Skip to main content

pengasuh nia & adel

pagi tadi hantar adel awal, maka amik masa sikit beborak dgn pengasuh- pengasuh kat taska nia dgn adel ni. nak cek on yuran tahun depan. kalau ikut tahun, nia dah 3 tahun. maka yuran pun berkurang la dari RM250 ke RM180. banyak kurang tu kan? 

tambah lagi, bila nia dah nak pegi sekolah next year. maka akan kurang 4 jam lagi duduk kat nursery sebab nia pegi sekolah. dapat lagi kurang yuran nya. kurang kat sini, tambah pulak kat yuran sekolah. tapi kita as parent tak leh berkira ringgit and cent yang kita keluarkan utk anak- anak kita ye. anak amanah Allah, tu tanggungjawab kita.

bukan nak bercerita hal RM ni, saja la sembang tanya pengasuh diorg cuti deepavali nanti balik kampung tak since weekend panjang kan.

as : mcm mana nak balik kak, sabtu nursery bukak. kak ida (pengetua) tak cakap nursery tutup pun.
aku : heh? meh no kak ida korang tu, aku tepon soh nursery tutup
as & ain : ye la tu kak. tak de nya. sebab ramai je parents hanta anak diorg hari sabtu
aku : ish, kesian la korang, setahun 2 kali (raya puasa, raya haji) je balik kampung
ain : tu la kak, nak buat macam mana. akak bukak la taska kak, bia kitorg keje dengan akak
aku : kalau la akak ada modal, mmg akak bukak taska ajak korang keje.
as : ye kak, kitorg pengalaman dah ada kak. kalau tak sebab budak- budak yang dah lama kitorg jaga ni, dah lama kitorg berenti keje. gaji dari mula keje banyak tu je. RM600 sebulan

aku bila dengar diorg mengeluh macam tu ada rasa sangat kesian. dalam masa yang sama susah hati. what if, 1 day diorg berenti jugak. ye la, kalau ada yang offer gaji lebih, mesti diorg terima. sebelum ni, 2 org mak angkat nia dah pun resign jadi kerani kat pejabat.

tu pasal dengan diorg ni aku tak lokek. apa yang aku bole bagi, aku bagi. duit raya, since tau diorg tak dapat bonus, makanan, kain, apa- apa souvenir kalau pergi bercuti. mesti ingat kat adik- adik aku ni. sebab diorg la mama nia dgn adel sepanjang aku dgn wan bekerja.

susah kalau tak dapat majikan yang betul- betul memahami pekerja nya dan hanya mengira untung dan rugi sahaja. sigh... 

muka fresh adel sebelum pegi nursery pagi tadi. papa, adel dah mandi ye! nia pulak wan dah hantar awal lagi.

uish, dahi adel! macam dahi maklong! hehehe...


note : jom bang, long term business, bukak day care. kak yan, adik jadi partner in crime eh. jgn lupe! :)

note 2 : aku ni sejak akhir- akhir ni sentimental je. mungkin keadaan yang berlaku di sekeliling..

Comments

Iryani Noor said…
uisyhh awal nyer adel mandi =p...

kesian gak kt derang.. xder cuti langsung... nape ari sabtu mak ayah anto anak p nursery ekk?? kn tu time utk bermesra ngan anak2.. kalu sekali sekala boleh la...

mmg xrugi kalu kite xberkira ngan derang nie.. nnt die jaga anak kite pon elok2 kn =p.. kitorg pon kalu p pasar ke apa, mesti beli kuih or apa2 la kasi kt mak cik tu =p..
Rizziela said…
Bukan senang kan nak jaga budak..tapi tu lah...gaji plak ciput ajer..yg untunnya si pengurus taska tu la...tp nak buat mcm mana..diaorang pun nak untung gak kan :D
Affieza said…
Sedihnya kak dgr cite pengasuh2 adel ngn nia ni...
amal_fc1303 said…
adel dh boleh sikat rmbut tu.
asal adel nmpk besar dh nie.
sian kan dorang..keja teruk2...cuti pon x byk...adeiii..
Elyn Sani said…
baguih tul dpt pengasuh yg jaga anak ko mcm anak sendiri.....

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!