Sweet Cute Baby Smile Contest





1) terbuka kepada semua blogger 

2) buat satu entry bertajuk "Sweet Cute Baby Smile Contest". tajuk lain tak diterima okeh...

3) letakkan kedua-dua banner di atas pada entry korang tu.dan letakkan juga kedua banner di atas pada sidebar korang sepanjang contest nie berlangsung.

4) add blog intankuterpilih dan Baby Ku Cute Collections di dalam bloglist/blogroll korang dan wajib menjadi follower bagi kedua-dua blog nie...

5) upload sekeping gambar simanja... tak kesahla gambar anak ker, anak sedara ker, adek ker... boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger, tapi bukan simanja yang sama.dan sekeping gambar untuk satu entry.

6) make sure gambar tu menunjukkan si manja tengah tersenyum memandang kamera...diulang yea, tersenyum memandang kamera...taknak pandang lain selain kamera...gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio.

7) simanja hendaklah berusia 0 hingga 3 tahun.

8) di bawah gambar tersebut hendaklah disertakan NAMA SI MANJA, UMUR SI MANJA dan NAMA IBU.

9) pada entry tersebut, jangan lupa mention sekali blog intankuterpilih dan tolong promote Baby Ku Cute Collections beserta  link back sekali key... hehehe...

10) bila dah confirm complete semua syarat di atas, sila tinggalkan link korang di ruangan komen entry nie...

senang kan syarat-syaratnya..??ala macam biasa gak yang korang selalu join contest tu...
2 orang pemenang sahaja akan dipilih, seorang dari kategori boboy, dan seorang dari kategori gegerl...
hadiah adalah berupa duit raya untuk si manja bernilai RM50 setiap seorang... 

aku akan lantik 2 orang juri profesional untuk mengadili contest nie...dan juri tersebut bukan dari kalangan blogger.

tarikh tutup pada 31 Julai 2010. 
dan pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.

NAMA : RIHANA ADELIA BINTI MUHAMAD RIDZUAN
UMUR : 5 BULAN
NAMA IBU : ALYYANI ANUAR

MALAS

harini aku malas. jangan ditanya kenapa. malas nak bersosial. cuma buat kerja je harini. sebab aku banyak makan 'dadah' kot minggu ni. so ada rasa lemau sikit. aku dah sihat? ok la, tak la seteruk 2 hari lepas. tapi masih 'on drugs' lagi. wan ok? masih belum ok jugak lagi. masih dikuarantin tido dibilik lain. anak- anak ok? ok je. tgk gmbr diorg la eh sebagai penyeri entry ni. oh, esok dapat cuti, sepatutnya malam ni kena balik kedah sebab ada hal. tapi hal itu telah tak jadi pulak. bole la proceed dgn hal asal. so, nak cuti ke nak kerja esok eh? ok, sekian...

peace versi nia. abaikan rambut dia tu. gmbr hari isnin malam

adel teman mama lipat kain hari ahad

kami laki bini sakit

selalu kat blog aku ni cerita pasal anak- anak tak sihat kan. tapi kali ni, turn mama dgn papa diorg lak sakit. aku kalau dah sakit mmg la rasa tak selesa. ye la, sakit- sakit kita pun anak tetap kena diuruskan. diorg bukan faham pun kita sakit ke tak kan. kalau besar nia dgn adel tu la kan. 

dari semalam aku dah rasa seram sejuk. tetiba wan lak sms cakap dia nak singgah klinik sebab demam. sama dengan la bini dia ni. aku bertahan kat ofis dengan 2 biji actifast (as usual). balik kerja terus wan bawak aku gi klinik nak amik ubat sebab aku dah rasa lembik sangat dah.

i thought i was having fever. seperti selalunya. bila doktor cek tekak, tonsil aku membengkak. so it's not fever. virus yang tonsil aku bagi ni buat badan aku sakit. simptom macam demam tapi suhu badan normal. aku cite kat doktor yang setiap bulan mesti rasa gini. ingatkan demam biasa. doktor cakap tonsil ni kalau dia dah ada, dia tak duduk saja. mesti nak kacau antibodi badan kita. hai, sabajela kan. so doktor advise soh amik vitamin C yang high dose utk elakkan aku selalu sangat sakit. belum masa nak remove lagi. 

yang wan mmg confirm la demam. pakej sekali batuk dgn selsema. maka kitorg diarahkan memakai mask bila dekat dengan anak- anak. aku lagi extreme sikit. terus suruh wan tido luar. sebab dia nya virus tu lagi bahaya kot. kitorg berdua dapat MC hari ni. tapi aku kan pekerja cemerlang. hahaha.. masuk gak ofis dengan ber sweater dan berstokin. 

masa ni aku tgh jumpa doktor. tu kat screen tv tuh, tak panggil2 dah skang. tgk nama appear terus la masuk. masuk je, confident je cakap yang demam. tgk suhu badan normal je. sekali tonsil lagi. dulu penah dapat refer letter kat hospital masa pregnantkan adel utk remove tonsil ni. gi hospital lak. doktor pakar lak cakap belum bole remove lagi. tah ape- apa je. aku gak yg suffer.

dapat MC sehari harini. baik hati lak doktor bagi MC. tak mintak pun. sebab tgk aku lemau je kot semalam. harini rasa seram sejuk lagi tapi takde la sampai tak leh bangun.

note : beza nya lelaki dengan perempuan kalau sakit ni, perempuan masih kuat lagi nak uruskan rumah dengan anak- anak macam biasa, tapi kalau lelaki yang sakit, mak oi, lemau dia, macam org dalam pantang pun ye gak. tak dapat MC pun mintak gak MC. hahahah... tu pasal la Allah bagi kaum hawa untuk beranak. kalau la lelaki kena beranak, ape jadi eh? 

note 2 : nia dengan adel dalam keadaan sihat seperti biasa. takpelah, bia la kitorg yang sakit, jangan anak- anak yang sakit kan.

nia and her favorite cloth

sejak akhir- akhir ni nia dah pandai nak pilih pakai baju apa. start bila eh? last 2 weeks yang kitorg nak pegi bawak adel untuk injection 5 bulan tu. sebab adel aku pakai kan seluar putih, aku amik la jeans putih jugak untuk nia. naluri nak kasi sedondon tu mmg takleh lari la. ingatkan takde jadi gitu, mcm tu jugak aku ni. hehehe..

tapi, bole nia kata nanak..nanak. .maknanye dia tak mau pakai bila aku nak sarungkan seluar. kebetulan masa tu tgh pakai kan dia seluar tu kat depan wardrobe dia yang tengah terbukak. sekali dia amik skirt poney dia. ewah, dah pandai memilih rupanya. dah tak match dgn adel haritu. then nampak dia ni suka ber-skirt banding dengan ber-seluar. 

kalau duduk rumah pulak, nia sekarang suka pakai baju dgn seluar ni. dari start beli, asal basuh je mesti nak pakai balik baju dengan seluar ni kalau dia nampak. tak dan lipat dia dah amik. bila dah pakai cakap cantik..cantik.. ish, tak malu tul anak mama ni puji diri sendiri.

ni masa 1st time nia pakai baju dengan seluar ni. aku pun berkenan design dgn color dia. colorful nampak ceria.

ni ahad lepas masa aku tengah nak lipat baju, dia nampak baju ni, dia nak pakai baju ni. 

aktiviti hari ahad, nia main tolak adel dalam walker. adel dah bole dok dalam walker. tanda anak anda bole duduk dalam walker - bila badan dgn kepala dia dah stable, dan kaki mesti bole jejak lantai. tak leh hanging ye.

berbalik kepada tajuk entry, ni la baju kegemaran nia ye. time ni, nia tgh nak bawak adel pegi kat mama yang tgh lipat kain dalam bilik.

ni lagi satu baju favorite nia. kalau dia dapat pakai, mmg sengih sampai ke telinga lepas tu cakap diri sendiri cantik..cantik..

kira yang aku perasan 2 ni la baju yang dah basuh, tak dan lipat, mesti pakai balik. macam- macam dah nia ni. dah makin besar anak mama sorang ni...

home alone with the kids on saturday

menjelang sabtu lepas aku agak suspen memandangkan aku sorang diri je kat rumah dgn nia & adel. kalau sejam 2 bole kugagah jugak, tapi hampir kepetang baru la papa diorg balik. ofis wan ade karnival sukan kat UNITEN, bangi. mujur jugak dekat je. kalau jadi apa- apa senang nak balik.

sejak ade adel ni, aku rasa nak handle sorang diri agak susah, bukan agak, memang susah pada aku. kalau setakat papa diorg nak gi basuh kete ke, gi kedai beli susu ke, ok lagi. dan biasanya wan mesti bawak nia. tak kan biakan aku sorang- sorang dengan anak- anak. 

kul 7 pagi wan dah keluar rumah sebab sebagai AJK, kena ada kat situ awal. event start pukul 7.30 pagi. seawal tu jugak la aku dgn anak- anak bangun. nak jadi cerita, dengan aku sorang diri yang handle, sampai papa diorg balik la budak- budak ni tak tido- tido. except for nia yang tido kejap pukul 3.00. tu pun wan balik kul 4 lebih.

sudahnya, satu kerja pun tak dapat nak buat. angkat punggung sikit, yang ni nak ini, yg itu nak itu. yang ni berak, yang tu pulak berak. yang ni nak makan, yg tu jugak nak makan. yang ni nak susu, yang tu nak susu. mmg huru hara dan kepenatan la aku ni. asyik tgk jam je bila la wan nak balik ni. 

setakat ni kalau wan outstation pun dia masih balik hari sebab paling jauh pun ke pahang je. tak dapat bayangkan kalau kena outstation lama-lama. kena la aku request maid lak. aci tak? akan difikirkan. but, alone with the kids was really a big challenge for me. 

mmg banyak kali la terlepas laku kat nia. sian ke nia. sorry nia.  mama bukan marah nia, tapi mama geram bila nia nyaris nak pijak muka adel, bila nia asyik nak tepuk muka adel, bila nia tumpahkan air kat comforter, bila nia masukkan spagetthi dalam cawan yg nia nak minum, bila nia panjat box mainan. haish, i know you wanted to explore things. tapi mama ni tak cukup sabar sebenarnye. mama kana cuba up kan lagi kesabaran mama ye. insyaAllah...

tapi mama rasa sejuk hati sikit bila nia bole tolong mama masukkan pampers kotor kat dustbin, bole masukkn baju kotor kat dalam bakul, bila nia pandai breakfast dgn lunch sendiri tanpa mama perlu assist, bila nia tak sepahkan mainan, bila nia concern bila adel nangis sambil suruh adel diam..diam..bila nia pandai main sendiri, bila nia pandai tgk favorite cartoon sendiri. 

pagi lepas je papa keluar rumah. 

ni pun ada hati nak main. skang tak leh tgk mama dia. kalau tgk mesti merengek- rengek mintak diangkat. mmg tak leh rest la.

she's thinking outside the box. sabajela. maknanya ape ni? papa, nia nak slide dalam rumah 1!

gambar lepas insiden nia terletak kaki kat muka adel. tak tau la sengaja ke tak. dan tak tau apa yang digeram nye. mujur aku aku depan tu. kalau tak, tak tau la..

ni tgh main tepuk amai- amai dgn adel. yang jadi letih nya bila nia suruh mama nyanyi ulang- ulang sampai kering tekak mama. papa suruh rekod je lepas tu play je bila nia suruh nyanyi. bukan tepuk amai- amai je. lagu i love u barney tuh, lepas tu lagu ibu, engkaulah ratu hatiku tu. tu la, dia suruh ulang banyak kali.

mama tau nia sayang sangat kat adel cuma cara nia tu kadang- kadang menyakitkan adel. adel skang ni kalau nampak nia datang je dia dah nangis2. takut dah. heheh.. kalau dia kiss adel pun sampai lepek la pipi adel tuh.

nk blogging or online jauh sekali. sambil- sambil je la.

lunch pun delivery je. aku tak terror la nak masak sambil nak handle 2 orang anak ni. huhu.. alasan ke eh? tp betul la. 

dalam kul 4 lebih tu, baru la papa diorg balik. lega gila aku.

malam, lega dah mama sebab bole tersengih macam adel ni. tapi sebelum tu member2 wan ajak dia gi jamming pulak. ish, time la pulak kan. mujur la member penat baru lepas bersukan, nak ketuk drum pun tak larat kot. maka, tak jadi la papa diorg keluar.

motif entry : anak baru 2, bila sorang je kena handle rasa kelam kelibut. semua keje tak jadi. tak saba nak tunggu anak- anak besar. baru la bole coordinate. aku admit, aku tak cekap lagi dalam nak handle semua ni. or energy aku tak cukup ke. sabar aku pun tak cukup tinggi lagi sebenarnye. 

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan.

mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.  

just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bukan kat keluarga je, kat orang luar pun macam tu. ish, sedih la. enjoy!


 sila abaikan nama nia yang tersilap itu. RANIA ESAH ye. hahahaha... masa tgk ni, dalam sedih boleh aku gelak sakan. awat la pegi ESAH. elok2 aku dgn wan letak nama yg vogue AYESHA. pegi ke ESAH pulak. terbantut mode sedih jap. heheh..
 
kalau cikgu- cikgu especially pengetua dgn guru besar nak bersara kan diorg buat majlis persaraan kan. sama la dengan sekolah ayah aku ni.
 
mak aku cakap, masa ni semua dah berjujuran air mata dah. ayah aku, kalau dah bagi ucapan tu, mesti buat drama swasta. ade je ayat- ayat sedih yang menyentuh hati. 
 
dah macam majlis bersanding je. heheh.. ayah tengah potong pulut.
 
  lepas tu sessi penyampaian hadiah pulak.

murid sekolah pun tak ketinggalan nak sampaikan hadiah. ko nangis ke dik? akak pun rasa nak nangis gak ni.

sebagai tanda peringatan dan penghargaan, surau yang baru dibina kat sekolah ayah aku ni, dinamakan sempena nama ayah aku; surau AL-ANUAR. ni ayah aku tgh merasmikan.

lepas tu, macam biasa mesti kena arak sekeliling sekolah. time ni sure ayah aku tengah nangis ni. tgk budak pegang bunga manggar tuh dah kesat air mata. ish, kalau la kitorg ada kat majlis tu kan. 

close up sikit. melambai- lambai kepada semua warga sekolah, majlis pengetua dan guru besar dan penduduk kawasan ayer tawar.

ni menarik perhatian aku. org azankan ek? baru tau. macam nak pegi Mekah pulak kan.

sebelum bersurai, semua mengucapkan selamat bersara kepada boss yang amat mereka sayangi.

"SEMOGA AYAH DIPANJANGKAN UMUR DIBERI KESIHATAN YANG BAIK, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SENTIASA DILINDUNGI ALLAH S.W.T. KAMI SAYANG AYAH!"

adel kami dah 5 bulan

pejam celik kan, masa cepat berlalu. adel dah pun 5 bulan. sampai entry ni ditulis, adel dah pun 5 bulan seminggu. alhamdulillah, selain dari serangan selsema dan batuk yang kerap menyerang adel, perkembangan adel sama seperti anak- anak normal yang lain. cuma dek selsema & batuk yang selalu adel kena, badan adel dah susut sikit. takpelah, asalkan aktif mcm biasa, aku dah gembira, 

ahad lepas, dah bawak adel untuk 5 bulan punya imunisasi. kali ni lebih mencabar sikit sebab dia dah pandai tgk surrounding. yang paling kena jaga tangan dia. tangan dia begitu tangkas mencapai apa saja. mujur mama pakai shawl sebab hobi dia gigit shawl mama lepas tu tarik- tarik. 

berat adel 6.7kg. panjang 65cm. ukur lilit kepala 43cm. dah boleh bergolek- golek dgn jayanya. kalau tak dibina kubu bak kata kak mas, mmg bole terlepas jauh. skang kena extra careful la. sebab makin laju menyusur sana sini. pernah terlepas bawah meja, pernah terlepas bawah kerusi. sabajela.

minggu lepas jugak, masa genap adel 5 bulan kan, aku dapati adel makin kuat menyusu. siang je 6 botol, 120ml susu dia minum. so, kitorg decide its time for her to eat. so adel dah mula makan solid food. belum sempat lagi merasa air tangan mama. hampeh nye mama. ok adel, stay cute!

letak je merengek- rengek. stokin sebelah bole cicir. 

marah kena kepung.

satu yang pasti, adel ni panjang. baju- baju nia yang umur setahun dia dah bole pakai. oh, recycle itu wajib! advantage la anak same gender ni. ;)

gerun lak tgk gmbr ni. 

1st time adel makan solid food.

tgk tangan adel tuh, mmg cepat je capai apa saja,

1 sudu besar nestum beras merah habis. 

selain tu, adel kalau mcm nak dapatkan perhatian kami, 2 suku kata yang adel bole sebut. ma dgn pa. tak tau la dia dah tau mama dgn papa ke, tp kalau dia nampak aku dok ma..ma.. gelak je la kitorg. kalau menjerit pun champion ni. pitching dah sama dgn kakak dia. 

unplanned sunday

ahad lepas, seppatutnya ada appointment untuk adel's 5 months check-up. sebab atuk nia dgn adel ada rumah, and also paksu diorg, kitorg tak kua awal la untuk check-up tu. so, gitu gini, lepas zuhur kitorg kua rumah lepas atuk dgn paksu diorg balik. unfortunately, klinik tu tutup dah. rehat dari kul 2 sampai kul 7. hai, ni kalau balik rumah balik, takut tak keluar je ni.

mujur la, anak- anak dan mamanya berpakaian senonoh. so decided to go to alamanda. kalau gi jusco depan ni je apa nak dibuat sampai 5 jam kan. kot la nak ke floria pulak kan. tapi cuaca mcm mendung je, sure hujan. to be safe, tak pegi la. just pusing- pusing kang alamanda je. sebab nak beli groceries macam biasa.

sape kata aku tak masak? aku masak la jugak kan. ok la ni kan. hehehe..

atuk yang datang kl pun penuh schedule nak jumpa org sana sini. yela, semua adik beradik ayah aku dok area kajang je. tu yg dah turun tu, mesti jumpa.

pusing- pusing cuci mata di carrefour.

tersengih- sengih wan dapat mainan dia ye. nia ni melanguk la tgk papa belek mainan papa, bukan mainan dia. ceh!

adel sekarang pun dah pandai, kalau berjalan je seronok. kalau dibiarkan, mula la rengek2.

mama, nia nak ni... amik lah, papa bayar! - ni kat toy city.

cam biasa, kalau pegi alamanda mesti bawak nia main kat fun land nih.

barang yang nak dicari takde kat carrefour. lepas bawak nia main kat playground tuh, belum kul 7 lagi pun, patah la balik masuk jusco gak. tapi mak ai, apsl lak jusco equine aritu susah sgt nak cari parking. ade lah 13 kali pusing. selalu sekejapan je dapat parking. rupanya TM bukak booth lepas tu ADAM A.F tuh tengah buat show. patut la penuh. sedap gak suara ko nyanyi live ye adam. banyak pulak lagu ko yang aku tau. kira glamour la ko ni. mmg pun. haaahaha..

tengok dari jauh je lah. tak kuasa la nak dok front stage. buat malu je. dah la kendong anak. hahaha...

masa tengah jalan- jalan kat jusco lepas beli barang tuh, ada sorg akak ni cuit bahu aku. sekali pandang tak kenal. 2 kali pandang pun mmg tak kenal. rupanya akak ni cakap dia selalu baca blog aku. dia pun sempat tgk adel yg masa tuh aku tgh dukung. nia masa tu dengan papa dia tgh makan ice cream. alamak kak, terharu saya akak tegur saya. nanti kalau jumpa lagi, tegur la lagi ye kak. :) check-up nia 5 bulan next entry ye.

saturday night : bowling

lepas ita and her family balik, lepas maghrib kami bersiap siap nak ke Endah parade kat seri petaling. baru aku tau namanya Endah parade. selalu cakap carrefour seri petaling je. company wan ada buat bowling tournament antara unit. satu selangor kot. selaku presiden sukan unit gombak, haruslah hadirkan diri walaupun tak bermain. 

meriah sangat malam tuh, kitorg sampai pun game baru je bermula. tapi, dok tgk org main je, tangan ni gatal jugak nak main, so riki riki kat kaunter kot ada lane kosong. memula takde. tapi bila jam dah kul 10 tuh, ade pulak kosong. ape lagi, lepas dinner kat kafe kat situ, terus mengasah skill yang berkarat ni. sangat lah horror bila main. strike nye sekali 2 jek, yg banyak ke longkang. last main pun masa baru kawen kot. lepas tu pregnant back to back. wah, back to back tuh. hahahah.... so, malam tu baru berkesempatan. apa pun, sangat enjoy! 

sampai je mmg game baru je mula. ada 5 unit bertanding. unit gombak, unit langat, unit pantai, unit shah alam dgn unit ape lagi satu. lupa dah aku.

team unit gombak yang digeruni. kalau time carnival sukan mmg diorg champion. kata wan la.

perut dah lapar, dinner kat cafe situ je la dulu. sambil- sambil tgk game. diorg main 3 game so lama la kalau nak tunggu habis. our dishes.

terkejut nia bunyi gedegung gedegang. memula macam cuak2, lepas tu baru ok. nia tgh makan roti bakar. papa khusyuk tgk score board.

adel yang time ni tak ngantuk lagi. mama makan dulu ye.

nia yang tertarik dengan bola bowling itu. tapi tak mampu nak mengangkat nye.

bila ada lane kosong, kitorg terus booked. paksu nia yang tak lah terror sgt main bowling. hahaha..

aku pun mengasah bakal yang da lama tumpul. majority balingan aku ke longkang. takpe, aku redha..

oh, berbalik pada game antara unit tadi, unit gombak menang dengan bergaya nya.mmg terror2 la tgk diorg main. kalau wan yang main, tak de dpt jd champion kot unit gombak. hehehe..

settle tournament, kitorg sambung main game kitorg. wan lak continue main. tak terror jugak. hehehe..

aku  lak terpaksa stop main sebab adel sudah mau tido. kena la b/f.

jam dah kul 11 malam, aku ingat teruslah nak balik, sekali diorg berenti kat satu lagi pitstop ni. nia dah tergaru garu ngantuk tuh. layankan aje la. lagi pun saturday night kan. dah puas enjoy, kitorg pun balik rumah. sampai rumah takleh tido lagi sebab atuk nia dgn adel lak nak datang nak tido umah. nia pun lewat tidonya. adel dah selamat tido.
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in