takde tajuk

tadi dapat color printer baru kat ofis direct ke desktop aku. maka benda pertama yang aku print adalah

gambar pertama adel yang di cuci. kalau tak, ade ke nak cuci? hehehe... ala, adel je ke? nia takde?

tu gambar nia. mereka penyejuk hati saya. kalau agak- agak tertekan kat pejabat tu, tgk diorg sejuk hati kan?

motif entry : badan letih, tak cukup tido, mata berat, kerja banyak, takde game best malam ni dan semestinya takde modal nak create entry..

note : layankan aje la ye. nak tido, adel mata nye bulat lagi. sejak dia dah ok dari flu & cough ni, malam- malam dia macam siang je. mungkin sebab sebelum ni dia 'on drugs' sebab dok makan ubat yang pead bagi. bila dah switch to homeo, dia dah elok, nmpk lebih fresh. alhamdulillah, serasi...

rilekskan diri di jusco

sambung cite hari sabtu. penat amik gambar kan, rugi la kalau tak publish :p lepas ke pusat perubatan homeopathy kat selayang tu, kitorg patah balik ke seri kembangan tercinta untuk beli groceries kat jusco.

port nia kalau dalam kereta. aku cakap kat wan, lepas ni "kita beli lori la bang. kan ada tempat duduk kat tengah2 tuh. bole nia duduk." hehehe...

adel kalau duduk dalam car seat dia, insyaAllah takkan menangis ye. kalau tak dia tgk gelagat kakak dia tu, mesti dia tido.

barang yang dibeli. hari sabtu = hari tanpa plastic bag ye. nak plastic kena bayar 20sen. so better bawak bag sendiri. senang.

masa banyak lagi, wan pun masuk kat play area kat sini. dia nak ber-car race. apa mimpi papa nia dgn adel ni pun tak tau la. selama- lama lalu sini tak penah pulak nak singgah. ni tiba- tiba je. layankan aje. nia time tu baru lepas nangis tau. nak tau sebab apa?

sebab mary go round ni. penat je papa masuk kan token. sekali letak nia, meraung dia sampai terhempas camera kat tangan wan tuh. adeh la.. spoil. camne nak naik genting camni? tgk mama main je ke nanti? 

sebab benda ni masih lagi berpusing dan takde org nak naik. papa letak syarat je la, letak adel. 

jalan- jalan lagi dia nampak ni pulak. dia pun naik. tapi tak bayar pun ye, kang bergerak kereta tu, meraung dia, sape pulak nak naik nanti? rugi je.

kitorg lepak- lepak kat bangku tepi tuh, nia dah boring, ape lagi, kacau adel la..

nak suruh nia duduk diam senang je, bagi dia makan.

in the end of the day, everybody were enjoyed. nia happy dapat jalan- jalan, adel happy dpt tgk dunia luar, papa happy dapat release masa main car race dan mama lagi happy bila dapat jusco voucher RM70. hehehe... masa kat customer service nak beli gift voucher untuk client, saja la cek point, then budak jusco tu cakap skang dah bole redeem. aku dapat la RM70. happy!

increment = syukur

"Dear Mdm,

The company is pleased to inform you that your salary has been revised to RM****.00 with increment of RM***.00 w.e.f 1st June 2010. We have processed your salary and credited to your account.

Your allowance of RM****.00 and all the other terms and conditions of your appointment remain unchanged.

We appreciate the efforts put in by you and expect that you would continue to do so in the future.

Thank you.

On behalf of Managing Director,"

ALHAMDULILLAH, SYUKUR...


note : ye boss, less blogging, less FB, more work :p

pusat perubatan homeopathy

sabtu tak terikat dengan apa- apa appointment. cuma pagi kami anak beranak dah keluar rumah menghala ke selayang. kemanakah? ke sini

kami ke pusat perubatan homeopathy selayang. alkisah, selsema adel masih tak menunjukkan sebarang tanda nak kurang. pergi paed, doktor hanya cakap 'anak you ni nak asthma ni, so tanda dia prolong flu' eh gitu lak ek diagnose dia. aku cam, ok fine, tunggu je la bila asthma tu tiba baru nak cure? macam takleh terima la pulak kan. 

maka sahabat baik aku ni memperkenalkan pusat homeopathy ni untuk dapat kan rawatan. sebab anak dia pun ada asthma. tanda pun sama macam adel. aku tak tunggu la, terus ajak wan ke sini. aku belum habis kaji lagi beza nya rawatan biasa dgn homeopathy ni. banyak homework yang aku perlu buat. tapi yang pasti, homeopathy dapat pengiktirafan ministry of health, malaysia dan rawatan homeopathy ni dah meluas di seluruh dunia. eh panjang nya aku cite, korang baca kan? 

the view of the clinic. macam ofis je. ni view kat ruang menunggu. sorg kalau dah masuk jumpa doktor, agak lama jugak nak keluar. tak sabar nak jumpa doktor ni nak tgk cmne dia punya treatment. time ni, ramai gak yang dtg. lepas sorg- sorg yang masuk. 

nia yang buat macam rumah sendiri bila dah jumpa mainan. segan jugak aku masa memula masuk sini. mata semua memandang je. sebab aku 1st timer kan. yang lain mungkin dah biasa. tanya- tanya jugak kat org sebelah macam mana rawatan kat sini. ada makcik yang ada problem mata tu cakap, ada perubahan tu yg dtg lagi. harap adel pun gitu la kan?

eceh adel. duduk macam org besar je. kalau tgk kan dia, mmg takde masalah. dia aktif macam baby- baby lain. jumpa doktor pun jawapan yg sama, lung clear. so dpt ubat selsema biasa je. tp tu lah, non stop hingus dia. 

macam mana cara rawatan : kat sini ada 1 alat yang bole scan 1 badan, kalau budak dia akan gunting sikit rambut dan letak kat alat dia untuk scan. kalau untuk org dewasa, kena pegang kat satu alat tu jugak untuk scan. untuk adel, rambut dia akan digunting. gunting lah doktor, rambut anak saya banyak. so alat tu akan scan bahagian mana yg ada infection. kalau ade, akan ada bunyi pada alat tu menunjukkan ada infection kat organ tuh. kalau adel, dalam paru- paru dia la yang bunyi yang tak boleh didengar melalui stetoskop kalau yang doktor biasa buat. quite impress and yet tertanya, kalau bukan doktor mcm bole jugak buat ni. hehehe.. pandai lah aku. then lepas scan tu doktor akan bagi penerangan semua dan ubat yg serasi dgn badan dia. untuk adel, dapat 1 jenis ubat. ubat cecair untuk dititik kan dalam mulut dia. lama jugak kitorg dalam bilik doktor tuh, lepas satu soalan, satu soalan kitorg tanya untuk puaskan hati.

hasilnya? baru 2 hari pakai, hmmm.. flu dia dah kering la. tgk nanti progress dia. nanti aku update lagi. kami as parents berusaha mana yang boleh nak bagi anak- anak sihat. aku seorg yg sgt percaya pada doktor or paed. tapi bila sampai satu tahap tak nmpk apa- apa hasil, aku cuba cari alternatif lain. moga ada perubahan dan adel sembuh sepenuhnya. amin...

hari ahad = hari kutip award

lega bila dah settle buat kerja rumah. masa untuk beronline la pulak. hari ni, aku nak kutip award yang tertunggak yang telah diberikan kepada aku.

award 1 : creative blogger award
pemberi award : bed. thanks bed!

kreatif ke aku bila ber blog? bole la kan.

award 2 : we love pink award
pemberi award : mummyar. thanks kak!

award c/w tag

1. link kepada orang yang bagi award ni : mummyar
2. nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink : sebab masa sekolah dulu aku masuk puteri islam. puteri islam uniform dia kan kaler pink. hehehehe... tak lah, sejak lahirnya 2 RA aku ni. sebab most of baby girl's stuff is in pink color.
3. sejak bila suka kaler pink : sejak lahirnya 2 RA
4. nyatakan 5 barang yang anda paling sayang yang kaler nya pink : alamak, apa eh, sandal nia, crocs nia, pinggan makan nia, sudu garfu nia, baju- baju nia. barang sendiri nye nan ado! minat pink ke tak ni? hehehe
5. snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink : alamak!

 ini ok kan? :)

6. tag 5 kawan anda yang minat kaler pink : jue ibu iman, ayu ibu damia - diorg ber-2 ni mmg aku tau hardcore pink. :)

award 3 : Online bestfriend award
pemberi award : kak mas, mak luqman bakal besan

tq kak mas!

1. Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
- mak kepada luqman yang kacak!
- suka gaya penulisan dia di blog nya. bersahaja dan dekat di hati
- nampaknya seorang yang kemas kalau melihatkan gambar- gambar dirumah dia kemas jek
- punya blog yang simple dan sedap mata memandang dan yang penting, cepat loading :D
- seorang yang berkulit cerah. :D

2. Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobby (banyaknya..)
banyak sangat 10 tuh, aku bagitau fakta apa yang berlaku sekarang ni ye
- sedang menonton slumdog millionaire di star movie
- nia sedang minum susu
- adel dalam dukungan papa dia
- papa bagi chance mama siapkan entry ni. dari pagi tadi dok buat tak siap2 lagi.
- harini lepak dirumah saja
- plan ke one utama tak jadi sebab rasa sedap dok kat umah
- berjaya membersihkan rumah harini
- dan juga melipat kain stok seminggu
- lepas ni nak iron baju
- lepas tu nak mandikan nia & adel

3. Pick your 10 most deserving recepients and describe them
- amalina
- lamkasorous
- bed
- ryn
- nome
- aieza
- suhida
- jue
- bihah
- mummyar

kalau rajin dan punya masa, buat ye. thanks semua sebab sudi bagi saya award ye... :)

transformasi saya

transformasi apa : ber-shawl

bagaimana ianya bermula : aku ditawarkan oleh seorang sahabat untuk membeli shawl since kedai online dia tgh buat clearance. dalam hati tu ada keinginan nak ber-shawl jugak. tambah pulak bila tgk makin ramai orang pakai. eh, cantik lak diorg pakai ni. kalau aku yang pakai, camne lak rupenye. berkira- kira dalam hati, tapi masih lagi membeli.

bila ianya bermula : aku dapat shawl yang aku order tu 2 hari sebelum pulang ke perak & ke pangkor. pagi nak ke pangkor tu saja la ber test shawl dgn akak aku sambil meminta survey kepada seisi rumah terutamanya wan la kan. kalau dia kata macam makcik- makcik, haruslah aku lupakan ber-shawl. dalam mamai baru bangun tido, dia cakap hmmm..bole la... (jenis tak penah puji, tapi kalau dah kata bole la tuh, means ok di mata dia) aku pun ber-shawl la selama dipangkor. kena angin pun tak yah risau tudung senget.

ok, dah mula rasa minat gila kat shawl ni, rasa macam nak ber-shawl je lepas ni. tapi camne nak mula pakai ke pejabat eh? segan gak bila nak bertransformasi ni. bukan apa, ramai sangat yang 'amik berat' kat aku ni.  tgk balik muka kat cermin bila ber-shawl. ok je kot ek? maka, ke pejabat lah aku ber-shawl.

yang menegur mmg lah ramai, yang memandang lagi lah ramai. aku rasa macam tak pakai baju je haritu orang dok perhati. bukan offcemate, tapi jiran- jiran office, kedai makan. dalam hati, kutuk la tuh! tak kisah la kan asalkan aku selesa. maka sejak hari itu, aku ber-shawl je kemana- mana. sekarang, aku dah transform sepenuhnya. :)

aku suka shawl! sekarang sangat suka gila. tambah pulak bila adel dah ada, kalau kemana-mana tak risau dah pasal appearance, sebab shawl ni macam mana aku kua umah, macam tu la gak rupa aku bila balik umah. nia ke adel ke nak tarik- tarik tak jejas pun. tu yang lagi aku suka. dan yang paling paling aku suka shawl ni tak yah iron.

bila dah suka gila, kemana- mana mesti cari shawl je, banyak design yang cantik, rambang mata. antara koleksi yang ada. eh bukan antara, mmg banyak ni la shawl aku. nak beli hanger kat ikea tak terbeli lagi ni. harini wan ajak ke one utama, kalau rajin boleh lah singgah.

haritu menang contest

haritu ada menang contest. teka teki kat blog fidah ni. saja je teka present apa yang dia bagi kat officemate dia. sekali betul la pulak kan. aku lah pemenang untuk teka teki yang dianjur kan oleh fidah tu. klik sini untuk result teka teki tuh. jumaat lepas, sampai lah hadiah di meja kerja aku ni. apa aku dapat eh?

perfume body powder

goat's milk body lotion

hat ni yang paling best. dapat 2 tupperware! semangat sungguh terus guna masa dinnet kat pizza san fracisco aritu. tapi basuh dulu ye. tak yah soh org tapaukan. terus tapau sendiri. hehehe.

senang- senang je dapat 3 hadiah sekaligus. rezeki la tu kan?

thanks fidah for the presents. nanti organize lagi. bole join lagi. aku ni dari sehari ke sehari nak organize contest tapi masih fikir- fikir nak buat contest apa. nanti la ye. ntah bila..

i challenge myself to eat...

hari rabu sama dengan hari ke pasar malam dekat dengan rumah aku. 

pasar malam taman pinggiran putra..

dulu pasar malam ni tak mendapat perhatian pun sebab tak banyakyang ditawarkan. tapi sekarang, nak cari parking pun susah. tetap naik kereta walau pun rumah depan mata je. 

semalam punya menu, aku mencabar diri aku untuk makan...

bakso! erk, mmg tak boleh masuk la. nape eh? tah la. aku ni kalau makanan pelik- pelik mmg payah skit. mmg tak leh masuk fear factor macam ni. apa lagi nak jadi pengacara jalan jalan cari makan. sebab aku terasa nak makan sangat bila lalu kedai bakso kemain penuh lagi customer. tak kurang jugak org yang makan kat situ terus. tu yang nak try sangat. tapi gagal ye. mesti ramai yang suka bakso kan? termasuk la wan.

nia pun tak makan gak. bagi mee dia je pun dia tolak. maka, papa yang kena tolong habiskan. abaikan rumah yang macam singapura dilanggar todak itu.

dinner kat luar pada hari bekerja

kebiasaannya, kami akan dinner dirumah kalau hari bekerja. tambah pulak sejak adel lahir. tapi malam isnin lepas tempah baju tu, kitorg decide nak terus dinner kat luar. sebab tgk mood anak- anak ok. kalau dah ke bangi tu, mata papa nia & adel ni nampak pizza san francisco dia lah. nak makan kambing tak mandi dia.

kalau musim bola ni, mesti nak cari port depan tv. kalau dekat dengan dapur pun sanggup! time ni yang portugal lawan korea score 7-0

mood adel mmg ok sangat malam tu. 

 our meal. notice me? malam hanya susu mama. 

nia yang tgh makan aglio olio...

adel pun dah kekenyangan dan tido. bole la mama makan dengan amannya pulak.

sampai muncung- muncung nia makan tuh. sedap sangat la tuh.

note : ni kira mama belanja papa untuk father's day la. al-kisah masa celebrate hari papa kat midvalley haritu, wallet bole pulak tertinggal dalam kereta. masa kat kaunter nak bayar, baru perasan. sudah nya, papa jugak yang bayar. so kali ni, treat by mama pulak. :)

kami pergi tempah baju raya

isnin lepas, lepas balik kerja & amik nia & adel dari nursery terus kami ke bangi tempat tailor aku. kak zah tailor namanye. nama kedai lupa dah aku. kain yang dibeli kat jalan TAR haritu kitorg dah selamat tempah. maka, ni adalah pengalaman pertama nia & adel gi fitting. saja amik gambar untuk kenangan. nak share dengan korang.

nia dulu amik ukuran. confuse dia apa yang sedang berlaku ni. 

ni la tailor aku, kak zah. aku dengan dia since belajar lagi sampai sekarang. baju tunang dengan kahwin pun tempah dengan dia gak. so dia tau la ukuran aku dari kecik dulu sampai dah besar aku ni. kata dia. huhu..

ok, kakak sudah, adik pulak. nak tergelak pulak masa kak zah amik ukuran adel ni. heheh..

adel yang nak pegang muka aunty zah.

yang menarik perhatian. kucing yang sangat cantik milik anak kak zah. mata oren tuh! nia teruja betul.

selesai satu bab. tak yah pening macam last year nak cari baju last minute. mid july dah bole amik baju- baju ni.

baju kurung pertama nia. time ni tak ukur pun sebab opah nia yang buat.

celebrating father's day

ahad lepas kami ke midvalley nak belanja papa makan la sempena hari bapa ni. niat nye nak lunch kat tony romas. tapi memasing sebenarnye lapar nasi. opposite tony romas, chicken rice shop kegemaran kami terus la kami tuju ke chicken rice shop je. save duit mama 

nak share. kalau berjalan skang ni, nia tak mau dok dalam stroller. jimat lagi duit  tapi dia pulak nak sorong stroller tuh. agak jenuh jugak la sebab nak kena ikut step nia kan. mmg menarik perhatian ramai la sebab org dok tgk kesungguhan dia sorong stroller tuh.

yang dirai. oh, present untuk father's day yang wan tgh pakai tu ye. tak plan pun nak bagi present tapi masa gi sogo nampak t-shirt tu kena kalau wan yg pakai. terus la beli. tambah ada no. 8 mmg his favorite number.

oh, maklong nia pun join the celebration jugak.

us. korang ingat muka wan dengan senyuman dia yang ni ek.

makanan pun dah sampai. 'yaAllah sedap nya pai tee ni mama.' aku baru tau dia suka makan tu. 3 ketul dia saja yang makan. nanti mama buat beli lagi ek.

adel nya perangai haritu mama bagi A+!

dalam kul 4 macam tu, maklong nia pun balik dengan kawan dia. dia terus balik kedah sebab esok dah kerja. kitorg pun meneruskan cuci - cuci mata. time ni dalam crocs boutique, adel dalam sling. beli masa nia dulu. kalau pakai carrier, wan yang dukung, kalau sling, elok aku yg pakai la kan. cam biasa, mama yang dukung mesti lena punya

adel dah bangun & minum susu, aku letak dalam position ni pulak. oh, kaki diorg flexible so tak sakit pun. dia pun ok je. nia lak baru je tido time ni.

sebelum balik, kitorg singgah toysRus kejap nak cuci mata jugak. bagi nia main kat play area situ jap. tetiba kan, mata aku tertumpu kat entrance dia. aku nmpk sesuatu...

haaa.. optimus prime baru je keluar. terus aku bagitau wan soh bergambar. korang tgk sengih wan yang ni dengan yang aku soh ingat kat atas tu tadi, kemain lebar lagi senyum ye bang. 'bukan nia yang seronok, tapi papa yang seronok!' - papa cakap

bukan prime je ada, bumble bee pun ada. lagi seronok la papa diorg ni. sengih jugak lagi. sebab aku yang nampak prime dgn bee keluar dulu so dapat lah amik gmbr dengan diorg dulu. lepas tu terus berpusu org dtg serbu. kitorg mmg peminat transformers. pegi tgk wayang berkali kali cite ni.

mama adel pun nak jugak amik gambar dgn prime. 

aku rasa, papa nia & adel sangat lah seronok pada hari itu. :)
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in