tak jadi gi cameron

-entry mengandungi 4 keping gambar-

plan ke cameron ni sejak bulan 2 kot. adik ipar aku suggest nak ajak pegi bawak adik- adik bercuti, cuti sekolah nanti. means bulan 6 lah. aku cam teruja la gak, ye la, tak penah ke cameron higland aku ni. mak aku kata penah bawak kitorg masa kecik- kecik ke situ. aku ni, memori time sekolah rendah ke bawah mmg ingat- ingat lupa. seriously. maka, anggap je lah tak penah pegi. 

so, slot in la lepas wedding akak aku. last week sebelum naik sekolah. sebab adik- adik ipar aku sekolah hari ahad, so diorg plan nak gi khamis dan jumaat. sabtu diorg bole rest siap2 aku apply cuti sekali masa apply cuti kawen akak aku. bukan senang nak approve cuti banyak- banyak tu. bila dah approved happy la kan. 

everything was planned by my sis in law. laki aku huluq duit je. aku dgn anak- anak tukang join je la. patut pegi khamis jumaat lepas kan. semua pun dah booked. sekali wan cakap tak jadi gi cameron. aiseymen... aku bab2 menyongket (bejalan) kan no. 1. kahhhhhh.... 
sebabnya ayah mertua dgn adik ipar aku sorg lg tak mau join. dah tu lak, wan cakap tak best gi cameron. pegi sana tgk sayur je. kalau nak tgk sayur baik pegi pasar borong selangor je. katanya! sabajelah aku. tgk nome and family pegi cameron enjoy je. tgk sini.
wan kalau nak gi bercuti mesti ada tempat nak dilawat. kalau tgk tanaman2 ni bukan dia la. kalau lawat benda lain, tgk binatang, yang ada aktiviti, dia seronok. so, sedia maklum la dan tak la frust sgt. MOJ!!! (mak ok je!) tambah lak letih wedding akak aku dgn johor's reception tu tak habis lagi. penat la dia nak drive jauh2. tp adik ipar aku yang plan tu jadi jugak naik ke cameron since diorg lagi dekat. balik hari je lah.

cuti dah amik ni, tak kan nak gi keje lak?? kalau wan mmg tak leh nak return cuti. sebab dah masuk dalam sistem. aku lak, rasa wasted lak kalau aku keje, dia lak cuti 2 hari tak buat apa duduk rumah je. so terus fikir alternatif lain. ye lah, cuti dah ada, weekdays lak tuh, bajet pun dah ada, mmg rugi la kan tak dimanfaat kan sebaiknya. balik kampung? tak mo la jadi mangsa jem lagi di kala hujung cuti sekolah. kang dari cuti khamis jumaat membawak ke isnin lak. tak sanggup! 

so, setelah aku membuang masa korang membaca entry aku yg panjang bejela nih, kemanakah aku lesap 2 hari tak berblogging? 




peace y'all!!! sejak- sejak baru figure out camne nak buat peace nih, peace sesaja. bekenan opah! hehehe... tak jadi gi CAMERON HIGHLAND pun tak pe lah, kita naik GENTING HIGHLAND!! stay tune for more stories and thanks for reading :D 


8 comments:

Farah Shamsudin said...

Genting Highlands pn ok.. sejuk juge..

@e_da said...

nasib baik dapt ganti g tempat lain yd ada perkataan HIGHLANDS gak..hhehhe

mrs.spicy said...

hahah..comel nia..xtgk camera pon still nak peace2

LYAfrina said...

alya..pegi bukit tinggi la.. situ pon best...

tp lya suka apa cameron tu.. tenang damai.. kalo ambik pic mmg cun:-)

peteh tu mknanyer : gelecek aka strike

ibuayahdamia said...

kitaorg pernah sampai cameron tahun 2008, pastu ayah damia kata, sumpah tak nak datang dah cameron highland...haha..alasan sama macam wan, setakat nak tgk sayur, setakat nak tgk bunga, mana2 pun boleh....ekeek

Abah Yie&Ummi Na said...

kak, mmg seronok lah ke cameron. buka tgk sayur je, buah, rama-rama pun ada :) lagi2 tangkap gambar kat ladang teh mmg cantik pemanangannya....

wan syamzaima said...

cameron highland kalau untuk rest mmg ok..pastu jalan2 and makan ais krim..
ok gak masa wan pi hari tu.man plak tak puas pi coz hari tu org ramai.so dia ada plan ngan Yaa this july..jom join...saja rehat2kan badan..mcm kita2 punya family day la..

alyyani said...

farah : yeszaa!

ieda : itulah itu. higland la jugak kan. hehe..

mrs spicy : suka gmbr tu gak :D

lya : bukit tinggi x penah sampai lg. tah akan sampai ke tak tak tau la. heheh.. kalau bg alasan kat wan sebab nak amik gmbr lg la tak dilayan nye. huhu.. tp 1 day mesti pegi gak :)

ibuayahdamia : penah la sampai gak kan? hehehe

abah yie & ummi na : la yeke? nanti saya sampaikan kepada en suami perihal taman rama2 itu :D

wan : o yeke? NJ join?

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in