Skip to main content

dah 3 tahun...

8 disember datang lagi. alhamdulillah, today is our 3rd anniversary. bila anniversary datang ni, mula la nak rewind saat- saat menjadi raja sehari. aku tak terlepas dari rasa cold feet itu. start rasa bila kena pakai inai. tapi agak stress bila kena repeat pakai inai sampai 3 kali. opah  pulak tak bagi pakai inai tiruan. kena pakai inai tumbuk gak. maka, kecut- kecut la tangan kaki berinai nak bagi merah. tu pun tak bape merah jugak sebab katanya inai ikut warna darah. ish, macam2. aku ni time kawin lah baru nak berinai. kalau masa lain, jangan harap la ye. tak tahan bau inai itu.

lagi tambah debaran tu, bila time ayah masuk bilik cakap, "ok adik, ayah nak nikahkan ko eh" dengan suara bergetar gitu. haish, start dah ayah aku ni. bila start ayah aku berucap sebelum nak nikah kan kitorg, semua pakat- pakat tesedu sedan. puas tahan air mata. takut spoil make up. tapi, ingat lagi salah satu line dalam ucapan itu "kalau wan dah tak sayang kat anak pakcik, pulangkan dia macam mana pakcik bagi dia kat wan". mau tak menangis kan? bila malam potong kek tu, ayah aku bangun nak bagi ucapan, akak aku dah warning "ha, ayah tak mo buat drama swasta lagi" semua pakat gelak. masa bersanding sangat la enjoy sampai atas pelamin pun sibuk nak sembang- sembang lagi. penat pengapit suruh shhhh... :)

anyway, it has been 3 years since i marry to my soulmate. terima kasih yaAllah kerana Kau jodohkan aku dengan suamiku. dia adalah yang terbaik untuk ku. harap hubungan ini kekal hingga akhir hayat kami. nia dan adel dan insyaAllah adik- adik diorg pelengkap cinta kami. i love u and always do...

for the rest of my life, i'll be with you, i'll be by your side, honest and true, till the end of the time, i'll be loving you..loving you...

3 years back...kenangan terindah...

and now, bertambah indah :)

Comments

@e_da said…
wohhh sgt sedih bila bersalam ngan mak n ayah kan saat tu.. happy anniersarry alyani.. moga lebih bahagia di hari2 mendatang bersama tercinta
Mrs. Simplicity said…
@e_da : tu la dia. dah la sedih, jd tambah sedih bila ayat2 gitu pulak. thanks ye. amin...
mummy_ayu said…
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3!! SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...
Mrs. Simplicity said…
mummy_ayu : amin and thanks ayu!
Affieza said…
Happy Annivesary Yg Ke-3 kak...moga sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan dari Allah...
Mrs. Simplicity said…
affieza : thanks dik. amin...
r|nA @ ja|j|na said…
happy anniversary alya & wan..mcam² kenagan, yg lucu ade sedih pon ade..hope korang kekal samapi ke akhir jannah ye, amin..
Elyn Sani said…
happy anniversary beb!!! ko 3 thn dh 2 org.. aku masih 1 hihih
LYaFRINA said…
happy anniversaru day alya...
alhamdilillah...
semoga rumahtangga y dibina trus sukses n kekal bahagia hingga k akhir hayat.. amin
cik puan akish said…
epi anibesary yg ke 3 yunk!!!semuge kekal hingga hujung nyawa!!!
Mrs. Simplicity said…
rina : hahaha tu la pasal. yg sedih tu yg terkenang lebih tu. huhu... amin..

elyn : apa lagi babe, moh sama kana figure itu :)thanks!

lya : thanks lya :)

cik puan akish : terima kasih ye :)
Rashifa Rosli said…
Happie enibesery yg ke3..doakan both of u bahagia hingga akhir hayat...amin
wanie md zain said…
happy anniversary allya dan wan..best kan tingat masa jd raja sehari..hehehehh...
Anonymous said…
Happy Anniversary to Ally & wan..nxt yr punyer anniversary da ber 5 kot..hehe
tahniah utk kak dan suami :) happy 3rd anniversary ya...

sama lah kita, anniversary bln 12 hehe...tak lama lagi anniversary saya dan suami pula.
Fieza said…
Happy anniversary alyya
MamaYatie said…
happy anniversary dear!! semoga Allah pjgkan jodoh & limpahkan rahmatNya selalu..
alyanni n hubby sis ucapkn tahniah, tahniah...semoga kekal bahagia hingga akhirat
nome said…
happy anniversary to u and wan...semoga cinta korang berdua kekal bahagia selama-lamanya...
amal_fc1303 said…
happy anniversary..
bper kali nk wish dh nie...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber