farewell lunch

semalam ofis aku organize farewell lunch untuk 2 org engineer yang dah tender resignation diorg awal bulan april aritu. maka, last day diorg adalah esok, 30/4/2010. serentak pulak tu ye. suratan kah? atau kebetulan kah? tak kisah la, yang penting kami menghargai sumbangan korang selama berkhidmat kat Bij-AK ni dengan mengadakan majlis serba ringkas di mines wellness hotel, formerly known as palace, beach & spa resort. all the best untuk man & jon dan jangan lupa, do keep in touch ye!

tempat makan kitorg sebelah dgn pool. cantik betul pool dia. scenery pun cantik.

yang dirai, jon (berjaket merah) dan man.

sebahagian dari staff Bij-AK. susah sgt nak kumpul semua. ada je hal masing- masing. ni pun last minute plan.

ni la bos - bos besar aku...

tumpang nak glamour kejap...

bila semua dah habis makan, sessi ucapan bermula. time ni, big boss tengah bagi ucapan. jgn sedih boss, patah tumbuh hilang berganti... :D

sebagai menghargai jasa mereka, diorg dapat jam dari pihak pengurusan. (yang aku pegi alamanda tu, beli jam diorg la) nak berenti gak, nak dapat jam mahal! hahaha...

sebelum balik ofis, amik gambar bersama. ni pun tak cukup sebab ada yang kena pegi site balik.

gambar makan? aku menghormati rakan- rakan yang sedang berpuasa ganti so aku tak letak la gambar makanan. aci tak bed? :D

cantik tak gambar? mestilah cantik sebab pakai camera ini..

my senior manager yang jadi photoG semalam.

note : nak share, masa aku keluarkan camera kan, tetiba GM aku cakap, "ha cepat2 amik gambar, nak masuk dalam nayville punya blog ni." aku jadi freak out sebab tak sangka yang boss aku tau aku ada blog. terus jadi tersipu sipu nak amik gambar. apsl tah. adeh, boss, saya takut nak bukak blog time keje la mcm ni. huhu... apa pun nama pun dah ada blog kan, so, semua pun bole access kan? takpe boss, boss nak baca pun takpe, saya takde cerita yang buruk- buruk pasal company kita. semua cerita pasal life saya je. :D

note 2 : esok aku bercuti. malam ni nak balik kedah. adik ipar aku nikah on labor day. so, off blogging sampai weekend ye.

ahad di alamanda

ahad, kami tutup pintu rumah sebab kami nak berjalan- jalan. bak kata bed, aku dgn wan ni kan panjang langkah. runsing kalau asyik duduk rumah je. kira nya, this was our 1st officially outing with the babies.

tapi tak berani lagi nak melangkah jauh. mulakan dengan yang dekat- dekat dulu. kami ke alamanda je. kebetulan haritu MBSB ada bukak booth nak promote pakej diorg. kebetulan masa sampai tu dapat tgk ajai dgn marsha buat persembahan. tak de amik gambar pun.

alamanda sangat pack hari tu. yela, sebab semua baru dapat gaji kan. especially government servant. tapi outing kali ni kira sukses la jugak. senang nya sebab sorang berjaga sorang lagi tido.

masa ni tgh que kat chicken rice shop. sampai pun mmg tgh lunch time. wajib la pergi makan dulu. time ni nia berjaga.

adel nampak dah selesa dalam carrier ni. so tak la kitorg kelam kabut. adel tgh buat apa tu?

baru je sampai dan letak adel dalam carrier, dia dah lena. ni mmg favorite position dia pun. kalau berdakap, lena je tido...

dah dapat meja. masa ni nia dah duduk dalam baby chair, kitorg transfer adel kat dalam stroller. agak leceh kan? takpelah susah sikit janji budak selesa.

tapi, baru je letak, dia dah mengamuk. kena la aku pegang kejap sementara makanan sampai. elok aku dukung je, dia tido balik. mungkin dia rasa tak selamat tambah pulak suasana sangat bising time tu.

baru lah dia boleh lena...

mana makanan ni mama...lambatnya..nia, bab tiru org mmg pandai. dia nmpk aku tongkat dagu, dia pun buat. tu pasal kita kena tunjuk perilaku yang baik je depan anak- anak kan?

ye, makanan dah sampai, mari kita makan..

dah ada pinggan sendiri tetap nak amik yang mama punya...

we love chicken rice! bila ada tag ni pun tak tau..

lepas je makan, nia pulak tido, adel pulak jaga. senang la kitorg nak beli barang, pusing2 sekejap. tapi tak lama pun sebab org ramai sangat la. balik je dari berjalan 2 2 tido awal. lena lak tu. wah, tau dah lepas ni kalau nak bagi diorg tido awal kena bawak diorg gi jalan- jalan. so diorg penat kan?

guest on saturday

hari sabtu lepas, tetamu yang datang bertandang nak tgk not-so-newborn baby adel, ialah member kawan baik aku dari sekolah rendah lagi puan anis dgn suami nya salleh. walaupun 2 org yg datang terasa meriah sebab bila dah lama tak jumpa masing2 ada je la cerita yang nak diupdate kan? dari sekejap, lepak nya jadi lama.

aneng lagi berani pegang adel dari anis ye. best nye diorg datang, adel dpt free photoshoot dari uncle salleh dia ni. syok la mama dia..

camne nak jadi mak kalau tak pandai pegang anak ni. ha, aunty anis lak dukung adel ye :)

terus stone bila aunty anis pegang adel. adel pun muka berserah je. oh, anis kawan sekolah aku dari darjah 1 sampai form 5. then matriks pun sama. bila masuk U, dia UM aku lak UKM. tapi masih rapat sampai sekarang.

aneng dah keluar segala gadget yang ada. aku tertarik dengan tripod macam bentuk sotong itu. heheh..

menu of the day, not my best attempt spaghetti. hehehe.. nak jugak bagitau tu

nama pun free photoshoot, sila la edit sendiri ye. heheh.. terus la transfer ke netbook aku.

nia nampak berkenan sgt dengan uncle salleh tu ye. kemain lagi tu.

sebelum balik, setting camera untuk amik gambar semua. korang nak tau apa yang nia nak sangat tu?

nia bekenan sangat dengan tripod tuh. tu yg dia aim je bila tgh setting camera kat atas tu. nia, silap papa tu...

dalam petang diorg pun balik. then malam pulak, dalam pukul 10 malam, tengah khusyuk tgk A.F sambil bengang kat pengkritik sebab tak bagi shahir lampu hijau, dapat call dari sorang lagi member matriks aku. aunty pa'e pulak nak singgah rumah, ada something untuk nia yang dah lama dia peram dalam kereta dia.

mujur adel tak tidur lagi. boleh la jumpa aunty pa'e kan? adel masa ni tgh buat regangan kepala. kepala dia nmpk dah stable.

yeay, aunty pa'e dah datang...pa'e ni jugak bekas penghuni rumah yang kitorg duduk ni. aku kawen, dia pindah duduk rumah yang wan sewa kat area rumah aku jugak. so dia masih duduk situ dengan hubby dia. mana hubby dia? hubby dia tgh amik gambar shahir kat konsert a.f. pa'e, cakap kat anep aku nak gmbr shahir!

sebelum balik, aunty pa'e dukung adel. amik berkat lepas ni turn ko lak dapat baby ye. amin...

dalam kul 11 lebih jugak pa'e balik. oh, apa yang aunty pa'e beli untuk nia yang dah peram lama sangat dalam kereta dia tu? time pa'e datang ni, nia dah lama tido. so esok pagi, papa terus bagi present yang aunty pa'e bagi kat nia tu.

tadaa...nia dapat tricycle! nia punya tricycle dekat perak. tak boleh bawak balik sini kereta dah full. nia sangat lah suka.

sincere from nia & adel; thanks to aunty pa'e & aunty anis for the present and cash

outing - 1st trial

salam. kejap je dah pukul 12. produktif aku bekerja setakat ni walaupun boss takde. heehhe.. apa pun, masa blogging tetap diperuntukkan. :)

tajuk entry? jumaat lepas, aku ajak wan beli pampers adel yang dah habis kat kedai dekat rumah je lepas keje. tapi dia ajak pegi malam siap msg aku cakap "ade bran?" then aku tak reply pun. dalam pada tu, dok fikir, camne nak kua dgn budak2 ni. malam lak tu. fikir- fikir sampai la amik nia & adel kat nursery.

malam tu, kitorg pun kua je la. kalau tak sekarang bila lagi kan? takkan sebab dah anak 2 tak leh nak ke mana kan? kitorg pun keluar gi pkns bangi. oh, pampers (drypers) kat sini murah. tu yang kitorg selalu borong kat situ.

sampai je, semua terkawal. tapi kan, tahan setengah jam je! hahahah... apsl? kitorg tak bawak turun stroller so wan kena la dukung nia. dah tu, nia lak nak berdukung je all the way. lepas je beli pampers, pergi farmasi beli cream terus kitorg balik. mana larat wan nak dukung nia dgn nak pegang 2 pek pampers lagi. maka, 1st trial tak bape sukses.

makin kurus la papa nia sebab nia asyik nak berdukung je.

adel aku la dukung. letak dalam carrier. time ni pun dia da ngamuk- ngamuk gak. may be 1st time letak dia dalam ni, dia rasa tak selesa. carrier ni hadiah dari opah adel & nia.

sebenarnya banyak lagi nak beli, tapi sebab masing2 dah mengamuk, kita balik je la. adel setakat ni dalam car seat, mmg behave. rilek je.

nia pulak masuk kereta mesti mintak susu then nak tido.

alahai ayahanda ku

ayah aku kan, sentimental sikit tau. korang nak tau kenapa? tengok ni...

korang tgk la tu. semalam masa budak ofis aku panggil "anakanda alyyani anuar!" aku tau dah, ada surat la tu dari ayah aku. diorg pun da faham. kalau ayah aku yg hantar surat, mmg gitu la. dari cover envelope sampai ke isi dalam, ber anakanda.

SMS pun kadang gitu. kalau ayah aku hantar SMS kat adik beradik dia pun ber adinda, kekanda. hahahaha.. dasyat tak ayah kitorg? hahahah... zaman bercinta tak yah cakap la. penah terjumpa surat cinta ayah aku bagi kat mak aku ber saudari bagai. ehehehe...

tu lah ayah kitorg. masih maintain berbudi bahasanya sampai sekarang...

selera nia

sejak aku, nia & adel balik dari berpantang ni kan, perangai nia agak menguji kesabaran la. mungkin sebab kat perak dia dimanjakan. apa yang dia nak, diberi. dari segi layanan sampai la ke makanan. apa saja.

kalau bab makan pulak, kat rumah parents aku tu tak putus makan. selagi bukak mata, ada je makanan kat mulut nia. so terbawak- bawak la sampai kat sini.

maka, tiap kali lepas amik nia dari nusery, nia mesti ngamuk2. rupanya baru aku tau yang dia lapar. aku tanya nursery dia. nia tak makan ke. cikgu dia cakap nia makan je kak. so ok la.

konon, dulu kan aku cakap weekdays tak larat nak masak, tapi kerana nia yang berselera nak makan, aku masak jugak dish untuk nia. kalau setakat bagi roti ke biskut ke mmg tak jalan. dia nak heavy dish. nasi la kan.

sekarang, kalau balik je kitorg dari amik anak- anak, aku mesti bagi nia makan cereals + fresh milk atau bagi dia minum susu dulu sementara aku tgh masak. wan pulak tunggu adel.

apa pun seronok bila tgk anak kita ada good appetite kan? nak- nak bila makanan yg dia makan tu hasil dari tangan kita dan nampak dia berselera je makan. tido pun lena. mama nya pulak, pukul 9 malam dah flat! belum kira part adel bejaga banyak kali nak menyusu. tak pe la, susah2 dulu...

malam tadi punya menu untuk nia mihun sup. modus operandi kalau time nia makan - kena bukak baju dia. tau la dia kan tak mau bersuap. semua nak buat sendiri. lepas tu tak mau makan pakai set pinggan dia. mesti pakai yang kita pakai punya.

sebelum makan mihun sup ni, dia dah makan semangkuk cereals tau.

makan banyak, minum susu pun tak kurang. biar mau makan dari tak mau makan kan?

sekarang saya dah jadi 'mam' besar!

dulu masa anak sorang, car seat kitorg letak kat belakang. so nia letak kat belakang. parents aku kalau tengok mesti bising. dia cakap aku kena la duduk belakang tengok2 kan nia. tapi tu la, aku ni mmg jenis tak leh duduk belakang. kalau kena duduk belakang boleh jadi pening. lagi pun aku tak bape suka duduk belakang bila wan yang drive. rasa tak best lak. tapi kalau org lain drive aku ok je duduk belakang. camne tuh?

aku ni mabuk kereta. tak boleh baca dalam kereta semua. kalau nak feri, tengoklah aku muntah2 nanti ye. huhu.. so bila duduk belakang ni rasa pening tu lain macam. tu pasal aku suka duduk depan or aku yang drive. bila drive mana boleh pening kan?

so bila nia merengek or nak susu, aku pun lompat la ke belakang. lompat ke? tak la. tapi melangkah ke belakang. boleh ke? ok je. mmg gitu la pe'el aku dari kecik. sampai sekarang pun gitu. buruk sangat kalau org lain tgk. hahaah.. terpaksa.

tapi sekarang ni sejak ada adel, aku cuba jugak la nak duduk kat depan. masa tu nak balik dari perak. aku letak nia kat belakang then adel aku pangku. tapi tahan nya nia dalam car seat dia tak sampai seminit pun. belum kuar simpang rumah parents aku, dia dah meraung nak keluar.

penyelesaiannya, sekarang ni car seat kitorg letak kat seat depan, adel letak dalam car seat, nia lak duduk dengan aku kat belakang. setakat ni belum lagi berjalan jauh. next week nak balik kedah, adik ipar aku nikah. tgk la camne. tapi ok kot, sebab balik malam kan.

tapi mmg tak best la duduk belakang. cikgu kat nursery diorg la dok cakap, wah akak dah jadi 'mam' besar skang dok belakang. tak manis nya dengar walau dalam nada bergurau. tak pe lah, diorg besar sikit boleh la aku duduk depan balik kan?

adel kalau dapat duduk dalam car seat elok je diam. dari menangis boleh diam. kalau kereta bergerak lagi la senyap. setakat ni mudah. nia pulak biasalah macam- maca benda dia nak buat. so aku kena la monitor nia lebih.

updated :

http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/04/akhirnya-bertemu-jua-kita-yer-rakan.html

ibu damia dah update blog dia pasal entry kami berjumpa tu. gambar- gambar dia lebih jelas. boleh la jenguk ye. di samping tu, boleh la tambah kenalan kan?

note : papa nia dgn adel mmg dah banyak kali hint2 nak beli MPV. tapi kita beli rumah dulu la ye. baru beli MPV. baru anak 2 dah rasa MPV tu keperluan pulak. kalau dulu, org anak 5 ke 6 baru fikir nak beli kan?

tambah lagi kenalan blogger. dari johor!

hari sabtu dapat SMS dari sorang blogger yang boleh kata agak rapat jugak sebab aku selalu jenguk blog dia. seronok weh tgk blog dia. gambar besar, pakai DSLR lak tu. cerita pasal family dia pun best. dan yang penting selalu update. tu yang selalu singgah. hehe..

siapakah? nanti jap. aku cite camne dia boleh sampai ke rumah aku. aku ada fon no. dia sebab aku penah beli baju kebaya untuk nia. kirim kat dia masa dia pegi singapore. so dari situ kitorg exchange no. maka sabtu tu dia turun kl sebab join gatsby event organized by nuffnang itu. dia pun cakap nak jumpa.

aku ni terkejut yet teruja jugak la bila cakap dia nak slot in masa dia jumpa aku. sebab dia ni kalau dah pegi bercuti banyak sangat aktiviti dia. maka, aku berbesar hati menjemput dia datang ke rumah aku yang kecik tu. sebab kalau nak jumpa kat mana- mana pengsan pulak dia tgk aku dgn wan nak handle 2 org kan. maklumlah tak penah keluar bejalan- jalan lagi ni. so, senang nya, datang rumah je la.

panjang nye intro. sape blogger yang datang tu? ok, ok. tak lain tak bukan blogger dari southern region yang aku rasa antara blogger yang dikenali gak iaitu ibu damia. maka ahad petang tu diorg pun berjaya sampai ke rumah berbekalkan full address yang aku bagi dan garmin dia. cayalah! alih- alih dah ada depan pintu. nasib dah mandi tau. kalau tak, kelam kelibut la lagi.

anyway, it's been a pleasure to have you guys at our crib. seronok dapat sembang secara live dengan ayu. dapat tgk aleesya & ayyunie secara live. suka tgk attitude aleesya. ayyunie lagi besar dari nia. anak aku ni tak cukup makan ke? huhu.. semoga kita boleh jumpa lagi ye dan jangan lah serik nak datang rumah kami lagi ye ;)

bukti kami dah berjumpa. sessi fotografi diadakan sebelum diorg balik. sebab sepanjang diorg kat rumah ni, sibuk dengan anak- anak je & borak- borak.

us with our princesses! si adel yang tgh syok tido pun aku angkut gak untuk amik gambar. kata blogger tegar! en suami pun mmg dah paham ye tak ayu? hahah..

ber tripod kan rak cd aku, kitorg dapat amik gambar semua. aleesya mmg pandai posing. like ibu jugak ye. hehehe..

budak- budak lak posing. tgk lah nia, kejung di rumah sendiri. nia skang dah takut orang la. tak leh tgk kitorg bergerak sikit mesti meraung habis. tapi nia nampak selesa bila ada kawan yang sebaya dengan dia. berani nak gerak sana sini

ayyunie & nia in pose. ayyunie lagi besar dari nia. huhu..

tq so much aunty ayu for the presents. nia dah kenal A dengan B. :)

lepas je family ayu balik, kat hp perasan sms dari maksu aku cakap nak singgah. belum sempat nak kemas rumah balik, diorg dah sampai depan pintu. sudah kubilang hari tu semua terror cari rumah aku. heheh.. tak lama lepas tu pulak, pakcik aman aku pulak datang. fuh, mmg meriah. tapi seronok. diorg ni adik beradik sebelah ayah aku. lepak- lepak, borak- borak, pukul 9 gak la diorg balik.

mmg penat tapi seronok. setiap tetamu yang datang tu kan membuka pintu rezeki. so, sesiapa yang nak datang rumah lagi? sila- sila...

note : banyak tips yang ibu damia bagi especially nak handle 2 anak kecik ni.

note 2 : rumah aku ni kalau buat open house mmg bole berlaga siku. malam tu baru 2 family dah pack. tu pasal kitorg tak penah buat 1 day untuk open house. rumah kitorg sentiasa terbuka. datang je bila- bila masa ye.

sunday = open day

bila dah balik rumah sendiri ni, ramai la yang nak bertandang ke rumah sebab nak tengok ahli keluarga baru kami. sepatutnya sabtu ada member nak dtg. tapi tak jadi pulak. gatal korang ye. apasal tak jadi datang? penat je aku masak tau. masak kah? hahaha..

sabtu lepas jugak sepatutnya ada bowling tournament ofis aku kat alamanda. tapi atas sebab semua staff yang tak free, postponed lagi event tu. bila nak buat tak nampak lagi tarikhnya. so sabtu tu bawak adel untuk injection 2 bulan. sepatutnya ahad.

tapi sebab ahad ada beberapa tetamu yang nak berkunjung ke rumah awalkan sehari appointment adel.

mmg ada hikmah bila tetamu nak datang ni. sebab setelah sekian lama, baru la aku start nak masak. kalau tak, tah bila pulak nak masak. baru je aku nak hidupkan dapur gas, setelah cubaan beberapa kali, tak mau on pulak. ni yg buat semangat masak aku merudum ni. bila wan cek rupanya gas habis sudah.

ler, time ni la pulak. terus call kedai runcit bawah hantarkan gas. elok je letak telefon, tetamu pertama pun sampai.

tak tau kenapa, tetamu2 yang datang haritu langsung tak telefon tanya rumah aku kat mana. yang biasa datang tu terus je bunyi loceng dah ada depan pintu. yang tak pernah dtg hanya SMS bagitau nak dekat sampai. kelam kelibut gak la.

nasib baik la pagi tu cousin aku je yg dtg. kalau org lain malu gak la sebab time tu org kedai baru nak hantar gas then baru la aku nak masak. adoi, macam- macam.

aunty noran dgn uncle hozair yang datang pagi tu nak tgk baby adel. rasa baru je diorg datang visit nia dulu bawak present, ni datang balik. cepat kan masa berlalu.

sebab dah lama tak jumpa, time ni la nak sembang macam- macam walaupun hari- hari ber-YM. tapi tak sama dengan jumpa live ye tak?

oh aunty noran memang pandai handle baby. adel pun cam selesa je dengan aunty noran.

nia jeles ke orang dukung adik dia? tak pun. nia yang dok merengek -rengek time orang datang. nak berdukung je pulak. ish ish

aunty noran tolong burp kan adel then dodoikan adel.

dah tido pun adel. senang keje kitorg nak sambung borak- borak.

thanks to aunty noran & uncle hozair for the lovely gown. sangat cantik. tak lama lagi adel bole pakai. diorg lepak rumah sampai tengah hari jugak.

note : tetamu seterusnya yang bertandang? next entry. kena buat 1 entry sebab blogger yang datang rumah. blogger ni 1st time jumpa dan datang dari jauh pulak tu. wajib la buat 1 entry ye tak? later!
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in