azy & daing - the solemnization

ok moh sambung. mmg moment yg dinanti oleh kami semua bila mendapat perkhabaran yg finally along aku nak kahwen. bukan la kata along aku dah lewat umur. dia tua setahun je dari aku pun. belum la masuk zon maghrib lg. mahupun zon asar. :p

actually akak aku dgn husband dia ni officemate cuma mengajar different faculty kat UITM Merbok tu. mmg diorg akan settle down kat Kedah la. masak la korang nak balik kampung ye. tapi nak balik perak dekat je kan :p nak jadi cerita mmg dah jodoh diorg agaknya, diorg 2 org ni report duty serentak kat uitm. bape hb tah ada akak aku ckp tp lupa sudah. 

diorg mmg tak mcm org lain la bercinta. even bekerja dibawah 1 bumbung, diorg tak selalu berjumpa pun. mmg bercinta lepas kahwin la ni. ish, cite pasal kisah cinta org lak, nak tau lebih lanjut bole baca kat blog dia which korang takkan jumpa kat mana2. muahahaha.... 

setelah melalui onak dan badai mahupun tsunami, bila dah tertulis ada jodoh antara mereka, akhirnya diorg telah selamat diijabkabulkan pada 27/5/2011 selepas solat Isyak. apa yg best masa hari nikah ni, tak ada drama swasta macam masa aku kahwen dulu. time aku dulu, berembes2 ayor mata. teruk bebenor. baik pengantin, mahupun pengapit sampai lah ke yg menyaksikan majlis nikah kitorg. 

haritu, semua orang pun happy- happy je. walaupun debaran yg hebat dirasai oleh pengantin. dari pagi nya dok kejung. debar punya pasal kan. semua berjalan dgn lancar. ayah pun steady bila bagi amanah kepada bakal menantu nya tu. antara quote yg terpahat dgn kepala aku. 
kalau sekalipun daing dan azy berpisah, biarlah hanya cangkul dan tanah sahaja yang memisahkan daing dan azy, Maka dengan berwalikan ayah kitorg sendiri, hanya dengan sekali lafaz AZYYATI ANUAR sah menjadi isteri kepada DAING MARUAK SADEK.
jom tgk kakak aku yg gorgeous bila pertama pakai make up tebal!

pengantin sedang diandam oleh kak ely. kak ely tak mau org panggil dia mak andam. tapi nak org panggil dia juru make up. mak andam tu mende eh? :)

tetamu sampai selepas solat Isyak. sebelum tu diadakan majlis tahlil. tetamu dijemput makan malam dulu.

the only my daughter's pic. nia langsung takde sekeping pun sebab awal lagi dah masuk tido. kepenatan... akak aku tgh berdebar. hehehe...

introducing, our new family member, Daing. Daing ni keturunan bugis. esok anak2 ko nama daing la pangkal nye ye long? hehehe.. advance aku fikir. :p

sebelum tu, along aku ditunangkan. cukup syarat je ni, sarungkan cincin je.

hanya dengan sekali lafaz....

haruslah sekali lafaz kan. tok imam dah tulis siap- siap. sekarang mmg gitu kot eh? long ko jgn marah, gurau je. akak aku ni, sejak- sejak kawen ni sensitif benau. hormon berubah gamaknye. kahhhhhh.. ya ampun!

ecececeh.... lepas solat sunat, upacara membatal air sembahyang la pulak. taat pada suami ye long. ewah! en daing pun sama ye! :)

muka kelegaan bila yang wajib dah selesai. seriously, kitorg pun lega dan happy sangat!

yeay, haji anuar's clan getting bigger! alhamdulillah....

bila badan terlalu penat

ish aku ni, penat aje. sakit la, lenguh la, x larat la. ala, tak larat ke, penat ke, sakit ke, kerja tetap jalan seperti biasa ye tak? tp seriously, ni betul punya penat. jumaat malam lepas selesai majlis nikah akak aku, mmg semua org tak larat la. sebab dekat pukul 12 gak settle. org baru balik. aku pun baru nak makan. 

sampai lah terlena depan tv. niadel dah tido dalam bilik dgn papanya. then dengar adel nangis. nak susu la tuh. aku pun bangun buatkan susu. dalam bilik gelap tu, aku bagilah susu. senyap sekejap, then nangis balik. lepas tu dia tolak2 susu. ish, nak apa adel ni? try lagi, tak mau. kes malas bangun tgk apa yg tak kena la ni. masa tu dah pukul 1 lebih.

mungkin diaper da berat kot, gagah kan gak bangun salin diaper, salin baju sekali sebab diorg tido berbaju kurung masa tgh majlis nikah tu dah tertido. dah settle salin diaper, baju, sapu2 minyak angin kot sakit perut ke, bagi susu, ditepis lagi. ish apa lagi yg tak kena ni?? risau la. ada la yg sakit gamaknye. 
then bila aku bukak lampu, aku tgk, susu yg aku buat, nan ado susu weh! aternye, masuk dapur aku letak ayor je la. kahhhhhhhhhhh tegelak dlm ngantuk. patut la budak tu marah. gi dapur balik, letak susu, baru la tido.
aduhai, tak leh lupa sampai sekarang. bila badan letih, kepala dah berat, anak2 perlu dilayan kehendaknya gitulah jadinya....

hehehe.... senyum masa tgh menaip entry ni teringat insiden itu. sian adel... mujur lah, dalam penat- penat mata tak terbukak tuh, sabar tu masih bersisa lagi... :)

i was everywhere!

fuh, kesangatan kepenatan. satu badan lenguh2. mcm ni la agaknye diorg handle masa aku kawen dulu. so, turn aku lak menghandle wedding. nak tgk gmbr aku yg vogue2 time wedding akak aku mmg tak dapat la. mmg semua gmbr- gmbr aku time selebet je except for family photo. niadel tak yah cakap la, tak sempat mamanya nak mengadun diorg. mmg terkapai- kapai la mencari mamanya. bagi kat papa, pandai- pandai la nak handle. tp kadang tu, kena gak hadap diorg, maka senget la bahu mama diorg ni. it really took a hell of energy to host a wedding + ada anak kecik. terbaek!!! will update more later. tgk gambar pun tak habis lagi. checkout my photo 'i was everywhere!' bukan la org lain tak menyumbang, 
semua bagi full commitment. credit to all who's involve in azy & daing's wedding!
aku yg sedang memantau org pasang scallop kat khemah dgn kerusi dan meja

pagi jumaat hari nikah semua kena kerah bersihkan rumah termasuk la wan. aku yg tgh memantau laki aku bersihkan garaj. hehehe.. aku clearkan dalam rumah.

aku yg memantau adik- adik aku naik kan banner.

aku yg sdg masak mihun goreng utk rombongan lelaki yg baru sampai dari johor. untuk dihantar ke homestay diorg.

dah nak maghrib, tgk diorg tak settle part khemah lagi, kitorg pun tolong apa yg patut. aku ikat riben kat kerusi makan pengantin dan vip.

kitorg 5 beradik yg entertained tetamu sampai tengah malam...

duduk dihujung- hujung pintu je, sebab kena monitor org kat luar dgn monitor niadel

pecah peluh bila sebelah kena dukung anak, sebelah lagi jaga duit. dah tu pulak kena sambut tetamu

dalam masa yg sama, guide jalan pada org yg nak dtg. especially kawan2 / students pengantin.

monitor doorgift supaya betul mengikut klasifikasinya...

hanya bole layan dan greet tetamu kat entrance je sebab kalau aku hilang, ayah aku bising!

ha ni muka tension sebab dah naik senget bahu dukung adel. dia tak mau kat org lain. haish budak sorg ni lah!

post wedding sambung basuh periuk!!

layan gmbr selebet aku dulu, lepas ni gambar pengantin pulak ye! later all!

ke bagan lagi!

second time to bagan and definitely will be more! kali ni, pegi awal sikit. so tak la bejanggut nak tunggu makanan sampai. tunggu lama kalu, mengamuk lagi la niadel. kalini, ikan dia lebih besar, udang pun. mmg heaven lah! aku tambah lala. malam sabtu, so rama yg picnic, camping, bbq kat tepi laut.

semua dalam keadaan terkawal lagi time ni...

yg diorder. semua kaler merah. mmg suka pedas- pedas.

ha, tu nampak kat tgn aku tu. camera nye efek jd gitu. hehe.. ape ke nama toy ni glow in the dark siap bunyi bingit baik punya. nia dok tgk, budak lain main, siap pegi kat meja budak tu, dia tenung je. sian lak aku, aku tanya nia nak ke? dia diam je. kalau diam tu nak la tu. dah beli, senyum. tapi mama soh makan dulu.

niadel makan sotong dgn sup.

behave anak2 mama malam tu. kenyang perut, suka hati...

lepas nim dah tak lalu dah nak makan seafood dah. rest barang sebulan dua...

ice blended

lately, kitorg ni nak makan bukan- bukan je. bukanlah bukan- bukan sangat, cuaca panas- panas nak makan ice blended. lepas settle kereta berganti tayar tu, ke warta lak beli lens dgn solution. wan nak survey spek. lps tu tekak rasa nak minum ice blended.

pegi lah pizza hut, tanya ada ice blended tak. kurang periksa kat situ ada ke tak. minah pizza tu kata ada, tp kan, tepi pizza tu nampak mamak. dari minum ice blended kat pizza, baik minum ice blended kat mamak. baru RM3.50. walaupun rasanya kureng benau, tp bole lah nak membasahkan tekak dan menghilangkan panas.

lepak lak kat luar kedai mamak. angin sepoi2 bahasa gitu.

nia elok je tido. sebab dari pagi tak tido2...

adel tgk bird. cip..cip..cip..

ice blended mamak dah sampai! aku chocolate, wan mocha. presentation hebat dah. rasa? rasa 3 hengget setengah. :p

anak aku sorang ni, asal nampak org makan minum mesti nak..nak..nak...

kudap- kudapan. maggie goreng. wah, kudap2 maggie goreng tuh! patut muka ko bulat alya!

car - not a good investment

bulan may = bulan yg didedikasi kan untuk kereta. last saturday kitorg tukar semua tayar kereta. its about time nak kena tukar. tambah lak 3 hujung minggu yg akan datang akan travel utara selatan kan. condition kereta kena la ada dalam keadaan elok ye tak.

so bila dah tukar tayar kereta, nak lalu bumper pun mcm kereta dlm pantang je kot. perasaan tu mcm bawak kereta baru lah. ewah. tambah lak absorber yg leaking tu dah diganti. nak langgar lubang jauh sekali. kemain lagi ye tgh baru ye tak? :p

haritu tukar tayar, habis wan hangkut anak bini ke bengkel. gi bengkel panel ofis aku. bole la dpt diskaun mana yg patut. tu kena bawak bini, tunjuk muka.

tayar settle, bulan ni gak road tax kena renew. pakej! apa pun buying a car is not a good investment bila nengok kan sum insured dia tuh. kesimpulannya, pakai la kete sampai loan habis, lenjan habis- habisan :)

kejadian di bengkel. mujur lah ada waiting room yg selesa. bole la layan cite hindustan cite faana hari sabtu tu. layan....

sekali nia jumpa pistol daaa... main peng peng la... kat rumah takde pistol mahupun senjata lain

tayar yg sedang diganti. 

papa keluar, anak2 sibuk nak ikut keluar. mama maintain tgk hindustan! eh, tapi sape amik gmbr ni? :p

peng peng peng!!! 

 motif : walau pun kereta bukan pelaburan yg bagus, tp kereta la keperluan dalam kehidupan harian :p

dek kerana MC & nak dekat cuti...

oi, esok last keje. untuk minggu ni. mcm tak ready je. cari nahas nak cuti dekat month end ni. semua nak kena closing. nak jadi cite, jumaat lepas aku MC, bad gastrik. tadi lak masuk lambat. absorber leaking la pulak. org service center cakap kejap je siap, tp dekat 2 jam gak la. bebulu kot boss aku menunggu aku masuk ofis. 

aiyooo... kena la redha cuti esok, sambil buat keje, sambil handle anak, sambil gantung hp ofis kat leher. kat rumah mak aku kat perak sekarang tgh tunggang langgang dgn wedding prep. 

laporan harini, pelamin dah pasang. tapak je la. banyak lagi nak di touch up. 1 major thing done. bilik pengantin pun dah ready. kat sini la rasa ada adik beradik ramai membantu. walaupun bukan semua yg corporate kan. sape terasa angkat tgn! :p

ok, aku nak buat schedule post ni. cover sampai weekend ni. eh, sape ada area lumut weekend ni jemput datang rumah ye. serious invitation ni ye.

more of our pics coming up soon!! tungguuu.... :D

next week cuti panjang!

yerp, next week aku keje 2 hari je. isnin dgn selasa je. aku start bercuti mulai rabu. remember? akak aku akan menamatkan zaman bujangnya pada jumaat depan. amacam long, ada nervous tak? ke tak saba? hehehe.... 
selamat melayari alam rumahtangga la ye nanti. for sure there will be up and down. but what ever it is, hang in there, stay loyal, stay honest, respect him, be kind to him, hoping that your husband (future) will do the same too. and to daing, please take care of my sis. now he's all yours. isteri juga amanah Allah. love her with all your heart. jangan sesekali menyakiti nya dalam apa jua cara sekali pun.
apekehey aku ni?? lari tajuk sokmo. opening mesti kelaut. kahhhhhh... emo weh, akak nak kawen :p btw, balik ke pangkal jalan. last 2 weeks aku dah submit leave form. bukan 1 ye, tp 2. kalau org lain mintak cuti, sekejapan je approved. tapi aku? 
alya, u kawen ke kakak u kawen ni???
bole? cis cake betul! ops boss, gurau! i know u were joking too. ayat puji in case boss baca :p  so, hati gumbira tak terkata bila cuti dah diluluskan. mmg kalah org kawen la. actually aku submit 2 borang cuti. 1 utk kakak aku kawen, 1 lagi, family wan nak vacation ke cameron highland the next 2 weeks. 

so, cuti sekolah ni mmg back to back berjalan nya. 
  • 27/5 - 28/5 - kakak aku kawen kat hometown perak
  • 4/6 - groom's reception kat johor. bermalam kat melaka
  • 9/6 - 10/6 - ke cameron highland

sakan berjalan la deme cuti sekolah ni ye..

note : korang tak perasan ke, sejak2 aku baru tau ada quote aku di custome made ni, sokmo je la nak ber quote. kahhhhhh... biasa lah, chewi! :p

ok, cerita zoo negara pulak

bertangguh- tangguh nak cerita. tak tau la cerita zoo ni akan kua part by part or tak ber part, or cerita tak habis sebab, masa transfer gmbr dari camera ada 231 gambar! standard la tu kan, digital, snap saja. cuci nye idak! :p

so, as we promised nia, we wanted to bring her to zoo negara. memula nia tak tau apa itu zoo, tp lepas balik dari zoo, asyik nak pegi zoo. apekehey? tak habis2 cakap 
nia tgk giraffe, elephant, nia pegi zoo kan mama? ada big turtle. macam- macam la. means, misi membawa nia ke zoo, sukses coz she could recap all the animals. 
adel lak? adel mmg teruja dgn cara dia lah. dia lagi berani dgn nia. menonong je kalau dilepaskan. macam nia, bunyi tiger dia dah mintak dukung. bab dukung ni 1 hal gak bila kitorg tak bawak stroller. hebat tak? bak kata org yg visit zoo tu gak, yg gemuk jadi kurus, yg dah kurus makin slim masuk zoo ni. gitu la kekdahnya.  

kitorg gerak seawal pagi as per plan. bangun awal pagi, siap kan apa yg patut, ngam2 sampai zoo baru bukak, dapat parking dekat, so everything was perfect. yg lagi best, elok je masuk  masa nak balik, hujan pun turun dengan lebatnya. overall, the trip was success. nak repeat? kita pegi zoo lain pulak lah... lets check out the 231 piccas. ada bran? :p

masa baru masuk, kitorg beli tiket nak naik tram, tapi staff situ cakap better pegi tgk animal show kul 11 pagi.  tgh org tak ramai bole dpt tmpt duduk. so beli je tiket dulu, lepas tgk animal show, baru naik tram.

mmg tak ramai lg time ni, sebab zoo pun baru bukak. so bebas duduk mana2...

1st star yg keluar, burung kakak tua. 

show baru je start, org dah penuh. yg mak bapak, busy tunjuk kat anak- anak binatang

singa laut yg paling besar dan yg paling tua..

settle animal show, berhampiran dia ada akuarium besar, dan ikan2 besar. rasanya dulu ada penguin, sekarang takde dah. dah kena pindah kat aquaria kot.

lepas tu baru kitorg naik tram, berenti kat tengah zoo. pergi kat tempat harimau, singa dan kawasan yg sewaktu dengannya...

stroller nia ye ni...

masuk kat tempat reptilia lak. boyo...

lepas tu ular pulak...

kat amfibia house. perlbagai jenis katak. kat sini bole sejukkan badan..

selagi bole jalan, kita suruh jalan. lenguh kaki tangan nanti. huhu..

harimau malaya dgn landing baik punya...

tgh tunggu tram datang nak bawak ke next pit stop

ni tak lain tak bukan badak berendam a.k.a hipopotumus

elok je jam kul 1 kitorg lalu kat cafe dalam zoo ni. ada 2 pilihan. kitorg choose wild cafe. food dia sedap. nia yg kehausan meneguk milo ais

then jalan lagi. badak sumbu, zebra dgn zirafah..

masuk dalam jenis2 kucing. sini bole duduk kejap jugak :p

lepas tu jalan lagi, naik ke ape center lak. naik2 je, 2 ekor ape ni tgh berasmaradana lak. mencari kutu gamaknye.

sian aku tgk org utan ni. labuh semua. hehehe...

asal ada tempat sesuai begambar, harus dimanfaatkan..

ok, tgk floor map, mana lagi tak pegi. sebenarnye dah tak larat nak pusing dah sebab...


sarjan- sarjan dah selamat tido. time ni, over lenguh lah. mujur lah, ada sekelok je lagi sampai nak ke pintu keluar dah...

jenuh kejut nia suruh tg elephant tp dia maintain tutup mata. mujur masa naik tram dah tgk. tp ni lagi dekat dpt tgk.

sebelah gajah ada zirafah. cantik zirafah kan?

sebelum keluar ada photo corner, amik gambar gak even nia dah terlentok

the entrance! 

on the way back home, hujan turun dgn lebatnya. just in time...

yeay, habis dalam 1 entry!!! :D
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in