we are the champion! apa yang menarik

apa yang menarik from my POV la ye.
  • tak tau mana datang nye AFF suzuki cup ni, alih- alih malaysia team mendadak- dadak performance nye buat semua pun mengikuti perkembangan dia.
  • sampai habis game tadi, aku dah kenal hampir semua player termasuk la star of the team khairul fahmi. kacak nye kau!
  • alangkah best kalau piala tu dijulang kat stadium bukit jalil. sure bergegar stadium kan?
  • kenapa camera indon dok fokus awek cun saja? tu je la yang nak dibanggakan ye tak :p
  • pemain kita semua org kita, tapi pemain indonesia ada yang diimport. something to be proud of!
  • dari minit pertama sampai minit terakhir, malaysian team bagi kita game yang sangat entertaining. selalu, sambil- sambil je bola ni. ni bole terpacak depan tv. with t&C apply la ye. i.e : bila budak- budak tgh tido!
  • adel takut dgr org jerit, so sampai tertido kena dakap dgn papa
  • nia kalau join jerit goal mmg best. jerit goal sambil jump- jump. then sebut go go ayicha!  (read : malaysia)
  • masa safee sali goalkan tadi, kitorg dengar org jerit goal dulu kat tingkat atas, haish, tak suspen tul!
  • kalau maintain the momentum dari segi corak permainan and the team itself, kita bole pergi jauh. world cup perhaps? amin...
kesimpulannya, kami laki bini sangat- sangat enjoy layan final kejap tadi di garuda, mahupun dia bukit jalil. 1 malaysia berhimpun kan?
his trademark. kalau lepas jaringkan goal, mesti cium bendera malaysia kat jersey dia. pada yang tak ikut bola, ni safee sali the top score. image, credit to google

the goalkeeper, kahirul fahmi. sangat- sangat bergaya mengawal gawang supaya bola indonesia tak tembus. image credit to google.

excited punya pasal, maka entry terus ditaip sejurus permainan tamat. :)

tahan mata layan hindustan

sabtu lepas masa family aku tido rumah aku, aku telah dipaksa dan diarahkan oleh adik aku untuk menonton cerita 3 idiots dibintangi oleh Amir Khan. bila adik aku cakap "wei kakngah, mak pun tak tido tau tgk cite ni sampai habis" kalau sudah sedemikian, mana biasa aku tak menontonnya! masa tu jam dah pukul 1 pagi. gigih tahan mata tgk sampai habis cerita tu. kul 4 pagi aku tido. penagan hindustan!

promo 3 idiots. tonggak utama oleh aamir khan, madhevan yang sorg lagi tu tak kenal. cerita ni mengisahkan 2org sahabat mencari sahabat lama diorg yang lost contact sejak habis belajar. maka, bermula la flashback masa diorg study dulu, dimana, aamir khan ni seorang yang sangat nakal yet sangat genius. dalam pada menghuru hara kan universiti, dalam masa sama, dia adalah seorang yang sgt pandai dan yang penting dia seorang yang realistik. sangat menjaga persahabatan. sarat dgn mesej cerita ni disamping dialog yang kelakar sepanjang masa. - ni sinopsis versi mrs nayville eh. 

salah satu adegan dalam cerita 3 idiots. dari mengantuk terus segar bugar sebab part ni mmg kelakar habis. pecah perut gelak! kalau korang ada peluang, aku recommend korang tgk la eh :)

cerita yang aku dgn wan layan malam tadi sampai pukul 1 pagi tak lain tak bukan, lakonan ex-boyfriend, shah rukh khan. cerita bertajuk chak de! india. cerita ni aku dah tgk sebelum tapi sebab kat tv2 ada siarkan, maka layan...
chak de! india mengisahkan shahrukh khan yang merupakan bekas pemain hoki india, dipertanggungjawabkan untuk menjadi jurulatih pasukan hoki wanita india. pelbagai cabaran dilalui dalam melatih team hoki india untuk sampai ke peringkat antarabangsa. dari tidak dikenali, pasukan hoki wanita telah berjaya ke peringkat antarabangsa. dan warga india mula memandang pasukan hoki wanita. apa yang best? kerjasama dalam pasukan dan kesungguhan jurulatih, buat aku tgk cerita ni dari mula sampai habis. - again, sinopsis versi mrs nayville :)
haish, cayor, teman nengok dia belakon :p. again, kalau korang ada kelapangan, tgk la cerita ni eh :)
tak minat hindustan ke? tak dapat la nak menolong nye. :p

note : gambar size xs ehsan dari google

note2 : malam ni gegar lagi la rumah bila nia dgn papa melompat- lompat bila team malaysia ada jaringkan goal. adel pulak, kena bedakap, sebab nanti dia nangis dengar mama, papa dgn nia jerit goal :)

adel's guardian

bila ramai- ramai berkumpul, org yang selalu akan jadi perhatian ialah budak kecik la kan. masa kenduri haritu, tangan ni bole la rehat sikit- sikit dari mendukung adel. sebab ramai yang sukarela nak dukung adel. cuma adel nak dengan tak nak je.

adel merupakan family member yang paling muda dalam keluarga besar kitorg setakat ni. haritu pun tgk, takde yang tgh bawak perut lagi. mungkin tahun depan, jatuh pangkat sikit la. org suka je nak gomol2 adel, tapi adel jual mahal .dah tu dah pandai protes. maafla ye, mama dia tak ajar anak- anak anti social. tunggu besar sikit kot. heheh.. nia pulak? dia dah pandai main dengan sepupu- sepupu dia. tp ada gak time nak melekap dgn mamapapa dia. :)

adel dengan imran. adelis the youngest, imran lak kedua paling muda dalam family.

adel ni macam nia gak, dgn lelaki dia steady sikit. huhuhu... ni dgn pengantin baru, paklong ejad dia.

hat ni bukan guardian dah. ni dah naik pangkat jadi bibik. kahhhhhh...

ni pulak atuk saudara adel.

asalkan dia tak dengar suara or nampak kelibat mama dia, dia ok. kalau dia dengar or nampak, mula la nak ngek ngek ngek...

maklong ima dgn suami nye. paklong pian la ye.

bila dah start nangis, dengan semua orang pun dia tak mau. mesti cari mama jugak.

motif entry? aku tgk banyak pulak gambar orang lain dukung adel masa wedding cousin haritu, maka, keluar la entry ni. hehehe...

bila cousin kahwin, sepupu sepapat yang telebih excited

last weekend aku sekeluarga berkampung di meru klang, attending my cousin's wedding. kalau dah kata family member kahwin, haruslah datang awal kan. nak menolong apa yang patut. or lebih kepada enterframe sebenarnye.

takpelah, janji tunjuk muka menandakan kami telah datang. hahaha... selalu gitu la. orang berbudi, kita berbahasa. masa aku kahwin dulu, saudara mara semua dah all out, so bila sepupu lain lak kahwin, haruslah memberi sokongan kepada keluarga diorg. adat dalam bersaudara ni kan.

alhamdulillah, the event went well. jauh lebih grand la dari aku kahwin dulu. ye la, skang ni macam2 ada. dulu, ala kadar je. semua orang pun happy. dan yang penting family pengantin pun happy sebab apa yang dirancang berjalan dengan lancar. pengantin pun tentu seronok sebab semua pun enjoy. kat bawah ni, gambar ragam sepupu sepapat aku sepanjang majlis berlangsung selama 2 hari ni.

bila masuk masjid, sikecik buat macam rumah sendiri. lari sana sini, jerit sana sini. terlebih excited!

dalam video pun penuh gambar sepupu sepapat. sebab yang merekod pun sepupu sendiri. terlebih excited!

dah menjadi lumrah, bila anak kahwin, akan ada drama sebabak. sepupu sepapat pun join nangis.

muka yang berminyak dan berpeluh tak dihiraukan bila sepupu sepapat kahwin ni. terlebih excited!

asal ada peluang mesti nak menempel kat pelamin mengalahkan pengantin. terlebih excited!

akan ada aksi- aksi mulut sape paling luas dari kanak- kanak yang tak bape kanak- kanak ribena ni. terlebih excited!

asal pengantin keluar bilik je, sepupu sepapat yang akan serbu dulu sebab nak tumpang glamour. terlebih excited!

tak menghiraukan official photoG yang tengah capture moment pengantin, sepupu sepapat pakat serbu nak tumpang glamour lagi. sampai official photoG pening tgk gelagat sepupu sepapat pengantin. terlebih excited!

terlebih excited sebab ada pasukan kawad kaki peringkat kebangsaan mengiringi pengantin.

flower girl kena sentiasa dipantau supaya tak terkeluar barisan sebab flower girl pun terlebih excited!

asal pengantin pergi tukar baju je, pelamin sure penuh dengan sepupu sepapat. terlebih excited!

tak kurang juga yang berangan nak bersanding lagi sekali dengan girlfriend tercinta. yang ni takleh cakap terlebih excited kang bini mamat ni, marah. kahhhh...

sepupu sepapat pun dengan sporting menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang untuk menyejukkan cuaca yang sedang panas. tak sanggup gak nak cakap terlebih excited, takut pulak adik aku kenan ke pasangan duet dia.

kembar dukung kembar. uncle nia dan adel yang menahan napas semasa mendukung salah sorg kembar ni. semua orang teruja tgk si kembar yang berumur 4 tahun ni. terlebih excited!

kesimpulannya, dimana ada pengantin, disitu ada sepupu sepapat pengantin. kami memang terlebih excited!

new pizza in town - papa john's

last week masa pergi jusco equine takde lagi restaurant baru kat sini, jumaat lepas, ajak wan teman bayar maxis bill, then ingat nak beli sushi je untuk dinner, sekali tgk dah ada 2 restroan baru bukak kat sini. teruja la jugak, sebabanya kat jusco equine ni ada sikit je pilihan untuk makan. pizza hut, kfc, teppanyaki, kenny rogers dan sushi king.

nak jadi cite, rupannya papa john's ni baru je soft launch pukul 2 petang tu (jumaat). satu lagi restaurant yg baru bukak sebelah dia A&W. sebab tak penah try lagi makan kat papa john's ni, dan sebab kitorg aku pizza lover, kitorg pun dinner la kat situ haritu.

testimoni - ok, ada kelainan dari segi presentation, sos pizza tu sendiri, dan staff dia. masa pizza sampai pekerja dia tanya "would you want me to serve you for the 1st slice?" sebab ada 3 jenis sos. tapi masa tu, meja kitorg lebih huru hara dari biasa, kitorg tak proceed. makan je la ikut style sendiri. next time bole soh diorg serve kan. bole la repeat sebab pizza dia best dan sebab dapat banyak free coupon. harga? sama je dgn pizza dan domino. :)

amik masa sikit nak order. sebab belek satu- satu menu dia

adel mengamuk sebab tak nak duduk kat baby chair.

the view of the restaurant. dapur dia kita bole see through. bole nampak la masa diorg prepare pizza

bukan yang kecik je ngamuk, yang besar pun mengamuk jugak. sebab papa mama amik lambat dan dinner pun lambat. sorry ye anak- anak

masa lalu, dapat pamplet tu, then terus masuk situ lepas tgk pamplet tu. 

sos pizza

amanat dan wasiat papa john's tertera di dinding.

nia makan sup dulu. sedap sup dia sebab isi banyak

combo meal for 2 person.

plate semua konsep segi empat. kenyang suda...

sebelum balik, kami ditermuramah utk memberi pendapat dan mengisi borang

the entrance. bole delivery jugak. tambah lagi satu pilihan ni. hehe.. fyi, papa john's ni baru ada 7 cawangan kat KL dan 1 di melaka. patut la tak bape familiar. tak banyak outlet lagi.

lebih banyak pilihan lepas ni di jusco equine ni :)

asik tunjuk anak sendiri je, tunjuk anak orang lain la pulak

ish, ape je tajuk. tapi tu yang terkeluar dalam kepala ni. sabtu lepas, kitorg sekeluarga melawat newborn aisy' khadeeja. di subang. subang rasa nye. berkonvoi bersama aieza sebab 1st time kerumah ryn. selamat sampai seperti yang dirancang jam 3petang. disusuli dengan nome dan bed sekeluarga.

surprisingly, ada pulak disediakan makan- makan. kebetulan pulak haritu harijadi anak sulung ryn, adam. maka, celebrate la sekali. rasa mcm baru je sambut bday adam ke-2 kan? haritu adam dah 3 tahun dah. dah jadi abang pun!

apa pun, tq to ryn and family diatas kesudian melayan kami walaupun ko baru 3hari beranak, tp macam dah 3 minggu beranak. gila steady. aku dulu masa bersalin adel, siap kena sound dgn mak. ko ni dik, mengempap (read : duduk tak bergerak) je. cuba bawak2 bejalan sikit. kalau tak, camne luka tu nak baik. yang sebetulnya aku ni fobia nak bergerak. banyak sgt kisah2 ngeri jahitan terbuka and so on. nak pulak 1st time bersalin normal. maka, jaga nye lebih disitu. walaupun 4jahitan je. huuhu... 

tu yg jeles tgk mama aisy' dgn adam ni steady je bole sambut kitorg depan pintu lagi. apa pun,  again, thanks to ryn and family. ok, enjoy the pics as usual :)

empunya diri : aisy' khadeeja. maintain tido walaupun rumah riuh. rambut nye lebat. patut la mama nye dulu dah hujung2 kerap ke toilet.

sementara mama menggomol baby aisy', adel dibawah pengawasan papa ye.

camera semua tertumpu kat aisy' haritu. star of the day la katakan. nia dgn adel jelous mama pegang baby lain. sabar ye anak2, lambat lagi korang nak dapat adik.

baru day-3 ni, maintain je. huhuhu... bersalin pun senang. hope aku pun dapat mudah macam ko untuk next delivery ye ryn. ewah.

leesya yang sopan itu, teruja tgk ibu dia pegang baby. apa eh me, masa itu emas ye? kahhhhhhhh....

abang aisy' turns 3 on that day

adam ni pemalu orangnye. being the one and only boy among 6 girls, buat dia kena control macho. heheh.. tgh nyanyi lagu birthday

chocolate cake is our favorite!

shasha and family baru sampai. mama dgn papa shasha rambang mata kat home decor ye. hehhe...

baiknya hana nak mummy suapkan.

kakak shasha yang pandai entertain adel. nia tumpang tgk.

sebab shasha ni kaka sulung dalam keluarga tak leh lupa 2 ayat dari dia satu, masa tgk aisy' dalam playpen dia cakap "mama, nanti sha kecik, sha nak duduk dalam ni ye!" lagi satu masa tunjuk gambar ni kat camera dia cakap "cantikla sha, macam artis!" serious weh, layan tul layan dia besembang. ayat yang keluar dari mulut budak ni, innocent je bunyi kan?

last but not least sebelum balik.

sampai nak balik aisy' tido je. ni mesti bejaga malam ni. nanti kita jumpa lagi ye aisy' and to ryn, take care also :)
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in