sunday : back to normal routine

bila dah habis bulan puasa dan raya ni, ahad lepas kembali kepada rutin asal. keluar rumah, bawak budak- budak gi jalan- jalan, beli barang dapur dan makan kat luar. sebab takde program kitorg pun keluar ber-leisure on sunday.

asalnya nak ke leisure mall cheras, nak ke maxis terminate broadband. sebelum tu singgah jj equine dihati makan pizza. bulan puasa langsung tak dpt makan. kempunan ni. huhu... bila tgh makan, tgk hujan lebat yg amat kat luar. so pusing- pusing dalam tu gi maxis center kat siru tanya bukak tak maxis center kat leisure mall tuh. sekali tak bukak. mujur tanya dulu. kalau tak, pegi sia- sia jek.

maka, pusing- pusing dalam tu je. nmpk ada kedai p1 wimax. menarek la pakej dia. terus decide nak register. kalau balik rumah try dan tak ok, bole return dalam masa 7 hari. so kitorg decide nak try lah. lepas tu pegi beli barang dapur. gitu gini, malam gak sampai rumah. macam bejalan jauh je. padahal sekangkang semut je. 

ingatkan ber-shawl tak mau tanggal dah. masuk je kete, kepanasan gak nya, terus nak bukak..

terus tuju ke pizza hut. nia yang tak mau pakai bip sedang makan garlic bread cicah sup kegemarannya. 

adel lak tgh lentok sambil minum susu

aku nye dish lak sampai. spaghetti. 

kalau korang nak tau, wan kureng dgn pizza hut. sebab takde kambing kot. so dia order lah nasi. sebaliknya dgn bini dia, kalau tnaya nak makan apa, mesti nak makan pizza hut. kan long kan? :D

pizza super supreme. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas... kan?

beginilah rupa bila dah anak 2 ye. glamour seketika...adel yg nak bedukung pulak. niapulak nak suap adel. ish2...

dah janji dgn nia mau bawak dia naik ni. dah pandai mintak naik ni ye..

dah naik moto, nak naik scooter lak. comel jek scooter ni kan?

sedang mendengar instruction pasal wimax. tapikan, aku dah terminate sebab tak de coverage. hahaha..

sedang lepak di bench sambil minum float. pusing- pusing sini pun penat. handle sarjan hasan dan sarjan husin bak kata papa diorg.

nia punya senjata.. kalau dia muncung gini, mmg luluh la jantung papa dia. nak marah terus tak jadi marah. 

8 syawal 1431H - cerita raya bersambung...

tahun ni syawal terasa pendek bagi aku. begitu jugak dgn Ramadhan. pejam celik kan. dunia akhir zaman kan. masa akan terasa pantas sangat berlalu. bila raya terasa pendek, maka, banyak benda yang plan tak dpt nak buat. takpelah, mana yang sempat kan. 

nak meneruskan cerita raya ni. jumaat 8 syawal, wan sepatutnya bekerja end up tak gi kerja sebab keletihan yang amat lepas beraya marathon tuh. tapi, kitorg yang jenis takleh dok rumah saja ni, kelaur la jugak. siang sebelum solat jumaat ke bank masukkan duit raya nia dgn adel. 

malam pulak ke bandar tun hussein onn memenuhi undangan rumah terbuka pakcik aku (adik ayah). satu rumah je pun tapi sebab lepak lama chit chatting and gossiping, menyebabkan kitorg sampai ke rumah kul 1 pagi. sgt enjoy jumpa sedara mara ni.

on the 1st week of raya, my kids earned RM1,400.00! dasyat la kutipan budak- budak sekarang kan? so kitorg decide tak nak tunggu sampai hujung Syawal. terus ke bank masukkan duit dalam akaun diorg.

sebelum ke rumah pakcik aman kitorg tu, singgah jusco jap beli barang. beli ape eh sampai amik troli ni. tak ingat dah aku..

kitorg sampai kul 9. ramai yang dah sampai. di gambar, paklang, cousin aku iwan, hozair bersama isteri k.yan..

menu haritu, chicken rice shop dan spaghetti. chicken rice shop mmg la kegemaran kitorg kan. so makan dengan jayanya.

and for the dessert, pelbagai kek dari coffebean. mantap!

sambil bersembang, sambil promo apa yg patut. yang baik, haruslah dikongsi bersama ye tak? berminat? let me know ye! bukan aku yg jual ni. tuan umah, makcik ezan yang business.

adel dgn nia haritu kureng sikit. 2-2 nk kat mama. L-R maksu, k.yan dgn angah fidah..

jam dah nak pukul 12, tp memasing rileks je bersembang- sembang. sebab esokkan sabtu so takde hal nak lepak lama.

time ni nia dgn adel dah lena tido sampai la balik rumah... thank to pakcik aman and makcik ezan sebab bagi nia dgn adel duit raya lagi. semalam tu dah dtg, dpt jugak. harini dpt lagi. rejeki...

berita terkini

salam. lamanya tak blogging. apa jadi cerita raya aku eh? semua tertangguh dek netbook aku yang dah nazak jumaat lepas. dikala aku sedang berskype sambil membuat kerja sambil minum setin milo. tiba-tiba datang boss ke bilik aku. dek terkujat agaknya, aku tersiku tin milo dan habis separuh keyboard aku kena milo. akibatnya, keypad aku sudah bengong- bengong. mmg tak boleh pakai dah. benda nak jadi kan. tgk la japgi sempat hantar repair ke tak. nak hantar pun takde hati sebab mcm takde harapan je.

bila lappy dah takde, nak duduk kat kerusi mengadap desktop kat rumah amatlah malas. sebab mmg takkan jadi kerja. nia yang conquer. maka terbataslah segala aktiviti. memburukkan keadaan lagi maxis berukband buat hal. puchong area dgn seri kembangan area ade coverage problem. ish nyampah tul la. nak register streamyx rumah kena register fix line. leceh la sebab rumah sewakan.

selain itu, kami sekeluarga tengah risau kan keadaan atuk kami dikampung. pagi semalam atuk tak sedarkan diri. berada dalam keadaan hampir nazak. mujur segera dibawa ke hospital. organ dalaman atuk kami perlahan- lahan sudah mula tidak berfungsi. mohon dipermudahkan segalanya. amin...

lain- lain akan diupdate kemudian. nak sambung cite raya ke tak eh? ke korang dah tak larat nak baca dgn tgk gmbr? :)

besar halangan nak pakai desktop... "tepi aa mama....." ish..

atuk bersama opah dan anak- anak perempuan nya dipagi raya. berita terkini : atuk stabil tapi sangat lemah

teaser on last weekend activity. semasa aku sedang bersiap nak pakai tudung..."mama, tudung, cantik" (read : mama, amik tudung ni pakai, cantik.). lepas tu "nia, tudung cantik" (mama, nia nak pakai tudung ni. cantik). maka bertudung la anak dara aku sorang ni. masa nak keluar rumah tu, wan bukak tudung dia, mengamuk sakan, pakai kan balik. tapi bila masuk kete udahlah panas. terus bukak. ish...macam- macam nia ni..

7 Syawal 1431H - raya marathon

entry Syawal bersambung lagi. sebelum tu semua entry Syawal dah siap sampai current date. hanya menunggu utk di publish. ye la, kot boss aku baca blog aku ni, aku idak la sempat nak update blog kat office skang ni sebab keje beduyun. smlm siap kena marah sebab keja lambat siap. itu bukan sebab berblogging ye boss. due to sebab lain yg hanya org tertentu je tau. 

ok, back in action di pagi 8 Syawal bersamaan dgn Malaysia Day. maka, semua org harus la cuti. so seronok la bila rumah yg kami ziarah tu ada org dirumah. mungkin diorg amik kesempatan nak berehat dirumah. kitorg lak amik kesempatan menziarah. ye la, family aku ni susah nak get together kecuali time raya ni. so, 7 Syawal kami sempat beraya di rumah berikut. tu pun ada lagi rumah yg tak sempat nak cover.
  1. 10 a.m - ke taman universiti sebelah taman umah aku je rumah pakcik jamal (adik ayah). pakcik jamal aku ni suka buli aku. masa jumpa dia leh cakap "dik, no.3 tu dah bape bulan?" bole? ater, 2 tahun raya mengandung kan.sabajela...
  2. 11 a.m - ke serdang rumah nenek tiri kitorg. tahun ni nenek terpilih untuk menunaikan haji. moga semua nya selamat ye nek.
  3. 12 p.m - ke cheras jaya (taman rumah lama kami) beraya rumah makngah (kakak ayah) pulak. nia dgn adel bukan takat dapat duit raya. tapi dapat A&W ball pakngah bagi.
  4. 1 p.m - ke sg sekamat, kajang menziarah kubur arwah atuk, nenek dan maklong (kakak ayah). al-fatihah...
  5. 2 p.m - ke taman mesra, kajang beraya rumah paklong. it happen kitorg sampai diorg tgh masak utk lunch, so kitorg lunch kat sini. thanks angah fidah!
  6. 3 p.m - ke rumah arwah atuk kat kajang beraya situ then jumpa makcik siah (kakak ayah)
  7. 4 p.m - ke bangi beraya rumah paklang (abang ayah). kat rumah paklang ni la, kete wan tergeser kat bangku simen tepi gate rumah tu. no komen, bukan saya yg bawak ye bang! :D
  8. 5 p.m - ke beranang pulak rumah pakcik poji (adik ayah). kat sini aku mandikan adel dgn nia and tukar baju diorg.
  9. 7.30 pm - ke bandar tun hussin onn beraya rumah pakcik aman (adik ayah aku). esok nya diorg buat open house. aku dtg lagi ye. hehehe..
  10. 10 pm - rumah terakhir kami beraya di taman greenwood gombak. ke rumah ucu e (adik mak). time ni semua dah tak larat sangat. tapi mee kari yang maksu hidang buat kitorg segar balik. thanks mak su!
so, korang bole imagine betapa hectic nya kitorg dan budak- budak. tambah pulak family aku terus balik ke perak sebab mak aku sekolah besok nya. wan pun keje esok nya (jumaat). kitorg sampai rumah pukul 1. sampai pulak nia menangis. sebab ganggu dia tido kan. dah tu bila nangis, sampai muntah. kemain banyak lak tu. habis keluar semua makanan. 

haritu dia dah sihat sepenuhnya. so selera makan kembali. makan pun macam- maca. yang keluar balik pun macam- macam. gitu gini kul 2 baru masuk tido. family aku lak sampai perak kul 3 pagi. tu pun ada lagi rumah yg tak cover tau. what a day!

nia bila balik rumah sendiri ceria kembali. dia pulak buli atuk dia. ish2! ni sebelum keluar rumah.

ni baru sampai rumah pakcik jamal. teka adel tgh buat apa? adel tgh berak! baru 1 rumah udah selamat...

nia yang agak jakun bila jumpa tangga. so kena ada org monitor. maklong nia tgh tunggu nia. ye la, rumah nia ada je tangga. tapi tangga kat luar rumah. hehehe..

then we had b'fast at little perak. ewah, sendiri bagi nama. sebab kalau nak rasa berada di negeri perak. kat sini la ye. owner dia asal perak. then org yg datang pun mostly org perak. ater panggil teman pun yong. ape kehey nye? hehehe..

owner kedai yang pegang nia tu bagi nia dgn adel duit raya lak. tanda, sila la dtg kedai sy lagi! 

nenek tiri kami. masih muda. tapi nampak tak bape sihat. harap nenek baik2 je especially nak mengerjakan haji nanti.

 ondway ke rumah makngah pulak. adik aku yg bertindak sebagai wartawan membuat liputan. runsing aku, semua benda nak disnap.

kami dirumah makngah kami. time ni aku kena dok bawah kipas sebab adel dah ngamuk nak tido. nia yang dah tau mana nak cari kuih raya. sabajela...

lepas ke rumah mak ngah, kami ke kubur, lepas tu ke rumah paklong pulak. kat sini dha macam nursery sebab meriah dgn cucu- cucu paklong..

lepas tu ke rumah arwah atuk pulak. setiap rumah, menjamu, maka bertambah kilo2 kitorg.

lepas tu ke bangi rumah paklang pulak. nia haritu nye energy sangat la tinggi. seronok je dia pegi semua rumah.

ni mmg dah mula terasa letih dah. kalau wan penat drive, aku lak penat handle nia dgn adel.

abang dan adik is catching up..

dari bangi, bergerak pulak ke beranang. rumah pakcik aku. time ni nia dgn adel dah fresh balik la dah mandikan diorg.

bergambar bersama sebelum balik..

masa berenti solat kat petronas, wan belek2 la babun biru dia yg kena geser itu. hehehee...

lepas tu ke rumah pakcik aman lak. sama le scene ye, abang dan adik bersembang2..

umah pakcik aman tahun ni, decor kemain lagi. thanks bagi kitorg makan sate, esok kitorg dtg lagi ye!

akhir sekali masuk kl lak, ke gombak umah ucu e. mujur jugak tak jem, kalau jem, mmg aku patah balik kot.

our supper. mee kari nyum- nyum. kitorg mintak diri awal sebab budak2 dah mengamuk.

8 Syawal yang santai akan menyusul...

6 Syawal 1431H : birthday celebration & beraya ke Kajang

6 Syawal, pagi- pagi dah hiruk pikuk rumah sebab nak bersiap nak beraya ke Kajang pulak. ayah aku asal usul nya orang Kajang. tu yang kitorg membesar kat Kajang. lepas aku habis sekolah baru pindah perak. atuk dgn nenek aku kat kajang dah meninggal. so rumah arwah atuk, makcik aku yang duduk. semua adik beradik ayah aku masih di area kajang. so beraya ke rumah adik beradik ayah aku la. dan menziarah kubur arwah atuk, nenek dan maklong aku.

kalau dah ramai- ramai, plan nak keluar pukul 10 drag jadi pukul 12. biasala tuh.  tambah pulak hujan lebat pagi tu. sebelum tu, kitorg buat bacaan doa sempena meraikan birthday akak aku pada 10/9, birthday aku 7/9 dan birthday nia pada 5 Syawal. ikut date Islam la pulak. sebab da beli kek so buat la bacaan doa sikit. dah pakai cantik2 kan. lepas tu kek simpan balik dalam fridge terus kami bergerak. kali ni kami ikut jalan dalam sebab nak ke kuala selangor.

maka, 6 Syawal tu kami sempat beraya ke :
  1. 12pm - ke seri iskandar dulu beraya rumah opah sedara (abang opah) kitorg. biasa pegi 1st raya tapi tak sempat.
  2. 5pm - baru sampai kuala selangor rumah ayahyang (abang mak aku). melawat sekali cousin aku yang baru deliver tp baby meninggal dalam perut tu. secara fizikal nya dia cepat recover dengan condition dia yg kena jahit banyak dan uri lekat tu. sebab aku ada bagi sebotol pil ikan haruan. berkesan kot. masa aku dulu pun sama. tapi mentally masih belum pulih lagi sampai sekarang. masih terkesan lagi. kat sini aku mandikan nia dgn adel dan tukar baju diorg. makan sate. yum2!
  3. 7 pm - ke meru pulak rumah paktam (adik mak aku). maghrib dan ada yg mandi kat sini. sebab bagitau adhoc je, maktam masak mihun goreng. kalau bagitau awal, mesti dia masak best2.
  4. 9 pm - ke batu3 shah alam lak umah uda (adik mak aku). aunty masak mihun goreng gak. mihun goreng back to back. time ni memasing dah lemau sgt. tp belum berkahir ye.
  5. 11pm - ke puchong rumah terakhir utk haritu, rumah maksu (adik ayah aku). tiap- tiap tahun mmg kitorg sampai rumah maksu around this time. dan diorg pun dah biasa. walaupun dah lewat dijamu jugak dgn bihun tomyam. back to back bihun. tp kitorg makan macam tak pegi rumah org lain. hehe.. makan selagi boleh. time ni, nia dgn adel dah selamat lena.
kitorg selamat sampai kat rumah aku pukul 12 lebih. terus pengsan masing2 lepas bersihkan diri. esoknya banyak lagi rumah nak beraya....

nape la semua org suka buli saya ni.... adel yang baru bangun tido sebelum dimandikan

the birthday cake. saya adalah kak ngah ye

its our birthday. ye, aku yg nampak macam kak long ye. banyak faktor ye, faktor utama dah beranak 2. :D

sekeluarga. nia time ni dah lena..

oh, opah dengan maklong tak bagi duit raya lagi. adel salam opah bagi duit raya

nak amik gmbr punya pasal, yang tido pun kena dera. tapi tak tahan aku tgk nia maintain tido je time opah dgn atuk dia bagi duit raya. hahahahah...

tetiba mak dgn ayah aku tahun ni bagi hadiah. selalu dah tua- tua ni celebrate gitu je. dapat telekung. thanks mak and ayah!

opah we namanya. rumah pertama yang kami pergi. dulu tak sihat sekarang dah ok..

kemudian kami meneruskan perjalanan ke kl. ikut jalan dalam. toll free. tapi jalan selorong je. maka, atas dasar ketidaksabaran manusia, terjadi nya accident teruk ni. dan jalan pun jem. kete nissan berlanggar dgn lori besar.

singgah solat di teluk intan.then singgah late lunch kat tanjung karang. sebelum pergi ke rumah ayah yang. ada playground, bawak budak2 main sini.

musim raya nak cari kedai makan pun susah. makan kat gerai ni yang hanya boleh order nasi putih lauk paprik sahaja. maka, 10 orang makan menu yang sama. tpai sebab dah lapar, redha aje.

selamat sampai di kuala selangor. nak kenal ayah kepada arwah baby tu, yang sebelah wan yang dukung adel tu. 3 minggu dia amik cuti nak menjaga isterinya..

time ni baru lepas mandikan nia. aku lak tgh mandikan adel. nia yang tgh khusyuk tgk upin dan ipin. cousin aku tu dibalik langsir tu tengah mengurut. 

menu kat sini, sate! sate dia sangat sedap. sama level dgn sate samuri. kitorg makan tanpa henti.

papa yang sedang merehatkan badan. kalau nak ajak laki aku berjalan dia on je, dengan syarat, perut tak lapar, then tau jalan nak tuju ke tempat tu. insyaAllah kemana je dia ikut.

opah yang bersama cucu nya. ni la makyang kitorg. adel cam biasa, org dukung mesti merengek.

lepas tu ke meru la pulak. ni kat rumah paktam kitorg. makan lagi!

time ni budak be-2 ni buat perangai. dua2 nak mama dukung. org tgk pun runsing.

bergambar bersama paktam sebelum bergerak ke rumah seterusnya

dari meru ke batu3 shah alam ke rumah uda kitorg lak. adel time ni segar bugar lagi.

nia pulak da selamat tido..sian dia kepenatan..

dari shah alam ke rumah terakhir rumah maksu. time ni 2-2 dah selamat tido. 

walau pun dah lewat malam, makanan masih panas2 lagi. kitorg ni badan je penat. tp time makan laju je. mihun tomyam dan dish raya

dulu masa aku bujang, kalau kitorg beraya kat kl, kitorg tido umah maksu ni. tpai since aku kawen, transit kat rumah aku pulak lah. tu yg selalu jadi rumah last beraya.

paksu dan maksu kitorg. tgh main- main dengan cucunya adel. nia angkat dia pun maintain tido. pukul 12 lebih, kitorg mintak diri. sekian raya ke-6. bed, baju yg adel pakai siang tu, baju yang ko bagi dia. :D

6 Syawal - 5 rumah dikunjungi, entry 7 Syawal - 8 rumah kami ziarah!
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in