Skip to main content

kenangan 5/5/2007 - e-day

kitorg nye flow nak berumah tangga simple je. he proposed me, since couple lg. very direct. nak kawen dgn aku. so target is there, kumpul duit, bulan january 2007, pergi kursus kahwin siap- siap. sebelum tu dah bawak jumpa mak ayah sekali. kebetulan deme (mak, ayah, wan) turun kl. masa tu wan keje kat penang. dia outstation ke JB. singgah la jumpa aku sat. kebetulan jugak pg tu mak ayah aku nak sarapan sama dgn aku. so that was his 1st meeting with my parents. teketaq- ketaq member. tp masih control hensem. 

dah lepas jumpa, call mak, cmne mak? ok ke? kurus sgt aku tgk. bole protect ko ke tuh? kahhhhh.... statement! ater, kang kalau gemuk, kata gemuk lak. ape la mak aku. saja la tu. mak cakap semua ok, 'cuma tang gelang kat tangan tu aku tak bekenan.' aku cakap 'gelang tu adik yg bagi mak' mak cakap 'ha elok sgt la tuh. bekenan aku dengar' ayah kata apa mak? ayah diam je. ok la tu kot.

so, gitu gini, lepas gi kursus kawen bulan 1, 2007 tuh, bulan 2 on chinese new year. wan sekeluarga dtg to make it official. sort of berkenalan dgn keluarga kami. on terus, booking date bertunang. so, hari ini, 4 tahun lepas, kami ditunangkan. sebab that was his 1st apperance to the public (family member) maka, gamat gak la e-day aku nak tgk bakal laki aku. mmg meriah kari.

bukan kata muka, nama pun diorg tak tau. masa tunggu rombongan, memasing pakat tgk hantaran. the cake ada nama. igt lagi paksu aku cakap. pandai adik cari, sama nama dgn negeri perak. perak darul RIDZUAN. kahhhhhh

tgh bersiap. full attire sendiri cari. i don't like my make-up on that day. sebab mak andam kecik kan bibir aku. bole? so mcm gonjeng dibuatnye.

sebab aku langkah bendul, cincin kena extra satu la utk kakak aku. cincin tajaan wah chan, poh kong dan tomei.

kawan- kawan pun sudi datang dari jauh. same goes with family. slim nye kita dolu- dolu kan? ;)

crowd yg ramai. ater, nak tgk bakal laki si adik ni! wan duduk dalam kereta time ni. habis event baru dia dtg.

dah selamat ditunangkan. sedondon ko. siap kena perli bagai. tinggal panggil tok kadi je bole nikah terus. we received more than 40 dulangs on our e-day. mmg ramai org yg bagi. 

close-up skit muka ketat kena make-up tebal..

org cakap dugaan akan dtg masa bertunang ni. betul la tu. on the e-day itself kitorg gaduh sakan. tp depan org, maintain ko. alhamdulillah, menjelang hari nak kahwin ok2 je kitorg. more relief la akhirnya we had decided to tie the knot. kalau tak rasa terbeban je kan. tu lah kenangan 4 tahun lepas...

Comments

Fieza said…
mmg nampak lain alyya masa tunang n dah jadi mak budak ni he..he..Per2 pun skang ni dah bahagia kan dah de dua anak pun..Gaduh masa tunang normal fiza rasa. Dah kawin ni lagi normal kot he..he..
@e_da said…
wah cantiknya.. sama ngan sy tunang pun tema hijau tahun 2005.. masa tunang mmg hebat dugaan .. hampir2 putus pun ada... adat la kan.. apapun dah bahagis sampai skrg
Ayu Zarina said…
wan sama jer macam sekarang...tak berubah...hehe...walaupun anak dah 2...

alyya nampak lain may be sebab tak pakai spec kan..

apap2 pun semua tu kenangan terindah kan...
Iela Fazielah said…
wah... sgt berseri2 ms hari tunang.. mmg mcm kawin u....tp sgt happening... akak xmerasa pun tunang2 ni..
nome said…
ko cantek beb..gonjeng pun gonjeng la...janji gorjes...ekkee...

muka ko nampak so different after make up...sebelum dah cantek, kalau selepas..wajiblah double cantek..

semoga hubungan korang kekal bahagia sampai akhirat...amin
♥MiZz-siHa♥ said…
wahh...meriah sungguh bertunag..mcm nak nikah dh baju..
Rizziela said…
Wan maintain ajer muka sampai sekarang..

Yani plak ...kurus ek masa ni...sekarang lagi lawa..sejak dah bergelar mama ni
wanie md zain said…
alyya..selamat hari bertunang..heheheh
kenangan kan semua tu...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!