Skip to main content

Genting Highland : Cable Car

- entry mengandungi 13 keping gambar -

our second day at genting start at 9am. breakfast kat first world cafe start pukul 6pg. tp sebab dah balik bilik lewat, main kat indoor theme park tuh. maka keluar pun lewat. walaupun org ramai kat hotel tu, tapi masa breakfast tu agak terususun jugak. ramai assistant dan semua pun very helpful. nampak adel diorg amik kan baby seat. ok dah tuh kan, food dia pun sedap. tak la banyak choice tp no bad at all.

meja pun banyak gila kosong lagi.

adel main jem. tak kisah la, janji duduk diam. time ni pun diorg tak mandi lg.

nia yg makan cereal dgn roti.

lepas dah breakfast, naik bilik, siap2 terus check out. kitorg check out awal. sebab wan nak naik cable car. aku lak nak masuk outdoor. lepas self check out kitorg letak barang dalam kereta then naik balik ke lobi nak pegi tempat cable car. bole tahan jauh gak menapak. tp sebab cuaca sejuk tak la rasa hangat je bila berjalan tuh.

sebelum naik cable car. tiket 2 hala RM20 untuk 2 org. niadel FOC

nice view from our cable car.

check 4square kot2 bole check in. kahhhhhhh... niadel teruja as usual.

adel macam biasa, naik apa pun bole tido!

cable car stop kat station bus. masa nak naik cable car, beratur tak panjang, sekali bila nak balik, masyaAllah, ada 10 lapis kot kena beratur. ni diorg yg baru nak naik genting la. kitorg tgk senyum je la. ni baru beratur nak naik cable car. belum kena beratur naik main game lg. selamat la korang ye.

masa naik, gondola tu kitorg je, masa nak balik, kena share sebab org ramai. time ni nia lak tido. tertido sebenarnya

time beratur la diorg sedap lena. kitorg la masak nak mendukung diorg. huhu.. ni dah bangun adel.

nia yg tertido tadi dah bangun

dalam gondola pun bole main2 niadel ni. steady je. siap lompat2. sian couple baru kahwin tu tak bole nak becinta dalam gondola. hehehe...

kat luar kabus je. ni dah nak sampai...

Comments

Farah Shamsudin said…
ouchh.. best kan.. farah pun selalu naik Genting.. ambil cuaca sejuk.. hehehe...
LYAfrina said…
bestnyer.. lya seriau naik tinggi2 gini.. smpat tdo lg tuh..lama ke masa bergantung tu??
Ryn said…
theme kaler MERAH...i like!
Ztee_Azwanis said…
jap jer nia tertido erk ...! huii yang tang turn tu yg geram tu kan...! lama....! alya..., kat i-city ada mcm snow world ni, blh lah try jengah :)
Anis said…
wei, nia & adel dh sama saiz ke? gambar ko dukung diorg together nmpk mcm sama je. anyway, larat ko ye. hahaha... aku nk dukung sorg tu pun x larat. ke dukung kejap nk posing je :P
Mrs. Simplicity said…
farah : o yeke? best!

lya : sekali jalan 15 minit je lya. naik patah balik pun 15 minit. tp nak beratur tunggu turn naik tu mak aih, masak la jugak. tu yg diorg sampai tetido tuh.

ryn : ko nak tau, kebetulan!

mama likha : tu ah. lama betul. lg lama dr dlm cable car. i-city nye snow world derang ckp tak safety utk budak besar anak2 kita. tak tau la kan sebab tak penah pegi lg.
Mrs. Simplicity said…
anis : diorg 2 tu dah nak sama saiz. adel cepat besar sebab banyak makan dgn minum susu. wei, kalau ko nak tau selalu jugak aku dukung diorg 2 serentak. tak kejap, lama jugak. btw, nak bgtau ko, pg tadi aku hantar diorg ke nursery aku dukung 2-2 dari rumah aku sampai kat kereta ye. dari tingkat 2 ye. hebat tak aku??? nak patah pinggang aku weh!
nome said…
semua pakat pakai kaler merah naik cable car! nice view :D
Mrs. Simplicity said…
NOME : KEBETULAN ME! SERIOUS. HHEHEE.. YUP NICE VIEW :)
Iryani Noor said…
hehehee yani gayat kalu naik cable car nih.. tp genting nyer ok lg.. yg langkawi punyer ya ampunnn.. seriauu.. nak2 bile kena pukul ngan angin.. goyang2 gondola tu.. haisyhhh pengalaman ngeri tul..
amal_fc1303 said…
mmg theme nye merah ek masa tu. hahahaha
eiman's mummy said…
bestnya...nak pegi gak!!!

wan nak dukung cahaya sorang pun bagai nak patah pinggang...15 kilo tu...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber