Skip to main content

seharian bersama saudara mara

ada kerja baru nak buat, update ni sat. sabtu lepas, lepas ke alamanda tu, terus ke bangi nak attend wedding dua pupu aku. sebelum tu singgah di masjid bangi solat Zohor dan jumpa dgn family aku kat situ jugak. nak jadi cite, rombongan pengantin pun ada kat situ. dua pupu aku nye wife oranf kepala batas, so diorg solat Zohor jugak kat sini. maka, dapat la jumpa pengantin dulu kat situ.

sebagai anak sulung dan ni merupakan menantu pertama pakteh, mmg wedding nya sangat grand. kemah bersusun, lots of foods, guests, and door gifts too. mmg meriah. tak dilupakan, kambing tergolek- golek idaman laki aku. dah jadi trend kot eh ada kambing golek. harus la ko kawen esok long, mesti ada station utk kambing. ayah bole la start cari contact. ;)

selesai kat bangi, kitorg ke kajang pulak, visit nenek tiri kitorg yang baru balik dari mengerjakan haji. amik berkat, minum air zam- zam dan makan buah tamar fresh dari tanah suci. lepas tu, menghala ke cheras jaya pulak. ayah aku nak jumpa kawan dia. dah alang- alang nak jumpa makcik kitorg kat putrajaya, kitorg join je la sekali. gitu gini lepak kat rumah makyang sampai malam jugak. lepas tu, ke bangi dinner kat yankies hut then baru la balik rumah merehatkan diri...

sabtu pagi, nia and adel's twins uncle dah tido semalam kat sini. sebab diorg dari johor. tgh breakfast sama- sama. nia tak dan pakai baju lepas mandi, terus mintak milo dengan roti. berwestern dipagi sabtu, pasta dengan egg sandwich. tapi, diorg tak join ke kenduri sebab diorg ada aktiviti bersama rakan sebaya.

jumpa mak ayah dgn adik aku kat masjid bangi, sekali kereta pengantin belakang kereta kitorg. aci la amik gambar dulu kan. ni dua pupu aku, hakim namanya. 

wife hakim, sape ek nama dia. lupe sudaaa..

i really want to cut her hair, tapi ramai sangat yang membantah. runsing aku tgk rambut nye. kalau mau ikat, takpe gak, ni tak mau.

adel hanya menjenguk dari dalam kete. cuaca panas time ni.

pengantin gerak dulu then baru kitorg gerak. masa sampai, pengantin baru nak makan beradap.

bertemakan putih. pengantin memilih untuk memakai songket.

1st time tgk pengantin dihidangkan beef steak. idea menarik.

turn hakim dah lepas, 2 minggu lagi, turn maklong ayu adel pulak naik pelamin. sudah diremind utk punch card awal.

antara yang mendapat sambutan. kambing panggang.

tumpang enter frame kat pelamin.

last but not least sebelum balik. time ni, budak be2 ni tak mau kat org lain dah. 2-2 nak kat mama. sebelum, mama nye rebah, baik balik cepat. terima kasih pakteh and family atas jemputan. :)

trip kali ni dan akan datang, opah akan join sebab opah dah dok dgn mak ayah aku kan. time ni kat rumah nenek rosna. nampak sihat balik dari haji. nia minum air zam zam mcm minum air masak. habis lak air zam zam tuan rumah ni nanti.

next pit stop ke rumah pakcik aziz di cheras jaya. nak kenduri menyambut menantu gak sabtu ni.

sampai malam berjalan. ni nak gerak ke bangi pulak, mandikan budak2 kat rumah makyang. macam jauh je rumah kitorg ye. kahhhhhhhh...

plan nye nak bawak family aku makan kat muara, klang, tapi sebab opah join, sian pulak kat opah sebab dah penat, tak rehat. makan kat yankies hut bangi je la.sampai rumah dah malam. lambat kitorg, lambat lagi adik aku yang pegi berjimba dengan kawan dia. kul 3 baru jumpa rumah nak balik. sakan!

Comments

r|nA @ ja|j|na said…
yankies hut ye? dulu rajin gak makan situ..rina suke dia punye western..

nicelah pengantin ngan pakaian puith..berseri² aje..
Mag said…
kambing golek sekarang majlis ape2 pon mcm wajib ade jer. jadi tarikan. dr open house, hwarming, majlis kawin pon
nome said…
tu dia! kambing panggang utk tetamu..mmg best! lagi2 tu peberet en wan kita...heaven la bg beliau ye alya...

aku soker org kawen guna kaler putih silver camnih...mmg cantek!
lawa pgntin pakai kaler putih kan....tudia ko gendong 2-2 sekali..naseb baik x rebah..hehe..

pstt; owhh lebey kurang sm ek kesah aku ngan ko....betui...kita kena kasi smngt kt suami kan..
Fieza said…
Wahh sampai malam berjalan. Alyya kalau family datang banyak yer aktiviti. Jarang tengok pengantin pakai putih but nice la..
eiman's mummy said…
Dik,ada satu statement kat atas tu menarik perhatian wan.
pasal nak tempah kambing bila Along nak kawin.
oppss...Along dh nak kawin ker?
Along still kat UITM merbok ker?

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber