan? 

ke downtown mencari jersey

tiket dah beli, jersey Malaysia la pulak takde. dah nak kena membeli pulak. aku tak terfikir pun bab kena pakai jersey. tp sinonim nye begitu la kan. silap pakai baju, kena bahan pulak nanti. kebetulan semalam ada pasar malam kat rumah. tgk la kat tmpt org jual baju tu. aku takde perasaan kat jersey ni. dapat yg 10hengget pun MOJ! tak tau pun harga jersey yg sebenar yakni yg original berapa. beratus- ratus eh? ntah..

dah takde kat pasar malam tadi, wan ajak gi donwtown kat belakang office aku ni. lama dah bukak, tp tak penah pegi. takde sebab nak pegi pun. so, siap ala kadar pegi la kejap. sampai je, mak oi, hazab nak cari parking! majoriti mmg nak cari jersey la. aku handle niadel je. wan la yg gi tgk material baju tu camne. aku tgk semua sama je. asalkan murah. dry-fit la ape lah, ntah apa term dia sebut aku tak tau.

eh, malam ni gi stadium aku tak bawak niadel la. niadel dok taska. taska diorg ni bole overnite pun kalau nak. janji bayar je overtime nya. sebab pengasuh diorg mmg duduk rumah tu. so mmg dah request awl lg. tp aku ckp in case kalau ada apa2 yg penting, call je la. jgn tunggu kitorg balik amik lak. tah pukul bape la amik diorg malam ni. nak merempuh 85ribu umat lg. walaupun merempit, sure sardin. 

so, wish us luck nak merempuh 85k manusia, semoga semua nya ok, niadel ok, dan aku sgt teruja nak tgk bole secara live untuk pertama kalinya! excited weh! go harimau malaya!!

tujuan gambar ni diletak nak tunjuk bangunan putih tu la shoplot office aku. belakang dia ni la terletak downton. sejak ada downtown ni,  becinta la nak dpt parking kat sini.

malaysia largest night bazar. is that true? aku jarang pegi tempat2 gini..

banyak kedai yg jual jersey ni. ada dgn takde saiz je la. then ada different on material. tp semua nya aspal! (asli tapi palsu) :p

rupanya banyak design jersey malaysia ni ye. aku tak tau la kan. tgh mencari lagi ni.

nia, tu chelsea punya jersey la. dia pegi angkat letak angkat letak mcm keje situ je kekdahnye. si nia ni, asal org ajak bejalan, tau dah, mesti nak pakai jeans dgn baju cantik katanya. walaupun tgh malam! nak raya ni, mesti kena tambah stok jeans la nampaknya. (ok, off topic sat)

adel setia menanti. mmg banyak gile kedai dlm ni. kitorg tak pusing habis pun

laki aku kalau nak membeli barang gini la ye, try la barang 10 kali. walaupun barang tu aspal!

finally he made a choice. aku punya pun dia pilih kan. kitorg sesaiz. aku amik jersey versi pompuan la. 

apa yg membuatkan aku nak tgk bola kat stadium sampai sanggup hantar anak kat taska? ntah la. semangat harimau malaya begitu tebal dlm diri ni kot. mungkin jugak lepas tgk harimau live kat zoo melaka buat aku berkobar nak gi tgk live. kahhhhhhhhhhhhh.... ok, tak kelakar. tapi, aku ni mmg minat apa2 yg melibatkan pasukan malaysia nye game tak kira apa sukan pun. tp mmg rasa la aura game malam ni buatkan aku nak menonton ke stadium.. sape yg kesana, c u there!!

Bajet jalan- jalan ke melaka

atas permintaan princess solehah, bajet ke melaka haritu adalah seperti berikut.

Toll - dari toll bangi exit toll ayer keroh - RM 13.90 x 2 = RM 27.80

Minyak - RM50 cukup untuk pergi balik dan jalan- jalan kat situ

Hotel - Bayview Hotel - RM180.00. bole buat online reservation kat website dia or phone booking. yg penting book awal ye. sebulan sebelum ke. aku aritu seminggu sebelum. actually dah booking kat mahkota hotel. tp sebab tak nak dok apartment, memandangkan kitorg be-4 je. last minute tukat hotel. hotel2 ni kat pusat bandaraya. banyak gak hotel kat ayer keroh. bole la google mana yg nak.

untuk hotel bertaraf 4bintang, mmg puas hati la. harga pun berbaloi2

entrance fee masuk zoo negara - RM7/person. kanak2 besar niadel FOC

naik tram - RM2 per adult. budak2 besar niadel FOC

dinner kat umbai, lauk ikan siakap masak 3 rasa, udang besar masak sambal,sotong goreng tepung, sayur campur - RM82

entrance fee River Cruise RM10/adult. kalau kanak2 3 tahun ke atas RM5

entrance fee menara taming sari RM10/adult. niadel FOC

Taman buaya pulak kalau tak nak main wet playground dia RM8 per adult. kalau nak masuk wet playground RM10 sahaja.

all in, total cost jalan- jalan sederhana kemelaka dgn keluarga seramai kitorg memerlukan kurang lebih RM418.80. tapi, banyak lagi attractions kat melaka ni. contoh yg terbaru ke dah lama ke aku tak pasti, bas 2 alam. bawak kita atas jalanraya juga atas air. nak naik RM38/person. next time bole try lagi. then other usual attractions. Afamosa FOC. tu belum kira nak beli souvenir lg. aku jenis kurang skit la beli souvenir, takut tak terguna. so kalau gi mana org gi mana aku hanya akan beli / kirim tshirt 'i love....' sah2 akan dipakai kan.

note : org mintak bajet, aku pegi letak gambar. hheeheh.. layankan aje la ye :p 

wordless wednesday

semalam

esok!

Melaka - Day 2

sebab kitorg tido awal, malam nye, so sebelum subuh semua pakat dah bangun. askar2 pun dah bangun awal. so kitorg pun turun dalam kul 7 lebih untuk breakfast... cerita bergambar bermula...

morning all!!!

masa turun kat cafe, cafe penuh la pulak, diorg suruh tunggu dulu. bole gitu eh. tp tgk cafe kat sini kecik gak kalau nak accommodate semua penduduk2 kat sini..

cereals for nia..

muka je putih, tekak melayu adel ni. mesti nak nasi jugak. :p dah pandai makan sendiri. kurang ka kuantiti yg berterabur dah..

my plate. selesai breakfast, naik bilik balik. bila nampak matahari dah keluar, bawak niadel turun mandi kat pool. tak bawak turun camera pun. kat pool mmg takde org pun. berenang la diorg dgn seronoknya. naik bilik, sambung dlm bath tub pulak...

mmg heaven la budak2 ni main air. sampai tak nak keluar

dah siap mandikan, pakai baju siap2, bagi susu, terus lena diorg ni. dapat la sejam 2 tido sebelum nak check out. penangan bangun awal sgt la tuh..

checking out. lama betul housekeeping nye nak check.

terus ke menara taming sari. tak penah sampai ke sini. ni masa tgh beratur, budak bedua ni nak mama dukung. maka, begayut la kat kaki mama je. adel pun dah pandai tolak2 kakak dia..

view from the top. fee nak naik menara taming sari ni RM10. kalau nak sewa binocular RM5. bole nampak sampai kemana agaknye ye. tu la river yg kitorg naik cruise semalam.

selat melaka. bangunan yg banyak2 tu mahkota hotel. selalu time pegi dgn family aku, akan stay situ. tp konsep dia apartment lah.

sebab kitorg parking kat mcD, wajib la singgah beli shake. cuaca panas terik masa ni. lunch kat sini terus. tu pun tapau nugget dgn fries, makan dalam kereta.

then kitorg terus menghala ke ayer keroh. memula wan ajak balik je, sbb cuaca panas sgt sian ke budak2. last2 pegi jugak lah. nak bawak niadel tgk boyo la kan. ni kat entrance. fee masuk taman buaya RM8

buaya2 yg bergelimpangan.. tido je kejenye kan? ater, apa je diorg nak buat? :p

nia dgn mama muka dah tension kepanasan. papa dgn adel je yg seronok tuh. hehehe..

banyak jugak landscape2 menarik dalam ni. dalam ni ada burung merak dan burung cantik2..

dapat tgk merak mengembangkan kepak nye...

ada jugak beberapa binatang- binatang lain. terlentok je aku dia ni.

turtle neck.eh silap. long neck turtle..

ular ni berat dia 100kg, panjang 10meter. siap ada ayam hidup dlm tu. sian je tgk ayam tu. menghitung hari nak kena  terkam dgn ular ni

sempat jugak tgk pertunjukan buaya.

khusyuk anak beranak ni tgk aksi buaya2 itu

baru tau dalam niada taman air. kalau nak masuk taman air ni, kat entrance tadi bayar RM10.

ni lah buaya paling besar dalam taman buaya ni. siap posing lg tuh. tak lenguh ke mulut nganga gitu lama2

sebelum nak keluar, posing la sikit kat taman mini malaysia ni. sempat la tukar baju niadel dalam ni.

tetiba mcm lupa lak tempat wajib pegi kat A famosa. sebab dah selalu sgt pegi, tu yg tak berhajat nak pegi. sebab adel tak penah sampai a famosa, moh kite bergambar sebelah afamosa ni. hehehehe..

papa cakap, 10 tahun lagi baru kita pegi sini, tgk buaya generasi lain pulak keluar

mcD ni mmg pandai cari lokasi bukak restaurant dia. dah ada dekat, tgh panas, mesti nak singgah ber-shake. bukan maghfarah nye shake eh :p ok, sekian percutian singkat 2hari 1malam kami. tertunai hajat nat bawak niadel pegi zoo tapi balik rumah dia dok sebut crocodile je sebab paling latest dia tgk ialah crocodile. huhu...
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in