sabah - desa cattle, dairy farm

sambung cerita, tak lalu korang nak layan lagu shahir yg meleweh tu eh? hehhee.. lepas ke kinbalu park, next destination is desa cattle which took us 15 minutes drive from kinabalu park. mmg tak mesra signboard la sabah ni. memula musykil gak, betul ke kat sini. ye lah, nak ke satu2 tempat tu jauh kedalam. and kena lalu kawasan perkampungan. takut telajak ke apa. kebetulan haritu ada pasar kat situ, so tanya la penduduk2 kat situ. oh org2 sabah ni polite2 eh. lembut2 je bahasa diorg. syukur la tak jumpa dgn org2 yg annoying.

aku ckp kat wan, dalam ni mesti amik at least 300 keping gambar eh. mmg excited nak ke sini. masa mula sampai tu, doubt la jugak, apa je ada kat sini selain rumput hijau, batu besar dgn lembu. tapi bila dah sampai, turun and jalan2 kat situ, tak sedar hampir sejam habis masa kat situ. nak dtg situ, kalau nak tgk proses perahan susu lembu, datang pukul 3 petang. waktu rehat kul 12 sampai 1.

kebetulan kitorg datang tu dah nak waktu rehat, so yg jaga pondok tiket tu ckp kalau nak masuk boleh, tp nak keluar nanti tolong tutupkan gate. kitorg ok je lah. sementara cuaca elok ni kan, kitorg pun melawat dalam ni. serious mmg cantik. kalau korg yg jenis suka posing2 buat photoshoot ni, silalah pakai comey2 masa nak datang sini.

dapat jalan2 dgn anak2 kat sini, angin sepoi2 bahasa gitu. mmg breath taking lah! tak sedar masa berlalu macam tu je.

teruja betul tgk penempatan macam ni..

kat sini wajib amik gambar ye. entrance dia. memula sampai confuse aku, mana satu batu, mana satu lembu. mcm blur sotong la, ape je ada dlm ni. tp bila jalan2 baru la rasa nyaman je. admission fee RM3 sahaja.

dalam ni tempat proses susu lembu. bole beli jugak. park kereta kat sini..

kitorg mulakan jalan2. niadel pun nak jalan sendiri. mama nak dukung diorg tak mau..

kalau nak tau, ramalan cuaca yg aku tgk, date yg kitorg nak pegi ni, hujan sepanjang hari. tp alhamdulillah, cuaca sgt baik hari tu so dpt la nak berjalan- jalan..

asal ada batu je, berenti amik gambar.

adel kalau soh buat peace, mcm tu la fokus nya muka dia.

batu lagi. kalau tgk dari jauh tak tau mana satu lembu, mana satu batu. sama je aku tgk..

ala-ala new zealand org ckp kat sini. nak gi new zealand belum tentu, dapat la merasa kat sini..

niadel kalau dpt tgk animal, mmg seronok. kalau kat kinabalu park tadi, takde apa. kat sini, bole tgk lembu. so suka la diorg.

tapi bila dah dekat dgn segerombolan lembu, dok tutup hidung masing2. busuk kata nia..

pusing 1 round la kitorg. then amik gambar kat entrance ni balik..

kitorg lepak lama atas batu ni. sebab quite tinggi so bole nampak whole view..

sambil tgk lembu2 kat depan kitorg.. tgk lembu je pun, seronok ke? seronok weh! kalau ada peluang, pegi la ye.

kenapa aku rasa mcm background dia tipu je dalam gambar ni, padahal real. kan? nia dah jebik je tu apa maknanya?

maknanye moh la kita balik. dia dah gatal bontot katanya. tu dok menggaru. macam2 budak ni..

kat milk processing plant. motif gambar ni? safety mesti tgk bab2 safety je ye!

best kan adel kat sini?

masuk balik kat office desa cattle ni. nak beli susu lembu brand desa

wajib rasa ye. kitorg beli susu coklat 2 kotak.

sambil rehat2 minum susu, tgk tempat perahan lembu. tunggu kul 3, baru diorg tunjuk. kitorg tak tunggu lah.

nia kata, air lembu. padahal hari2 dia minum susu tu air lembu gak. hahaha

last but not least, tinggal kan jejak kitorg sekeluarga kat buku pelawat ni :)

turun dari desa cattle tu, sambil dok terbayang lagi cantik nye tempat tu, bang! the accident happened! mmg spoil mood kitorg la especially wan as he's the one yg bawak kereta.

yg melanggar kereta kitorg duduk je dalam kereta. husband dia yg pakai baju hijau tu. sebelah baju hijau tu biras dia. org kokdiang, kedah. ada gak org kampung wan kat sini. jalan berbukit bukau, kitorg dah slowmo pun bole kena langgar gak. benda nak jadi kan..

bole tahan teruk jugak kena ni.

sejam jugak stuck kat sini. aku nak turun tak boleh sebab niadel tgh tido. elok gak la stop kat sini, dpt niadel rehat. papa yg settle kan urusan dalam tu. polis keluar amik gambar.

note : jenuh memikirkan caption kat each photo. hahaha... sangap dah aku, it's almost 1a.m, gudnite!

11 comments:

nome said...

canteknya view kat tempat ko gi tu beb! seyes kagom! ala2 new zealand ko..bangga aku jadi rakyat malaysia

Anonymous said...

apsal dorg x wat korban lembu2 gini, gemuk2 sume, bnyak isi! huhu..

Anonymous said...

apsal dorg x wat korban lembu2 gini, gemuk2 sume, bnyak isi! huhu..

@e_da said...

sayang betul tak dpt ke sini masa g sabah aritu.. time pack sgt!.. nak kena pegi lagi lak la.. cantik2 pic alya.. nak2 yg adel sorg2 tu....

mrs.spicy said...

memang nampak cantik tempat ni..haha nia..ade jugak air lembu. pikir ke lain dah aunty neh.haha

Princess Solehah said...

cantiknya pemandangan kat sini :) teruja sungguh nak pergi hehe...

LYAfrina said...

ya ampun... seriusss... cun sgt view dia..mmg cam oversea jer...nmpk suasana pon nyaman sgt2...

alya...pic family tu gna tripod k??

ISHAA said...

bestnya g sabah weh...aku pon harus pegi gak nih...

e.l.i.z.@ said...

wahhhh mmg cantik la kt situ..rumput hijau, langit biru..mmg best gile wat photoshoot kt situ

Iryani Noor said...

owh yes tmpt nie tak de la best sgt, tp turn out dlm gambo tmpt tu jd sgt cantik... ala2 obersea gitieww.. =p.. tp part bau taik lembu tu adehh.. sempottt

lovely said...

cantiknya tempat ni.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in