Skip to main content

FW : Bila Umur Anak Terlalu Rapat

aku baru nak email something dekat banker, tetiba mata terpandang akan tajuk email yang aku dapat dari cousin aku, noran. tajuk email adalah seperti diatas. terpause sekejap kerja aku dan aku luang kan beberapa minit untuk membaca nya. so, here it goes...

Assalamualaikum Puan Jamilah. Saya dan isteri mempunyai dua orang anak perempuan.

Yang sulung enam tahun dan adiknya hanya sebelas bulan lebih muda darinya.

Masalah kami ialah, kami sering merasakan anak sulung kami tidak mesra dengan kami; dia suka menjauhkan diri dan kuat merajuk.

Malah, suatu hari apabila dimarahi ibunya, dia berteriak, "Ibu memang tak sayang kakak."

Adakalanya dia akan mendesak supaya dia dihantar ke rumah neneknya yang tidak jauh dari rumah kami.

Kami bimbang keadaan ini akan berterusan sehingga dia dewasa. Apakah pandangan Puan? Terima kasih. ~ Z.

Jawapan: Waalaikumsalam. Masalah mudah timbul bila anak-anak lahir terlalu rapat. Akibatnya, salah seorang daripada mereka lama kelamaan merasa dirinya kurang diberi perhatian.

Biasanya dia adalah anak yang lebih tua. Ada beberapa cara untuk seorang anak diberikan perhatian supaya merasa dirinya dihargai dan disayangi. Yang pertama ialah dengan SENTUHAN.

SENTUHAN
Sentuhan termasuklah memeluk atau meletakkan tangan di bahu atau tangan anak atau mengelus-ngelus rambutnya dan sebagainya. Saya ingin berkongsi dua kisah benar di sini tentang pentingnya sentuhan.

Kisah pertama terjadi kepada seorang anak perempuan remaja bergelar M seperti yang diceritakan oleh seorang guru kenalan saya. Suatu hari, guru ini mengadakan "sharing session" dengan anak-anak didiknya.

Beliau meminta mereka untuk menyebut apa yang paling mereka inginkan di dunia ini.

Seorang demi seorang anak didiknya menceritakan impian masing-masing. Ada yang lucu, ada yang sedih dan seterusnya. Bila tiba gilirannya, M memberitahu gurunya bahawa apa yang paling diimpikannya ialah untuk merasa pelukan ibunya.

Menurut M, dia masih ingat yang dia sering dipeluk ibunya semasa kecil. Tetapi semua itu telah lama berakhir selepas adik-adiknya lahir.

Kisah kedua terjadi kepada seorang kenalan saya, J, yang mempunyai dua orang anak perempuan yang lahir selang 12 bulan. Semasa anak sulungnya berusia lima tahun, J dan keluarganya berpindah ke luar negara dan J terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Suatu petang, ketika J dan kedua-dua anaknya sedang berehat dan bermain bersama, tiba-tiba dia memeluk anak sulungnya.  Anaknya itu terkejut lalu berkata, "Eh, Mama peluk saya?" Teman saya itu tidak dapat menahan sebaknya.

Dia memberitahu saya, dia tidak menyedari bahawa dia telah "mengabaikan" anak sulungnya selama ini.

 ERTI KASIH SAYANG BAGI SEORANG ANAK
Saya pernah bertanya kepada anak-anak saya apa ertinya kasih sayang dan jawapan yang mereka beri ialah:

"Kasih sayang ialah bila kita melakukan aktiviti bersama-sama." ~ Siraj (sewaktu berusia 7 tahun)

"Kasih sayang ialah apabila dua orang dewasa berkahwin, mempunyai anak dan hidup bahagia selamanya." ~ (Syarif (10 tahun)

"Bila kita kasih dan sayang kepada seseorang, kita mengambil berat tentang dirinya dan berkongsi apa jua dengannya." (Safi, 12 tahun)

"Saya merasa diri saya disayangi apabila Ayah atau Ummi memeluk atau memuji saya." ~ Alia (sewaktu usianya 15 tahun)

Jelas di sini, kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan PERBUATAN.

Lebih-lebih lagi untuk anak kecil, mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menjelaskan erti ungkapan ini secara lisan, tetapi mereka tahu apakah itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang ialah apa yang dialami dan dirasainya.

Apa yang anak anda mahu lakukan dengan anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya? Atau membaca sebuah buku cerita lucu dan kemudian pecah ketawa bersama-sama?

Atau membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang baru dibeli? Atau mungkin membuat kentang putar untuk hidangan malam ini?

Beri peluang untuk anak anda memilih aktiviti yang ingin dilakukannya bersama anda. Jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya.

Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

Cara-cara lain untuk membuatkan anak anda merasa dirinya disayangi termasuk:

 TUNJUKKAN ANDA GEMBIRA BILA BERSAMANYA
Serlahkan wajah ceria ketika menyambut anak anda dari sekolah. Tunjukkan wajah ceria bila anda pulang bercuti ataupun balik dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

 PERHATI DAN AKUI PERKARA- PERKARA BAIK YANG DILAKUKANNYA
Ibu bapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibu bapa tidak mempedulikan langsung perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Tabiat terlalu kuat menegur kesilapan anak-anak tanpa mempedulikan kebaikan yang dilakukannya boleh mendorong anak anda untuk cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk mendapat perhatian ibu bapa.

 DENGAR KATA- KATANYA
Apabila anak anda bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarkanlah apa yang ingin dikatakannya. Lihat wajahnya dan jangan menyampuk sehingga dia selesai bercakap.

Mendengar bukanlah sekadar berada di sisinya dan menganggukkan kepala sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda benar-benar mendengar dan memahami apa yang dikatakannya ialah dengan bertanya soalan seperti, "Jadi Faris tumbuk Hanis bila kamu tak benarkan dia tiru kerja rumah ya?"

Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa jua yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya merasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat tentang kesejahteraan dirinya.

 KATAKAN "TERIMA KASIH" JIKA DIA MENGAKUI KESALAHANNYA
Kadangkala anak anda perlukan anda untuk mendengarkan pengakuannya. Ini berlaku mungkin kerana dia merasakan yang dia telah melakukan kesalahan yang membuatkan dia gelisah.

Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada reaksi spontan seperti terburu-buru mengherdik atau membentak.

Sebaliknya, ucapkan terima kasih kerana dia berani bersikap jujur dan berterus terang untuk berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya meskipun dia sudah berbuat kesalahan. (Ini tidak bermakna dia tidak akan didenda, jika perlu.)

 TUNJUKKAN MINAT
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka usahakan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati dia dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat.

Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Ibu lebih suka yang ini sebab Ana lukis pokok dan daunnya lebih jelas. Warnanya pun lebih terang." Jangan menjawab secara acuh tak acuh "Ayah tengok sama sahaja kedua-duanya."

 PASTIKAN ANAK ANDA DIHARGAI
Seorang pakar psikologi kanak-kanak pernah berkata, "Tiada orang lain yang boleh membentuk harga diri seseorang anak sebaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapanya.

Sebagai ibu atau bapa, membuat anak anda berasa istimewa, dihargai dan disayangi adalah salah satu tugas anda yang paling penting."

Mendidik anak sekaligus membuat dia merasakan dirinya disayangi dan dihargai tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Anak anda tidak perlukan barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang disambut di hotel lima bintang untuk merasa dirinya disayangi. Yang penting ialah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.


Menjadi ibu kepada 2 anak yang rapat usianya, aku admit it is quite challenging. aku hanya ada wan je sama- sama uruskan anak dan rumah. so ada masa kitorg ok, ada masa dtg jugak ketaksabaran. but after reading this article, aku tau, aku melayan nia dan adel dengan cara yang sepatutnya dan seadil mungkin. dan aku mmg pantang kalau org buat benda2 ni kat anak-anak aku.
  1. bila anak aku panggil, org tak nyahut. dengar tp mulut berat nak cakap ye.
  2. org marah anak- anak aku. being a small kids, what do we expect from them? time makan tak tumpah2 ke?
  3. orang naik tangan kat anak aku. mmg la sayang anak tangan- tangan kan. tp umur 3 tahun nak ditangan kan?
last but not least, anak kita mencerminkan siapa kita. so renung-renungkan.... ;)

Comments

MamaYatie said…
ha'ah..betul sesangat..setiap kata & perlakuan anak mmg mencermin macam mana mak ayahnya.

kalo alyani ada 2 anak, me ada 3 (1,3 & 5thn).mmg sngt2 mencabar sbb masing2 nak rebut perhatian.kami berdua mmg sentiasa usahakan utk spend sebanyak mngkn masa bersama anak2..saya sendiri ada experience bila mana anak sulong kuat merajuk..mula2 rasa tensen & anggap mcm remeh jer..tp lepas bbrp minggu kami realized yg dia sebenarnya rasa jauh hati & mcm kami tak bagi perhatian kat dia..sedey pulak rasa time tur..Alhamdulillah, Tuhan buka mata kami & cpt2 betulkan keadaan.
Iela Fazielah said…
1st.. good info...
2nd..u r rite..

tp mak pak sendiri rajin angkat tgn xpekan... lebih2 mama diaorg ni yg kuat kutil..hehe
Salam kenal,

good info tq dear..
good article. thanks ally :)
artikel sgt bagus kak :)

sy anak baru seorang, tp manjanya lebih2 hehehe
sy slalu lebihkan kakak sbb adik masih belum mengerti..dgn kakak, selalu borak2, cerita kasih sayang, peluk dia dan cium dia..

kdg2 rasa bersalah pulak 'bagi' dia adik awal sgt..tp kdg2, bersyukur sbb dia ada teman sepermainan.. :)
nome said…
Thanks beb...terbukak mata dan hati ble baca info2 ni...mana yg salah, harus aku perbetulkan...tadi masa leesya tdo, aku perhatikan dia...terus rasa sebak, aku peluk cium dia sambil bisik yg aku sygkan dia...artikel ni sgt2 berguna
anak sulung saya selalu tiba2 datang, peluk, cium pegang tangan.. perbuatan2 tu secara automatik menyedarkan saya, bahawa hari tersebut saya terlalu sibuk dengan adik2nya. tapi ada baiknya anak rapat ni..ada kawan nak bermain, kalau jauh sangat, lambat benar nak tunggu adik besar nak ajak main :)
Mama Rayyan said…
thanx for sharing.bukan semua org paham yg budak kecik ni kadang2 bising dan tak duk diam.geram jugak pada sesetengah org yg jeling je bila my son duk lari2 sana sini while waiting for our turn to pay bills...etc.Takkan la expect budak umo 2 tahun duk diam bahave je kt kerusi...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber