Skip to main content

3 Syawal : final destinantion5 & the cars2!

kerja tgk wayang ni mmg tak pernah dibuat bila time raya. tp nak jadi cite, hari raya ke3 family mak aku ke temerloh menghantar rombongan meminang. yg pegi hanya org2 tua. yg muda belia jiwa remaja, kena tinggal. maka, akal kena dipanjangkan utk mengisi aktiviti sehari tuh.

pagi lepas ainal hantar mak ayah kat umah opah, aku masak breakfast. lepas dah settle semua kitorg gerak dalam pukul 10 pagi. singgah ke medan gopeng dulu adik aku, ainal dgn asyran nak beli tiket. mujurlah tiket ada and banyak lagi nak ke batu pahat and KL. settle ke medan gopeng, kitorg terus ke jusco ipoh.

mmg tujuannya nak tgk wayang. malam sebelum tu dah try book via online tp semua pun fully book utk waktu yg kitorg nak. so terus je lah pegi terjah. sekali mak oi, punya la panjang nak beratur. and banyak yg sold out. last2 kitorg amik gak nak tgk kul 4.30. 3 org tgk final destination5, family aku tgk cars2. mmg nia nak tgk cars tu. so sementara tu, sempat main bowling 2 game and lunch dulu.sampai rumah pun dah malam.siap maklong dgn papalong niadel dah sampai dulu dari johor. hehehe..

rombongan en suhood ke temerloh..

dah memulakan perjalanan. asalnya nak gerak kul 7, tp cam biasa lah, mesti drag...

rombongan org tua dah gerak ke temerloh, rombongan org muda pun nak berangkat berjimba!

kitorg naik 1 kereta je. so kitorg jadi mem besar kat belakang, adik aku drive. lagi pulak, kitorg tak arif jalan ke ipoh. org KL la katakan. bluwek! :p

lepas bersesak2 nak membeli tiket wayang...

sebab banyak masa lagi, bawak niadel ke play area kat jusco ni dulu..

sempat jugak lah mengira bmi memasing. dah ternampak mesin ni kat sebelah surau jusco. ni aku nye scale.. berat maintain. tak turun2..

then nak lunch kat pizza, tp sbb masa tu mmg peak hour org lunch, so tak jadi la lunch dulu. kita gi main bowling dulu

apa nama pusat bowling ni pun aku tak tau. pusat bowling hidup segan mati tak mau gamaknya. screen pun malap2 je. dah tu shaking mcm takde siaran, kasut dia busuk. bola bowling nye masyaAllah mmg sadis la. tp sebab nak isi masa lapang, MOJ!

tapi bole je nak main. nak habis kan 2 game tu rasa lama benau. sebab perut dah lapa tak lunch lagi..

suka muka adel time ni, tu pasa letak :p

lepas tu, semua dah kebuluran. memula nak ke pizza hut tp still full house. dah tu tak mesra pelanggan pulak. kerek nak mam. siap kena sound dengan aku 'kalau dah penuh, bagitau la, jgn bia org beratur panjang mcm ni' vangang disitu.. so, terus ke sebelah nya, kenny roger. masuk, order, dpt food, makan!

mujur lah niadel ok. masing- masing makan food masing2. adel nasi, nia mac & cheese..

siap dapat free dessert lagi. sgt sedap! nape la kawan si ainal ni bagi seketul je, kat ada 5 ketul dewasa :p anyway thanks. kebetulan member adik aku part time kat sini. so dia bagi dessert tuh..

adik2 aku tgh tgk final destination 5. siap 3D lagi. gmbr kitorg dalam wayang sah2 la takde kan. tp my rate on cars2 is 4/5. cerita dia sgt adult pada aku. tu aku suka. kita pikiaq lebih sikit. niadel kehulu hilir. mujur dok belakang sekali. siap gaduh dgn budak cina. ganas tul budak tu siap tolak anak2 aku sampai jatuh. macam2...

keluar wayang dah pukul 6.45pm, cepat asar and gerak balik. niadel sampai terlena lah

kakak pun dah lena...

kakak aku bebulu je tunggu kitorg balik. dah dia dari johor pun dah sampai. heheh.. so sempat singgah kedai beli udang sekilo sebab mlm tu kitorg dinner kueytiow tak jadi. tp sedap je. :D mak ayah sampai rumah dari temerloh kul 11 malam. dan lagi nak borak kejap dengan akak aku sebab esok pagi kitorg nak balik kedah...

note : entry terpaksa dipost back to back takut nanti tak terbuat. memori raya mesti ada dalam blog ini. next entry; syawal dikedah...

Comments

Iela Fazielah said…
wah2..berjln sakan... kalau akak xgi Bintulu aritu pun dpt berjalan sakan ngan adik2... dok bintulu memerap je dlm bilik... suka ngan kasut niadel.... NIKE semua.... n..hepi bday to u alya..... apa hadiah dpt??hehe
eiman's mummy said…
adik balik kedah hari jumaat ker?
berapa hari stay?
kami raya ke3 dah gerak balik kelantan..
Iryani Noor said…
lama dh tak p tgk wayang.. nk p tgk smurf la.. eh final destination tu best tak?? beli cd je la.. hehehe..

alya start bwk adel tgk wayang since brape bln ekk?? die mmg boleh dok diam2 ekk? kalu sofia mau die menjerit dlm tu.. die jenis x focus n xbrape sker tgk tv la.. adoiii
Mrs. Simplicity said…
k.iela : amik kesempatan cuti jalan2 dgn adik2 kan kak. hadiah dah bgtau dlm blog tu kan :)

wan : jumaat pg kitorg blk kedah. selisih atas jln je la kita kan wan.

iryani : smurf pun kitorg x tgk lg ni. kitorg tgk cars. bukan final destination. final destination adik2 yg tgk..

start bawak adel gi tgk wayang umo setahun kot. diorg ni jenis tak duduk diam gak. adel la especially. tu kena amik seat belakang sekali and hujung so diorg main2 kat belakang tuh. menjerit kadang2. tp sound wayang lg kuat :D

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber