Skip to main content

celebrate wan dpt kerja baru tp dia decline!

- entry mengandungi 9 keping gambar - 

i was on my way home. driving. balik on time sebab kepala pening. baru lepas telan actifast. i know its not good but i have to. tetiba wan call.

jom dinner kat pizza san francisco. abg dpt kerja tu! tp abg dah decline!

apakah??? tau la dia happy interview yg dia pegi pagi tu turn out to be successful. tetiba mau decline w/out seeing the offer letter yet. job scope kali ni memerlukan dia travel 1 malaysia which dia punya main concern la. tgh anak kecik- kecik ni susah kalau nak travel jauh. indirectly, sian kat aku la. dah bgtau pun kat interviewer tu. tp tah, nak amik gak kot. apa pun, tetap celebrate. hahaha.. bukan celebrate pun. pegi dinner lah cam biasa. tgh dinner tu pulak ada received 1 call. invite wan interview next week. hobi laki aku ni bukak laptop, masuk jobstreet. apply keje. mengasah skill nak pegi interview gamaknye. sampai nak pegi interview rilek je. kalau aku la kena panggil interview keje, mau kecut perut tak lalu nak makan. lg pun dia ni jenis yg cepat bosan dgn 1 majikan. cukup 2 tahun, mula lah nak cari better offer. aku tak kisah, asal gaji tetap ada and increase :p asal dia happy, aku pun happy..

awal dinner haritu. balik keje, amik niadel then terus gerak.

sementara tunggu makanan sampai, adel jadi wakil rakyat la pusing2 melawat kawasan. dia mmg seronok tgk baby. baby, baby di panggil nye...

aku nye. garlic beef with vege and rice. sedap betul beef dia rasa mcm makan dalam pantang je. beef dia masa dgn bawang putih + halia

suap adel makan nasi

duduk depan sekali depan tv. dengar lagu, mula la goyang kepala, goyang badan..

my choice pizza. boleh pilih 3 toppings. aku amik pepperoni, turkey salami dgn mozarella cheese. nyum nyum.. patut la pipi ko kembang kan alya??

berjanggut menunggu kambing papa ni. baru nak gi tangkap kot. sampai habis dish aku tak sampai lg. selalu tak lama mcm ni. wan makan dish aku dulu

tak lama lepas tu baru sampai lamb chop wan

ni adalah antara waktu makan yg paling tenang sekali bila mana nia tido all the way. dari amik dia kat nursery, dia baru tido sampai lah dah balik rumah. balik rumah mintak koko krunch dgn susu. tapau pizza bagi dia.

Comments

amal_fc1303 said…
pizza yg bru ker??? lama xmkn pizza.
Elyn Sani said…
sejak ade anak ni... nk mkn tenang aku rase time keje je. betui idak?? ekekeke
Marlina Mohtar said…
terliur lah tgk pizzaa tu...hihi.

nak buat pizzaa la mcm ni...tapi Pizza Roti Gardenia
Anonymous said…
klau abg wan decline, passing kat aku r keje 2! hahah..
Iryani Noor said…
pizza tu nampak sgt sedap.. adehh lapo la plak =p....
nome said…
Congrates Wan! :D

walaupun anda reject keje tuh, tp sememangnya rezeki anda murah...rajin wan mencari keje...bagus tau...spttnya kita mencontohi wan...sentiasa nak memajukan diri dan RM ($$$)...org opis sini pun camtu...sentiasa nak hapdet CV bagi cantek...meaning...bile CV dah cantek...keje apa pun boley...gaji semestinya mantop...
ei said…
org komen psl pizza, aku nk komen len hehe..cantik la tudung ko tu
Gieyana said…
Wan mcm aku keja dedulu..x boleh stick lama2 ngan 1 company..owg ckp kalau stick lama2 sgt x healthy..tp kan, skrg my currect co. mmg syg giler aku nk bhenti..:)
Unknown said…
me too..nak komen pasal tudung...ROSALYNDA tu...cantik cantik..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber