Skip to main content

whopper burger king for RM1

aku makin tension dengan maxis berukband ni. makin parah. malam tadi, da siap entry ni sekali nak loading gambar makan berejam. oh tension ok. apapun submission utk streamyx da pun dibuat. org kata berjanggut kena tunggu nak pasang. takpela, at least da submit.

anyway, semalam ramai yang dapat perkabaran yang BURGER KING offer whopper burger for only RM1. memandangkan aku ni peminat fast food, aku request kat wan belikan burger king memandangkan burger king ada kat area tempat keje dia.

aku kalau bole nak suruh wan beli 10 ketul tapi sorang hanya bole beli maximum 3 ketul sahaja maka wan pun beli 3 je la. bukan bole beli burger tu je ek. pakej dia air gas RM3 + whopper burger RM1 = RM4. ok sangat kalau nak dibandingkan dengan harga asal burger sahaja yang bole mencecah sampai RM10. tambah pulak size burger dia mmg king size kan. maka, itu lah dinner kami malam tadi. 


dinner kami malam tadi. semua diatasa hanya menelan belanja berjumlah RM12. berbaloi-baloi, ber kilo- kilo jugak tambah..

bagi yang tak familiar dgn burger king, whopper burger ada banyak flavor. yang offer semalam sejenis je. kalau kat mcD mcm beef burger la. tapi size dia jauh lebih besar banding dgn beef burger mcD. makan sebiji dah kenyang.

selingan : caught in the act! sekarang ni tak boleh nak biarkan dia tinggal sorang. sebab dah pandai dan yang paling penting dah berani nak berdiri. port favorite dia kat fisher price activity table dia. sangat- sangat bahaya kalau dibiarkan sorang.

note : thanks for all your warm wishes on nia's birthday!

Comments

Anonymous said…
wa..syoknyer ko dpt mkn burger RM 1 tu..aku awal2 da surrender tgk kereta byk x mcm biasa dkt jejantas sg buloh..confirm nk pg BK..!
yantieramli said…
wah!! bestnya... nak beli jugak la... lame rasanya tak mkn burger king. adel da pandai berdiri erk... cepat tul. danial baru pandai melutut. belum tgk dia berpaut pd krusi lg...heheee kena pantau lebeh la tu. bahaya kalau terjatuh kan...
Mag said…
eh..dah boleh berdiri dah? cepatnye~
Mrs. Simplicity said…
elly : aku kalau kua lunch time mmg tak pegi kot. tp sebab laki aku gi site, tu yg dia terus singgah tu. masa tu baru kul 10.30. hehehe..

yantie : tu lah, lama gak tak makan. semalam puas la dapat makan. adel dia sibuk nak diri tapi merangkak belum lg. cmne tu? huhu.. tp mmg tak leh tinggal la skang.

mrs. spicy. berpaut la. tp belum bole merangkak lagi ni. merangkak setempat je reti.
r|nA @ ja|j|na said…
alahi, kat sini takde BK le plak..kalau ade rina pon nak beli 10 ketul gak, hahaha, tamak betui..

wah, dah pandai berdiri dah ade..sgt cepat..
klmrin mmg abis la kut stok whopper tu ek...ramai org terjah...bestnya...nyum..nyum..nyum...
zue said…
sob sob sob
tak sempat beli dah habis
huhuhu
Fieza said…
Wah berjaya gak makan burger king ek..Fiza semalam niat nak beli kat burger king petronas mrr2 tue tapi tengok org ramai giler terus tak jadi..nway wan kejer kat mana ek alyya..
Wah cepat sungguh pencapaian adel ek..fiza tengok adel tinggi la la alyya..
MUMMYAR said…
nmpak owg bewrtaur panjang sampai kuar dari bk smlm...fuyoo....ramai giler...tapi mmg bk ni sedap kan banding mc D.....

wah pandainya si adel dah ye....siap nk cuba mencapai la tu...pasni siap la habis sume di tariknya...hehhe
Unknown said…
uishh.. lame gler x mkn fast food ni, teliur rase.. gulph.. dok cni asyik mkn mknn tradisional je! huhu..
Chik Na said…
akak pun peminat whopper burger jugak.. macam ni nak pergi alamanda lah..
Elyn Sani said…
aku dgr smlm kemain pnjg Q org nk beli BK. ko dapat gak ek. beli kat mana? dah la aritu masa kennys buat pun ko dapat hahaha. rezeki tul ko ni!!
ICAZIESYIRA said…
tak boleh habis sebiji burger.hehe.gila besar!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber