Skip to main content

Genting Highland : Indoor Theme Park

- entry mengandungi 26 keping gambar -

kitorg turun ke first wold plaza pukul 3 lebih. ke 4? lebih kurang la. kat sini tak menggagau nak cari tempat sebab signboard is everywhere. follow je. masuk kat indoor, nia dah waaaa.... teruja dia sebab lampu lip lap lip lap. kat dalam tu ada banyak kedai makan dan butik. kitorg x masuk kat mana- mana kedai pun. bukan dtg nak shopping. 

aku cam biasa, tgk org ramai jadi nervous. terus pegi ticketing counter, beli tiket indoor. 1 day unlimited ride. indoor theme park bukak pada jam 8 pagi, tutup pukul 1pagi. untuk yg ada anak kecik macam kitorg ni, yg afdal nak main pun family ride je lah. semua bole naik. 

untuk pakej indoor RM30 untuk yg ada mykad. ada pakej untuk all ride jugak. outdoor dgn indoor. 

beratur beli tiket dulu. sambil tu tanya kat staff situ, apa attractions yg wajib pegi. dia cakap pegi snow world. snow world wajib pegi. tapi bila tgk kan adel. diorg cakap kecik adel ni tak leh masuk sebab sejuk sgt dlm tu. kalau nia bole masuk. alahai, hampa la pulak. kalau tak bole main baling2 snow ball. ewah! next time la ye. nak masuk snow world RM20 utk adult. 

first thing yg kitorg naik RIO FLOAT. rupa dia gitu lah. tapikan, kat dalam genting ni, nak main nye kejap tapi nak beratur nya mak oi, 4-5 lapis gak la. 

kitorg yg tgh beratur tunggu turn.

their first ride. kejung!

view from the top. serabut tgk macam2 ada. 

dah teruja. tgk sana sini ada mcm- mcm.

then kitorg jalan- jalan lagi terjumpa access ke outdoor theme park. mmg sejuk gila la sampai bawah ni. 

lepas tu kitorg naik MONORAIL. hebat jugak nak beratur ni. kena banyak sabar. tp tak la lama sgt. dah bayar punya pasal kena la naik kan. monorail ni bawak kita sampai ke luar. masa ni hujan pulak. lagi la sejuk nya

kabus diluar. tak nampak apa la

ride dia agak lama. korek apa yg patut dalam bag. makan- makan dulu. settle naik monorail ni terus kitorg naik bilik. makan dulu. sebab kitorg bawak bekal. lepas maghrib tu turun balik. sambung main apa yg ada lagi.

nak main apa pun kena beratur. ni kitorg naik FERRIS WHEEL. syok gak naik ni. tak segayat naik kat fun fair tuh. relax je.

bukan anak je teruja, papa nya pun teruja sama.

teruja ke tak ni? hehehe

muka letih. letih beratur!

lepas tu kitorg naik VENICE GONDOLA. bawak kita pusing naik boat.

tukang dayung pun ada. patung. tshirt diorg pakai mesti wan suka tuh. muahahaha...

tak nak duduk diam niadel dalam ni. aku lak yg risau.

ada mermaid along the way. teringat cerita pirates.

wealth ke? amboi, org atas tu, buat peace lagi. 

adel ni, asal nak suruh turun je, dia nanak, nanak!

then naik CAROUSEL pulak. nasib la tak lama sgt pusing nye. kalau tak, mau pitam mama diorg ni. 

last sekali kitorg naik RAINDEER CRUISER. masa ni jam dah nak pukul 12. kitorg pun dah ngantuk sgt. ni kira dah cover semua family ride lah. tak lah ralat.

view from the top. ni VENICE GONDOLA yg kitorg naik td.

MINI TRAIN ni dah tutup. last ride tak pasti pukul bape. terlepas sudah.

last sebelum balik bilik, jenguk SNOW WORLD. dari lua je lah. best dapat masuk dalam ni. next year kita pegi lagi masuk sini. basically cover semua indoor. :)

note : adel's hat present from http://rynscoutoure.blogspot.com/ ramai yang berminat masa digenting haritu. lg pun tgh trend kan :)

Comments

nome said…
ramai tol manusia time ko gi tuh...ate cuti sekolah kan...cian kat korang sbb beratur lama...tp syukur dpt gak naik menda tu semua...aku penah sekali masuk tempat snow tuh...tp sejuk giler2 la beb...sejuk dia mmg tak terjangkau dek kita...sgt2 beku...aku pakai glove dgn baju yg derang sediakan, still terasa sejuknya...

topi ryn tu mmg cantek...sempat promote ek..ekeke...
Ztee_Azwanis said…
adel mcm tkde perasaan.. mcmtu lh jgk likha asek dk blurrr jer hehe..

alya, mcm first time je pg genting? cara penceritaan tu huhu jgn mrh ... :)

likha pun tk pnh lg ni... zmn single salu lh g ngn mber2 mama die ni... so sonok kn..? :)
Mrs. Simplicity said…
nome : tu la beb, next time tunggu budak2 ni besar sikit bole naik lg. budak2 la seronok. aku seronok begambo je. kahhhhh..

mmg mendapat perhatian topi ryn tuh.

mama likha : oh masuk indoor ni first time. so agak batak la gak tgk org ramai. selalu naik genting balik hari je so sempat main kat outdoor je. tak penah stay kat genting sebab masa bujang a.k.a x kerja takde duit. kalau overnite mesti masuk indoor kan? budak2 seronok. mama diorg seronok bila anak2 seronok. penceritaan begitu bole jadi reference yg belum kesempatan naik lg. and also memory sebab 1st time masuk indoor. peace!!
FeiZura said…
next time masuk snow world ya bila adel dh bsar sikit :)
sejukkkkkkk
Mrs. Simplicity said…
mrs lazura : nanee, aku mmg dah kegedikan nak masuk snow world. sekali tak bole la pulak. takpe, next time naik lg. pegi sekali jom! :p
Ryn said…
alaa..seronok betol tgk korang g genting..aku ni nak kemana2 kena tgk place dlu sbb Aisyh' kan...nxt year aku pulun jalan..hahahahaha..
Iryani Noor said…
ngegegegege my fav place.. nie nk kena pegi nih...

*dulu dh puas berdating dgn en hubby kt genting nih.. bile dh ada anak sorg, bawak jln2 kt sini time anniversary w/pun die tak reti nk main game kt ctu.. hehehe
Aimie Mokhtars said…
lama duk godek blog u..semua entry berkenaan genting..sb 1st time nak bawak baby g genting..tq for sharing :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber