Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

duduk rumah dan lepak- lepak

sabtu lepas aktiviti aku hanya dirumah. bermain- main dengan anak- anak, bersantai dengan suami, masak- masak, makan- makan dan operasi melipat baju yang penuh se-queen bed. then petang, aunty noran and uncle hozair nia and adel, datang lepak rumah. syiok ooo bila ada org lain yang sudi babysit anak- anak. i mean didepan mata kita la. bila tgk kat video pengasuh mandikan anak majikan dia dengan cara yang tak bole terima dek akal, mmg hati aku disentap- sentap. sape yang harus dipersalahkan? it is all in our mind set kan. mintak dijauhkan dari anak- anak kita. eh lari dari tajuk, so last saturday sangat seronok dan santai berada dirumah. sangat jarang dapat peluang begini. budak yang dah pandai tak nak share mama dia dengan kakak dia. dulu tak tau apa- apa, sekarang dah makin alert. kena tinggal dalam playpen sebab mama tgh mandikan nia. oh btw, rambut adel dah tak ke atas sebab dah makin panjang. rambut dia wavy. nia dah siap mandi. waiting for aunty noran to arrive.gambar nia versi

Tips ke MAHA 2010

semua sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya pameran MAHA 2010 peringkt antarabangsa. oleh sebab tapak pameran dia belakang rumah aku je, hari- hari pergi keje mesti lalu, maka kitorg pun tak lepaskan peluang kesana. tapi, entry ke sana akan menyusul lepas ni. sebab ianya masih lagi berlangsung, dan aku rasa ramai yang berminat nak pergi, aku nak share tips ke MAHA 2010 base on our own experience yesterday. ok, lihat dibawah mana tau boleh membantu. sebab masih ada seminggu lagi pameran ni. datang seawal mungkin. jangan ingat rumah ko belakang tapak pameran korang bole expect bole dapat parking dengan mudah. kitorg kua pukul 9 lebih pun, hampir sejam dapat parking. eksyen ye, konon belakang rumah je. kahhhhhhh... kitorg keluar dari MAHA, tgk org parking kereta, sejauh- jauh nya pun ada. sanggup ye diorg. pakai kasut yang sesuai. aku tak recommend la korang ber heels mahupun ber wadges. pakai kasut  / sandal yang sesuai untuk korang berjalan jauh, turun naik bukit. sebab aku gua

takde modal & blogging momentum menurun

asal bukak blog ni je, entry yang sama. dari sehari dua, up jadi tiga empat hari. seriously, aku takde modal nak bercerita. mungkin takde benda yang happening terjadi kat diri sendiri. semua nya normal rutin. nak mengarut- ngarut pun dah tak terbuat. family kitorg ok2 aje. semua normal seperti selalunya. harap begitu la hendaknya. cuma tuan blog busy dengan kerja. tu je. nak upload gambar pun tak sempat. bila takde gambar, nak bercerita pun takde mood. masa hanya ada 24jam sehari. kalau dapat 36jam sehari kan best. ish, manusia tak pernah puas. banyak benda kena commit la sekarang ni. nak- nak tahun baru bakal menjelma. dah recall apa jadi tahun ni? was it good or bad? mencapai kpi yang dikehendaki? tak kisah, yang penting, yang baik, kita carry forward. yang tak baik, kita simpan dalam laci, kunci dia campak ke laut. ok, ni je yang terluah. till we meet again on the next entry. daa.... this is the reason why my blogging time has been cut off. nak post entry pakai laptop satu lagi

sepagi di restoran pelita, juru

jumaat lepas kitorg cuti, balik kedah. jenguk mertua. so plan nye, khamis lepas balik kerja, tido dulu. dalam kul 2 pagi gerak la. tapi kalau dah dapat tido, mmg la telajak. dalam kul 3 pagi baru terjaga. mujur la barang dah siap letak dalam kete, siap- siap terus gerak, budak- budak pun sedap tido. tapi, banyak pulak pit stop nye. tido lagi. sudah nye sampai toll juru dah terang benderang. perut pun dah lapa. nia dgn adel pun dah bangun, stop kat mamak pelita breakfast. lama nye tak breakfast kat mamak. eh tipu. lama tak sarapan sekeluarga. sekarang ni, nia suka makan roti telur. so ada la menda dia nak makan kat sini. bole la duduk diam2 tgh kitorg sarapan. aku ni, kalau sarapan kat luar, suka 2 tempat je. kat mamak or mcD. kalau kedai melayu tak bape sangat sebab aku selalu sarapan roti- roti sahaja. teh tarik utk wan, kopi o panas utk aku. wan cakap aku macam org tua suka minum kopi. ye la, nak hilangkan mengantuk. balik rumah bukan bole rest. budak- budak siang, mmg energetic!

bila aku kat rumah...

kitorg balik keje dah malam. so masa dgn anak- anak tu ada la 4 ke 5 jam sahaja sebelum masuk tido. tu pun kalau tido lewat, kalau tido awal, jumpa esok hari je la. apa je yang bole dibuat. banyak benda nak diuruskan. nak mengajar anak tak terajar. maka layan aje apa yg diorg nak buat. disuatu malam jumaat, sewaktu aku nak baca yassin, cam biasa, nia mesti nak duduk kat aku. bila aku baca bismillah, nia pun ikut sama. dan nak jadi terkejut bila nia baca doa makan. oh, besar dah anak aku. tp yg nak sebak tu, bukan mama yang ajar. mungkin dia dgr kat taska bila time makan, ramai2 baca doa makan. alahai, sibuk sgt mama ye, sampai nak ajar anak pun takde masa. ish, tak patut. harus la meningkat usaha mendidik anak- anak ni. harap dipermudahkan semua.. motif entry : gambar kejadian dah ada, maka nak kasi panas enjin kat blog ni, keluarla entry ni. nak upload video, tuan punya blog tak cukup sabar nak tunggu video loading. lepas bagi salam kedua, terus sarjan- sarjan datang menyerbu. yang

tak rasa macam raya pun

sebabnya.. tak jumpa ketupat, rendang, org melapah daging, tak pegi sembahyang raya. 1 je yang terasa raya bila dengar takbir raya kat tv. mujur lah raya haji pada kami tak semeriah raya puasa. kalau tak, bole bergenang kot masa dgr takbir. harini keluar rumah berjumpa doktor sahaja. klinik area seri kembangan semua tutup nampaknye. terus je ke bangi. takkan hospital tutup kan. ke az-zaharah bangi. wan dgn aku demam + selsema. boleh tahan gak la sebab mmg flat then hidung berair- air je. harusla ke klinik segera. ni dapat virus dari adel la ni. hasil dari perjumpaan dgn doktor, wan mengalami selsema belum nak demam. aku lak cam biasa, tonsil. doktor tanya bila mau buang? ish, nanti- nanti la doktor. sekian cuti raya kami. esok kerja ye! aktiviti siang hari. santai- santai saja dirumah. mama sedang transfer barang ke handbag baru. tima kasih maklong nia dgn adel. wan senang hati tgk handbag ni sebab keluasan nye kurang sikit berbanding dgn handbag sebelum ni. senang mau cari barang.

semua nak cerita, tapi...

tapi....cam biasa lah masa membataskan. bila ada banyak sangat story nak share, bila dah klik create new post tu, dia jadi stone je. tak buat apa. end up pegi bukak youtube layan nia nyanyi lagi old mcdonald had a farm, eee aaa eee aaa oooo! kat ofis, nak jenguk blog pun tak sempat. kuli weh, kerja tak habis- habis. maka, jadi la entry pukal seperti dibawah. adel dah boleh duduk dengan sendiri. kalau sebelum ni kita tolong dudukkan. sabtu lepas dia duduk dengan sendiri dari posisi baring. tunggang tebalik progress adel ni. meniarap, menyusur, berdiri then duduk. merangkak pun da mula. and the best part is, adel dah pandai bubye and clap- clap. bila sebut bubye dia pun melambai and bila sebut clap-clap dia pun tepuk tangan. dah besar adel kan. rasa macam dia masih baby- baby je. sabtu lepas kitorg tak kemana- mana. lunch dah habiskan lauk dalam fridge. malam stok dah habis, so kitorg pun call pizza hut. nak rasa pizza with 6 cheeses. sangat sedap! add on RM2 for chicken topping. kala

happy birthday mak!

dulu aku nakal. selalu kena marah dengan mak. bukan takat marah, rotan, getah paip semua penah rasa. nakal kan aku? tapi semua tu nak buat aku jadi 'orang' mak cakap... dulu belajar pun tak bape pandai, nak exam mak la tunggu aku duduk semeja suruh aku baca buku. kalau tak, mmg tido dgn tgk tv je kot. mak cakap, kalau tak belajar, tak kemana ko esok... dulu buat kerja rumah puas kena suruh. dari kecik dah kena buat keje rumah. dajah 6 dah kena masak. mak cakap benda- benda ni takde sape nak ajar esok. esok dah besar tak tau nak buat apa. semua nak harap orang... aku bukan pandai, tak pernah terfikir pun akan masuk universiti. perangai lagi la. dah tu pulak kuat melawan. apa yang aku nak semua nak mak tunaikan. masa tu, tak fikir susah senang mak. apa yang nak, semua mintak. tapi bila dah jadi mak, baru la rasa apa mak rasa. dari nak mengeluarkan kita mak dah rasa sakit nya. sampai la kebesar.  apa yang mak aku buat dulu takkan aku lupa. buat aku jadi insan berguna. kalau ta

kenduri di seri al-faizin

cuti deepavali haritu, kami pulang ke kedah dulu tgk mak mertua aku then ke perak pulak sebab sabtu nya ada kenduri tahlil dan bacaan yasin sempena 40 hari pemergian arwah atuk,  adik- adik aku nak exam dan mendoakan kesihatan mak mertua aku. seawal pagi, semua dah disiapkan dan tetamu mula datang jam 10 pagi. bacaan yasin dan doa tahlil pada jam 11 pagi dan disusuli dengan makan tengah hari. alhamdulillah cuaca menyebelahi kami melancarkan majlis. tetamu yang dijemput turut hadir. adik beradik ayah aku dari Kajang pun turun ke perak sekali. adik- beradik aku pun semua ada. adik beradik mak wajibla ada kan. seronok bila semua berkumpul. semoga niat dan doa pada majlis tempoh hari mendapat keberkatan dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. amin... permulaan pagi yang baik. cuaca cerah. yg lelaki bertugas dibawah kemah. kenduri tahlil maka nia pun bertudung. tudung mama yang maklong nak pinjam tapi nia tak bagi. apa2 pun kena uruskan anak2 dulu sebelum tetamu datang. adel tgh breakfast.