goosebump dengar lagu ni

SEDETIK LEBIH OST HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA sang by ANUAR ZAIN

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...


full song

we are looking forward to watch this movie : The Malay Chronicles Bloodlines : Hikayat Merong Mahawangsa.
 
couldn't find the english version of Sedetik Lebih; The Memories Remain. sure pengsan dengar kot. sedap sangat. sangat sedap!

handbag size

tadi masa tengah kemas baju, nak amik paperbag kat bilik, nampak selonggok handbag aku. tak organize nye lah kan. takpe2, esok dok umah sendiri, semua boleh beli bak kata wan. nak beli satu wardrobe letak aksesori. ewah.

so, notice on the size of the handbag. zaman study dulu takde handbag pun. kata brutal kan. kahhhh... masuk keje, baru la belajar berhandbag. tapi bila tgk size handbag tu, mak oi, letak 1 botol susu nia je lepas kot. so aku compare antara handbag yg ada dalam simpanan. tgk size dia. jenama tak yah tgk la, aku bukan reti sgt branded2 ni, asal cantik dimata, beli.

ni handbag masa memula kerja kot. ntah lupa. size sangat lah somel!

ni handbag masa dah kahwin. handbag hat kecik tu ada dibalik handbag ni. betapa kecik nye kan. sampai tak nampak handbag nye. yg ni bila aku tgk sekarang pun mmg takleh fit barang2 aku.

handbag ni masa dah ada nia kot. lupa. besar la banding 2 diatas. mmg tak nampak 2 handbag dibalik handbag ni.

hat ni yang the current dan yang terbaik dari ladang size nye. wan cakap bag doraemon. agak- agak nak pegi kat kereta tuh. sila la cari kunci 10 minit awal. siap adel pun muat dalam ni. kahhhhhhh.. kadang bole jd luggage letak baju segala. sesuai la dgn anak 2. hehhe..

perubahan size handbag juga perlu seiring dengan pertambahan usia dan pertambahan anak kan? heheh..

note : kalau weekend tak kemana, aku banyak la benda nak mengarut kat sini. harap maklum...

note2 : ina, ko nak ke baju yang aku nak derma tu? style ko sah2 la tak sama dgn aku kan. maka, xde la apa sgt yg ko minat kalau aku tunjuk pun.

sorting clothes

kenyang baru lepas minum petang. jap lagi baru keluar rumah. layan hindustan punya pasal! kahhhhhhh....  wan ajak bawak budak gi zoo melaka, tapi  mamanye bolayan je. malas nak bejemur. kalau masuk mall mmg laju je. kahhhhhhh..... so harini, operasi mengumpul pakaian yang tak terpakai. dah lama nak buat, tapi harini baru ada kesempatan. since office wan tgh terima pakaian terpakai untuk didermakan, so bole slot in sekali. maka, clear la sikit wardrobe kat rumah ni..

untuk elakkan dari kerja- kerja mengemas baju diganggu, bagi diorg main ni. baru jumpa. hilang dalam simpanan floor mat yang opah bagi ni.

sambil tu bole belajar mengenal huruf sekali.. yaAllah rambut nia, dah tutup muka!

hasil yang telah dikumpul untuk didermakan. semua baju elok lagi. yang mana macam lusuh tu tak la aku derma. nak menderma ni yang afdal nye bagi yang elok dan bole diguna / pakai kan.

siap dipack mengikut kategori. baju kurung/kebaya, seluar, track suit, office wear, baju casual, tshirt, tudung, selendang, baju budak- budak. ada 9 bag kesemuanya. siap untuk dihantar ke office wan.

dalam bekas ni, memula ingat nak derma gak, tapi tak jadi. simpan untuk next production yang belum dikenalpasti bila tarikh produce nye.. ;)

Lupa...

1. Balik keje tadi keluar ofis, 2 kali round the block cari kereta. Bole lupa kereta letak mana. Setelah 2 kali pusing kereta terletak depan maulana which selang 3 shoplot dari ofis aku. Lupa!

2. Wan mintak aku belikan susu tapi sampai rumah lenggang kangkung lupa nak beli. Lupa!

3. Gi beli dinner kfc, sekali lupa nak mintak ayam original. Semu pun spicy. Camne nia adel nak makan? Mujur ada nasi. Lupa!

4. Sampai rumah dah naik tangga sampai tingkat 1 lupa nak kunci kereta. Turun la balik. Lupa!

5. Tadi baru teringat bulan feb ni 28 hari je. Patut la bila diorg tanya gaji bila aku slumber je ckp tak isnin, selasa. Ketat je memasing. Lupa!

Too much of thinking I guess... Apa pun fish donut baru kat kfc tu best! Bole la korang cuba. Nite all! :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Collagen, korang amalkan tak?

subuh- subuh pagi td ke lewat malam tadi, tak perasan aku. kakak aku bbm aku tanya aku ada pakai collagen's product tak. aku terus reply "ko jual ke?" rupanya, akak aku ajak aku pakai. menjelang usia kami yang dah late 20 ni (29 to be exact), being a woman somemore, sure kita (ladies) yang  akan nampak lebih tua dari usia kan banding dgn lelaki. beranak, jaga anak, jaga malam, jaga family, semua berjaga belaka...

macam aku dgn wan beza umur sebulan je, esok2, mcm aku kakak lak. isk, sedih kot! nak la bila bawak nia dgn adel nanti, org cakap :
"eh anak ke? ingat kan adik beradik?" kahhhhhhhhhhhhh... gila org nak cakap gitu! or orang cakap
"eh, u don't look like you're 29  la, u look younger" jangan cakap u look older sudah. sadis!

so, sementelah anak- anak tido awal malam ni, aku sepat la meng-google. what is collagen?

Collagen is a type of protein. Fibrous in nature, it connects and supports other bodily tissues, such as skin, bone, tendons, muscles, and cartilage. It also supports the internal organs and is even present in teeth. There are more than 25 types of collagens that naturally occur in the body.

Collagen is one of the most plentiful proteins present in the bodies of mammals, including humans. In fact, it makes up about 25 percent of the total amount of proteins in the body. Some people refer to collagen as the glue that holds the body together. Without it, the body would, quite literally, fall apart.

.
so, collagen is actually in our body. bila usia kita meningkat, collagen kita makin berkurang maka, kedut- kedutan akan timbul. so, sekarang banyak produk jual collagen's supplement dalam pelbagai bentuk. akak aku recommend produk D'Naveche. cuma kesan nye pun depend on kita punya body gak. ada yg cepat nampak kesannya which muka berseri etc. ada yang lambat. tu disebabkan collagen yang kurang dalam badan. belum berkesempatan survey lagi. 

 pakai collagen dapat muka halus cam nia tak? kahhhhhhh... kena terima hakikat pompuan ni maintenance kena lebih. so ofcourse suami don't mind kalau berbelanja lebih kan? ;)

note : artis2 yg muka dah lain macam tegang nye tu pakai collagen ke botox eh? ;)

GA - Saya nak hadiah dari mommy

mcm ztee, first time gak join GA dan apa2 yang seumpamanya ni. bukan tak nak join, cuma tak de kesempatan. bila dah ada yang menjemput, jgn la tolak ye tak. nak2 dah kena tag. thanks ztee :)

Giveaway Banner

Closing Date : 28/2/2011
nak tag : amalfc, missuhida, nana

1st Contest Si Manja Mandi by Ibu Balqis

aku di tag oleh ummi, mama adha and twin girl yang bakal lahir next week. mudah- mudahan mama dan babies selamat ye. amin... so, 1st contest Si Manja Mandi dianjurkan oleh Ibu Balqis. moga contest ni sukses hingga ke penghujung nye ye. insyaAllah..
Contest Banner

Closing Date : 28/2/2011

Gambar Pilihan :
Nama : Rihana Adelia Muhamad Ridzuan
Lokasi baby mandi : dalam sinki, di master bedroom's toilet
Tarikh lahir baby : 17/2/2010


thanks ummi sebab tag alya :)

Injection setahun tunda lagi

nasi beriyani ayam pedas utk papa

sekarang nak makan makin adventorous bila adel nak makan sendiri. see adel is fine. hope esok ok sepenuhnya

chicken chop for me. tak lalu makan nasi malam-malam

sharing is caring :)

As salam. Sebelum tu nak kabo entry ni huru hara sikit sbb update via mobile. Aku nye lappy kat dlm kete. Nak menjenguk blog time keje esok mmg x terjenguk. Tp masih nak update. Tegar tak aku? Kahhhh

Balik keje td ingat nak bawak adel gi cucuk setahun. Tp nak jadi cite adel cirit birit sice semalam. X la heavy, mild je. Korang penah dgr ke org cakap cirit birit sebab byk bejalan, baru belaja nak bejalan, nak ringankan badan. Something like that. Sebab bbsitter adel mcm da biasa handle je.

So gi klinik doktor pun ckp adel ok. X dehydrated. Dpt air garam dgn ubat sapu. Tp malam ok je. X de pun. Siang je. Hope adel ok je la eh.

Balik keje singgah nasi beriyani gam johor for dinner. Sekian catatan diari nayville hari ini. Later all!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

visit SARA part 2

part 2? part 1 disini ye. masa tu sara baru few days old. lawatan pun adhoc. masa bawak adel pegi circum kat annur, sara kat jiran sebelah, azzahrah. so, sabtu lepas, adalah lawatan rasmi ke bangi melawat baby sara. janji nak jumpa kat rumah aieza pukul 2, gedebuk gedebak sebab memasing lain poskod, kitorg selamat sampai jam 3 kurang lebih.

seperti biasa kalau dah 5 org mak budak dan 8 org anak- anak berkumpul, keadaan rumah aieza jadi sangat la kecoh+meriah+huru hara+bersepah = enjoy! sesekali bila rumah hiruk pikuk dgn gelagat budak2, despite all the messy part, that moment was really memorable and enjoyable, aight?

thaks so much to aieza and family sebab sudi jadi host utk meeting point kita kali ni, and terharu gak bila aku yang tetamu je balik tgn penuh. semua aunties bagi hadiah untuk adel sempena harijadi dia. and nia pun dpt headband dpt tokey stitches aunty ryn. thanks so much guys! next meet up? TR kah? ;)

this was actually the first photo i snap when i took out my camera. nak jadi cite, kak long shasha moody haritu. hana minat betul nak kawan dengan dia, tp jiwa dia sensitip. sekali bila aunty udah kua camera, terus senyum gini! apakah bed? hehehehe..

lepas sejam melepak, baru la ingat nak snap2. sebab photographer aku pun busy besembang sampai kena panggil. kami bersama sebahagian dari anak- anak kami...

dalam pada gang mak2 bersembang sambil makan, makcih hasnah a.k.a opah hana and sara buat sessi kaunseling bersama bibik nome. hehehe... eh, time ni tak kecah lagi eh? tgk karpet clear je tu. heheh..

all the gifts! aiseh, abang adam takde gang ni. cmne nih? maka dok ngekor papa je. tak pun ikut mama je.

objektif utama ye. visit arissa qaisarah. tapi, dia bole maintain tido all the way! perut kenyang ape lagi, tido la.

hi aisyh'! ni lagi sorang langsung tak dengar ok ek ok ek nye. patut la korang senang je outing ye even dah anak 2. kalau aku tu, haru biru weh. kahhhh....

happy nye ko za, happy sebab aku tambah 3 kali eh? percayalah aku tambah 3 kali ye! spaghetti best dari makcik hasnah. and of course, cheese cake made by aieza.  aku makan dgn bibik nome.

jam pun dah pukul 5.30, memasing nak berangkat untuk urusan seterusnya. nak balik pun banyak gak pause nye. macam2. dengan shasha tak mau balik nye. suruh bawak adel ikut dia balik la. ralit dgn mainan yang penuh dlm rumah ni. nia baru nak panas enjin. aisyh' dgn sara gak maintain tido.

ini wajib! tak dapat amik gambar hana because she's everywhere. ater rumah sendiri kan.

last but not least, i heart them!

kek adel

patut nak update pasal birthday adel lagi, tp asyik lompat cite lain je dulu. biasalah, kes jenuh nak edit and watermark gambar. so, on adel's birthday khamis lepas (17/2) haritu, lepas balik kerja bawak adel pegi cucuk setahun. tapi doktor tak bagi cucuk sebab adel macam selsema. sebab jab ni katanya bole jadi demam sikit so budak kena betul- betul sihat. ok la, tunggu flu adel kering baru bawak balik. then terus ke jusco beli kek comel je kat kedai kek jusco. balik rumah terus nyanyi lagu bday, tiup lilin and ngap cake. simple je tp wajib buat!

on the next day, jumaat (18/2) adel celebrate birthday kat nursery pulak. everyhting was last minute. cam biasa la kan. i prep the cake and party pack during my lunch hour. sejam ++ saja. masuk giant, beli kek kat secret recipe, pegi beli party pack kat giant. masuk dalam plastic bag dlm kereta, balik rumah amik dress adel dgn nia, terus hantar ke nursery. happy sebab berjaya get it done. ok, jom tgk kek adel..

sponge cake berperasaan coklat. cinonet je kek ni. nak makan ber-4 je pun. masa nak soh tulis kat atas ni bole budak tu cakap "kak, takleh tulis banyak- banyak eh sebab rambut dia kerinting" boleh? ;)

tgh nyanyi lagu happy day to you....

mcm birthday nia pulak. semua dia buat. tiup lilin.

potong kek... teruja kakaknye

birthday gal! masa ni dah nak pukul 11malam ye!

ni kira official kek adel la. tak dan nak soh aunty ina nye design sebab last minute. chocolate fudge walnut flavor.

party pack untuk anak- anak kat dalam nursery...

eh, birthday sape ni? hehe.. btw, yg dukung adel tu la mak angkat dia. mummybear kitorg panggil. aku tgk muka adel dah macam muka mmmybear pun ye gak. hahah..

meriahnye dgn anak- anak...

birthday girl lagi

dalam party pack ada hat ni.

nia dah tak heran dgn adel. main dgn rakan sebaya

sekian penutup sambutan harijadi adel yang ke-1

note : auto publish entry

appreciate their effort

apa- apa yang anak kita buat mesti kita diorg akan tunjuk kat kita kan? mcm nia, apa- apa dia buat, mesti "mama! mama!" nak tunjuk yang dia dah berjaya buat something. even dia poop for the first time kat jamban, keluar toilet dia lari- lari cakap nia biyak..nia biyak... bangga gitu. so kita as parents takleh la nak buat dek je atas apa yang diorg buat dan achieve kan? kena la acknowledge dengan cakap good job ke, good girl ke, clap untuk dia ke or bagi reward.

macam adel tadi, ada la dekat satu jam dia kelebek headband minnie mouse dok letak kat kepala. bila dah letak mesti suka hati nak tunjuk kat mama papa macam video dan gambar kat bawah ni.

video

headband minnie mouse kat tangan adel.

jenguk kakak jap. ok, kakak tgh tido. bole la main sendiri. kalau tak, sure kena kacau. hehehe..

bila dah pakai mesti nak mama papa tego.

suka sangat bila mama papa layan dia..

happy face from adel!

penat gelak, haus pulak. kalau adel nak susu dia buat macam ni sambil cakap nak...

note : seharian ahad duduk kat rumah je. ni nak buat schedule entry untuk seminggu..

Setengah jam!

Setengah jam or mungkin lebih nia berjaya free diaper. Balik dari bangi, nak salin pampers nia dah setel basuh she requested not to wear diaper. Nak pakai panties je.

Ada sikit risau tp lebih pada, ok kot. Takut la dia leka main terkucil mcm kat umah opah habis kerusi makan antik opah menjadi mangsa pee nia. Huhu..

So, setengah jam diluar sampai kat rumah ni, sukses! Esok try jauh and lama sikit.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in