still no words on thursday

mama is still not available to update her blog. tp ni bukan work station mama ye. work station mama lagi dahsyat messy dia dari yg ni. lately mmg cemerlang bekerja walaupun gaji esok kan.  so, i'll see you around then!

wordless wednesday

she is sick since yesterday. badan di ofis, hati di rumah

modus operandi : travel malam

sejak ada adel, tak penah lg la travel siang except for emergency matters. sebab malam, niadel tido saja. tp kan, bila sampai rumah, memasing segar bugar! adoi, syiok dlm kereta, dah sampai tak syok lak. bayangkan masa kitorg sampai kat rumah mak pukul 2pagi, nia bole tahan kitorg dari tido. pukul 5 pagi baru tido! haru betul! apa dibuat? dia ajak nyanyi lagu "kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat...ooooo...." korang tau kan lagu ni? the only patriotik song yg berjaya menambat hati aku jadikan ringtone hp. sungguh takleh blah! kahhhhh...

balik dari perak pun gitu, dalam kereta tido all the way, sampai rumah, semua pakat lompat2 katil sampai kul 12 mlm tak tido lg. tak pe lah, as long dalam kereta, ruang yg sempit, mereka behave yakni tido kan..

masa balik perak, bukan niadel je tido, mama sekali join tido. gerak kul 11 lebih sampai kul 2 sampai tu aku tido dgn jayanya. sedar- sedar je nampak persiaran bayu 12 (simpang rumah!)

ni pulak dari perak sah sampai rumah. kejut punya kejut, mata tak tebukak pun, lena punya tido, masuk je rumah, cargas masing2!

nia bangun bila dah nak sampai jugak. what a smooth journey we had :)

note : ada video nia nyanyi lagu tu, kalau sempat aku upload. sebab dgn suara mama dgn maklong dia je lebih. tp cara dia perform, mcm buat konsert! 

bila tauke tupperware bagi present

present nya mesti berunsur tupperware gak. tah apa mimpi opah nia adel. balik perak last weekend bagi aku tupperware set. kearah remove bekas- bekas plastik yg tak selamat katanya. so thank you opah sebab bagi nia dgn adel tupperware! belum keluar dari kotak pun lagi. tgk la minggu ni operasi buang bekas- bekas yg dah lama. bak kata oprah winfrey, apa barang baru yg masuk, barang yg keluar pun mesti sama banyak nye. untuk mengelakkan lambakan barang didalam rumah. 

ke kalau member tupperware dapat ni for free? maka mak aku pun bg aku? tauke tupperware lain, korg dpt tak?

moh punggah! mama kalau dpt barang baru mmg chewi (excited)! 

the set. thank you opah, lepas ni, makin rajin la mama menapau. kahhhhhhhh.... (apsl adel tak excited? sebab adel tak paham apa maksud tupperware lg. kakak paham dah. :p)

cak!!

apa yang korang rindu?

nia?
adel?
niadel?
mama niadel?
papa niadel?
repekan mama niadel?

eh korang tau tak, aku dikenali dgn mama nia adel? sebab keyword kat nuffnang, selain nayville, mama nia adel pun top keyword. :)

assistant aku nak kawen aku yg sibuk
kakak aku nak kawen aku pun sibuk
pendek kata, tgh sibuk

apa motif entry ni? saying that i'm back!

the wedding planner c/w with 2 'helper'!

kalau kita tension, kita buat apa?

kita tgk gambar anak- anak
mana nia mana adel? 

kita layan hindustan....
:D

kita pegi shopping for free
walaupun 30 hengget kan

kita layan video anak2 kita..
video
cair hati mama tgk diorg hand in hand gini :)

kita calling- calling family kita...
gambar arkib

apa yang paling penting??
kita berada dekat denganNya...

keluarga dan anak- anak dan shopping adalah kekuatan aku. bukan pergi buat benda bukan-bukan i.e cubaan bunuh diri mcm kat KB mall tu ye!..peace no war!

apa yg tak sedap didengar dari nia...

mama, hantu kak limah........ hantu kak limah....

adoi, this is the reason why we decided to send nia to school at her early age. kalau from 7am to 7pm dok taska, apa lagi la nia buat / cakap kan. aku tak salah kan nursery or budak dalam tu. budak- budak kan cepat absorb / belajar melalui pemerhatian. so bila dia tgk org lain buat or cakap, harus la menjadi ikutan. 

bila seminggu cuti sekolah baru ni, nia nampak tak sabar nak masuk sekolah. hari- hari kat rumah pakai bag sekolah dia. she even took her color pencil and books, sort of doing her homework. its a good behavior kan? since its a daily routine in school, so dia mcm tak boleh kalau tak buat. so, tak de regret kat situ bila hantar dia kesekolah awal.

as for the nursery, lebih pada bersosial dia. tp tu la, mcm- mcm jugak dia belajar kat nursery ni. bukan la semua tak elok. tapi kalau dah setiap masa dok hantu kak limah, apekehey nye? haritu kat rumah tertukar channel 611, ada ultraman, dia dok sebut ultraman daia!! siap buat gaya bagai. kat rumah tak pernah tgk pun ultraman. tak pe lah nia, jgn sebut yg bukan2 sgt lagi dah ek. 

sekarang ni mmg asyik2, hantu kak limah.. hantu kak limah.... dgn nada spooky lak tu nak bagi kita takut. sabojelah. mama papa pun tak tgk cite tu lg. aunty ina, nanti bawak balik laptop ye. kita tgk cite tu. mama nak sebut perkataan han** tu pun takut, apa lagi nak tgk!

note : tak de la tak elok hantar nursery, dlm tak baik tu, banyak jugak yg benda baik nia belajar kat situ.

bila peminat durian meroyan

musim durian eh skang ni? aku tak tau pun sebab bukan peminat durin. tp tempoyak i minat. camne tuh? mcm tu lah. so, bila durian dah bermusim, wan pun tak tentu arah kejap sebab nak cari durian. 

so semalam, dah plan katanya nak pegi jusco kul 9, ada happy hour durian. ha, durian pun happy hour ko! tp durian mmg mahal eh? mahal sgt la. ye la, raja segala buah ye. so untuk tidak mengecewakan papa, kitorg pun keluar ke jusco malam td. tak cukup pegi jusco, dia singgah giant lak beli durian lagi. apekehey?? "semerbak" la bau durian dalam kereta dan rumah. adeh!

happy hour so dapat 50% less. aku tgk yang harga RM50 pun ada untuk sepolystrene. Durian raja kunyit gamaknye. kahhhhhhh...

tgk muka nia. tak sanggup bau durian. hehehe.. kami lah bukan peminat durian.. tgh tunggu papa pilih.

tak tau nak makan apa dalam jusco, ke bintang bistro dinner kat situ. ni air apa mcm makan ais je. ni honey dew ice blended

amik port baik punya sebab nak tgk asmara2. baru je duduk, sekali dah keluar lagu sixth sense. adoi, terlepas lak.

tak duduk diam nia ni. sebab makanan tak sampai lg.

nasi goreng USA wan punya

mee sup for me. kata tgh catu makan. :)

share dgn nia. salah satu cara nak catu makanan lagi. hehehe..

makan malam begitu lancar bila sorg tgh lena tido. malangnye, bila balik rumah she was wide awake. sampai kul 1 dok jalan sana sini lagi. suruh tidur, mencebik muka menangis. pandai dah si kecik ni.

earth hour 2011


on 26th March 2011 (Saturday) at 8.30pm

WWF-Malaysia invites members of the public to stand together with the world in a global celebration of the one thing that unites us all - our living planet. 

Switch off your lights together with us and act to conserve our living planet.

so, kalau ada kesempatan jom la kita off elektrik utnuk sejam. or else, keluar jalan- jalan 8.30 malam hingga 9.30 malam. :)  ramai polis kena standby kot time ni. ater kalau semua dah gelap, perompak pun standby gak tu. maka gagal la misi 60minutes to save the earth :)

wedding planning progress

as a weeding planner untuk along aku nye wedding, progress nye agak hampes. tapi kalau tunggu akak aku yg gerak, lg hampes kot. kahhhhhhhh... sebab nak plan wedding ni, dari sebesar hal, sampai la sebatang jarum peniti pun kena amik tau. so, aku nak share aku nye wedding check list yg telah digunakan oleh beberapa couple termasuk aku sendiri. i thought its a very practical checklist.

FEBRUARI
- tempah tok kadi - done
- tempah photographer - done
- beli cincin kahwin
- tempah catering (1,500 tetamu) - done
- sediakan senarai tetamu - done
- tempah audio sistem / DJ - done
- tempah untuk honeymoon - done
- alas untuk akad nikah - done

MARCH
- tempah baju nikah - done
- tempah baju family - done
- tempah doorgift - no clue yet!

APRIL
- pilih dan cetak kad jemputan - artwork approved. waiting for printing.
- sahkan tempahan kanopi dan katering - done
- buat pemeriksaan kesihatan
- rawatan insentif muka, badan dan rambut - isk, aku kawen pun tak penah buat
- maklumkan kepada saudara mara
- kenalpasti yang akan sertai rombongan
- kenalpasti 2 saksi untuk nikah
- wali
- rujuk Jabatan Agama Islam Daerah untuk proses pendaftaran nikah

MAY
- pastikan pakaian pengantin siap
- pastikan orang yang akan jaga barang sepanjang majlis
- sediakan door gift
- ambil baju tempahan

BEFORE THE WEDDING
- hias pelamin, bilik tidur, sirih junjung dan lain- lain hantaran
- sediakan iron, iron board, cermin, jarum, benang
- remind tetamu
- call jurufoto, kompang, gamelan, rela

basically yang besar- besar dah pun booking. weekend ni balik perak ingat nak settle on the doorgift part. bole beli siap- siap. then nak pegi tempat mak andam nak tgk baju pengantin. baju family aku pun tak gi tempah lg. tak terpegi. hotel pun dah book untuk bertandang kat belah lelaki. barang hantaran pun dah siap beli akak aku cakap. lain- lain will update the progress.

can't wait for my sister's big day! bertambah lagi ahli keluarga.

apa yang best majlis kahwin ni, nak- nak family sendiri ialah kekecohan pada hari itu, saudara mara berkumpul, mmg moment yg sgt best dalam wedding kan? gambar diatas? abis akak aku tak kawen lagi, entry aku tak berseri kalau takde gambar kan, aci lah enterframe :p

rebranding!

akhirnya..... setelah sekian lama niat nak tukar layout. berjaya jugak. sambil- sambil buat kerja, sambil- sambil belek template. serious aku dah jemu tgk blog sendiri. rasa macam, adoi, huduhnye la. camne nak make up bagi cantik.

nak cari template bukan senang. nak yg boleh fit gmbr- gmbr dalam ni yg bersize extra large. senang la nak bagi kome belek ketembaman aku lg. kahhhh... ok2, finally nayville's blog berubah wajah! i love this new look. nampak simple dan tersusun. header? takpe lah, aku sub ke adik aku nanti. slow- slow. org tua- tua punya blog tak yah nak grand2 sgt header. isi yg penting ye tak? ada la sikit tak puas hati kat side bar. kurus sgt. tak pe lah. tutup mata je lah.

as i was trying to convert my blog to this new template, i found out my odometer shows this number. LIKE!! thanks to korang yang sentiasa singgah sini :D

seiring dengan blog yg bertukar wajah, tuan punya blog pun bertukar wajah. kalau dulu pakai inner syria, dek ketembaman muka yg tak boleh nak kawal, aku tukar ke inner awning pulak. less chubby kot eh? shawl rambu ramba saja try beli. ok, selesa sgt, cuba nia dgn adel tertarik dgn rambu ramba tu. siap masa aku pakai tudung tu nia cakap "wooowwww mama, cantiknye! (tudung)" lepas tu digentel gentel rambu2 tuh.

alamanda lagi

ahad, malam jugak baru keluar rumah. sebabnye? mmg kena keluar rumah. duduk rumah lagi sibuk dari keluar. kalau duduk rumah, timeline aku kat twitter pun sunyi. org pun heran kemana aku. padahal duk umah je.

malamnya, keluar jugak. papa mengidam nak makan macam- macam. masuk alamanda tanya, sini ada tony romas tak? isk! sabojela. dinner kat nandos. adel dgn nia seronok la. tempat spacious so busy la lari sana sini. adel pun sama. tak padan dgn kecik!

tak mau dukung, nak dilepaskan, bila da lepas, jadi over excited, kemain laju bejalan sampai nak tesembam pun ada. org tgk pun takut.

main mery go round tak masuk duit. hehehe..

mama escort adel

lepas tu masuk fun land pulak. adel tak main apa, dia busy jalan sana sini. tak tau mana satu nak main.

kakak dia mmg dah jadi mayor kat funland ni.

then, we had our dinner at nandos. mushroom soup with garlic bread ni nia punya.

yg best kat nandos. the variety of the sauce. kalau nak beli, sebotol RM10.90.

dah tak yah risau kat nia kalau time makna. nia dah lebih organize.

hat ni, yg kena monitor.

adel mengamuk nak makan sendiri. ha bagi la dia makan sendiri. kena extra charge kot kitorg sebab meja paling besepah.

papa yg makan tak toleh kiri kanan.

our weekend is for them!

short visit from the parents

sokmo gitu, kalau datang tu mesti mengejut. mmg mak dah cakap nak datang tp tak confirm kan. mujur la dah buat kerja- kerja housekeeping siang tu kan. opah dgn atuk nia & adel datang jumaat lepas. overnite kat rumah 1 malam, sabtu pagi- pagi dah keluar rumah. opah nia dgn adel ada meeting kat sini. ayah aku since pencen, jadi manager mak aku. maka follow je la. kebetulan petang tu ada meeting keluarga belah ayah. so there we go, short visit!

sebab jumaat malam tu parents aku sampai, maka banyak benda yg dibuat malam tu. ye la, wedding planner mode on la kan. lewat la tido nya. besembang lagi. sabtu tu, qada' tido lepas parents aku balik. malam baru keluar rumah bought groceries dan bawak budak- budak ke playground.

tgk mak aku bawak baju kaler pink putih dah tau dah ni mesti ada hal kat sini. betul la ada meeting kat darul puteri. ingat saja turun kl, sabojelah..

adel yg mengadap atuk nye.

adel nak ikut atuk ke? tak tido malam mama nanti. heheh..

bubye opah, minggu ni, kitorg balik rumah opah pulak ye!

malam ke jusco. suka gambar ni, sorang buat, sorang lagi mengikut. sorang dapat, sorang lagi nak. haish..

ini wajib!

ini pun wajib! singgah giant pulak lepas tu.

sebab kitorg check in dah pukul 10 malam, orang pun takde. lepak je dalam play area tu. papa siap makan lagi. adel kalau makan, mesti dia dok front seat.

nia yang happy. akak aku cakap aku nampak tembam dalam gambar ni. mmg dah start catu makan sekarang ni. hope bole back to normal look.
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in