Sabah - kinabalu park

kan dah cakap bercinta nak update. dah masuk keje, tak terbuat. kat rumah lagi la kan. so mari kita mulakan. ramai yg mintak aku bagi guidance macam aku buat bajet- bajet jalan gi melaka tu. so aku detail kan semua masa aku cerita ye. here we go...

kitorg selamat sampai di pulau borneo jam 7.30 malam. sampai je, kitorg terus ke kaunter airport taxi untuk amik taxi ke terminal 1, which jarak terminal 1 dgn terminal 2 adalah 7km. nak pusing jauh. and the charge is RM30. 7km RM30, cekik darah jugak. nape tak sewa kereta kat terminal 2 area je? sebab sime darby car rental ni sgt murah charge dia RM88nett per 24hrs dan ianya terletak di terminal 1. kalau naik MAS tak yah susah2 lah. kereta hyundai matrix 1.6. kitorg dapat kereta baru. plat WUT. so mmg best la. mmg nampak hassle sebab kena pegi terminal lain and bazir RM60 tp murah punya pasal, ok je. and tak lah hassle mana. sebab kitorg hanya bawak 1 luggage, 1 stroller, masing2 bawak bagpack and 2 budak kecik. ok je. sebab dah biasa semua handle sendiri so mesti ok punya lah. 

kereta better cari yg bole pick-up sebab kalau nak ke kundasang / ranau area bergunung ganang, and jalan pun tak semau yg ber tar. kalau mampu sewa 4WD lagi bagus. or hire a tourist guide. tak pening macam kitorg bila jadi accident 1 hal nak settlekan benda2 ni. so that's on car.

 us at departure hall LCCT. ni je barang yg kitorg bawak. berjaya compress semua barang2 kitorg dalam 1 luggage. kenapa papa bermuka ketat? bajet handsome la tuh. :p

menunggu nak boarding. adalah duduk kat tempat duduk ni barang seminit dua. lain tips gi travel bawak anak kecik, sentiasa ada kudap2. tu tupperware penuh koko krunch mmg sentiasa bersama niadel..

dalam flight. masa ni nak touch down..


kereta yg kitorg sewa. naik steadily sampai ke timpohon tempat mula nak mendaki gunung kinabalu. masa dapat kereta ni, minyak mmg penuh. so bila dah dapat minyak penuh, masa nak pulang tu minyak kena penuh juga bah..

so, kereta dah dapat, kitorg terus ke imperial boutec hotel, which attach to imperial international hotel. so kalau korang pakai GPS, search imperial international hotel. cause they share the same parking lot. signboard imperial boutech ni tersangat lah comel. jadi tension kejap nak mencari. sbb dalam GPS takde. nasib la laki aku ni cekap bab baca map. so jumpa la kat mana. terus kitorg check in, freshing up, then keluar balik sebab tak dinner lagi. 

so nothing much on day 1, sebab kitorg sampai pun dah malam and kalau kat sabah, kul 8 tu kedai semua dah tutup. lepas je dinner kat gaya market (kes tak jumpa pasar filipino), kitorg terus balik hotel and tido. esoknya, awal pagi dah siap2, kul 7 dah keluar pegi breakfast dulu. btw, breakfast kat sini tak berapa. sebab 3 star hotel so tak banyak variety. tak kisah la, janji boleh telan. then terus je kitorg check out and menghala ke kundasang / ranau.

nia tengah breakfast.

 kalau stay kat sini, kena bergambar kat sini. walk path perantara ke bilik dan ke lobi. mmg most of the time nia yg duduk kat stroller. so adel kena la dukung.

lobi. before checking out. hotel ni bermula dari tingkat 7 ke atas ye. oh, rate for standard room is RM145 per night including breakfast.

then kitorg memulakan perjalanan ke kundasang. distance dari KK ke kundasang makan masa sejam setengah. digalakkan gerak awal so bole nampak gunung kinabalu. kalau dah masuk tengah hari dah tak nampak. sebab ditutupi kabus. tu la yg kitorg dapat. dapat nampak kabus je. but not to worry sebab kitorg stay 1 malam kat sini, so esok pagi tu bole la nampak. first attraction yg kitorg pegi ialah kinabalu park. kaki gunung kinabalu. ada 2 tempat nak naik gunung ni. kat mesilau dgn timpohon. same route. timpohon ke atas lagi. so kitorg pegi timpohon and turun balik. cuaca bila sampai kat kinabalu park ni adalah sejuk. windy gitu. tak terlalu sejuk sebab cuaca mmg tengah panas.

on the way nak naik ke atas, banyak pondok tempat nak amik gambar. mmg nampak takde apa, tp bila tau gunung kinabalu ada kat sini jadi excited. ada dekat dgn gunung tu. belum lg tgk, bila tgk rasa jakun!

ni tempat mula nak panjat gunung kat timpohon. kitorg amik gmbr je la..

 terima kasih sudi datang lagi. :)

then kitorg turun dan berenti kat sini. timpohon view whereby kita bole tgk gunung kinabalu dari sini. unfortunately, gunung dah dilitupi kabus. cuaca panas tp angin nye sejuk :)

walaupun tak nampak, amik jugak la gmbr. buat kenangan..

route nak panjat gunug. nasib baik lah ada anak, kalau tak, tak tau lagu mana nak posing, hahahaha.. tetibe fikir pasal tu lak.

bawak nia mmg macam2 la. panas la, penat la, sakit pinggang la, mama dah la, mama jom balik lah. bak kata papa, ni la dia, dok kua masuk shopping mall je. bila pegi tempat2 mcm ni, macam2 la..

another view of gunung kinabalu. tp nampak kabus je.

wah, kinabalu park complex gitu!

apa ni, baru pegi 1 tempat dah penat. dah tak nak amik gmbr tp mama paksa gak. adel siap joget2, kakak dia dah boring..

tempat seterusnya kitorg pegi - desa cattle, dairy farm. ni lah view sepanjang perjalanan ke situ. subhanallah, sangat cantik view dia. next entry ye..

10 comments:

Elyn Sani said...

Pergh best nye! Next time laki aku ke sabah... Aku nk ikut... Hahha

LYAfrina said...

bestnyerrrr.....
teruja nk tgu n3 seterusnyer....

tgk pic y last tu... tpaku..siyessss..mmg cntik... mcm oversea pon ada....

Gieyana said...

mmg cantik kan..tpt kenangan daku n Zura..

dulu ms we all g takder lgi tembok tue..under construction...

mmg x puas p ritu..rs nk pegi lg..

eynda said...

Hubby eynda dah sampai puncak kinabalu bulan 5-6 yg lepas... dok berangan nak bawak family dia tengok tempat ni...bila la ye hehehe...bestnyer :-)

atanayuiman @ Jue said...

pasti akan nak ke sabah lagi kan?

Anis said...

kalau aku senang je aly. mmg akan hire tourist guide. x larat la nk pikir sendiri. byr mmg mahal sikit tp kepala xyah pening2. semua ni turun dr mak aku la. jenis yg kalau nk bercuti, biar la btul2 cuti. setel.

Hazey said...

Salam Perkenalan

Terima kasih buat entry ni, saya pun tak sabar nak ke KK tahun depan.. nanti bagi lagi ya tips2 ni ya... teruja nak bawak kete sendiri dan nak explore tempat2 yg cantik di sana.. btw I pun dah book hotel yg sama dan sykt kete sewa yang sama atas saranan blogger2 yang lain termasuk you.. thanks

Wana said...

Kekekekeke... Dekat gile dah sangat pasal filipino tu Kalau Kau duduk imperial bouteque hotel tu..dekat pada duduk peromonade tu... Tapi sbb Kau dah sampai malam memang lah... Susah sikit.. Aku dulu lagi teruk duduk Kat cititel day1st leh nangis menapak... Dah lah bilik kecek pada 1st world hotel... Kene sebarang 2 jalan besau... Ish ish sapa nak gi kk Jangan duduk cititel kaka kabaka Kalau dah bajek sangat duduk je LE HOTEL 5 minit jek seberang jalan pasal Filipino...

Iryani Noor said...

suke lepak kt timpohon view tu.. mmg rasa nyaman sgt... time kitorg dtg aritu, hari cam nk hujan.. so kabus mmg tebal sgt...sejuk giler

Anonymous said...

Next time sape nak bercuti ke sabah dan nak cari 4wd utk disewa cari saya. 0133073012...harga mmg cun punya...ford ranger auto dan manual..Asyari

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in