cerita mencari tiket transformers

- entry mengandungi 9 keping gambar -

sebagai, peminat wayang tegar dan peminat cerita transformers, mmg tertunggu- tunggu cerita ni keluar. so since last week dah gigih cari tiket secara online. malangnya, sampai cerita dah keluar, masih tak dapat book tiket. semua hari penuh. kat semua tempat. kat penang ke ipoh ke idakla awok klik.

so, semalam wan singgah midvalley jap nak beli tiket. sampai- sampai je, line yg tengah beratur dlm 8km katanya. yo lah 8km. tp cukup panjang la nak menunggu. so, smlm sebelum nak gi pasar malam, elok je dah parking, nak turun gi pasar malam wan ajak pegi alamanda jap tgk ada tiket tak. beli terus. ish, laki aku ni, mmg tegedik- gedik betul ni nak tgk ni.aku ckp baik terus pegi je makan kat luar.

so, kitorg balik umah jap, amik bag niadel, tukar baju jap terus amik niadel kat nursery. terus kitorg ke GSC alamanda. beratur tak panjang. sampai kat kaunter semua dah fully booked. yg ada pun hari selasa depan. ingat nak book dah tp baru tau kat GSC alamanda takde couple seat. oh, tak syok pulak. takpelah tak jadi beli.

kitorg terus keluar gi jusco cheras selatan lak. line nak beratur panjang gak kat TGV sini. takpe, nak tiket punya pasal. haritu punya tiket almost fully booked. yg ada pukul 12malam je. tu pun seat depan. so, kitorg tgk esok nye time. luckily kitorg dapat kaunter yg staff TGV dia berhemah gila. baik je cek kan time 1-1.. akhirnya dapat tiket! so we will be watching Transformers : Dark of the moon tonite yo!

lama gak nak beratur tp kaunter banyak, so cepatlah bergerak. sampai bole snap gambar lah

aku tak bagi wan melilau sana sini nak sama2 decide pukul bape nak tgk movie ni.so semua pakat beratur sama- sama

penonton paling kecik yg beratur.

cite2 yg blockbuster ni mmg banyak time dia. hall pun bukak lebih dari 1. tapi semua sold out.

dah dapat tiket, terus pegi makan. muka aku yg kebuluran sebab tgh hari tak makan nasi.

dinner kat pizza hut. nia makan spaghetti

ha, dah nampak ice cream nak ice cream la pulak kan

nia kalau makanan dia, jgn harap lah dia nak share dgn org lain. kalau amik, 1 restoran la bergegar 'nia punyaaaaaaaa!!'

setelah survey 2 tempat, dapat gak tiket. couple seat, belakang sekali. seat ini amat penting kalau niadel buat hal sila lah keluar kat pintu belakang tuh. nanti tak focus lak eh? takpe, bole tgk lagi sekali nanti. biasa cite2 mcm ni, kitorg tgk 2-3 kali sama macam the last 2 transformers. tgk 3 kali. eh adel dah sihat. kalau tak, takde lah nak pegi tgk.

can't wait!

cerita kunyit hidup dan kapur

yg aku tau, petua tradisional utk selsema ialah sapu kunyit hidup je. sebab sedia maklum, adel sekali dah kena selsema makan bulan. bersilih ganti ubat dan antibiotik. naik fed up dgn ubat klinik pun ye gak. then hari- hari masuk lambat sebab nak repeat pegi klinik.  tp kita mak- mak ni kan jenis tak putus asa. nak tgk anak sihatkan. sebab bila anak sakit, kita yg susah. extra kerja kat umah. tu belum lg part aku sedut hingus adel sampai aku sendiri dapat virus dari adel tuh. family aku yg tengok aku menyedut, geli diorg. tp aku puas hati at least, aku tau hidung dia clear. tp kena buat frequently. mmg boleh muntah la.

kisahnya masa tu, masa akak aku nak kawin tu, adel dah start tanda2 nak selsema. kalau dibiarkan, mau teruk. dah lah nak bejalan jauh every week masa tu. mamanya pulak tak leh nak concentrate kat dia je.  dah la ubat tak bawak. actually takde ubat standby pun. ubat last yg ada dalam fridge bulan 2 punya dan sepatutnya dah masuk dalam bakul sampah.

so, terus aku kedapur nak amik kunyit idup. kebetulan opah a.k.a moyang niadel ada kat dapur masa tuh. dia quite surprise la aku tau petua letak kunyit hidup kat batang hidung budak kalau selsema. google la opah! then opah aku tanya ada kapur? bia opah buat kan. aku pun terus bagi opah aku buatkan.

opah kerat 2 kunyit hidup tu surface yg dah dibelah tu sapu kapur then cincang mcm nak potong dadu. cincang kat surface tu je lah. so kapur dah mix up dgn kunyit. terus sapu kat batang hidung adel. opah cakap preferably (opah tak la sebut preferably :p) buat  malam time nak tido.

alhamdulillah, (of course dgn izin Allah) adel tido lena sampai ke pagi, dan esok hari nya tak la meleleh2. berkurang la. aku lupa nak tanya opah apa rasional nya. paham ke opah rasional? hehehe... takpe, nanti aku tanya. mak aku pun tak tau petua ni. petua mak aku, sakit pegi jumpa doktor :p sama la yg anak dia apply.

so kesimpulannya, back to basic. petua org2 tua ni kadang berguna jugak ye tak? korang bole lah try. in fact harini flu adel dah mula kering dan batuk pun sikit- sikit. dgn bantuan antibiotik gak la. tp masa akak aku kawen yg adel kena flu tu, mmg 100% pakai kunyit hidup + kapur tuh. sebab baru nak selsema. macam baru- baru ni, batuk+kahak dulu diikuti dgn selsema.

sharing is caring :)

ni la rupa kunyit yg dah campur dgn kapur dah ready utk ditenyeh ke batang hidung adel.

ni aku baru lepas sapu tadi. adel dah tido. kalau sapu time dia tak lena, mau kuning bantal dgn tilam. masuk malam ni, dah 3 malam aku sapu. dari hari isnin lepas.

ni gambar sebelum dia tido tadi. dah sihat dan dah mula ada minat kat lego dah.

ni lagi satu petua yg aku tengah try. utk batuk dgn kahak. ubat doktor pun bagi jugak. then campur madu dgn lemon takyah masam sangat letak kat syringe dalam 3ml utk adel yg berat 10kg, then bagi dia. 1st time aku bagi, terus dia muntah mengeluarkan lava- lava yg dia simpan. malam ni dah 2 malam aku bagi. see how. hopefully berkesan gak petua ni utk diamalkan selalu. dapat petua ni dari mummy hanasara.

no drugs, all natural & organic....

wordless wednesday

adel : ubat paling mujarab utk selsema - kunyit + kapur (dengan izin Allah)

nia : minah smart. hari- hari pergi nursery nak pakai jeans

cont. family day IWK, Gombak unit

lepas sukaneka dgn mandi manda kat laut dgn pool tu, malam nya ada annual dinner. theme dia Hawaiian nite. tp takde sorg pun yg ikut tema. tema diberi bole jadi semata- mata, kalau annual dinner mesti ada tema. lokasi dkt tepi pantai. pihak hotel set up kan private area utk warga IWK and family sahaja. minggu tu jugak ada family day dari UMW dgn PDRM. tp tak la rasa crowded mana pun. yg crowded parking area je.

lokasi dinner. adel pantang nampak belon mmg dia nak serbu, gmbr ni amik masa tgh sukaneka so terang lagi.

adoi nia, muka comot nye. baru bangun tido ni.

semua dah ada. bole la mula ye. perut dah nyanyi lagu macam- macam ni

macam- macam acara berlangsung malam tu. ada penyampaian hadiah, farewell staff, dan ada cabutan bertuah.

sambil- sambil makan, sambil- sambil tgk persembahan. nak tegelak tgk persembahan diorg ni. asal boleh je. semua muka kena paksa rela. gambar macam haram sebab pakai hp. bateri camera dah kong.

nia enjoy tgk diorg perform. kemain khusyuk lg. abaikan duduk aku yg 'molek' sgt tuh. adel nak melekap je.

ada 50 hadiah utk cabutan bertuah. no staff wan ada ong gak malam tu. no 24. dapat table fan. macam tau2 je ada satu table fan kat umah tu dah rosak. rejeki. grand prize LCD TV, no. 2 - washing machine no 3. h/p nokia kot.. dpt kipas ok dah tuh.

dah selesai cabutan bertuah, kami pulang ke bilik. dekat kul 12 malam gak settle. sampai bilik, terus pengsan. 

esok pagi nya kua breakfast kul 9. kitorg dah siap mandi semua sebab nak terus check out. tak bawak camera. pakai hp saja ni. food kat sini best jugak. cafe pun tak crowded sebab kitorg turun lmbt kot.

dari coffe house, bole terjun pool terus sebab pool kat bawah. mmg ramai org weekend ni. pool dia best bila ada 2 slide. nia pun dok repeat naik slide. takut nak naik tp sebab adrenaline rush, dia nak naik gak. ramai yg lepas breakfast terus masuk pool. tp kitorg malas la nak basahkan baju. payah nak packing nanti.

ondway nak balik bilik, tgk burung. cuaca dah terik time ni.

ok, nak balik dah. bubye PD. kitorg terus balik KL, exit bangi, singgah hospital Az-Zahrah bawak adel jumpa doktor then balik rumah.

rindu joget lambak adel

video
mama rindu joget lambak adel... ni masa breakfast kat coffee house corus paradise resort. sebab takde ipad nak entertain niadel. mama nyanyi live lagi nak bagi niadel dok diam2. hahahaah..

bole tahan gak dia punya demam kali ni. malam je panas badan dia. kena tido- tido ayam nak lap- lap badan dia. petang semalam, repeat gi klinik sebab kalau dah demam punca dari selsema dgn batuk definitely kena amik antibiotik. problem adel ni, kalau dia batuk bagai nak rak pun kahak dia takkan keluar punya. mesti dia telan. mau tak selesa dibuatnya. geram je tgk. kalau la ada vakum bole sedut kahak, lama dah aku beli. ubat pun payah nak bagi makan. berperang. kena kepung kaki tangan. bukan 1 ke 2 ubat. 5 ubat!

so, aku half day harini sebab nak jaga adel. kalau kat nursery sape lak nak lap2 badan dia kalau panas. td masa hantar dah tak panas. kot 4 jam lagi panas, hopefully ok dah la.

orang cakap, kalau demam, demam nak pandai. dari semalam dia dah panggil aku mama...mama...mama... kalau tak, mama pun dia panggil papa. sebab dia pandai sebut papa je. walaupun mama yg basuhkan berak adel kan. papa penah? :p

kakak nye antibody kuat sikit kot. sebab rajin makan scotts emulsion, minum vitagen, ubat adel pun dia nak makan. kalau adel, scotts emulsion pun dia tak mau. vitagen pun kurang. sebab masam. kena cari supplement lain kot nih.

sedang belek- belek kalendar...

siang tadi, sempat tgk kalendar cina yg ada mention race day tuh. kalendar tu lah yg paling ergonomik sekali. semua cuti pun ada. so bila di tick- tick aktiviti dan jadual harian, penuh jugak weekend bulan July ni. tah- tah sampai raya dan might be lepas raya. makin tua ni makin banyak komiten ye tak?
  • weekend #1 July - ada birthday invitation
  • weekend #2 July - sports day sekolah nia kat critterland, herritage. 
  • weekend #3 July - ada jemputan doa selamat
  • in between ada seminar 
  • weekend #4 July - bawak niadel melawat melaka
  • in between ada Rainbow Party. celebrate my sistas 3 series birthday
  • weekend #5 July - early Ramadhan at in laws
  • August - Fasting Month (bulan puasa yg busy urusan office lah. especially department aku. semua nak duit, uruskan buka puasa lagi, shopping raya lagi)
  • 30 August - Raya!! - this year kat perak
  • 1 Sept - Raya at in law
  • September - sepanjang bulan Syawal sure full dgn undangan rumah terbuka
  • September - kena seriously work out on Bij-Ak family day
  • 7th September - tidak dilupa aku nya birthday. wajib slot in gak nih
  • October - nia's birthday. BKI
  • November - Hari Raya Haji at in law, Bij-Ak Family day (propose date)
  • December - closing, preparing for audit. our anniversary
  • January - audit
  • February - birthday adel. HKG.
  • March onwards - belum ada plan lagi setakat ni. busy dgn rumah pulak kot.
 sape- sape lagi nak tambah schedule aku? bole bagitau eh. aku add on. subject to availability. ewah. aku tgk jadual sendiri pun haaaaaaaaa sempuuuuuuuuuuutttttttttttttttt............

 mamapapa busy? AAK! Ada Aku Kisah???? anak dara aku sorg ni tak sihat. demam, batuk, selsema, kahak banyak. pakej. sekali dah sakit, tak keruan mama. now she's on antibiotic. telebih minum air laut masin kot. dah lama tak sakit adel ni. cepat sembuh ok adel!

IWK family day @ corus paradise resort, PD

- entry mengandungi 15 keping gambar -

last weekend kitorg sefamily berkampung di corus paradise resort , port dickson. dah lama tak ke PD. kalau pegi pun, tak bermalam. so looking froward jugak nak ke sini. siap browse lagi mana rupa bilik nya. bila tgk, wah, mmg teruja. so, bergerak la kitorg dalam pukul 11 lebih. sebab dekat je PD ni kan. tak sempat tido pun. cuaca kejap hujan kejap panas terik nak ke sini.

sebelum check-in, kitorg lunch dulu kat bangi kopitiam, PD.

2 beradik yg nak makan sendiri. niadel makan nasi putih digoreng dgn kicap + telur. wan cakap, nasi goreng dia sama macam nasi goreng abang masak kan? maknanya tak sedap!

dah kenyang, terus pegi check in. AJK dah menanti utk serah kunci. sekali bukan duduk hotel, duduk apartment daaa... attached to the hotel. fair lah, takkan la company laki aku nak sponsor almost 100 family bilik hotel kan. semi-government co, paham2 sudey... MOJ!

agak jauh gak la nak menapak ke bilik. apartment dia sgt banyak. sampai dah check out pun aku lupa mana nak masuk, mana nak keluar. masuk2 apartment je, check semua. not bad la apartment dia. complete semua.

apa2 pun tgk bilik dia dulu. ok jugak bilik dia.

ni bilik no 2. both bilik pun ada queen bed. bilik air 1.

walaupun balcony apartment buruk, tapi bila tgk view kat luar, sedap je mata ni. sea view. dah rehat sekejap, siap2 turun bawah. ada sukaneka.

adel pun syiok jalan sana sini...

masa kitorg turun game dah pun start. banyak jugak acara yg dijalankan. sebab participants ramai sgt.

papa jadi tukang sorak je sebab ramai sgt peserta plus nia tak nak diletak. nak bedukung je. bad mood mama marah suruh pakai baju tu tapi dia tak nak

aku pun bersosial la dgn gang isteri. adel pun bersosial gak sekali. kakak maintain atas dukung!

tgk je lah betapa ramai keluarga IWK unit gombak ni. so aku duduk tepi je la tgk.

last sekali game utk budak2. nia tak sporting la nak join. lgpun kecik lg.

lepas dah settle sukaneka, free and easy lah. apa lagi, nama pun pegi port dickson, terus la mandi pantai. tp kan, air pantai dia kotor lah. kalau nak dibanding kan dgn pangkor dgn langkawi. tak kaho naa pyar hai lah kan. so sekejap je la berendam dalam tu, wan ajak ke tengah lagi, tak nak aku. last2, masuk pool gak. hehehe

mmg niadel sakan mandi dalam pool. gambar kat pool takde, sebab mana nak amik gambar nye, nak handle anak2 nye. so takde lah gambar. tp pool sgt pack! tp tetap enjoy gak bawak budak2 ni swimming. balik bilik, terus mandikan and tido sementara nak tunggu dinner nite...

anak aku je ke macam ni?

ni kalau dah sampai tulis kat blog ni dah tak tau camne nak handle la ni. tu lah dia, anak aku je ke macam ni eh? budak yg menjelang usia 3 tahun ni mmg gini eh? hobi dia menangis je. ke sebab dia ada adik? dia rasa kurang kasih sayang so dia try to get my attention? sampai satu tahap aku biarkan je dia menangis. menangis for no reason. aku tanya nia nak apa? nia marah sape? lagi dia meraung. sudahnya, aku biakan sampai dia berenti sendiri. makin dipujuk makin menjadi.

camne bole start nangis? macam- macam. kadang besebab, kadang tak besebab. tak nak pakai baju yg mama suruh la, kena paksa mandi lah, malas bejalan naik tangga nak masuk rumah la (padahal masa tu tgn mama ni penuh dukung adel) tp most of the time tak dapat apa yg dia nak. kita tak bagi tu, besebab. kalau semua benda kita bagi, lemak la. 

ish, merungut je aku ni. esok dah besar nia baca gak nya dia rasa dia nyusahkan aku lak. tak lah nia, i know you are just being like other normal kids does. mama je tak tau camne nak handle bila nia meraung bagai nak rak. apa pun nia buat, nia dgn adel tetap no 1 dalam hati mama. org tgk aku steady je bila keluar rumah tp disebalik nak keluar rumah tu, bole jadi tak kemana kalau nak mengira kan kerenah anak- anak aku. alah bisa tegal biasa kan?

kalau cite ke mak aku ni, aku la kena balik 'ha macam tu la ko masa kecik- kecik dulu malah lebih teruk!' i purposely write this nak bagi nia baca bila besar nanti. mama masa kecik pun macam nia masa kecik jugak :p ok seriously, anak aku je ke macam ni eh?

ni gambar baru amik tadi. masa ni baru je sampai rumah. dia menangis nak dukung, barang pun dok depan pintu umah lagi. aku dah tak geram dah bila dia nangis gini. aku cakap 'ha dah habis belum?' hamperh tak? heheh..

bila cakap gitu, terus disepahkan kasut mama. pegi tutup muka dgn bantal busuk dia. bukan tak kesian, tapi setiap masa pun macam ni. macam dia lak adik.makin dipujuk makin menjadi.

aku cakap, meh mama amik gambar budak suka nangis... lagi dia meraung. hahahah...

apalah yg dibengkak kan sangat tuh. unpredictable budak- budak ni. dari sabar, bole hilang sabar.

entry ini menyusul selepas ini. sambil menunggu kain dalam mesin, upload photo dulu. update blog sikit. budak suka nangis ni ada tepi aku tgh tgk spongebob sambil sengih2 tgk gambar dia tgh nangis ni. adik dia tgh tido. lalok lepas makan ubat. adel batuk la pulak.

OMG GCB!

haritu nampak miss redzura tweet dia baru lepas makan GCB. langgar pantang dia tak nak makan fastfood kononya. tp makan jugak. dia punya perasaan lepas makan GCB, sgt2 mengujakan aku. lantas balik kerja semalam terus drive thru kat mcD utk mendapatkan GCB. perasaannya OMG! OMG!, Grill Chicken Burger best yo!

they soon will come out with double GCB. OMG! OMG!
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in