Skip to main content

wedding planner mode on!

sekarang aku dah dapat 1 lagi job scope baru efektif jumaat lepas. iaitu the wedding planner. dulu masa aku kawin, dia jadi wedding planner aku, sekarang turn aku lak jadi wedding planner dia. so, all suggestions and decision must be consult by me. ewah! even mak ayah aku pun ikut checklist and budget yg telah aku tetapkan. 

teruja nak prepare hal- hal wedding ni. i know for the bride and groom themselves, derang more concern on $$$ instead of all the preparations. so aku da dapat budget dari bakal pengantin so i'll try to stick and follow to the budget. kalau over budget? sila dapat kan sponsorship kepada yg memberi cadangan tersebut ye. i.e : kambing tegolek, sanding 5 persalinan dan lain- lain :p

alhamdulillah, along aku telah selamat dirisik oleh bakal suami nya (ofcourse la kan) pada jumaat lepas. majlis ringkas digamatkan lagi oleh saudara mara belah mak yg kebetulan ada masa cuti tu. majlis berjalan seperti yg dirancang. semoga semua yg dirancang akan berjaya dilaksanakan sehingga selesai majlis perkahwinan nanti amin...

INSYA-ALLAH,
 THE ENGAGEMENT & SOLEMNIZATION WILL BE HELD ON 28 MAY 2011 
(AFTER ISYA' PRAYER) 
BRIDE'S RECEPTION IS ON 29 MAY 2011
GROOM'S RECEPTION IS ON 5 JUNE 2011
kepada yang bakal menerima kad kahwin nanti, sila reserve tarikh ni ye. thank you! wah long, aku dah macam buat announcement kat satu uitm lak! kahhhhh

menu untuk tetamu. nasi putih, kari daging, ikan kembung goreng bercili, ayam goreng rempah, ikan masin cencaru masak sambal, ulam- ulam, sambal tempoyak, kuih cucur badak dgn bengkang. licin lauk, siap ulam dalam peti ais pun habis kome sapu ye. aku kena petik ulam lain nak makan. huhu..

masa ni, rombongan dah sampai. family makan di dapur. ni family belah mak. along aku a.k.a azyyati a.k.a azy sebelah yg dukung adel tu. yg bertudung coklat. eh ke korang dah cam. ;)

4 beradik. L-R makyong, ayah yang, mak, mak nyah

bersila panggung di belakang rumah. kalau dok depan, mau pengsan family bakal laki along ni.

diskusi sedang berlangsung. aku bertindak sebagai pencatat minute. siap keluar calendar nak tetapkan tarikh.

selesai berbincang, sessi sarung cincin la pulak. tak tau lak risik ada sarung cincin. ingat pass cincin je. kalau tau, sure akak aku melaram lebih. heheh.. ni la akak aku. ok2, aku tau she's look younger. aku kan dah anak 2, banyak urat dah putus. berjaga malam lagi. aci tak alasan? hahahaha... tambah lak akak aku ni petite je. alasan lagi! :p

sessi bertukar hantaran. ni hantaran dari kami.

aci tak enter frame? terlebih exposure lak. aku tak berbaju kurung sebab settle majlis, kitorg terus gerak ke kedah.

semoga berkekalan....amin.... bukan sampai jinjang pelamin, tapi sampai akhir hayat. amin....

note : to bakal abang ipar aku, harap tak terkejut datang rumah haritu menengokkan suasana macam kapal karam. mmg begitu la kekdah nye. suara masing- masing maximum volume. tapi don't worry, luar nampak brutal, tapi hati kami baik.. kan bang kan? :p wah, bakal abang ipar aku baca ke blog aku? kahhhhhh...

Comments

Gieyana said…
Tahniah utk Along yer..moga majlis bjalan lancar soon k..da invite daku tak nnt? leh reserve timetable nnt..hihihi
Sricahaya said…
muka alyyani n kak long sama arr..kalau org kata kembar pun caya..hihi..

Tahniah bt kak long alyyani..semoga majlis berjalan dgn lancar..amin
Mag said…
hahaha..alasan nampak tua tu semua saya setuju.=p
Fieza said…
Tahniah tu kak long alyya ek. Cepat yer buat majlis. Tak per benda elok baik dicepatkan senang kan
nome said…
congrates!!! mmg kakak ko tersgtlah cute dan tampak muda...ko pun muda apa walaupun byk urat udah putus2...yg penting badan tu still maintain cun...thumbz up!
Yu'xan Lee said…
wahhhh mmg berbakat jd wedding planner nih, hehehe...

adik2 zura pon taun nih sume nak tamatkan zaman bujang tp sayang kakak dia tak pandei nk jd planner, kuikui....

ehhh adel mana????
tahniah utk along ko ye...

x sgka ada sarung cincin yer...hehe
Chik Na said…
tahniah buat along alya...

nanti boleh la share checklist wedding plan ngan akak..
eiman's mummy said…
hari tu man ada chat ngan NJ,dia gtau Along dh nak kawin..
BTW,congrats along..
eiman's mummy said…
byk pics yg wan xleh tgk..
tak tau nape isk.. sik..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber