bila dah lama tak bersukan

jumaat lepas ofis aku buat badminton training kat stadium tertutup MPSJ. ingatkan tak kena main. jadi pasukan sorak je. rupanya kena main jugak. dah tu pulak kena main beregu campuran. dengan manager aku harman.

untuk aku yang dah lama meninggalkan bidan sukan ni, mmg huru hara la game yang aku main. mintak maaf harman, i warned u! hahaha... mmg kalah bergaya la. mujur la time aku main tu, wan belum sampai. kalau tak, mmg betambah lagi aku kena boo. hehehe..

wan main untuk final game and he did won the game. sebab pair dia pun strong kot. yang kalah kan kitorg gak. dan aku pulak bertindak menjadi umpire. without prejudice ye walaupun laki sendiri main. sesekali dapat beriadah seisi pejabat macam ni mmg best kan. kalau dapat kumpul lagi ramai, sure lagi seronok. budak- budak pun terpaksa overtime kat nursery tapi dah inform awal.

sebab dah lama tak bersukan, esok nya (sabtu) badan, tangan, betis semua kejung. sakit woo.. main tak lah tara mana tapi sakit nya, ngalahkan chong wei main. hahaha..wan yang da biasa bersukan, hari sabtu tu bole lagi pegi main hoki. kalau la aku tu, mmg surrender dah.

me and my partner. jiran kat ofis. opposite dengan bilik aku, harman.

dengan penuh confident nya bila sampai service aku. sian ke harman. dapat pair yang hampeh macam aku. heheh..

stadium tertutup MPSJ yang panas nak mampus. mujur la orang tak ramai. kalau tak, mmg tak larat main dah.

final match. wan pair dgn amri.nampak tak sape jadi umpire? 

for final game, diorg suruh ladies lak jadi umpire. maka, dengan vangga nya aku duduk kat kerusi itu mengadili final match. focus ni!

selesai game akhir. mari- mari salam umpire. laki den je la bole salam den ye. jam pun dah pukul 7 malam, kitorg gerak dulu la nak amik anak- anak.

note : mujur la tudung bawal tak masuk stor lagi, kalau tak, takkan nak ber-shawl main sports lak kan. sendiri nak masuk court pun segan. hahahah...

note 2: esok cuti. yihaaaaaaaaaaa!!!!

7 comments:

amal_fc1303 said...

weyh lama giler xmain badminton. bst nye dpt main badminton..

mamashasha said...

Alya, best dpt bersukan ni..aura chong wei ko!!hehe
Panas eh? Meh main kat spot centre aku aircond lagi..
Kalau selalu dpt peluang mmg heaven la exercise kn..

Iryani Noor said...

wahhh best nyer.. last skali main badminton nie, time peknen aritu... kekekke.....

uii dasyat la gambo duduk atas kerusi tu...

zura@iwan said...

sonoknya...lama x men badminton ni...

ibuayahdamia said...

ayu pun dah lama tak bersukan....tapi tak suka main game2 cam ni..ayu lebih suka dancing + aerobic class...hehe

soshylady said...

sejak anak bderet ni..mamng t.penah bsukan. larat buat aerobik je.
syabas mrs chong wei..heheh

soshylady said...

sejak anak bderet ni..mamng t.penah bsukan. larat buat aerobik je.
syabas mrs chong wei..heheh

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in