Skip to main content

hari- hari balik kerja

- entry mengandungi 3 keping gambar - 

selalu aku cite je, kalini aku letak gambar. motif? papa yg snap suruh korang tgk pe'el anak- anak kitorg ni. kalau amik nia time dia tgh tido or baru nak tido nak- nak pulak time maghrib, mesti menangis bagai nak rak. org kata kalau tido time senja, 'bebai' nanti. bebai tu meragam la bahasa utara. sampai lah masuk rumah nak bedukung. adel pulak tak kan nangis bila nampak mama dia mesti happy. mama mama je. nak jugak attention. so biasanya, masuk rumah tak dan nak bukak tudung pun, kena landing dgn anakanda2 tercinta barang beberapa minit. kadang bawak ke setengah jam.

menenangkan kakak yg menangis bagai nak rak walaupun dah bagi susu dan dah offer macam- macam. adik pulak jeles bila mama peluk kakak maka datang jugak landing kat perut mama

mama nak bangun tak dibaginya..papa menawarkan diri pun diorg tak mau. nak mama jugak....

sorg menangis tepi telinga, sorang lagi landing atas perut tips nak kempiskan perut ni :p, mama pulak? MOJ!!! enjoying the moment while i can no matter how tired i am....

Comments

Mag said…
huhu..best tengok nanti niadel dah besar mesti rindu. penat pon xpe~
OneSimpleMother said…
luqman pun pantang nampak ummi dia baring. nak menyelit jugak. senak2 perut kena duduk dek budak tembun tu.. hehehe..
Elyn Sani said…
wafiq pun pesen bebai kalau tido margrib2 ni. hangin aku nk melayan kerenah die mengada tu weiii
elin said…
berehat ngn anak² dara eyh..kena mintak tips dr ko ni alya, sbb aku pon dh ade 2 ank dara
amal_fc1303 said…
apakehey nye nia nangis saja.
Marlina Mohtar said…
lebih kurang auni la ni :) tapi auni sangat manja, nak-nak time demam hehe
Yana Kama said…
hehehe..sweet2,anak2 rindu mama dia tu shearian tak jumpa kan :D
Farah Shamsudin said…
nape menangis jee? nak perhatian dari mama nye..:)
nome said…
beginilah pengorbanan seorang ibu...walaupun penat keluar bekerja mencari rezeki..thumbz up!
Ryn said…
betol. enjoying the moment. ;)
r|nA @ ja|j|na said…
beginilah agaknye nanti, sorang lain mcm, sorang lagi 2kali lain mcamnye, pingsan, hehehe..

echa skang ni kalau nangis, mesti nak kene pujuk..kalau tak, dia buat² nanges, saje je nak suruh kite pujuk..
MamaYatie said…
betul2...just enjoy the moment...

saya ni, 3 org..si adik mmg nak duk riba, angah suka peluk leher mama dr belakang, along suka nak sandar kat bahu...senget mama adeh!
Iela Fazielah said…
saat bergumpal2 dgn anak la saat paling gembira...
Ztee_Azwanis said…
aduuuu sbr jerlah eh alya... sib baik adel happy sokmo... :)
♥MiZz-siHa♥ said…
kakak nangis nape??siannye..mesti nak mama landing lame2 kan..
@e_da said…
sweet moment tau laya.. nia cute muka awak nangis.. hehehe
Iryani Noor said…
part duduk atas perut u mmg tak tahan.. leh putus nafas kalu sopia buat mcm tu.. hheheh...
Unknown said…
penat ilang bile ada bersama anak2 kan kan kan (",)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber