Skip to main content

tak bernafsu nak update blog

tah apa nak jadi dgn aku ni. time bukak blog je, mesti otak blur. let see bape perenggan aku nak membebel kali ni. sbb bila dah start menulis (membebel) payah nak berhenti. bulan puasa kali ni aku rasa lebih tenang. setan dah kena ikat kan. so this is me. aku ni tenang je org nye. apa org buat aku ok je. apa yg niadel buat pun aku ok jugak.

masa mula- mula puasa haritu, niadel ni asyik nak mengamuk je. adel lepas baik demam haritu nak dapat skill baru kot. skill melalak. sebab nak mama dukung dia je. dah la masa tu aku tak sihat. so kadang tak dpt nak melayan dia sangat la. dengan papa nya, takde dia nak nye. sama gak la dgn nia. ada gak mood dia yg tak ok kadang tu. tp as day goes by, niadel kembali ok. back to normal routine. aku pun happy. 

aku tak kisah budak2 ni nak ngamuk. aku risau takut papanya ngamuk. papanya bulan puasa ke tak ke, true colors dia mmg begitu. kurang sabar orgnya. cuba kalau ada setan, korg agak apa jadi? muahahaha... jgn marah kekanda ku, harini hari tua mu. takleh marah- marah. hahaha.. yup, today is my husband's birthday. yg ke 29. setahun lagi kami nak masuk 3 series.

semalam balik keje, sempat singgah jusco. cari kad dgn present. sabtu ni, belanja bukak puasa pulak. so semalam, dah alang ke jusco pusing- pusing la jap. mencari nafsu nak bershopping raya. takde jugak. belek pun tidak. lalu je lah. ish apa nak jadi aku ni. then dalam kereta, try la pasang CD lagu raya. rasa macam buang tebiat je bila pasang lagu raya. tak jadi dengar. seronok tgk korang dah shopping buat checklist bagai. ribu raban habis ye? aku ni? tah.. niadel tak berbaju raya lagi tu. roh raya belum masuk dalam diri ni lagi.

patah balik cite puasa, sama je mcm tahun2 lepas. cuma takde nafsu nak makan banyak sgt. kalau dulu, bole la beli kuih muih sikit. kali ni, setakat makan 1 main dish dgn air. itu saja. makan balik masa sahur. aku rasa seluar dah makin longgar ni. pegi bazar ramadhan pulak takde nafsu nak membeli. rasa seronok bila weekend je la. dapat masak. bila dapat masak rasa puas lak. sabtu ahad isnin aku masak. lupa lak nak suruh lauk pauk aku berposing. hehehe.. weekend ni tak dpt la, penuh dgn majlis buka puasa.

ok, cite apa lagi? cite anak- anak balik eh. nia sekarang dah makin macam- macam. macam- macam in a good way. wah 1st time dgr anak behave ye? nia behave je. kalau dia tak behave tu pada mata kita je. padahal, dia mmg nak explore. try to learn new things. wah, mmg setan dah kena ikat. aku cool je eh. hahaha... banyak dah cakap nye. makin petah. dgn kita je la. dgn org lain kurang pasti. banyak english words dah keluar dari mulut dia which is good and main reason why i send her to smart reader. jgn la jadi mcm mama ni ye. dah tua bangka grammar mcm haram gak lagi. antara ayat yg dia dah sebut, mama, not here... kalau nak sesuatu, instead of say nak, dia akan cakap yes.. kalau nampak kitorg buat apa or adel buat apa dia akan cakap eh, what are u doing.. banyak gak progress.. dah kenal shape, dah bole join the dot, match picture katanya. coloring and artwork tu mmg favorite dia lah. seronok tgk progress dia..bagi la chance aku nak teruja ye.

on adel lak. si kecik aku sorg ni lagi mcm- mcm. dia ni sgt cheeky. skang dah pandai mengajuk cakap org. aiyok, amboi amboi amboi... o'oooooo... byk lagi la. dah faham bahasa la. kalau mama tanya kakak mana? dia cakap cip! (read : sleep) mengajuk mimik muka org. hat ni lg la lawak nye. dia banyak belaja dari kakak dia. makan kuat, minum susu kuat. rambut makin panjang. yg kelakar nye dia ni geram kat rambut sendiri. kalau tgh baring or tido, rambut sampai kat pipi dia, dia menangis sebab nak tepis rambut dia. nak mama botakkan ke? muahaha.. kuat ngamuk dia ni.

ni gambar ahad lepas. nia sekarang mmg berjeans saja lah. tak kira time siang ke tido ke. ni baju dgn seluar ni dia pilih sendiri. skarang nak pakai cardigan tu jugak. siap berstokin bagai. nak bejalan la ye kononya. padahal tak ke mana pun. sakit mata tengok dinding tu. habis dah kena mural. esok nak keluar dari rumah ni, jenuh  la nak mencuci tuh.

aku nye minuman time berbuka. habis la setong seharu air ni kitorg berdua. sedap gila..

lunchtime. tutup mata part dinding berconteng tu eh. tgk la rambut adel kalau tak berikat. menggerbang, tu yg dia rimas. nak potong pun tak tau lagu mana nak potong. so biaje la panjang gitu.

dah kenyang, sambung sepah- sepah balik. gini la rumah aku. kalau dapat menyepah mmg seronok la. nak2 adel. bila dah punggah semua barang dia pun 'yeay!!'

dah mandi, petang tu, sambung dgn aktiviti mereka ber2. membaca buku versi budak gi sekolah, dgn budak tak gi sekolah lg. hehehe.. terbalik la pulak buku adel tu. 

favorite port. dicelah mainan.

minum susu pun celah ni. siap bole tertido lak tuh.. tetap dgn cardigan pink dia eh. dah letak dlm bakul baju, dia gi amik balik.

kakak dah tido, dia entertain diri sendiri. ni mengajuk mimik muka org la ni

walau pun diorg ni selalu bergaduh tp nampak la diorg ni sayang each other. kalau sorg tido, mula la sorg tercari- cari. adel tepuk kan kakak.. cuma bila bergaduh tu, paham je la mcm mana gayanya..

disaat entry ini ditaip. lepas sahur. adel dah bagun, nak minum susu kat mama gak. siap kaki port atas laptop mama lagi. tu pasal la punya payah aku nak update blog. malam, aku dah flat. tp syok la this year puasa aku rasa tak lembik. cargas je. even seharian busy kat ofis or seharian busy buat kerja rumah. seronok bila rasa mcm ni. sape kata puasa tu susah kan? it does not change anything. accept takleh makan siang hari ke. 20 more days to go... insyaAllah....

note : so, korg suka aku update pukal gini ke or aku membebel sikit2 ke, or letak gambar je ke, or takyah update ke, or camne?

Comments

Anonymous said…
hapy b'day abg wan! bleh??? hahah..
ptt ari ni wat ntry psl laki ko! huhu..
Unknown said…
comelnya buidak ber2 tu main..hahahah smpai tertido2 kt celah, yg dlm bakul..alahai wp smpai bersepah tp terhibur tgk gelagat anak..
~MAWAR~ said…
alala.sweet nye kaki adell..=)
Mag said…
hahaha..comel adeltgh bacebukuterbaliktuh.gaya kene ade!
Iela Fazielah said…
mcm ni pun ok..update selalu lg ok...tp alya thn ye tgk rmh camtu..kak ila kalau 100x syfqh irfan kembor..100x akak kemaskan balik... tp nak watcamne ek..mmg anak2 suka main....
ok je..suka baca.. :)

heheh..comel je adel baca buku terbalik..dua2 budak kecik ni mmg comel sgt..

ps : asben alyya sama birthday nga ainey..happry birthday..
Iryani Noor said…
almbo kaki atas laptop yer.. mcm mem beso.. haha
happy birthday to ur husband.. erk thn dpn dh nk msk 30 kn kite nih.. adeh dh tue ghuper nyer....
nome said…
happy besday wan! semoga menjadi papa dan suami yg terbaek!

aku soker je ko bebel panjang2...rindu seh dengan bebelan ko beb! :D

bertambah rindu nak tgk muka anak2 ko yg comel tuh...sapa lagi kalau bukan niadel...dah bijak dah si nia...mmg ptt pun ko merasa teruja...kalau aku pun, aku rasa teruja gak...apa salahnya...blog ko..kalau ko nak teruja...no harm la! aku support 200%

selamat berpuasa beb...lagi 20 hari nak beraya...kalau roh raya ko xde skrg, maybe esok lusa roh raya tu bakal menjelma la tuh...slow2 kayuh beb....
Anis said…
apa2 ko update, mmg aku baca. so update la mcm mana pun ko nk.

comel gile niadel. plg x tahan suka duduk dlm bakul. haha. ntah2 izz pun mcm tu nnt. part mural tu, normal la wei kalau ada budak kecik. suka tgk niadel ada each other. ada geng. aku x larat la nk ada lg sorg.

and sama la kite psl x bernafsu nk buat apa2. semua benda pun aku xde selera nk buat. dh la raya nnt btul2 sblm closing. sure havoc dgn cuti merdeka lg.

anyway, wish happy b'day kat wan ye!
Nur said…
suka macam ni ! best .. macam baca karangan. HAHA.
Ieja said…
suka tengok nia & adel...agak2nya nanti dania & medina cam ni gak la yrk....comel jer adel tepuk2 nia....
wanie md zain said…
alya...update je ..wanie dok tertunggu gak alya update.
sama la perangai depa 2 org dgn najla iris.
wanie pun belum masuk roh raya...baju2 apa pun tak beli lagi...

adel rambut curly..bg iris skit..heheheh tak pjg2 rambut dia..nak sepit pun tak blh..
Marlina Mohtar said…
alala...comelnya niadel ni, macam2 gayanya....suka3x. auni pun suka punggah barang dia, tapi dia akan kemas balik barang mainan dia tu hehe.

* suka akak update selalu pasal niadel :)
Anonymous said…
cop..cop... anon x blh panggil kamu kakak lg... hua... maaf ye.. mati2 igtkan kamu lg tua... sbb kita anak br seorg & kamu dh 2... blh gitu? sengal kita ni...
tp beza sethn jer pon.. kita thn ni 3 series..
happy birthday to ur hubby, may ALLAH give him good health n wealth.. amin...
tak mau entry pjg2 mcm ni.. lotih den nk baca...
saje la tu nk buat org tertunggu2 entry die... hahahah have a nice b'day date with ur beloved hubby...
Ztee_Azwanis said…
adel ni mcm Likha lah !!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber