Skip to main content

emotional week-end

jumaat lepas aku text nursery cakap aku amik niadel lambat. habis semua (3 pengasuh) aku text. then pengasuh adel, mummy bear dia reply ckp dia cuti takde kat taska. aku ada rasa sikit hairan. so aku text balik tanya cuti ke? sibuk punya parent kan? hehe.. amik berat. sebab dia kan paling rapat dgn adel. and adel nak kat dia je.

then malam tu, lepas amik niadel, dia call cakap yg dia nak quit. kisahnya dia ada problem dgn budak rumah dia a.k.a pengasuh lain. aku agak tersentap bila diberitahu pasal tu sebab she's one of my favorite babysitter. kalau nampak adel lain macam, dia akan text aku tanya adel tak sihat ke. banyak lagi la. senang cite, aku sayang dia. oh, nama pengasuh adel ni asi.

it's quite frustrating bila dapat tau dia nak quit hanya sebab ada isu dgn budak rumah dia. kalau sebab gaji ke, sedap la jugak kan. so, we offered her to work with us. jaga niadel kat rumah. tp 7am-7pm je lah. tp we found out its not practical. ye la, dia nak dok mana, kalau kerja kat taska duduk taska. gaji kitorg offer pun RM550. so jadi burden.

the complicated part is, where we just knew that she's not malaysian. asi org seberang katanya. sebelum aku tanya dia, dia cakap org sabah sebab dia kata kak ida (owner taska) suruh dia tipu. ada sikit tak sedap la kat situ. so i thought, selisih budak dalam rumah ni sebab isu tak serumpun gamaknya. ntah la, aku tgk asi ni ok sgt. dia start kerja pun since adel lahir. 

so bila dpt tau dia dari seberang, i've got no issue with that. cuma bila dia cite hal permit bagai, kalau aku nak hire dia, aku kena bare all the costs la kan which aku tak expect la sampai ke situ. so taknak kusut kan keadaan, masa call dalam keadaan sedu sedan, aku cakap kat dia, "takpelah asi, mungkin takde rezeki asi nak jaga anak- anak akak lagi. insyaAllah, kalau asi ada kat sini lagi, kalau kitorg decide nak amik maid, kitorg call asi."

masa tu mmg dah banjir lah. sayanglah kalau org macam asi quit. tapi takpe lah, ramai budak lain perlukan jagaan dia. in fact dia pun dah dapat kerja kat taska lain. may the new environment makes her comfortable. aku bukan apa, sape yg kenal adel, dia ni choosy sikit. semua budak pun gitu kan. tp adel ni, quite agresif. takut nanti new babysitter tak terlayan adel. tu aku risau. ni lah dia, hantar anak kat nursery pun payah kan kalau pengasuh bersilih ganti. 

panjang ni, korang baca ke? so tadi, dia balik taska amik barang dia, aku pun singgah jumpa dia kejap. dia jumpa adel je, dia dah nangis. sebak sungguh. ye lah, dari adel 2 bulan kan dia jaga adel. camne lah adel kat nursery esok. mujur lah adel dah besar sikit. tu lah dia, hantar nursery ke, tak ke, ade je masalah dia.

masa sampai je, udah begenang. cair makeup aku. :p sehari sebelum tu, dia text aku mintak bawak baju adel yang cantik- cantik. aku tanya, birthday sape2 ke? dia cakap dia nak amik gambar. nak amik gambar buat kenangan rupanya... :(

ni lah asi. menangis kitorg time ni. mmg emosi sikit aku bila tau jadi benda ni. so esok tunggu je la cerita versi kat taska pulak. kot dia nak kata asi lari ke kan. ni lah dia, kalau dah nama perempuan, ada je. mesti nak berpuak- puak. haish... grow up la. tp tu la, lain org, lain ragam. nak- nak diorg ni budak- budak lagi. kita yang berada kat situasi tu, take it positively. how i wish asi ni betul org sabah, sure tak banyak masalah. 

takpe- takpe, hidup perlu diteruskan!!

Comments

amal_fc1303 said…
aku mls komen ko punye entry aku dh tau flow cit enyer.

nk ckp awat lain benor ropenye dh skrng nie.. ada pergi groming kls ker??
Anonymous said…
emo gak rase sbb pnjg sngt entry nk kene baca, tp x baca pn, tngok gmbo je! heheh..
ryugiena said…
same la plak kisahnya ngn ariana. kisahnye ms sblm ammar dilahirkan & sblm dia skolah baru skg ni..ariana minat sgt dgn cikgu ina.blk umah xsah klu xsebut nama ckgu ina. ade je citernye..seme yg baik2 je..aku rs dia dh serasi ngn ckgu 2 kot.ada 1 hr 2 ariana tnya aku, ckgu ina xde dh mama.ckgu ina pegi mn?aku pelik then aku pn tnya ckgu2 yg ada kat ctu.dorang ckp ckgu ina dh lama benti.alahai sygnye.seminggu jgk la ariana dok mnyebut nama ckgu ina lps ckgu die benti.ms ckgu ina ada kat ctu, ckgu 2 suka mlayan c ariana ni. melukis la, mewarna la, ikatkn rambut la..lps ckgu 2 benti, aktiviti 2 kurang..nmpk sgt kn ckgu 2 mmg suka mlayan ank aku 2..skg dia dh tadika, dh xde dh la dok sebut2.ariana pun dh hepi kat tadika baru dia..

hope adel pun cmtu..mula2 jela rs cam problem skit kot..lame2 ok la 2..insyaAllah..

p/s:perangai adel same ngn ank aku ke2, ammar..choosy skit..agaknye ank k2 mmg cmtu ke ek?hehehe..
elani makrai said…
hmmmm...ada2 jer kan. sabar jer la alya. maybe ada hikmah disebalik sume nie...

sib baek jugak adel dah besar...klu time baby dulu, gamak nyer mmg haru la...

I used to be called Princess Sunway
Mag said…
yeah..hidup perlu diteruskan. insyaAllah adel xde pape..die comel ramai org sayang punye
Mrs. Simplicity said…
ina : kata makan collagen. lain la wei! hahaha..

ainal : ko mmg sengal!

nana : tah nape aku emo lak. sebab aku rapat gak dgn dia. tp ada version lain tau aku dpt dari nursery td. nanti aku update. ammar pun gitu eh. anak no2 la tu kot mmg mcm tu. hehe..

nurin : kalau adel besar nia ok kot. tp tu la, tak pe, ada la hikmah nye kan.

mrs spicy : harap2 nye begitu lah. amin...
nad said…
yup!hidup mesti diteruskan...insyaAllah adel takde masalah ngan pengasuh baru..insya-Allah...
amal_fc1303 said…
ptut la pon tang muka ko tu nmpk lain.
Elyn Sani said…
eh aku baca even panjang. ssh nk cr org yg jaga anak kite ikhlas kan....
nome said…
sebak aku tgk gambo mummybear dgn adel...terasa kerapatan derang berdua...sure adel akan merindui mummybear dia pasni bile ke nursery...sure ko cam x senang duduk kat opis bile mummybear yg over caring tu dah xde...

xpelah beb, hidup perlu diteruskan...semoga adel dan nia akan serasi dgn bbsitter yg lain..to mummybear..good luck to u...x kira la apa saje fitnah yg ko dah kena...yg penting ko menjaga amanah dan tggjwb yg diberikan dgn baik..thumbz up to u mummybear!
Yu'xan Lee said…
harap2 adel dpt suaikan diri ngan bbsitter baru, mesti rindu n tercari2 dia nnt kan, huhuhu...
Chik Na said…
mesti adel akan rindu mmummybear dia.. sedihnya nak dpt pengasuh yg baikhati..

ps:tak nampak macam orang seberang pun mummybear adel nih...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber