Skip to main content

mama, nia nak pigi (pegi) sekolah...

hari khamis lepas kot, pagi lepas mandikan ni, aku dah kua kan lah baju yg nak dipakai macam biasa. sekali lepas lap2 badan dia, dia bukak almari baju dia sendiri, lepas tu amik baju jalan biru dia. ok lagi la kalau nak pakai. lawa benau pulak nak ke taska. sekali sebelah baju jalan ada baju sekolah. nia pun tak fikir dua kali terus amik lepas tu cakap
 "mama, nia nak pigi sekolah"
haish, berperang gak la nak suruh dia pakai baju lain. last- last aku bagi gak la pakai. siap full attire berstokin dgn kasut sekolah lagi. masa hantar ke taska tu, aku cakap kat pengasuh dia, "ha, korang jangan cakap apa2 ye" tegelak je deme. pengasuh cakap "kak, ni kalau tanya mana van nia cmne kak?" aku cakap "pandai- pandai la korang, akak handle sampai sini je" hehehe... 2 minggu cuti, rindu gamaknye kat techer zai, teacher mala, teacher zuri dia. isnin dah nak start sekolah dah. sure nia excited.

dah ready nak pegi sekolah katanya...

dah la time tu dah lambat, mamanya sibuk nak amik gamba lak. ye la, aku bukan nampak anak aku pakai baju sekolah during weekdays kan. tu yg terfikir nak amik gambar tuh..

ni dalam kereta sebelum nak hantar dia ke taska. aku ada tweet gambar ni..

ada yang tanya aku hantar nia kat smart reader mana : smart reader taman pinggiran putra. kat area seri kembangan ada 2 SR. satu lagi dekat kota perdana. sebelum ni ada kat equine park. tapi rasa nya dah tutup. sape yg nak contack no, let me know ye. macam mana dia kat sekolah? ada la nampak progress nya. lebih pada conversation in english la. contoh simple bila aku tanya nia nak berapa? dia dok ha? ha? mcm tak faham. tapi bila aku tanya how much do u want? then she answer 1 only. or two and so on. simple2 sentence dia faham la. nombor, huruf, color pun dah kenal. ok dah tu pada aku. 

note : cik anonymous, cik nayville dah tak wordless eh! :p

Comments

Yana Kama said…
hehehehe comelnye Nia..cheeky sangat muka dia..
Marlina Mohtar said…
seangat sungguh nia nak ke sekolah :) baguslah.....
Hamizah said…
haha..nakalnya muka dia..
Ayu Zarina said…
aleesya tau 2minggu tak sekolah..siap cakap

"tommorow no school, holiday 2 weeks"..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!