Skip to main content

1 tahun 4 bulan

- entry mengandungi 3 keping gambar - 

apa menariknya 1 tahun 4 bulan? bulan ni, genap adel 1 tahun 4 bulan. anak dah 2 ni, aku lost count kiraan bulan anak ni. cukup time birthday, sambut! kalau diimbas kembali, masa nia genap 1 tahun 4 bulan, nia dah jadi seorang kakak.

then haritu aku bersembang dgn wan, bayangkan kalau sekarang adel ada adik. diusia dia sama dgn nia dulu dia jadi kakak. woooo tak tercapai akalku la. tu macam mak aku cite, masa dia besar kan aku dgn akak aku yg gap 1 tahun je, mak aku selalu cakap cepat la korang besar, tak larat dah nak handle masa kecik ni. cakap tu kan doa. Allah uji mak ayah aku. masuk tahun ke 3 mak ayah aku dah panic and diorg pun start treatment. sebab mak aku tak tahan nak go for treatment, physically and mentally sakit katanya. mak aku stop treatment dgn doktor and gave a try utk pergi berurut. masuk tahun ke7 masa tu, lepas dengan sekali urut dan dengan izin Allah, terus mak aku pregnant adik kembar aku.

bila mak aku cerita gitu, tak berani nak complaint banyak. takut Allah dengar dan makbulkan. sekarang aku sedang melalui fasa cabaran nak membesarkan diorg.  most of the time, aku diam dan turutkan aje kehendak diorg. apa yg diorg tau ye tak?

tu aku tgh duduk2 lepak dgn wan terfikir, kalau la setahun 4 bulan umur adel, dia jadi kakak....... so we need a plan. dan so far on track lagi. itulah cerita 1 tahun 4 bulan. bila nak menambah? nanti- nanti kita cerita.



adel yg dah setahun 4 bulan tapi dah nak sama besar dgn nia. makan banyak. cakap banyak. nangis banyak. perangai banyak. banyak belaka! dan currently, yg paling cute sekali bila dia dah pandai nyanyi twinkle2 little star versi dia sambil goyang- goyang badan. mula- mulda dok fikir, apa la dia cakap ni. sekali dengar "tikel tikel ita tar...ha wa wa wa..... ha gitu la kekdah bunyi nye. cute eh?

Comments

Ryn said…
adel memg cute..dgn lagu twinkle2 lg super cute jadinya...
Ztee_Azwanis said…
tu adel dh angkat tngn ckp ,'' nti dulu mama, adel nanak adik lagi, adel mau manja2 lagi..'' hehehe.

adel ni comel lah !! kdg2 tgk ada iras likha..., tah lah belah mne ! hishh! bila blh jumpa adel-nia ni hurmmmmm
Iryani Noor said…
ngegeggegegge... clever gurl.. Alya, amik la video die nyanyi twinkle2 tu, pastu tepek kt sini.. nak dengar gak...
elok kalo dah ada 2ank, then rancang next lambat sikit. sebab kalo bercuti leh dpt family package... :-)
Anis said…
aly... nk request. buat entry on baby food. izz nk masuk 6 bln lg 2 minggu ni. aku pening kepala dok pikir nk bg mkn apa anak aku tu nnt. hehehe.
nome said…
kesabaran adalah kunci utama bile dah bergelar 'ibu'...aku yg ada anak sorang ni pun kadang2 ilang kesabaran...inikan plak anak 2 org cam kamoo..apa jua yg kita lakukan, adalah yg terbaek utk anak2 terchenta...wa respek lu!
amal_fc1303 said…
adel "saya" dah besar... heheheheh
Unknown said…
Kak, nak tya.
Adel makan x malam?
Means pas balik dr skool adel makan nasi x?
Biasa adel mkan apa dinner?
Bubur ke nasi biasa?
kaseh mmg xmakan bl malam, makn buah ke biskut ke so risau la bila buadak2 x dinner.
chekna said…
comei.. comei....

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber