jumaat lepas aku text nursery cakap aku amik niadel lambat. habis semua (3 pengasuh) aku text. then pengasuh adel, mummy bear dia reply ckp dia cuti takde kat taska. aku ada rasa sikit hairan. so aku text balik tanya cuti ke? sibuk punya parent kan? hehe.. amik berat. sebab dia kan paling rapat dgn adel. and adel nak kat dia je.
then malam tu, lepas amik niadel, dia call cakap yg dia nak quit. kisahnya dia ada problem dgn budak rumah dia a.k.a pengasuh lain. aku agak tersentap bila diberitahu pasal tu sebab she's one of my favorite babysitter. kalau nampak adel lain macam, dia akan text aku tanya adel tak sihat ke. banyak lagi la. senang cite, aku sayang dia. oh, nama pengasuh adel ni asi.
it's quite frustrating bila dapat tau dia nak quit hanya sebab ada isu dgn budak rumah dia. kalau sebab gaji ke, sedap la jugak kan. so, we offered her to work with us. jaga niadel kat rumah. tp 7am-7pm je lah. tp we found out its not practical. ye la, dia nak dok mana, kalau kerja kat taska duduk taska. gaji kitorg offer pun RM550. so jadi burden.
the complicated part is, where we just knew that she's not malaysian. asi org seberang katanya. sebelum aku tanya dia, dia cakap org sabah sebab dia kata kak ida (owner taska) suruh dia tipu. ada sikit tak sedap la kat situ. so i thought, selisih budak dalam rumah ni sebab isu tak serumpun gamaknya. ntah la, aku tgk asi ni ok sgt. dia start kerja pun since adel lahir.
so bila dpt tau dia dari seberang, i've got no issue with that. cuma bila dia cite hal permit bagai, kalau aku nak hire dia, aku kena bare all the costs la kan which aku tak expect la sampai ke situ. so taknak kusut kan keadaan, masa call dalam keadaan sedu sedan, aku cakap kat dia, "takpelah asi, mungkin takde rezeki asi nak jaga anak- anak akak lagi. insyaAllah, kalau asi ada kat sini lagi, kalau kitorg decide nak amik maid, kitorg call asi."
masa tu mmg dah banjir lah. sayanglah kalau org macam asi quit. tapi takpe lah, ramai budak lain perlukan jagaan dia. in fact dia pun dah dapat kerja kat taska lain. may the new environment makes her comfortable. aku bukan apa, sape yg kenal adel, dia ni choosy sikit. semua budak pun gitu kan. tp adel ni, quite agresif. takut nanti new babysitter tak terlayan adel. tu aku risau. ni lah dia, hantar anak kat nursery pun payah kan kalau pengasuh bersilih ganti.
panjang ni, korang baca ke? so tadi, dia balik taska amik barang dia, aku pun singgah jumpa dia kejap. dia jumpa adel je, dia dah nangis. sebak sungguh. ye lah, dari adel 2 bulan kan dia jaga adel. camne lah adel kat nursery esok. mujur lah adel dah besar sikit. tu lah dia, hantar nursery ke, tak ke, ade je masalah dia.
masa sampai je, udah begenang. cair makeup aku. :p sehari sebelum tu, dia text aku mintak bawak baju adel yang cantik- cantik. aku tanya, birthday sape2 ke? dia cakap dia nak amik gambar. nak amik gambar buat kenangan rupanya... :(
ni lah asi. menangis kitorg time ni. mmg emosi sikit aku bila tau jadi benda ni. so esok tunggu je la cerita versi kat taska pulak. kot dia nak kata asi lari ke kan. ni lah dia, kalau dah nama perempuan, ada je. mesti nak berpuak- puak. haish... grow up la. tp tu la, lain org, lain ragam. nak- nak diorg ni budak- budak lagi. kita yang berada kat situasi tu, take it positively. how i wish asi ni betul org sabah, sure tak banyak masalah.
takpe- takpe, hidup perlu diteruskan!!
Comments
nk ckp awat lain benor ropenye dh skrng nie.. ada pergi groming kls ker??
hope adel pun cmtu..mula2 jela rs cam problem skit kot..lame2 ok la 2..insyaAllah..
p/s:perangai adel same ngn ank aku ke2, ammar..choosy skit..agaknye ank k2 mmg cmtu ke ek?hehehe..
sib baek jugak adel dah besar...klu time baby dulu, gamak nyer mmg haru la...
I used to be called Princess Sunway
ainal : ko mmg sengal!
nana : tah nape aku emo lak. sebab aku rapat gak dgn dia. tp ada version lain tau aku dpt dari nursery td. nanti aku update. ammar pun gitu eh. anak no2 la tu kot mmg mcm tu. hehe..
nurin : kalau adel besar nia ok kot. tp tu la, tak pe, ada la hikmah nye kan.
mrs spicy : harap2 nye begitu lah. amin...
xpelah beb, hidup perlu diteruskan...semoga adel dan nia akan serasi dgn bbsitter yg lain..to mummybear..good luck to u...x kira la apa saje fitnah yg ko dah kena...yg penting ko menjaga amanah dan tggjwb yg diberikan dgn baik..thumbz up to u mummybear!
ps:tak nampak macam orang seberang pun mummybear adel nih...