adel @ 10 days

harini genap la adel berusia 12 hari. sekejap je kan? pejam celik. aku pun beransur sihat. dah boleh mandikan adel sendiri. tp tekepit- kepit jugak lagi la. takut!

masa adel umo 10 hari yg lepas, jururawat masyarakat datang untuk buat rutin check-up & timbang berat baby. surprisingly berat adel dah reach 4kg! tekejut tapi seronok.

mmg ramai tgk yg adel ni kuat menyusu. celik je mesti nak susu. then tido nye pun cukup. baby kalau tido kan tumbesaran dia baik. macam tu la adel. mmg tak susah nak handle dia. badan dia je fragile lagi. tak saba nak tunggu badan dia keras. lagi sedap pegang kan? org yg dtg tgk adel pun cakap adel macam dah umo sebulan 2. enjoy the photos of my baby at 10 days..

muka lepas mandi. dia tak suka kalau mandikan. tapi lepas dah mandi elok je dok diam- dian. baru rasa fresh..

turn mama lak mandi. mmg 'nasib baik' la sebab tgh pantang masa cuaca panas ni. belengas satu badan! da la tak leh nak sejuk- sejuk. nanti badan masuk angin. sabajela. cepat la habis pantang

da siap mandi, dia tetido dgn sendiri nya. tak sempat nak bagi susu..

tak suka tido menelentang. suka tido ngiring. tak suka dibedung. tak suka tido pakai bantal sendiri. suka tido pakai bantal tinggi. baru la lena sampai ternganga tido. hehehe..

apa khabar kakak nia?

apa cerita nia eh? asyik cite adel je kan. nia nye muka lama dah tak nampak kan? rutin nia kat sini, waktu siang mmg dia akan spend time kat bilik aku ni. so adel nye tido pun selalu terganggu dek suara dia. tapi kadang lena je adik dia. sebab da immune kot dgn suara kakak dia. yang monitor nia siang hari, paksu dia la. pecah peluh la mengejar dia kesana sini. aku gelak je la tgk. time nak pakai pampers, pakai baju, bagi makan. suka sangat main kejar- kejar dengan nak nyorok- nyorok.

petang dgn malam pulak shift opah dia jaga dia. kalau dgn opah dia ni, dia dengar kata sikit. paksu dia ni dia bole main- main. malam mmg aku tak bagi dia masuk bilik ni. sebab adel dah tido time ni. kalau siang dah tak tido, malam tak leh nak ganggu. lg pun adel ni cepat tekejut.

so aku dengar suara nia dari luar je lah. kesian? honestly tak kesian sgt pun sebab aku still lagi attach dgn dia camne2 pun. dia pun pandai bawak diri. tak menyusahkan. kalau menyepah2 tu, biasala kan. da nama pun budak. aku tak penah merungut lagi la dgn pe'el nia ni sejak ada adel ni. harapannya aku dapat bersabar nak membesarkan nia dan adel dan aku tak nak melepaskan marah dan geram aku kat diorg berdua. anak penyejuk hati kan?

time ni dua dua baru lepas mandi. nia jadi statik je bila letak adel sebelah dia. tgk tangan nia yg peluk adel tu.. hehehe...

time ni dia mintak aku letak adel kat riba dia. macam yang selalu aku buat kat adel. nak jugak ikut tu. tapi atas pengawasan rapi. sebabnya? dia nak tepuk- tepuk adik dia konon nak tidokan. tapi teknik tepukan tu kadang- kadang menyakitkan adik dia. heheeh..

kalau nampak adel mesti sebut baby..baby.. lepas tu mesti cakap ayang (maksudnya nak sayang baby). tapi mesti nak sayang kat muka. bahagian lain tak mau. kalau dengar adel nangis mesti cakap aiyok!

kasih sayang aku terhadap nia tak pernah kurang walaupun dengan kelahiran adel. malah bertambah- tambah bila melihat perangai nya yang makin mencuit hati dan dah mula bercakap banyak perkataan, mmg tak jemu gelagat dia...

note : ni dok dengar suara nia kat luar tuh. tak tido2 lagi dia. gelak je aku adel dah lena. jap gi mesti bangun nak susu.

di sebalik nama itu

bila dah selamat bersalin ni, ramai la yang bertanya siapa nama nya ye tak? mmg eager nak tau bila tiba bab nama ni. salah satu sebab nak tgk sejauh mana kretiviti parents dalam letak nama anak ni. kan?

dari mana datang nye RIHANA ADELIA itu?

kalau korang nak tau, sampai baby dah keluar pun aku dengan wan masih belum menemui kata putus untuk nama anak kami ni. aku dah cakap kat wan, decide cepat- cepat. nanti susah. kan da susah.

malam nye kat wad, lepas aku bersalin tu, adel kat nursery. masing- masing tak lena tido dok fikir nama anak. sampai la hari ketiga. belum jugak ada kata putus. ada entry sebelum ni yang kitorg dah ada nama anak kan?

nama yang aku cadangkan masa tu RAYNA ADELIA. ada yang kata sedap. tapi akan confuse camne sebut RAYNA tuh. dan nakkan Y tuh. maka, rombakan nama terpaksa dibuat semula.

aku tanya wan, wan tanya aku. nama ape ni? macam- macam keluar. ROZANA, ROSZA, ROSSA, ANDREA, REYHANA, ASYALINA. ni antara nama yang keluar dalam 3 hari aku bersalin tu. ROSSA pun ade jugak tu! hahaha...

ADELIA mmg telah di locked nama nye. aku yg suggest kan. cuma R tuh mengambil masa yang amat lama nak decide. akhirnya, pada jumaat lepas (aku bersalin rabu) masa wan nak kua gi daftar nama adel, idea RIHANA datang serentak (lepas belek buku dgn internet).

kenapa nama manja ADEL?

mula- mula (sebelum bersalin lagi) mmg aku da decide nak panggil DEL. tapi, orang akan confuse lelaki ke pompuan ni? so aku tuka ke ADEL. ramai yang da tau ni. mostly my family.

macam mana nak sebut?

RIHANA : R-I-H-A-N-A (sebut ikut ejaan nya.)
ADELIA : A-D-I-L-I-A
ADEL : A-D-E-L (A for ayam bak kata ibu damia)

apa maksudnya?

RIHANA : sweet basil
ADELIA : pure

jumaat lepas, lepas solat jumaat, wan isi borang nak gi JPN

dan nama yang dipilih telah diisi dalam borang...

empunya diri. RIHANA ADELIA...

interesting facts during my delivery

ada lagi beberapa fakta yang aku nak share masa aku bersalin hari tu...
  • kontraksi aku berlangsung selama 12 jam. tak sedar 12 jam berlalu. tapi time sakit mmg terasa cepat jam tu jalan.
  • dalam menahan kontraksi yang lama tuh, aku tak mengambil sebarang ubat tahan sakit. niat mmg nak amik epi kalau dah tak tahan sangat. tapi tah macam mana, bole tak teringat pasal epi sebab tak sempat ingat sakit tu datang balik.
  • doktor pun agak tekejut bila ditanya samada aku ada amik apa- apa ubat tak, aku cakap takde. dia cakap kuat betul u ye. aku sengih dalam sakit. sengih ke?
  • lepas bukaan 3cm tuh, ayah aku datang bawak air selusuh. aku takut nak minum sebab banyak pengalaman cakap nanti sakit tu kuat tp bukaan lambat. tapi sebab doktor ada masa tu, dia cakap tu dengan izin Allah. kalau u nak minum go ahead. aku pun minum seteguk dua. lepas tu sapu air kat perut dan muka. dengan izin Allah, bukaan cepat. dengan izin Allah ye.
  • masa ayah aku bawak air tu, ayah aku cakap, kawan dia yg buat kan air tu da nampak yang aku boleh bersalin biasa. tapi aku tak de la nak percaya. tapi ayah aku cakap kita da usaha. yang lain bukan kita ditangan kita. alhamdulillah, berjaya aku normal.
  • masa dalam LR, doktor dengan nurse dok puji aku sebab aku dengar cakap diorg. they kept saying that i'm doing great. mana tak bersemangat nak push habis- habisan kan.
  • nurse yang assist masa aku deliver tu pun cakap, "kuat akak ye. kalau saya tu, tak tahan dah. saya masa push bersalin dulu pun teruk. berkali kali" bak kata wan, kena focus. mmg aku ikut arahan sebaik mungkin. tak mau mengada- ngada.
  • kalau korang nak tau, lepas kepala adel keluar tuh, doktor suruh stop push. sebab rupanya tali pusat adel terlilit kat leher. doktor terus potong tali pusat dulu then baru soh aku push nak kuakan badan. subhanallah...
  • dah lepas je badan adel keluar, adel dah mengeluarkan mekonium (najis pertama baby). mmg doktor tunjuk kat aku. adel da berak masa kepala dah kua tuh. again, syukur sangat mmg right on time dia keluar. kalau dah termakan najis, macam- macam komplikasi lagi kan?
  • so doktor buat kesimpulan kenapa aku da turun tanda lama tapi tak immediate bersalin. sebab nya, tali pusat terlilit kat leher. dia macam hanging amik masa nak betul2 turun. yaAllah, tak dapat bayangkan kalau ada perkara tak diingini berlaku.
mmg dalam dilema bila dihujung kehamilan. macam- macam perkara bole jadi. tapi apa pun, kita kena ikut arahan doktor dan yang penting banyakkan berdoa dan mesti redha dengan ketentuanNya.

inilah doktor yang bertanggungjawab mengeluarkan saya dari perut mama saya. doktor yasmin namanye

mind my face..org baru 3 hari bersalin. mmg la sembap. doktor tu lagi berseri. adel time amik gmbr pandai pulak dia berenti menangis. time ni, datang hospital nak amik darah adel utk metabolic screening dgn jaundice.

dengar arahan doktor pasal jaundice adel. in case kalau lebih 15 bacaan dia, kena masuk ward. tapi sampai hari ni, adel dah 7 hari, tak de kuning. bacaan dari 9.2 pada hari ketiga, harini 7.4 dan tak yah datang untuk repeat. alhamdulillah, berkat susu mama..

Header Baru

dulu sorang...

kini berdua...

malam tadi tak online langsung. bukan tak sempat tapi internet takleh nak masuk. ingatkan streamyx problem, rupenya wire tercabut, adik aku bole tak perasan. hampeh tul. masuk je internet pagi ni tgk blog aku ber header baru. mestila bukan dari hasil tangan aku. tapi dari hasil tangan adik aku si ina. suka aku! nanti aku bagi gambar lain, ko edit lagi ye ina.

baby adel skang ni sangat behave. tak menangis pun. tido, bangun, minum susu. cuma time mandi tu ada rengek- rengek sikit. tapi yang lain semua terkawal. maka, tidur aku pun cukup. alhamdulillah, terasa mudah setakat ni.

nia pulak? macam tu la ye. kadang ok, kadang tak. tapi bila nampak adel, asyik nak cium je, mau tekemek adik dia tuh. tapi dia pun tak menyusahkan. pandai jugak dia bawak diri. kadang- kadang je ada mood swing sikit.

mama nye pulak? is getting better. rasa jalan pun macam dah start laju je ni. bawah pun da tak terasa pedih. alhamdulillah proses pemulihan cepat.

note : nia dgn adel tengah tido. aku lak baru lepas ngurut. sedap tul ada orang urut satu badan ni. lega dan ringan rasa badan..

pengalaman melahirkan

ok, tengah adel tido ni baik aku mengarang kisah bersalin versi aku pulak.

pagi 17/2/2010 (lewat 2 hari dari EDD) jam 5 pagi da terasa sakit. so aku ingat sakit tu sakit yang sebelum- sebelum ni sejak turun darah haritu (14/2/2010). akan hilang bila tido. tapi sakit tu datang lagi. aku terus amik hp, clock time. oh dah selang 10 minit ni.

terus bangun, pegi kat mak cakap da sakit. mak aku pun macam, da betul sakit ke ni? kang macam haritu pulak. sakit then hilang. samala dengan wan. tak larat nak cemas dah. hehe. dalam kul 7 pagi, lepas aku siap mandi & makan kitorg (mak dengan along aku) bertolak ke hospital.

cek CTG, contraction da selang 6 minit ke 5 minit. terus admit. call wan, wan pun terus datang dari seri kembangan dalam kul 12 tuh. lepas da salin baju & masuk ward, bermula la perjuangan aku melayan kontraksi.

sudah admit. dalam bilik ni tak senang duduk wan dgn kakak aku tgk aku. semua serba tak kena.

dalam kul 2pm, doktor cek bukaan baru 3 cm. alahai baru 3 ke? aku da macam putus harapan ni. tah bukak lagi ke tak. tak pe lah, contraction jadi makin progressive. 5 minit 2 kali. doktor datang cek bukaan dalam pukul 6.30pm.

aku terus masuk labour room nak cek bukaan. da dilate 6cm! wah, gembira dalam sakit. hahah.. terbukak jugak ye. doktor terus call doktor yasmin yang akan deliver aku. bajet nye aku akan bersalin dalam kul 8 ke 9.

tapi tak sampai 5 minit lepas cek bukaan tuh, keluar sesuatu. air ketuban la ni. nurse tgk, doktor cek dah 9cm! aku rasa dah nak meneran. sebelum tu doktor brief cara nak teran. aku dengar dalam sakit.

bacaan CTG time ni contraction yang dah tak berselang. time ni dah ready nak push.

doktor yasmin yang bertanggungjawab sepanjang aku bersalin. time ni tgh tunggu contraction untuk push.

wan dah buat muka cuak. da bole nampak rambut baby. lepas tu aku memulakan teranan pertama. 1st timer kan walaupun anak dah 2, tak betul la teknik aku teran. naik ke muka. lepas tu, setelah pasukan sorak yakni doktor, nurse & wan memberi sokongan padu, lepas 2 kali push, keluar la kepala adel.

kepala baby da keluar time nih.

teranan terakhir keluar la anak ke-2 kami. lepas tu, doktor cakap dia tgh jahit. aku cam, eh bila masa potong nye? tak sedar aku. tapi sebab masa jahit tu berbius, so tak rasa apalah. kena 4 jahitan doktor cakap.

lepas teranan ke-4, keluar la rihana adelia

alhamdulillah she's perfect

uri adel. ingatkan bila da kua baby, kena teran lagi nak kuakan uri. rupenya tak yah ek. tup tup doktor cakap dah kua.

sessi jahit menjahit...

wan qamatkan adel.. nurse yang tolong amik gambar. staff dgn doktor kat sini gila glamour gamaknye. asik soh amik gambar je. hahaha...

lepas da setel, terus call mak aku. terkejut seisi rumah sebab aku da selamat bersalin. bergegas la diorang sebab aku nak jumpa nia. rindu weh seharian tak jumpa. soalan cepumas yang diorg tanya samalah yang macam korang tertanya- tanya NORMAL KE OPERATE? :)

sampai je nia macam blur apa yang berlaku. nampak je adel terus nia baby, baby sambil tunjuk- tunjuk

sessi belah mulut oleh ayah aku

atuk nak belah mulut adel, si nia pulak nak makan kurma tu. ish ish..

my hero tgh makan. mmg sangat membantu bila wan ada dalam LR. focus tu jadi lebih. masa sakit contraction tak membantu pun. hehe.. kalau korang nak tau, gambar dalam LR tu wan yg amik. camne dia bole amik? tah la, tak perasan aku. muka aku tgh push pun ade. tapi takmo mrngaibkan diri sendiri. hahaha... wan tak pegang aku ke? dia support bahu aku sepanjang aku push tuh. sebelah tangan lagi pegang aku. bila masa dia snap, mmg tak tau. nia tgh landing kat bawah minum susu. tapi dia tak stay, dia ikut family aku balik. tinggal aku be-2 je.

perasaan? serasa tak percaya sebab dapat rasa melahirkan secara normal. betul la kena fikir positif. kalau orang lain boleh, kita mesti boleh. tapi kalau dah ada emergency macam masa nia haritu, bukan kuasa kita nak tetapkan.

alhamdulillah selesai sudah satu lagi episod. lepas ni mau rehat panjang. nak fokus dan besarkan 2 orang puteri kami ni. target 3 jek. ;)

presenting our RIHANA ADELIA

salam semua, seperti yang ramai sedia maklum, aku selamat melahirkan baby adel pada 17/2/2010 rabu lepas, jam 7.58pm. pengalaman bersalin, tunggu next entry ye. sekarang tengah tune in dengan perangai adel yang manja nye lebih sikit. yela, da 10 bulan dok dalam perut mama ni, tu yang nak berdakap je.

thank you so much guys for all your warm wishes through sms, blog and facebook.

her temporary i.d

fresh from the womb..

adel lahir dengan berat 3.35kg, 54cm

sebijik macam nia masa lahir..

adelia tgh tunggu kakak dia sampai...

her sister's first impression..biby..biby.. (lepas tu nak terkam mama)


cukup tak? nanti aku update lagi ye! :)

belum jugak bersalin...

hehehe.. penat tak? penat weh, aku lagi penat yg bawak perut. dengan pe'el nia yg tak yah la nak di elaborate bagaimana. wan pun da selamat balik ke kl nak keje esok. penat dia tunggu bila la baby ni nak kua. tapi muka memasing maintain cool.

pagi tadi ade show tu lagi. semacam lendir. sakit makin kuat banding yang sebelum ni. tapi by noon sakit tu main acah- acah lak. gitu je la perkembangan aku yang makin mengembang ni. baby's movement ok.

ingatkan dah ada sakit yg constant, tapi nmpk nye belum lagi. asyik tgk jam je nak kira kekerapan sakit. kejap selang 10 minit, kejap kang selang 20 minit. kejap kang tak berselang dah. sampai bole tido tunggu.

tarikh aku kena serah diri 22hb. kita tunggu la ye. tapi kamis ni ada check up utk 40minggu 3hari. kalau dah kena serah diri, kena la mentally ready nak kena induce. aku ni semacam fobia nak kena induce ni. tapi, for the sake of baby, mama tak mo jadi selfish, yang penting both of us selamat. amin..

note : mood blogging merudum..harap korang faham yek..

belum bersalin

entry sebelum ni cam suspen je. hehehe... sampai entry ni ditulis aku belum bersalin lagi ye. semalam lepas turun tanda tuh, dalam tengah hari aku dgn wan ke hospital nak cek. i was just having a mild contraction at that time.

tapi apa pun nak kena cek jugak kan sebab da turun tanda. sampai je, macam biasa la terus buat CTG nak cek heartbeat baby & kekerapan kontraksi aku. dekat 2 jam buat, baby's condition ok, contraction tak heavy so doktor bagi aku balik. oh seluk itu wajib!

aku da dilate 2 cm nak masuk 3 cm. baby pun mmg da turun bawah sangat dah. doktor cakap tunggu contraction tu kerap baru datang balik. syukur ade progress gak dari takde sebarang tanda. sampai sekarang, tanda tu ada lagi. contraction pun tak heavy. will update more later...

wish me luck!

salam semua, update on me. aku da turun tanda (turun darah). contraction yang mild2 saja. jap gi nak gi hospital dah. nak tunggu sakit kuat sikit baru gerak. harap ada good progress on dilation. doakan aku eh. tq!

perlukan komen anda

sesiapa yang singgah ke blog ni & baca entry ni, saya perlukan komen anda...

check up hari ni : 39 weeks 3 days
berat hari ni : 58 kg (sama dengan minggu lepas dan minggu sebelumnya)
berat baby : 3.1kg (minggu lepas 2.99kg)
bp & urine : normal as usual

tadi doktor tak bole nak scan sebab contraction all the way. sempat estimate berat based on abdomen dia dengan nmpk heartbeat dia je.

melihatkan keadaan aku dan aku bercerita kat doktor yang sakit tu makin lama makin kuat cuma akan hilang gitu je. then datang balik, doktor telah membuat tawaran untuk induce aku esok. untuk kuatkan lagi sakit itu & cepatkan bukaan.

doktor tak cek aku da dilate ke tak sebab belum cukup 40weeks. doktor ckp not necessary. so cerita nya begini kalau esok aku tak induce, doktor suruh datang balik khamis depan. masa tuh 40weeks 3 days. kalau condition aku masih sama, doktor suruh pilih dari hari tu sampai 22hb, untuk aku induce.

masalah nye sekarang risiko yang bakal aku hadapi. once da induce, sakit tu akan makin kuat tapi kalau dalam masa lebih 12 jam bukaan tak cukup, aku kena go for ceaser.

tapi doktor cakap chances to go for normal delivery is very high memandangkan sakit aku tu da ade dan size baby yang tak besar.

persoalan nye perlukah aku tunggu sampai khamis depan untuk di induce atau aku bole terus induce je? kalau sakit tu sama je sampai ke sudah definitely aku akan kena induce. tapi kalau dah induce, bukaan tu tak cukup macam mana pulak? aku mesti kena ceaser.

its all about time consuming now. atau pada pndpt korang adakah aku perlu tunggu sakit tu datang sendiri sampai la date yg doktor tetap kan untuk di induce. doktor cakap ada kes yang macam aku ni perlukan bantuan untuk kuatkan sakit tuh. tolong saya...

bila tadi doktor cakap aku bole pilih nak induce esok, sepanjang dalam kereta ondway balik rumah begenang air mata aku. sebab? dah hampir tiba masa nye nia jadi kakak dan aku akan abaikan dia untuk beberapa lama. satu tempoh yang lama pada aku. aku tak kuat lak..

dan semestinya aku takut jika aku kena induce, progress aku low macam masa nia dulu, again, aku kena go for c-section. yaAllah, aku mohon Kau permudahkan la segala urusan ku. doakan aku ye...

entry harini..

proper entry harini hanya akan muncul pada petang or malam karang. tajuk nye nanti update on check up. ikut kan nak pegi pagi ni. tapi takde driver. so pegi kul 4 petang karang. bedebar? tak gak. cuma eager nak tau dah dilate ke belum. kalau belum, bersedia la aku nak melanguk lagi beberapa hari kot or kena induce.

kena induce da penah rasa. 2 kali. masa nia dulu. tak kisah la janji semua selamat. hari ni aku jadi incredible hulk sebab melayan kerenah nia yg makin menjadi. mak aku lak naik risau. aku ckp jgn risau mak, dia tak sakit ke ape ke. mmg time mengada dia datang. gitu la perangai dia.

pagi ni 1st time berjaya menggosok gigi nia. dah beli berus dgn ubat gigi dah berbulan tapi tak mau dia gosok gigi. pagi ni saja try, mau pun dia gosok. tapi, asyik mintak letak ubat gigi je. kes makan ubat gigi la ni. tak kisah, janji mulut tu tak berbau. skang kan da makan macam2.

sekian...

nia tak mengada la mama...gigi nia nak tumbuh..oo patut la. baru perasan malam tadi

note : nia tgh main fishville kat fb dgn paksu dia...

penat menunggu?

korang mesti penat tunggu bila la aku ni nak bersalin kan? bukan kata korang je, aku ni lagi la. yang membawak perut ni.

seriously, i never thought that my pregnancy will reach up untill 40 weeks. even though the EDD is 5 more days. betul la bila orang cakap jangan samakan kandungan pertama dgn yang lain- lain. sebab lain pregnancy lain cara nya.
  • mungkin Allah nak aku luangkan lebih masa dengan nia. bermanja- manja dgn nia.
  • mungkin Allah nak aku merasa makan yang sedap2 dari air tangan mak aku sebelum aku berpantang panjang. aku pantang 100 hari tau makan & minum. bukan 44 hari. tahan nafsu la aku.
  • mungkin Allah nak menguji sejauh kesabaran aku membawa kandungan ini dan dalam masa yang sama menguruskan nia.
  • mungkin Allah nak beri lebih masa untuk ahli keluarga aku menyesuaikan diri dengan nia. alhamdulillah urusan mandikan nia bukan lagi di tangan aku. memula mmg meraung, tapi ok je. yang jaga & main dengan nia pun bibik baru aku a.k.a paksu nia.
esok check-up tgk la da bukak bape cm. fikiran kena positif!

mata tak beralih bila da dpt tgk favorite cartoon

kejap dia baring, kejap dia duduk. ok la, asalkan dia mau stay kat depan tv tuh..

note : lega sebab fun package da masuk kat umah opah nia ni. dari semalam call, pagi ni baru ada. sebabnya bila tuka channel lain nia tak mau tgk, walaupun cartoon. ni bila dah ada. dia tak berganjak lagi dari depan tv. tq to opah dgn atuk nia yg bagi greenlight! :D

penangan petir

petang semalam, sewaktu kitorg tengah lepak kat bilik aku, hujan tgh lebat. then kilat petir sabung menyabung. tetibe ade 1 petir yg amat kuat & dasyat gak bunyi nye bedentum menyebabkan blackout kejap. masa tu dalam kul 4.30 petang.

kitorg pun pindah lepak kat dapur teman mak masak utk buka puasa. dalam kul 7 ayah aku balik, ayah aku cakap, tembok pecah! kenapa? sebab panahan petir tadi. cek rumah makcik aku belakang umah, lampu dia jatuh kat ruang tamu. ish, dasyat betul petir tuh. betul la petir bole bawak maut kan?

kabel TNB ada yang rosak & ade fius kat rumah kitorg yang rosak, pagi ni, orang letrik da datang & TNB pun da dtg repair semua. mujur rumah masih ada letrik cuma beberapa area je suis tak bole on disebabkan fius yang rosak itu.

petir yang memanah lampu tembok dan dan sebahagian atas tembok.

serpihan kaca dgn tembok bederai kat atas jalan...

mr ting yg sedang tgk lampu2 yg rosak. mr ting tekejut bila tgk aku da ada anak. dia cakap "bapak u tak jemput saya pun!" hahaha.. lawak tul..

nia yang tgh observe mr ting sambil blogging ye nia..

tak cukup dekat observe nye, dok dekat sikit. semua nye da berfungsi semula.

note : mak cakap, petir tu panah jin. jin menyorok kat balik tembok la tu kot. seram lak aku dengar. heheeh..

note 2 : dulu time petir je, nia mesti nangis, skang kalau ada org keliling tak nangis dah cuma dia akan cakap "aiyok!"

belum pun sehari..

ni baru nak masuk kul 11. aku dah tak tentu arah dah dalam umah ni. nak kua kang, takut sakit pulak tgh jalan. sebab aku je yg bole drive. adik bongsu aku baru dapat L. mmg tgh gedik je nak drive. tp mak ayah aku tak bagi lampu hijau. aku pun tak mau naik kalau dia drive. hahaha..

bole je nak nak buat keje umah tapi tadi baru je sidai kain sudah mengah. nak masak, mak da siap kan makanan. ape lagi. ngadap internet je la. nak kua pun petang kang kot tunggu mak aku balik keje.

umah opah nia ni pulak takde cartoon network. aci tak kalo subscribe? ade gak terfikir tapi kang lepas 2 bulan bole ke terminate cmtu je ek? mak ayah aku dok be2 je. sape je nak tgk. maka nia pun dok kehulu hilir la mencari idea nak menyeronokkan diri. tapi sekarang nia sedang...

golek- golek depan tv, terus lena lepas minum susu.

note : to along, ainal. akmal & ina, lepas ni tidur2 kita lebih lena. confirm memasing takmo kua bilik. kenapakah? korang balik nanti tgk ye! :D

sampai je perak...

sampai je perak, terus unload barang dalam kereta. kalini dapat bilik luas sikit sebab akan ada pertambahan ahli keluarga. syok2! lepas tu terus suruh wan kuakan barang yang aku beli untuk nia kat giant mines jumaat lepas.

wan yang penat tak hilang lagi dari drive dengan kuakan barang dalam kete, telah aku suruh menjalankan satu tugas lagi. dengan gigih dia buat je apa yang aku request.

sebelum ni dok tengok kat blog orang je. teringin nak ada jugak tapi ruang tak mencukupi. tapi sebab akan lepak lama kat umah parents aku ni, aku telah mendapat kan ini untuk nia.

puas hati? nia tersangat la seronok. budak besar nia kan mmg tengah seronok kalau dapat main air. langsung tak mau keluar. size dia pun sedang elok je. bill air melambung la 2 bulan ni. takpe2, opah dgn atuk tak kisah. siap suruh isi penuh2 lagi dalam tu. wan isi tak sampai separuh pun. ni percubaan pertama. nanti kita main lagi ye!

kat jusco, untuk pool size ni rm39.90. tapi kat giant dapat rm14 je. berbaloi baloi kan?

kul 2 petang berendam dalam ni. mmg syok tgk dia berendam. siap nak landing lagi

ok, sekejap je, nak QC menda ni bocor ke tak. sebenarnya, mama dia terlebih excited! hehehe...

dah sampai...

alhamdulillah, kami selamat sampai di perak jam 1.30 petang tadi. bangun pagi tadi, pack barang. plan nak gerak kul 9 tapi nak pack 2 bulan punye barang mmg amik masa, nak load kat kete lagi. so kitorg gerak kul 10 tadi.

boot kete yang penuh dgn seat belakang. ni baru nak masuk anak 2. dah kena berkira- kira beli MPV nih.

bubye cemara (nama apartment kami)... see you all on april!

sebelum tu, singgah breakfast kat mcD...

kitorang makan kat meja, dia makan kat mr Ronald. syok je dia duduk bawah tu sambil makan

dalam 10.30 kitorg memulakan perjalanan. perjalanan lancar. jalan tak jem. cuma cik rania tak reti dok diam. naik senak la perut aku melayan dia..

kalau pasal berjalan no. 1. tu yg seronok je sepanjang jalan.

sampai je paksu nia tengah bakar ikan keli dgn ayam. mmg best lunch arini. aku tambah nasi 3 kali! hahaha... ok la tu sebab semalam aku tak makan nasi kan. da lama tak makan masakan mak. mak masak udang besar masak lemak, ikan keli bakar, ayam bakar cicah dgn air asam. (saja bagitu menu nak jeleskan adik- adik aku. korang jeles tak weh?)

aktiviti pertama nia lepas sampai? next entry....
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in