Skip to main content

pengasuh nia adel semuanya baik- baik

pagi isnin haritu kan keluar lewat dari rumah. biasanya adel kul 7 lebih dah sampai nursery, tp kul 8.30 belum keluar rumah lagi pun. mummybear a.k.a pengasuh adel dah call "akak tak hantar adel ke?" aku "hantar2, lambat sikit, ko rindu adel ye? jap ye. japgi sampai"

apa yg buat aku terharu, pengasuh adel bagi adel hadiah birthday. mmg dia ni sayang betul kat adel. tu aku tgk muka pun mcm nak dkt sama je dgn mummybear dia. hehehe... haritu masa birthday adel, dia cakap nak bagi hadiah kat adel, tp tak cukup duit lagi. tetiba semalam dia bagi pulak. ish, serious, susah- susah je. ye la selalu dengar budak- budak ni mengeluh majikan diorg jenis kedekut sikit.duit raya pun takde. so aku sgt terharu dgn present yg mummybear bagi kat adel ni.

dah nak sebulan birthday adel berlalu, dpt lagi hadiah.

tadaa!! cute kan? dia cakap "kak, saya nak beli baby doll, tp baby doll yg ada tu besar mcm umur 2 bulan je. takut la" aku assume mahal la kot. ater baby doll adel yg kecik tu pun dah bape hengget! aku tak nak diorg berabis sebab anak- anak aku. bersalah dibuatnye. tp bila dia ikhlas nak bagi, kena la terima kan?

adel with her new bear. belum ada dalam koleksi si rabbit ni.

adel bersama rabbit baru nye

bila mama cakap "adel sayang adel" adel pun emmmaahh!

note : tu pasal, aku tak penah lokek dengan budak- budak ni, sebab diorg jaga anak- anak aku dengan baik dan buat macam anak- anak diorg sendiri. aku appreciate sgt jasa diorg...

Comments

Hamizah said…
Baguslah kalau dpt pengasuh yg baik..
jaga elok2, spy xlari..hehehe
Mrs. Simplicity said…
hamizah : tak takut dia lari, tapi takut dia berhenti. sebab majikan diorg tak support staff. kalau la sy majikan diorg. hehhee..
nome said…
alya, kalau aku jd ko pun...sure aku berkira...dpt pengasuh yg cukup baik cam mummybear nih sudah membuatkan kita rasa senang hati kalau gi bekerja....rasa confident tinggalkan anak dgn derang...mmg baik betol la mummybear nih..

walaupun dah sebulan berlalu besday adel...tp dia still nak bg adiah...aku rasa dia kumpul duit nak beli anak patung tuh....sebak plak aku tgk kesungguhan dia...mmg rezeki ko dan wan sbb dpt pengasuh yg super best cam mummybear...
nome said…
alya...statement salah...diperbetulkan..."kalau aku jadi ko pun...sure aku tak berkira duit atau apa saje....sbb dpt pengasuh yg cukup baik cam mummybear"

td aku taip laju sgt...lupa nak letak tak berkira...kahhhhh...ampun2
Mrs. Simplicity said…
nome : kahhhhh me, aku paham ko tersilap type. tu aku baca banyak kali. tu la dia, aku harap la pengasuh2 diorg ni bole stay lama. tirau gak aku bila dgr dorg rungut2 pasal majikan diorg. ye la, anytime je kan. hope ok je la.
Mag said…
betuah adel..tp tu lah..adel comei..seme org suke
r|nA @ ja|j|na said…
beruntung adel & nia dapat bs yg baik gini..susah tau nak dapat skang ni..
Iela Fazielah said…
betul tu..akak pun dgn budak taska syafiqah n irfan mmg xberkira..diaorg pun xberkira... kalau ot siap keep the change lg tu... kalau raya bg duit raya kat anak2 diaorg balik... hasilnyer.. anak2 kita dia pelihara cam anak2 sendiri jugak... alhamdulillah
amal_fc1303 said…
comey weyh rabbit tu..
Chik Na said…
comelnya rabbit adel..baik hati betul pengasuh adel ni, susah nak cari pengasuh yang sayang anak kita dan jaga dia dgn baik
wanie md zain said…
alya...bestnya adel ada doll..

alya..tukar link blog wanie tu tau..tu blog lama..
blog baru
80to78.blogspot.com

keep in touch..
Sricahaya said…
alhamdulillah dapat pengasuh baik hati cam tu..skg ni mmg susah nak cari pengasuh yg anggap anak kita cam anak dorang sendiri..

cute rabbit tu..adel,auntie nak pinjam blh..? hihi
wanie md zain said…
dah lama la alya..
wanie dah bg link aritu..tgk alya tak tukar pun..segan nak kabo lagi..
hehehehe...
thanks sudi jengah..
Iryani Noor said…
senang hati bile pengasuh anak kite baik kn...

wahhhh adel dapat bear la.... =p
Elyn Sani said…
cute nye bear ni!!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber