al-kisah, semalam sembang dgn manager aku. melayan dia cerita pasal rutin baru dia. patut la nampak dia kelam kabut je urus anak- anak ke sekolah rupanya dia dah hantar maid dia balik. nape boss? maid saya bela hantu! ish, bia betul! betul la, takkan saya suka- suka nak hantar dia balik pulak tgh mula sekolah ni.
diceritakan, khamis lepas mak maid tu meninggal. so manager aku offer nak anta dia balik tapi dia risau dia takleh balik sebab belum cukup 2 tahun bekerja. manager aku cakap bole kalau nak balik, keluarkan check-out memo la. tapi maid ni refuse jugak. maka, bila memikirkan jauh dari keluarga, maid yang berumur 30-an ni jadi stress.
satu hari siang, maid ni keluar rumah sambil pegang kain itam dgn kuning berisis bunga. majikan dia pun panggil, sari nak pegi mana? maaf pak, saya bukan sari, saya tantan. saya mau pergi jumpa samanya ibu sari. manager aku udah cuak sebab yang bercakap tu bukan suara maid dia, sebaliknya suara budak berumur 5 -6 tahun.
bila suami boss aku kejutkan dia nak bagi dia sedar, dan baca ayat- ayat, maid tu tadi rebah dan longlai seumpamanya roh ditarik keluar. bila dia bangun, maid tu mintak 3 biji limau kasturi dan maid dia makan limau tu habis macam dia tgh makan dunkin donut.
then baru lah boss aku tau yang maid dia ada bela saka which dia dah dapat masa arwah ayah dia meninggal masa muda dulu. so bila dalam keadaan stress mengenangkan mak yang baru meninggal maka datang la saka berumur 5 tahun itu.
disebabkan itu, boss aku telah buat keputusan untuk menghantar pulang maid dia. since maid dia ni ada something wrong dia tak berani la nak letak anak- anak dia bawah jagaan maid dia sewaktu dia dan wife bekerja. maka, baru lah aku tau, camne la org bole sembelih budak, salah satu faktor nye ini lah.end up, manager aku hantar anak- anak kat nursery je. so boss, rumah mcm tongkang la ye? sengih je la. aku yang dua anak pun macam diserang garuda, ni pulak anak 4. huhuh...
sama- sama kita amik pengajaran dalam kisah benar ini dan pandang- pandang la pengasuh kita punya behavior tu macam mana.
Comments
huhuhu..takut ler..