cerita makan niadel

- entry mengandungi 6 keping gambar - 

i've been requested by my friend to write about my child's eating behavior. niadel walaupun keluar dari perut yg sama tapi appetite diorg berbeza. mungkin sebab mode of delivery lain kot. sorang c-section sorang lagi SVD. kahhhhhhh... ok kelaut sudaa
.
ok, basically niadel start makan genap umo 6 bulan. menjelang umur 6 bulan aku mmg teruja la, apa nak bagi makan. where should i start. mula- mula mestilah kena ada kelengkapan makan dia. dalam banyak- banyak alat makan, aku paling suka avent's brand. sedang elok je sudu dia nak masuk dalam mulut. tak kisah la apa brand pun janji anak kita makan ye tak. apa nak bagi makan?

biasanya, mama-mama prefer nak masak sendiri utk anak- anak. ye la air tangan ibu kan. so untuk permulaan, korang bole try bagi air nasi. ni member aku cakap la. aku tak penah apply pun. even tak tau. so for the 1st trial aku bagi niadel makan nestum beras merah. sebab aku concern pasal digestion diorg. oh, untuk permulaan korang bole bagi pukul 12 tgh hari dgn pukul 7 malam. kang keras kang, haru pulak. or korang bole try time breakfast, bagi biskut rusks / heinz tu bancuh dgn susu. ni kalau bagi kat nia mmg dia suka. kalau adel lak, tak mau dia makan biskut tuh. ok tu utk mula2.  bila nampak dah ok, aku up lagi. dah tak lalu pulak tgk anak makan nestum cerelac beras merah tu je. 

aku masak sendiri bubur untuk niadel. bawak bekal ke nursery. utk mula- mula aku masak bubur + carrot / broccoli + ikan blis goreng / ikan tenggiri / ayam 2-3 pcs. then blend together sampai betul- betul cair. kalau aku buat menu ni utk nia mmg slow la dia nak makan sebab takde rasa pada aku. ada la rasa ayam dgn sayur tuh tp tu ah, dia nye selera ni kemain. kalau tawar- tawar tak jalan. tapi kalau bagi kat adel, mmg seronok la. habis semua bila aku buat.

kalau time keje, balik keje aku buat, so bole makan malam dgn tgh hari besok. kalau outing pulak, time niadel ber-bubur lagi aku bawak bekal. cukup time lunch or time kitorg dine in mana2, time tu kita bagi makan.

selain tu, in between, korang bole try buat puree. kalau niadel diorg suka kalau aku buat kentang. mmg laju la makan. korang bole buat buah-buahan lain. selalu org buat pisang. tp sebab mama diorg tak makan pisang, anak- anak pun mama tak bagi makan pisang. bab buah pulak, nia tak makan buah. adel pulak semua dia bedal. termasuk durian. kalau tak rajin macam aku beli puri instant yg heinz brand tu. tp tu ah, niadel tak suka. end up tersadai dalam fridge. lepas tu tadah telinga dgn laki aku bebel, beli tapi tak makan.

masuk 8 ke 9 bulan gitu, texture bubur tu kita tak yah hancur kan sangat. tp still buat bubur. macam aku, aku selalu buat bubur tu tak blend dah then aku buat sup lain. masa diorg umur ni pun tak boleh letak garam lagi ye. aku tak berani sgt nak trial and error on food. sebab aku penah letak tauhu kat soup nia, nia cirit birit dgn jayanya. adel so far, alhamdulillah ok je aku bagi apa pun.

bila diorg dah setahun, gigi dah keluar dalam 4 batang, time ni mama dah bole sonyum! sebab semua pun makan. asalkan sedap dan tak pedas.tu bab makan dari 6 bulan sampai setahun eh. hope membantu ko anis.

untuk mama kaseh pulak, jadual makan niadel, pagi biasa diorg makan roti or cereal. tengah hari makan nasi. malam lepas amik dari nursery akan makan malam jugak. diorg pun dah terbiasa, balik rumah mesti cari nasi. tp mama diorg tak dan la nak masak bagai sebab amik diorg pun dah malam. dah tapau siap- siap la. nia kadang tak makan malam sgt. sebab dia suka makan benda bukan- bukan. biskut, cereal, roti semua. macam adel mesti nak makan nasi jugak.

adel yang tgh dinner malam td. nasi dgn soup.

dah makan nasi, nak makan kudap- kudap lagi. biasanya biskut la.

macam nia pulak, dia western sikit. spaghetti mmg favorite dia la. kalau adel pulak kureng, sebab masam kot. mesti nak nasi jugak

hat ni mmg favorite la. ice cream. adel pun kureng ice cream ni. sejuk sgt kot. ke tak pandai lagi tak tau lah kan.

yang penting niadel jenis yg mau makan. ye la, dari kecik kita ajar dia makan and rasa kan. so mau la makan. kadang mmg challenging gak time nak bagi nia makan masa dia kecik sebab dia choosy. give up nak masak bubur pun ye gak. tp tu ah, tak leh give up. ko masak je lah janji mau dia makan. tak banyak, sikit pun jadi lah. last but not least, i'm not a perfect mother but i try to be the best mother to them. prinsip aku, biar aku lapar, janji anak- anak aku cukup makan minum.

note : kalau korang ada suggestion kat kawan aku yg anaknya menjelang 6 bulan tak lama lagi, feel free to drop a comment and to mama kaseh, saya dah menjawab soalan eh. thank you!

11 comments:

Anis said...

tq aly. amat ku hargai input ko. yg kelako nye, aku pun dh beli dh nestum cerelac beras merah. haha. yg lain2 x beli lg. since niadel pun x suka puree heinz tu, aku pun malas la beli. dh la mahal. part nk masak utk izz tu... akan aku cuba. bkn malas, tp sbb skarang masih di kajang. nnt rebut kitchen dgn bibik lak. hehe. byk nye alasan kan.

Ryn said...

sharing is caring..info utk aku gak tuh... ;)

Gieyana said...

mmg complete! Aku pon buat mcm ko...n mostly Nureen sm mcm Nia..suka spagetti gak...

Iela Fazielah said...

alya...niadel mcm anak akak gak kuat mkn.. tp anak akak kureng sikit bab mkn sayur.. tp irfan semua dia balun

Tina Othman said...

wow bestnya tgk dorang makan =)

atanayuiman @ Jue said...

bestnya ank suka makan.. :-(

r|nA @ ja|j|na said...

info yg sgt² berguna, thanks alya..even anak dah ade sorang, tp perlu jugak prepare untuk yg 2nd nanti..bnyk bende dah lupe sbnrnye, ekekek..

so far, mujurlah echa jenis yang nak makan..walau kadang² rina masak dia takmo, biasalah, budak makan ni ade pasang surut kan..

Abah Yie&Ummi Na said...

(^_^) kalau auni, dia mmg kuat makan. semua dia makan. tapi kalau kek dia kurang sikit lah....
alhamdulillah, sayur2 pun dia mkn, lagi2 carrot, sawi dan kentang. mmg laju lah kalau dapat mkn yang ni...

nome said...

leesya cam adel...tekak melayu..kalau nak mkn wajib nasi dan wajib ada pedas2 sket..kalau tak pedas, tak jalan...tak kisahlah mak ayah tak mkn, janji perot anak2 kenyang...

ibuayahdamia said...

lebih kurang sama cara alyya bagi makan kat niadel ngan ayu bagi makan kat both damias..bezanya aleesya memang tak pernah diperkenalkan nestum...dah besar baru bagi...ayyunie pulak awal lagi dah perkenal nestum, may be sebab dah ader 2 anak kan....hehe..

agaknya sebab tu lah aleesya suka makan nestum beras merah sampai sekarang, sebab kecik2 dulu ibu dia tak pernah bagi dia makan....hehe

Anis said...

aly... izz aku dh kasik makan hari ni la. dia lately ni jarang2 nk mkn siang. kadang2 tu dlm 10 hours, 3 atau 4 oz je dia minum. jd nye hari ni aku try la bg dia mkn cerelac beras merah tu. redha je mula2 kalau dia xnk. aku buat pun 1 sudu besar je. sekadar nk test. tgk2 laju la plak dia mkn. dh habis pun dok bukak2 mulut mintak lg. aku xde la buat lg. ye la kan sbb br 1st time mkn. harap2 ok la kan. kalau ikut jadual, patut dia start mkn lg 2 weeks. kire 2 weeks awal la ni.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in