Skip to main content

aktiviti 3 saudara

3 saudara? sape lagi sorang? sepupu aku punya anak a.k.a 2 pupu nia dgn adel. alyssa amani namanye. petang khamis lepas kenduri arwah atuk kat rumah opah, aunty ina diorg keluar kan pool sebab nia nak mandi pool katanya. surprisingly adel yang paling excited bila masuk pool. memula dia refuse. tp bila lama sikit, dia yg masuk sendiri join kakak- kakak dia. sampai tak nak keluar. ada snippet sikit yg sempat direkod sekali. :)

nampak adel yang dok tawaf keliling pool tu kan. mmg tu la dia buat. then tepuk- tepuk air. teruja. sampai selsema dibuatnya. suara yang hujung high pitch tu suara aku ye!

ni adel dah syok dalam pool. kakak dia berdiri je dia pun berdiri jugak. ingat kakak je boleh, adel pun boleh tau! :p

nia ajak lisa yang tgk je diorg utk join sekali. life guard ramai. keliling ada walaupun pool sekangkang semut. adel yg tgh tawaf.

memasing tunjuk skill. kakak kuak lentang. adik diri macam nak jalan tp diri tegak je.

yeay, lisa dah join. alamak, mana nak berenang ni? heheh...

nia : alamak, camne nak kuak lentang ni??

eh boleh je nak berkuak lentang!

oh, nia mmg sangat suka baring dalam ni!

sampai kecut- kecut tangan mandi pool. esok nya tgh siap- siap nak terima rombongan merisik lepas solat Jumaat tu, nia mintak nak mandi pool! ah sudah! mana pulak nak keluarkan pool. kang basah pulak belakang rumah tempat org nak duduk makan. then baru la teringat. ada 1 port baek punya bagi nia ber-pool.

berendam dalam bath tub! tak pasti nia penah berendam dalam ni ke tak sebab mamanya mmg tak penah masuk bath tub ni. imaginasi tinggi. banyak tgk cite thriller dgn seram kait2 dgn bath tub. tak teringin la nak berendam dalam bath tub ni. huhu... btw, dekat sejam dia berendam kat sini lagi. mama duduk atas jamban menunggu. tak sanggup tunggu, suruh aunty nye tunggu. lg syok nia siap buat slide- slide lagi. gambar blur sebab pakai hp.

note : esok balik kampung pun kita bawak baju mandi ye, sopan sikit nak up kat blog ni. :)

Comments

Unknown said…
meriah! dh mcm nursery kat blkg umah ni..
nome said…
wahhhh!!! teruja tgk bebudak ni mandi dlm pool...walaupun kecik, tp nia siap leh kuak lentang tuh..hat si kecik adel pun leh tahan gak...ekeke...syok aarrr!!!
Fieza said…
Alyya kena cari pool besar sikit bg diaorg selesa. Budak ngan air tak dapat dipisahkan
Iela Fazielah said…
anak2 akak mmg suker giler mandi pool ni... ingat nak bl pool mcm kamu ni..tp kecik ek?? nak bl yg besor mahal sgt pulaks..:P
Mrs. Simplicity said…
ainal : siap ada org jual air tebu lagi kan? hehehe...

nome : nia tu mmg tau dah teruja dia. tp hat kecik pun sama naik ko! hehehe..

fieza : aiseh, pool ni pun dok kat rumah opah je. kalau bawak balik sini, celah mana lak nak letak. terjun pool depan rumah tu je la. :)

k.iela : beli kak, akak mmg dah bole beli sebab dah dok landed house :)
Ztee_Azwanis said…
aah.. klo stay hotel memana, ada bath tub mula lah nampak mcm2 hahaha. tringt cite hantu kihkihkih...

nia, tk pakai baju nmpk berisi jgk kan..??

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber