mak bapak tido dulu sebelum anak

malam tadi, wan tak bape sihat. sejak siang nye lagi. perut masuk angin katanya, loya-loya mcm nak muntah bila makan. mengandung gamaknya laki aku ni. kahhhhhhhhhh... ok serious. nampak la pucat muka dia. kalau tak, aku balik keje, mesti dia bebel macam- macam kat rumah.botol susu nia tak de la, bekas susu nia takde la. macam- macam lah. tapi ni senyap je tgk tv. sah la tuh tak sihat.

org tua, kalau nak suruh pegi klinik payah sikit. so, tido je la ubat nya. mama lak malam tadi, ngantuk yg amat. macam2 hal berlaku kat ofis. kepala serabut. so penat sangant. so malam tadi, anak- anak meng-entertain kan diri sendiri, sampai masa nia kata dia ngantuk nak tido dlm bilik, bukan dia tido, aku yg tertido. siap berselimut lg kat tempat tido niadel.

adel time tu mmg mundar mandir la keluar masuk bilik main cak - cak dgn kakak dia. masa tu dah sayup2 je pandangan aku sebab dah ngantuk sgt. sedar2, dah kul 12 malam. niadel elok je tido kat tempat masing- masing. papa lak tido kat sofa depan tv. terus aku bangun, cuci muka, gosok gigi, bawak masuk susu dalam bilik, kejut wan, suruh masuk bilik... senang nya handle niadel malam tadi...

anak2 sakit aku risau, aku sakit aku risau, laki aku sakit pun aku risau, tak mo sakti2 dah la. penat kalau selalu kena risau ni.. lagi pun weekend ni banyak jemputan. en driver kena la sihatkan diri utk memastikan, perjalanan lancar sehingga ke destinasi :p

adel yg skang ni dah tak berjaga malam. kalau tak, mesti sekali berjaga nak susu. sejak 2 menjak ni kurang dah. letih agaknya siang tuh..

9 comments:

Iryani Noor said...

huhu nasib baik la adel dh xbejaga mlm... skrg nie sofia lak suka tido lmbt.. paling awal kul 1am.. tu pun kitorg siap tutup smer lampu, tp dlm gelap tu bleh lagi die merayap2.. heran betul.. dh kena marah baru la baring kt kitorg =p

nome said...

get well soon ye wan..pandai niadel bawak diri sbb derang tau mama dia penat cari rezeki dan papa dia tak sehat...very good anak2

wanie md zain said...

alya..bab masuk susu dalm bilik tu sama mcm wanie la..hehehehe ingat wani jer mcmtu...nasib la bebudak tu tak tido merata2..hehhehehe

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

ohlololo tuh laki hang tido betul ker tido tipu??? hikhik

wan syamzaima said...

mmg selalu jd kalau kita tak sihat,anak independent je kalau nak tdo..kalau tak nak memerap je keje..
berapa byk umah plak kali ni dik?

Rizziela said...

kesiannyer cik driver plak tak sihat..so co pilot lah jadi pilot lepas ni

alyyani said...

iryani : budak2 ni kadang2 gitu gak yani. mmg kena marahbaru nak suruh tido. lately, letih sgt kot banyak aktiviti siang tu yg tak bejaga malam sgt and tido pun tak lewat sgt. huhu

nome : thanks me, wan pun dah ok. alhamdulillah. tiap2 malam senang mcm ni kan best. tak la mama jd hulk malam2 :p

wanie : kalau tak bawak masuk bilik, alamatnya jd bahan la laki bini nak begaduh. betolak2 nak suruh buat susu. hahaha...

wan : minggu ni ke? tatau lagi. ingat nak pegi umah sedara mara yg tak pegi lg. haish, ramai betul sedara mara ni :p

tinie : isk, sabajelah aku ko ni. tu tido betul la mek. dia pun tak tau aku amik gmbr dia :p

rizziela : boleh, tp nnt co pilot pening tgk pilot handle anak2. so better pilot maintain jadi pilot je :p

Anonymous said...

blog ni pn tdo gak ke! heheh..

alyyani said...

anon : ada la. tgh busy eply komen2 previous entry..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in