hari khamis lepas kot, pagi lepas mandikan ni, aku dah kua kan lah baju yg nak dipakai macam biasa. sekali lepas lap2 badan dia, dia bukak almari baju dia sendiri, lepas tu amik baju jalan biru dia. ok lagi la kalau nak pakai. lawa benau pulak nak ke taska. sekali sebelah baju jalan ada baju sekolah. nia pun tak fikir dua kali terus amik lepas tu cakap
"mama, nia nak pigi sekolah"
haish, berperang gak la nak suruh dia pakai baju lain. last- last aku bagi gak la pakai. siap full attire berstokin dgn kasut sekolah lagi. masa hantar ke taska tu, aku cakap kat pengasuh dia, "ha, korang jangan cakap apa2 ye" tegelak je deme. pengasuh cakap "kak, ni kalau tanya mana van nia cmne kak?" aku cakap "pandai- pandai la korang, akak handle sampai sini je" hehehe... 2 minggu cuti, rindu gamaknye kat techer zai, teacher mala, teacher zuri dia. isnin dah nak start sekolah dah. sure nia excited.
dah ready nak pegi sekolah katanya...
dah la time tu dah lambat, mamanya sibuk nak amik gamba lak. ye la, aku bukan nampak anak aku pakai baju sekolah during weekdays kan. tu yg terfikir nak amik gambar tuh..
ni dalam kereta sebelum nak hantar dia ke taska. aku ada tweet gambar ni..
ada yang tanya aku hantar nia kat smart reader mana : smart reader taman pinggiran putra. kat area seri kembangan ada 2 SR. satu lagi dekat kota perdana. sebelum ni ada kat equine park. tapi rasa nya dah tutup. sape yg nak contack no, let me know ye. macam mana dia kat sekolah? ada la nampak progress nya. lebih pada conversation in english la. contoh simple bila aku tanya nia nak berapa? dia dok ha? ha? mcm tak faham. tapi bila aku tanya how much do u want? then she answer 1 only. or two and so on. simple2 sentence dia faham la. nombor, huruf, color pun dah kenal. ok dah tu pada aku.
note : cik anonymous, cik nayville dah tak wordless eh! :p
Comments
"tommorow no school, holiday 2 weeks"..