backdated entry ni ye. MAHA dah pun menutup tirai pada 5 disember baru ni. tapi aku tgk sampai pergi kerja pagi tadi, khemah- khemah masih tak diturunkan lagi. signboard ke MAHA pun ada lagi. so bole lagi la nak story- story kan.
papa cakap MAHA bukak pukul 10 pagi, so kita gerak kul 9.45. ontime kitorg keluar rumah sebab nak jadi among the earliest to arrive la ni kononnya. sekali, kitorg hanya dapat parking hanya lepas hampir sejam kemudian. huhu.. mmg stuck. nak patah balik pun tak boleh. sebab clash dengan karnival sua rasa tv9 jugak. kitorg masuk parking berbayar RM3 sebab kalau bole nak dapat sedekat mungkin, tapi, still jauh. exhibitor je dapat parking dekat.
teruja tgk booth yang banyak, kitorg memulakan langkah. almost every section kitorg dapat cover. so puas hati dapat jenguk semua. cuma tak dapat nak focus kat setiap booth sebab penat mendukung anak- anak. macam mana aku kena dukung adel dalam carrier for almmost 5hrs, macam tu jugak wan yang dukung nia hampir setiap masa. nia kalau tempat crowded mula la takut....takut.... katanya. overall MAHA sangat seronok untuk dilawati. kalau ada peluang, next year kita akan pergi lagi.
jalan jem! nia dgn adel yang teruja kalau dapat pegi jalan.
tgk nia bertopi macam tak yah pakai topi pun takpe. sebab rambut dia dah macam topi kan? hehe.. ni kat ladang ternakan. kambing and lembu for sale.
adel pun sakan nak bercakap versi dia masa tgk kambing.
masa ni tgh ada pertandingan penjantan terunggul. pertandingan lembu sape paling kacak. lembu ni caught our attention dengan size yang sangat besar. nampak dah tua sangat ke badan dia berat sangat. jalan pun slow je. kacukan apa lupe sudah.
jenuh papa dukung nia haritu. kes takut orang ramai.
then kitorg nak naik tram ke bahagian ikan, tapi semua tram dgn bus kena berhenti. bayangkan la tram yang penuh org dalam tu kena stop pulak. rupanya ada menteri mau datang nak lalu jalan tu. sebab tak nampak pun bayang- bayang menteri tu, menteri apa pun tak tau. kitorg decided to walk. ada dekat 1km kot bejalan. takpe la, exercise sikit kasik fit badan.
sebelum ke tempat ikan, jumpa laman padi dulu. 1st time kot tgk sawah padi secara dekat. hehehe..
sejukkan badan dalam ni jap. tak ramai orang pun. tetiba kat luar ternampak sesuatu... oh, adel dah selamat tido time ni.
berkat berjalan 1km, dapat jumpa TPM kita live. wan pun join buat liputan, maka keluar la beberapa saat dia dgn nia kat berita TV1 malam tu. adik dgn ayah aku tgk. time ni kot dia kua tv sebab nampak cameraman depan tu ha.
tan sri noh omar pun ada. haruslah ada kan. under kementerian beliau. ewah, dan2 beliau ye.
ada ruang untuk bergambar, haruslah dimanfaat kan. time ni je la nia nak jalan sendiri sebab tak ramai orang. tapi tangan mesti pegang papa mama gak.
papa introduced nia to congkak. in future, diorg akan kenal ke permainan tradisional ini?
next station tempat perikanan. wan seronok la dapat tgk ikan. tapi bukan la ada arapaima ke apa. ikan2 peliharaan je. owh, nia tgk turtle live tapi tak berani nak pegang.
time ni cuaca sangat terik. tapi adel maintain je tido. kitorg duduk kejap kat pagola ni sementara wan belek ikan.
seterusnya bergerak ke rumah negeri-negeri. wajibla masuk rumah negeri perak. sebab kawan aku cakap last year ada jual rendang tok sangat sedap kat sini. tu yang nak tgk tu. kalau ada, bole belikan anta ke rumah dia sebab dia tgh pregnant. kang kempunan. hehhee.. sekali takde la pulak. this year, diorg promo daging rusa pulak. wan, tak mau masuk dalam rumah negeri kedah. sebab dah tak larat kot.
jalan lagi. masa lalu kat rumah negeri johor, macam diorg tgh prepare something. sekali org tu cakap 'kak masuk singgah rumah johor kak, kejap lagi TPM nak sampai sini' TPM kan org johor. tgk dalam tu dah penuh menunggu.
bergerak ke stesyen seterusnya menaiki tram. ke agrobazar. lega jumpa tempat sejuk tapi umat, penuh!
di booth tongkat ali cafe kot ni. adel dah bangun tapi wan tak leh tgk2 sangat sebab nia dah tido. lagi jenuh tu.
lepas ke agrobazar yang besar tu, kitorg terus naik rapid nak balik ke pintu utama. sebab tak mampu nak berjalan lagi dah. elok je kitorg balik, hujan pun turun. on time la kan. nia with her boyfriend, upin. amik gambar kat burung ni. rupanya kena bayar nak posing kat sini. hehe...nak balik pun dekat sejam nak keluar exhibition. insyaAllah, ada rezeki, next year kami datang lagi :)
Comments
kita tak sempat gi..insyaallah thn dpn gi la kot..