hari raya kedua, kitorg tak kemana. masak- masak dan makan- makan. then org dtg beraya kat rumah. menu haritu mee kari. tgh hari kawan adik aku, asyran datang, serentak dengan adik ayah aku dari kajang, pakcik aman dgn keluarga, petang tu maktam and family dtg and malam tu, rizal sekeluarga datang.
dan petang lepas maktam balik tu, sempat la mak aku operasi bantal busuk nia formerly known as bantal busuk mama nia. memula opah mintak izin nia 'nia, opah basuh eh? busuk la bantal nia ni' memula dia angguk. terus mak aku rendam (buang kekabu dulu) dgn clorox! aku tak tau mak aku rendam bantal tu sampai la dgr nia mengamuk mintak bantal.
ah sudah! terus opah amik, bilas then sidai. mujur la cuaca hari raya haritu terik, so kejap je la kering. ye la, kain bantal tu pun dah nipis. risau gak mak aku takut reput bila direndam dgn clorox. mujur tak reput. kualiti betul kainnya. bila dah kering, lewat petang tu terus operasi refill kekabu baru yg moyang nia bagi. gebu la balik bantal busuk aku tuh, tp tak sama rasanya dgn kekabu yg asal. scroll down nak tgk rupa kekabu asal dalam bantal tuh...
new baby carrier up for sale, sape nak?? budak yg berdukung je...
my little helper. dia nak tumbuk bawang putih sahaja. asal nampak bawang putih mesti nak tumbuk. mak dia sebelah tu take 5 sekejap
ha lambat sgt tumbuk satu2, kita tuang terus! tgk lah siap pakai spongebob badge kat dada tuh. sampai 5 lak tuh. aunty ina dia punya..
antara koleksi spongebob yg ada. nanti aku beli kan stationery spongebob kat ko ye na, mcm yg aku beli kat nia tuh. hahahaa..
settle masak, rehat kejap, tetamu pun datang..
adik ayah aku, pakcik aman and his family..
dah penat memasak, landing kat depan je lah sambil korek hidung!
amboi, khusyuk tu buat 'ketupat' tuh!
paktam, adik mak lak dtg..
org dah balik, operasi bantal pulak. tu la rupa bantal yg mak aku dah basuh. cerah la sikit and dah wangi. tu aku masukkan kekabu baru. mcmtu la rupa kekabu ye. opah bagi seguni.. eh silap, aku beli kat opah seguni
ha ni la dia isi dalam bantal sebelum ni. kekabu yg dah jadi apa aku tak tau, mcm pasir pun ye. yg aku dgn nia dok cium2 sgt tu. bila tgk, geli pun ada!
lepas isi, jahit la pulak kan. nia dah tak saba2 nak kapok (peluk) bantal dia tuh
2-2 teruja bantal dah berwajah baru! :D
adel yg blur sotong, apa yg sedang berlaku????
Comments
tp wanie iris yg buat harta sendiri..
dah tak lalu nak memeluk nya lagi..setiap sudut dia bawa..
wanie : oh ni iris eh? tebalik pulak. kena rebranding tu wanie. hehehe..
eliza : selama ni dok peluk pasir rupanye. huhuhu.. ngeri kot!
elyn : aku punya tu asalnya beb!
fiza : elok begitu weh! konon aku nak jadikan sentimental value la kan. hehehe..
affieza : tu la. peluk pun dah lain je rasanya.. tetap ingat yg dulu walau bantal yg sama :D
k.iela : asalkan tak terbawak2 bantal busuk ni ok je kan kak. nia kalau bejalan tak lah diusung. time tido je dia cari.
princess solehah : hahaha.. rilek je korek idung tgh org ramai! :D
iryani : alya baru tau gak. huhu..