Skip to main content

kembali kepada rutin asal...

last year aku buat tajuk back to normal routine. ni buat tajuk dalam BM tp sama maknanya. so, kira dah settle la sessi beraya bersama keluarga this year. aku tgk entry sendiri pasal raya pun nak termuntah apa lagi korang yg takde dalam cerita ni, membacanya. so cepat- cepat cover dengan entry ni.

semalam aku dah start puasa 6 merangkap puasa ganti. harap dapat settlekan dalam bulan Syawal ni. 8 hari mau diganti. semalam buka puasa masak sendiri. tebiat gamaknye tetiba memasak. nak2 time puasa. tp sebab fridge ada barang, and takde idea nak beli apa. yg buat jadi nak memasak tu, sebab harini sekolah nia ada jamuan raya versi potluck. tu yg dapur berasap2 seminggu ni.tp ni kang ingat nak bukak puasa family dinner box mcDonald pulak. ater roh memasak datang sehari je ye :p

lepas sahur tadi terus siapkan macaroni goreng utk bawak kat sekolah nia. sedap pulak menengoknya. tergugat iman nak rasa. nak2 part cheesy tuh. QC aku nia lah, tgk dia makan ok je, ok la tuh. then terus hantar ke sekolah nia. sebab camne pulak nia nak bawakkan. and aku beli vitagen 5 paket. macaroni buat 2 bekas, hantar sikit kat taska and terus hantar kat sekolah.

dah alang kat sekolah nia, aku dah siap bayarkan utk booking registration next year. senang kat situ kan, bab sekolah anak tak yah pening dah. nak hantar adel awal lg. plan nya nak hantar tgh bulan tahun depan. sama umur dgn nia masa masuk sekolah. so adel tunggu next year mama hantar ye. utk korang yg berminat nak register anak kat smart reader, taman pinggiran putra, open day will be held on 8th october. bole la pegi get the feel gitu. hehehe... how i wish ada genius aulad kat area seri kembangan ni, jom bukak 1 bang!

cakap pasal sekolah ni, baru perasan bag sekolah nia dah makin koyak rabak. koyak tu dah selalu, tp ni dah rabak. pagi tadi masa tgh pack2 barang baru perasaan. aku cakap nia pakai bag mickey mouse eh? dia cakap nia nak bag baby sama macam adriana. ha dah pandai nak ikut kawan sekarang. bukan nia je, adriana pun sama. nasib la aku dgn mak dia ni mmg kawan baik. calling2 la tanya, wei ta, diana pakai bag apa? ly, nia pakai jam apa? diana kata nak pakai jam macam nia... nia pulak nak pakai bag baby mcm adriana. kecik2 dah pandai ye. esok dah besar, mama, nia nak iphone7 macam adriana. haaaa.... time tu, dah cerdik banyak kan? panjanglah nanti ceramah mama ni, mcm mama kena ceramah dgn opah nia dulu. tapi bag sekolah nia mmg dah jatuh hukum wajib beli. td pun jahit dulu. hahaha... sedih aku tgk bag anak aku. apa la smart reader ni, cuba bagi material yg berkualiti sikit so bole tahan atleast setahun. kita ajak papa beli malam ni ye.

duit raya anak korang dah masuk bank ke? aku belum lagi. belum siap kira lagi. tahun ni ingat nak masuk dalam amanah saham. or savings account bank mana yg menawarkan tabung2 yg cantik lagi comel? menarik gak tuh. tp bab dividen amanah saham la menarik kan? this year, ASW declare 6.5% dividen ye? menarik- menarik. esok pagi la nak pegi settle segala hal2 simpanan ni, walaupun bole kata almost every day aku pegi bank tp urusan sendiri selalu tak dan nak buat. tu bising laki aku. bila disuruh kata tak sempat, bila ditanya ada kat mana, ada kat bank! hahaha.. sibuk la bang!

ahad malam di burger king. bukan malam, tp tgh malam. pegi ofis papa hantar kereta..

burger king tutup kul 12. time dah kul 11, staff situ dah kemas2 la. si nia join 'kemas' sekali. agaknya kat sekolah selalu kena denda susuk kerusi gini kot eh? dulu time sekolah ni salah satu denda wajib utk org2 yg buat salah. susun kerusi time perhimpunan..

bag nia yg dah rabak tp mama jahitkan. tu pun ada bahagian yg tak dpt diselamatkan lagi. teacher dia tgk, mesti sedih kot. mak bapak dia habis duit bayar yuran sekolah anak tp tak mampu beli bag. hahahaha.. nia nak bag mcmadriana. bag adriana tu luggage bag yg bole sorong tu, so tak pasti sesuai ke tak utk nia bag tu, nanti nak tgk bag mana dia nak pilih..

Comments

Anis said…
aku pun tinggal 8 hari wei. smlm pun hari pertama posa ganti/enam. selamat berposa. ingat nk direct 1 week tp ada org dh siap ajak lunch esok. x dapek la.
chemso said…
alya...best tak hantar smart reader pinggiran putra? transport dgn nurseri kat ner? anak akak dulu hantar smart reader putrajaya, cam jauh plak.
nome said…
selamat berpuasa beb...

dah alang2 aku dok kat serdang nih, elok gak antar aleesya kat sekolah nia...errmm...
Elyn Sani said…
Aku dh start pose ari senin, tp masuk pukul 5 dh muntah belahak! Smp ke mlm lak tu penin muntah. Maka dgn itu kene stop dulu. Rugi wooo
wdta said…
rambut nia comel. :) hihihi... tanak bela rambut panjang ke alya?
Anonymous said…
u people got so much time bloggin at work, buat keje tak?

HRDF
Anonymous said…
u people got so much time bloggin at work, buat keje tak?

HRDF
Anonymous said…
u people got so much time bloggin at work, buat keje tak?

HRDF
Mrs. Simplicity said…
anonymous : can't u see the time of this entry was posted? it's during lunch hour. TQ.
Mrs. Simplicity said…
anis : tu ko, aku dah sedap 2 hari puasa, dah tak leh balik. next week la sambung straight. tp kan, ko ada dpt tak artikel pasal puasa 6 x leh combine dgn puasa ganti tuh?

chemso : kak, sy tak tau nak kata best ke tak. sy nampak nia ok je. hopefully dia best la sekolah kat situ. yg lain2 sy dah reply kat blog akak ek :)

nome : me, bole la ko usha open day nanti. try tanya apa yg patut. or bole tanya kat mana yg terdekat dgn umah parents ko :)

elyn : takpe beb, next week kita jemaah puasa sama2 balik ek! :D

suhida : bila ko da ckp gitu, rasa nak bela rambut panjang lak lepas ni sue. hehehe.. sebab baru ni, kawan sekolah dia gi potong rambut dia tu kena potong pendek terus. lepas ni tak mo potong lah :D
kalam ilham said…
now dah ada genius aulad kat bandar putra permai, seri kembangan... as u wish! ;)
kalam ilham said…
skrg genius aulad dah buka kat Bandar Putra Permai, Seri kembangan... as u wish! ;)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber