Skip to main content

hibernate

korang penah tak rasa nak pergi kat satu tempat or duduk dalam bilik sorang- sorang takde gangguan and ber hibernate? aku pernah gak rasa mcm tu. tapi tu dulu la masa sebelum ada anak la. rasa nak pegi merewang sorang- sorang. bukan nak bershopping ke apa. pegi hibernate. or duduk rumah sorang- sorang takde org kacau. phone pun off.

sekarang pun ada je rasa nak buat mcm tu. tapi macam mana??? anak- anak tau ke nak ber-hibernate? betuah! hahahah.... so, mak bapak tak leh la nak ber-hibernate. kalau mak bapak hibernate, anak tunggang langgang pulak. tapi kalau mak or bapak yg hibernate, yg tak hibernate tu bebulu lak mata tgk sorg lg hibernate kan. buat anak sama- sama, mengandung sorang- sorang, beranak pun sorang- sorang, takkan nak jaga pun sorang- sorang ye tak? nak hibernate pun aku rasa tak sampai hati. anak kan amanah Allah... ke ada je yg sampai hati? 

motif entry : agak- agak mother's day ni dapat hibernate kan diri tak? in your dreams nayville! mother's day bila pun tatau...

tidak kah mereka terlalu comel untuk kita abaikan??? tgk muka anak- anak, nak hibernate pun tak sampai hati kan?

Comments

nome said…
kalau ko tanya aku? jawapannya adalah tengah2...of kos aku lebey pada tak sanggup...tp bile keadaan memerlukan hanya aku dan suami jer pegi tuk menguruskan sesuatu, maka si kecik terpaksalah ditinggalkan...tp kalau nak gi bercuti ker, wajib bawak anak2...sbb apa tau...nnt pikiran aku asik tingat anak jer...sudah tentu percutian jd tak best...itu aku la...kalau org laen, mgkn ada jawapan tersendiri...
wanie md zain said…
hibernate?ermmmm bila la dpt yek..
tak sanggup la nak tgk anak2 terbiar kan...
Ummi Danish said…
boley klu nk hibernate...cthnya antar umah pengasuh, tapi tak smpi ati la. skrg ni nak wat ape2 pun mesti nak bwk anak...klu tak tak lengkap rasenya.
Shida said…
pernah jugak terfikir...time stress...huhu...tapi bila tgk muka anak2,sangat tak sampai hati...hehe..
Ryn said…
so hibernate la di waktu tido sahaja...sekian terima kasih...
Fieza said…
betul cakap alyya..ada anak ni tak de makna lagi nak berhibernate bagai..lebih kepada tak sampai hati..tambah2 umur diaorang ni banyak nak bertanya n perlu perhatian..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber