kami dah ber-MERONG, anda bila lagi?

ingat tak yg kitorg dapat free voucher ticket from toyota tuh? kat sini. so, kitorg dah pun selamat menggunakan free voucher ticket tu ahad lepas. pegi menonton HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA kat GSC, Midvalley.

for the record, last movie we watched at cinema was transformers 2 : revenge of the fallen. kira la bape ratus wayang best kami terlepas. reason being biasa la, ada excess baggage. bukan 1, tp 2! so belum confident nak bawak anak- anak ber movie. tunggu la besar sikit. besar sikit no 3 pulak! tunggu la semua besar belaka.

so macam mana? macam mana cerita tu or macam mana pergi masuk wayang dgn anak- anak?

KUDOS!
ok, cerita tu best! kalau nak soh aku rate, aku bagi 4/5. kenapa 4? 2jam lebih duduk dalam tu, tak sedar masa berlalu. tup- tup eh dah habis? dah pukul 4? so, bila masa berlalu tanpa kita sedar, kita tak bosan la kan? jalan cerita dia cepat dan straight to the point. penggunaan bahasa melayu dalam tu sangat lah indah. bila dgr dialog diorg, indahnye la bahasa melayu ni zaman dulu. sedap je bunyinya kat telinga ni. part yg menyentuh jiwa tu, sgt lah sampai kat hati ni. ada jugak sebaknye. the casts, sgt suit dgn watak- watak nya. baik merong, embok, kesum, kemawas, marcus mahupun ying ying, semua berjaya mebawa watak dgn baik. cuma part cermin itu, hmmmm... banyak bole improve lagi. what do we expect kan? untuk malay movie stand out setaraf dgn chronicles lain, kita patut bangga yg its a malaysian movie. so kudos to all hikayat merong mahawangsa team! sesuatu yg boleh dibanggakan!

CHAOS!
so, macam mana pulak masuk wayang dengan nia & adel? satu percubaan yg separa berjaya i must say. sgt la kelam kabut. hahaha... tp nia ok je. ok sebab apa? sebab dia tido lepas setengah jam cerita tu sampai la habis cerita. so selamat disitu. tp hat kecik ni. ingat kan dia takut gelap. so bole la bepeluk je dgn mamanye. tp tidak wei! she was everywhere. favorite port, dok bawah kerusi. apekehey nye? lepas tu dah nampak tangga nak pegi tangga lak. bila dikepung, dia menjerit nak dilepaskan. sudahnye papa bawak dia main kat belakang. berdiri la papa sambil anak nya main tangga dalam gelap. sampai setengah jam terakhir baru la dia nak tido. adoi, mmg experience!

so, we plan to watch this movie again. bila nak tgk lagi tu, best la tu kan? ;)

 datang pukul 11, beratur dah panjang, dpt seat 3 dari depan sebab full house. tp tak la mengdongak sgt sebab duduk tepi sekali.

sebelum masuk. nia dah lentok tu. adel steady lagi. amik gmbr sebelah bang merong

before the movie start. adel mcm tecengang cengang lagi.

khusyuk untuk seminit yg pertama...

lepas kakak dia dah tido, dia pulak nak turun bawah. nak jalan kat tangga..

papa duduk kat tangga nak kepung adel. tp adel nak dilepaskan. maka larila kebelakang.. hehe..

note : harap sangat cerita ni lambat keluar kat astrofirst sebab mcm rugi je habis 8juta buat ceirta ni, end up bole tgk kat astro first je. its my opinion though..

7 comments:

amal_fc1303 said...

uish macm ssh je ko bawak nia ngan adel g wayang...
dpt focus ke idak?

Anis said...

haha... tahniah. aku dh pegi tgk wayang (bkn merong la) tp izz xde la aku bwk. kalau dh besar cam nia & adel pun maybe aku x bwk kot. nnt jd cam wan... kena la layan anak kat belakang. kesian. heheheh

r|nA @ ja|j|na said...

nak sangat tgok filem epik pertama malaysia ni..tp kan, jgn kate ber-Merong, segala macam movie ni tak boleh nak layan..kalau bawak masuk echa ni asek nak melayan dia aje..

YAYA AZURA said...

tahan sabar ye bawak anak-anak tengok movie..hikhik...

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

best dah dapat tengok.. nak gaks tengok.. xtau sempat ker idak nieee.. menarik kan. dah tgk trailer dia..

nome said...

aku mmg tabik spring kat adik badik KRU nih...semuanya kreatip2....boleh dikatakan citer Merong ni setaraf Hollywood...tak sangka ooo...kagum sungguh!

ko dan wan dikira berjaya membawa adel dan nia tgk wayang...sib baik nia behave sampai ke sudah...tinggal adel je utk dikawal...ko bayangkanlah kalau dua2 tak boleh dicontrol...sure wayang ntah ke mana sbb melayan anak2...kan beb? tp mmg experience sungguh bg korang...after this, transformers plak...mgkn time tu adel ok dah kot...

bile la nak bermerong nih? ramai yg ckp best..wajib tgk citer nih

Mama Rayyan said...

berjaya gak ye ber'merong' dgn 2 anak.Saya tak penah gi movie sejak pregnant dulu,skrg anak dah 2thn pun blm ada kesempatan nak pegi.Anak lasak sgt,tak duk diam sbb tu tak confident nak bawak dia.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in